"Okey macam yang cikgu dah terangkan tadi. Danish, awak perdana menteri. Farhan, menteri kedua dan Dhia, menteri ketiga. Areen dengan Yaya menteri keempat dengan kelima" kata Cikgu Sofea kepada lima orang pelajar yang sedang duduk di hadapannya itu.
Cikgu Zaim tiada ketika itu kerana mempunyai urusan.
"Apa yang kitaorang kena buat nanti, cikgu?" soal Areen.
Kelihatan hanya Areen, Danish dan Yaya sahaja yang fokus mendengar penjelasan yang diberikan oleh Cikgu Sofea.
Dhia sedang sibuk melayan perasaan nya dan tertanya bagaimana dia boleh berada di situ bersama dengan Farhan.
Farhan juga tidak percaya yang Cikgu Sofea menjemput Dhia untuk memasuki pasukan bahas sekolah sedangkan ramai lagi pelajar lain yang lebih layak. Mungkin ada yang lebih baik daripada Dhia Erdina.
"Nanti cikgu akan terangkan secara lanjut pada latihan bahas nanti. Latihan bahas akan ada setiap dari Isnin sampai Khamis tau. Dari pukul 3 sampai pukul 5 petang dekat bilik Bahasa Melayu"
"Apa?" kata Farhan dan Dhia secara serentak sehingga boleh didengari oleh semua orang di situ.
"Apa yang 'apa'? Ada masalah ke?" tanya Cikgu Sofea.
Dhia pantas menggeleng kepala manakala Farhan mengatakan tiada masalah.
'Boleh sakit otak aku kalau hampir seminggu aku hadap muka mamat ni. Dah lah kerja dia asyik nak menyakitkan hati aku je. Longkang dengan mulut dia tak ada beza' bisik hati Dhia.
"Okey, kalau macam tu semua boleh balik"
Selepas sahaja perjumpaan bahas mereka bersurai dan Cikgu Sofea sudah melangkah pergi, Farhan memulakan rutin kebiasaannya.
"Oi perempuan! Macam mana kau boleh ada dekat sini? Tiba-tiba pulak kau 'join' bahas. Jangan cakap yang dah jodoh, geli anak tekak aku" kata Farhan.
Dhia memandang Farhan dengan hati yang panas membara. Sudahlah panggil dia dengan panggilan 'perempuan', boleh pula kata yang pertemuan mereka itu adalah jodoh. Mati hidup balik pun tak nak dia berjodohan dengan lelaki bernama Faiq Farhan.
"Aku ingat aku yang budak sastera je bengap dekat sini. Rupanya kau yang akaun pun sama jugak. Aku dekat sini sebab Cikgu Sofea lah yang pilih. Kau ingat kalau aku tahu kau ada dekat sini, aku nak sangat ke masuk bahas ni? Tak ada masa" balas Dhia. Puas hatinya apabila menggelarkan Farhan bengap.
Areen dan Yaya yang langsung tidak tahu menahu apa yang mereka berdua katakan terus keluar daripada bilik mesyuarat itu. Tak mahu mereka masuk campur urusan senior.
"Mana tahu kau sendiri yang sukarela masuk. Kau kan suka aku" sindir Farhan. Panas juga telinga apabila mendengar Dhia mengatakan dia bengap tetapi dia hanya tahan.
Dhia memandang wajah Farhan dengan pandangan jelek dan terus berlalu pergi. Makin dia tengok wajah Farhan, makin kuat rasa hatinya ingin mengoyakkan mulut Farhan.
Sebaik melihat Dhia pergi, Danish memukul bahu Farhan.
"Kau pun Paan, dah dah lah tu. Benda dah sebulan dah jadi. Yang kau sibuk sindir sindir dia tu kenapa?" kata Danish.
Dia pun tidak faham mengapa rajin benar kawannya itu menyakitkan hati Dhia. Tidak silap dia, Dhia tidak pernah menghancurkan hidup Farhan. Dhia cuma 'confess' pada Farhan dan itu sahaja.
"Saja la Danish. Kau tenang je lah"
"Ke kau suka dia sebenarnya?" Sengaja Danish menduga Farhan.
"Perempuan tu? Uish kau! Tak pernah terlintas dalam kepala otak aku ni nak suka dia tu. 'Sorry' lah, dia bukan yang jenis aku minat. Ramai lagi orang lain yang aku boleh suka. Geli aku bila kau tanya macam tu" jawab Farhan, berlagak.
Danish tidak menjawab apa-apa sebaliknya hanya mengangkat keningnya.
•
"Assalamualaikum" kata Dhia Erdina sambil menolak daun pintu rumahnya. Penat badannya pada hari ini tambahan pula dia berjalan kaki pulang ke rumah.
Dhia merebahkan badannya di atas sofa kemudian tidak sampai 10 saat kakaknya, Adina yang baru sahaja tamat pengajian dan sedang menunggu pekerjaan duduk di sebelahnya.
"Adik" panggil Adina.
Dhia menoleh dan memandang wajah kakaknya.
"Tadi Cikgu Sofea baru 'text' angah. Dia cakap yang adik masuk bahas. Betul ke?" tanya Adina.
Dia juga bekas pelajar di sekolah yang adik nya sedang belajar iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (3) . Tidak cukup dengan itu, dia juga seorang peserta bahas ketika bersekolah dahulu.
Dhia hanya mengetap gigi nya. Inilah perkara yang dia malas untuk dengar.
"Haah" jawab Dhia pendek.
"Cikgu yang pilih adik ke atau adik sendiri yang 'volunteer' masuk bahas?"
"Cikgu Sofea yang pilih adik. Kalau ikutkan, adik pun malas nak masuk. Banyak lagi kerja yang adik nak buat"
"Adik buat betul-betul adik. Adik tahu kan yang angah pernah masuk bahas jugak dulu masa sekolah. Adik jangan malukan angah. Nanti apa pulak Cikgu Sofea dengan Cikgu Zaim cakap bila tengok adik tak reti nak berbahas sedangkan angah pernah dapat Menteri Terbaik masa bertanding hari tu" ujar Adina, panjang lebar.
Dhia hanya mendiamkan diri sahaja. Dia memang sudah menjangkakan situasi ini akan berlaku.
"Cikgu tahu kan yang adik ni adik Adina Laila?" tanya Adina lagi. Seolah tidak penat bercakap, daripada tadi hanya membebel sahaja.
"Tahu" jawab Dhia sambil membuka jam tangannya.
"Adik jadi menteri ke berapa?"
"Menteri ketiga"
Adina tercengang buat seketika waktu apabila mendengar jawapan daripada adiknya itu. Menteri ketiga?
"Ya Allah adik! Adik menteri ketiga? Lagi lah adik kena-"
Belum sempat Adina menghabiskan sisa ayatnya, dengan pantas Dhia memotong.
"Angah, angah. Adik penat ni. Adik nak naik atas, nak mandi, solat apa semua. Nanti nanti lah angah sambung" kata Dhia kemudian terus bangun dari sofa dan menaiki tangga menuju ke biliknya.
Adina hanya melihat adiknya naik ke bilik.
"Tunggu lah. Angah bagitahu ibu dengan abah, mesti kau kena 'basuh' lagi dik" kata Adina, perlahan.
thankyou sebab sudi baca ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update :'(
Share this novel