Chapter 7

Horror & Thriller Completed 1610

Deana buka matanya. Dia terkejut tengok suasana pada pandangan dia sekarang. Sebuah lorong yang sangat gelap. Jalan juga banyak yang dah rosak. Deana menunduk. Dia berdiri di tengah-tengah jalan sekarang ni. Dia sebenarnya macam tertarik sangat nak masuk ke dalam. Entah apa yang buatkan dia benar-benar nak kesana.

Langkah di mulakan. Deana berjalan masuk ke dalam. Bertemankan lampu suluh yang entah dari mana dia dapat. Seolah-olah Deana macam mencari sesuatu. Makin lama makin ke dalam dia berjalan. Sekali kala dia pandang ke belakang. Bahagian belakang jalan masuk tadi gelap. Deana teruskan berjalan. Doa suluh ke satu arah. Nampak sebuah papan tanda nama kampung.

"Kampung Seri Kuning Kembangan.." Deana sebut nama kampung itu.

Hatinya mula rasa tak tenang sekarang. Deana tarik nafas dalam-dalam dan teruskan berjalan. Dia suluh belah kanan dan kirinya semuanya kebun sawit. Gelap saja keadaan. Dan tiada pun lampu sepanjang jalan. Dalam kegelapan malam. Dia nampak ada cahaya putih di depan sana yang tidak jauh darinya. Deana teruskan berjalan untuk ke cahaya itu.

Apabila semakin mendekat. Dia nampak sebuah rumah jenis kampung orang lama. Kedengaran suara orang di dalam rumah tersebut. Macam sedang berbual-bual. Deana segera pergi berjalan ke rumah itu.

Apabila dia tiba di hadapan rumah itu. Dia nampak ada seorang perempuan berbual-bual dengan dua lelaki. Deana datang menghampiri.

"Assalamualaikum..." Deana menyapa. Tapi, mereka tak endahkan dan masih berbual. Seolah-olah Deana tak wujud depan mata mereka.

Deana tengok muka seorang demi seorang. Mukanya biasa dan tak pucat. Dia terdengar lagi suara yang berada di dalam rumah. Deana terus masuk ke dalam rumah itu. Anehnya, takde orang halang dia nak masuk. Deana pulas pintu dan tolaknya ke dalam.

Kkreeekkkkk...

Fuh! Bunyinya tu memang mengerikan. Biasalah rumah kampung lama. Deana masuk ke dalam rumah. Dia tengok ada seorang pakcik tua duduk berbual dengan makcik tua. Dan ada dua lelaki berbual kosong. Dua orang perempuan yang agak berusia keluar dari dapur. Membawa dulang minuman untuk tetamu. Dan ada dua budak lelaki perempuan bermain congkak.

Deana yakin sangat dia bukan berada di dunianya. Kampung Seri Kuning Kembangan bukanlah kampung biasa. Matanya di pejam. Deana menarik nafas dalam-dalam.

"Bismillahirahmanirrahim..."

Deana mencelik mata. Terkejut dia bila semua penghuni dalam rumah ni berdiri depannya. Memandang tepat ke arah Deana. Pandangan mereka betul-betul tajam.

"Jangan baca ayat itu!" pakcik tua tu tegas memaksa Deana diam.

"Aku dah agak. Kau semua ni bukan makhluk biasa." kata Deana. Dia mulakan langkah untuk melarikan diri.

Tiba-tiba, pintu utama di tutup dan berkunci. Pintu jendela di tutup satu demi satu. Deana pandang semua arah masa daun pintu jendela ditutup. Deana berpaling kebelakang. Mereka satu keluarga tu senyum menyeringai. Lampu tiba-tiba terpadam. Dan lampu kembali menyala. Deana terkejut bila di hadapan mata kepala sendiri keluarga tu kini berubah menjadi makhluk Pocong.

Makhluk yang paling Deana tak suka sekali. Deana terus pergi ke pimtu utama. Mulutnya di baca ayat-ayat suci. Deana pegang dan teruskan bacaan. Suara ketawa makhluk-makhluk tu kedengaran.

"Allahuakhbar..!!" Deana berjaya tolak pintu itu sehingga terbuka. Dia segera keluar dari rumah.

Deana berhenti langkah apabila di luar rumah begitu banyak sangat Pocong mula menghampiri rumah itu. Deana membaca ayat suci dan hembuskan pada mereka. Tapi tak berjaya. Semakin dekat mereka berjalan ke arah rumah itu.

"Mama..."

"Mama..."

Deana terdengar akan suara Ain. Dia yakin itu adalah suara anaknya. Deana terus pejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam. Dan dia segera lari turun tangga rumah itu. Dia berlari dan cuba mengelak dari di tangkap. Ada penduduk kampung yang tidak menjadi Pocong. Muka mereka pucat dan gigi mereka tajam. Ada yang mahu tangkap tapi Deana mengelak dan melepaskan diri.

Deana segera berlari keluar dari kawasan Kampung Seri Kuning Kembangan. Deana toleh kebelakang. Penduduk kampung dan Pocong-Pocong banyak memandang ke arah Deana. Deana teruskan lari keluar dari tempat itu.

Dia terus terjaga dari tidur. Peluhnya merintik membasahi dahi. Dadanya berdegup kencang. Dia pegang dada dan matanya pejam. Dia baca ayat untuk tenangkan hati.

"Kampung Seri Kuning Kembangan.." itulah nama kampung yang dia sebut ada dalam mimpinya.

++++++++

MADRASAH DARUL AR-RIDHUAN

Farisya masih baring. Matanya memandang Kirana yang sedang membaca ayat pada botol air minuman. Sesudah di baca. Kirana tuangkan sikit atas telapak tangan dan sapukan ke muka Farisya. Kirana boleh rasa semangat Farisya mula lemah selepas terkena gangguan malam tadi.

Syasya melihat dari tadi. Kirana bantu bangunkan Farisya. Dia pegang badan gadis itu dan urut sikit. Sambil-sambil dia bacakan ayat penawar.

"Macam mana??" soal Syasya nak tengok Farisya tenang.

Haura muncul bersama Layla dan Izara. Farisya menyapa mereka. Kirana pusingkan kepala ke belakang dan matanya tajam memandang Haura. Gadis itu nampak macam takut. Dia terus menyorokkan diri di tepi pintu dorm.

"Setiap malam sebelum tidur. Selawat ke atas nabi sebanyak tiga kali. Baca surah Al-Fatihah tujuh kali. Dan niat di dalam hati mintak perlindungan dengan Allah untuk jaga. Satu lagi kakak nak pesan. Jangan percaya apa yang sedang kita nampak sekarang. Kadang benda itulah yang akan menyesatkan kita." pesan Kirana. Syasya dan Farisya terpinga.

Kirana kemaskan barang dan bangun untuk beredar pergi. Selesai bersalaman. Dia melangkah keluar. Kirana matikan langkah dan toleh ke sebelah kiri. Gadis tadi sandarkan badan pada pintu dinding dorm.

"Kau tak payahlah kacau budak-budak ni! Tak payah hasut Farisya tu untuk terima Nenek Kebayan." Kirana bagi amaran pada Haura. Gadis itu terkejut macam mana Kirana boleh tahu sedangkan mereka baru nak berkenalan.

Gadis itu nampak takut. Matanya menjeling ke sebelah kiri. Dari ekor mata dia ternampak lembaga seperti Nenek Kebayan Tua itu. Kirana pun nampak Nenek Kebayan itu. Dia berjalan pergi ke arah Nenek Tua tersebut yang berdiri membongkok di kawasan stor lama yang sudah di pagarkan dan berkunci.

"Kau jangan paksa budak tu untuk tolong kau cari tuan baru! Takde sesiapa pun walau satu orang murid tidak akan terima kau menjadi hamba dan mereka tidak akan menjadi tuan kau sampai kiamat! Aku tahu tujuan kau nak sesatkan mereka! Itu perjanjian kau dengan Allah dari azali bukan?" soal Kirana menjeling makhluk halus berupa Nenek Kebayan Tua. Kirana segera pergi tinggalkan kawasan stor lama yang terbiar itu.

Haura toleh memandang Nenek Tua itu. Makhluk tersebut memandang ke arahnya dengan muka menakutkan. Haura terus lari masuk ke dalam dorm. Dirinya tak bebas kerana Nenek Tua tu halangnya dari dia pergi.

Kirana berjalan untuk keluar dari Madrasah. Langkahnya mati. Kelihatan Esah dan Zabir berdiri di luar pagar sekolah Madrasah.

"Apa kau nak??" soal Kirana sudah tak takut lagi.

"Aku cuma datang sini untuk pastikan kau jangan kacau kerja aku. Cuma, sekarang ni sudah ada perempuan lain dah masuk ke kawasan aku! Kau ada hantar dia ke??" soal Esah marah. Kirana mengerutkan dahi.

"Apa maksud kau?? Perempuan mana kau sebut sekarang ni??" soal Kirana nada suara tegas yang marah.

"Kau jangan nak berdalih, Kirana. Kau ada hantar perempuan baru ke kawasan kami kan?? Sekarang dia sudah masuk campur!" kata Zabir. Kirana mendengus kasar. Kalau ikutkan hati nak je dia bakar dua ekor jembalang ni dengan kalimah suci.

"Aku ni bukan macam kau hantar hamba-hamba dari kalangan syaitan macam kau berdua! Soal perempuan yang masuk ke kawasan kau tu jangan tanya aku! Memang aku takde kaitan!" kata Kirana memang dia takde suruh sesiapa. Dia sendiri pun tak kenal perempuan mana yang Zabir dan Esah maksudkan.

"Takpelah kalau kau tak mahu mengaku. Aku akan hantar satu Pocong untuk ganggu hidupnya. Kau ada nak bantah?" soal Esah mengugut dengan cara nak hantar syaitan.

Kirana berjalan sikit dan rapatkan mukanya dengan Esah.

"Aku tak kenal siapa perempuan yang kau maksudkan! Tapi, kalau melibatkan nyawa orang! Aku tidak akan maafkan. Kalau aku tahu siapa yang kena kacau disebabkan kau! Memang kau nak mati buat kali kedua." kata Kirana bernada bisik. Dia terus berjalan ke arah keretanya.

Esah dan Zabir masih tak berpuas hati. Kirana masuk ke dalam kereta. Dia masih tertanya-tanya siapa perempuan yang masuk ke kawasan Esah dan Zabir? Adakah seorang perawat sama sepertinya?

+++++++++

Deana buka laptop peribadinya. Dia pergi ke google. Dia tak menaip apa-apa lagi. Mimpinya malam tadi macam satu petanda. Nampak macam dia berada di dalam kejadian yang sebenar. Dia tekan butang search dan menaip KAMPUNG SERI KUNING KEMBANGAN. Lalu, dia tekan butang ENTER.

Terlalu banyak blog-blog yang mengisahkan pasal kampung. Ada juga berkongsi cerita melalui suara pasal kampung. Dan ada beberapa cerita dari penduduk kampung yang berhampiran. Deana tengok gambar seorang pakcik berkongsikan pengalaman dia mengambil gambar lorong nak masuk ke kampung itu. Kalau waktu malam, lorong itu kelihatan. Dan apabila waktu siang, lorong itu tidak kelihatan dan penuh dengan semak samun.

Deana tengok ada pekerja buruh sawit dari Indonesia menceritakan pengalaman seram. Semasa dia mengutip buah sawit. Dia macam nampak ada sebuah rumah yang terlalu usang di dalam kawasan kebun sawit. Rumah usang tu terletak jauh ke dalam tengah hutan kebun sawit. Kayu-kayu binaan banyak yang hilang. Dinding rumah semua berlubang banyak.

Deana keluar dari video YouTube. Dia baca ada satu blog tersebut.

KAMPUNG SERI KUNING KEMBANGAN. Kampung ini di bangunkan pada 1860 - 1930. Kampung ini sudah 70 tahun membangun. Jarak Kampung Seri Kuning Kembangan dengan kampung-kampung lain agak jauh berkilo meter juga. Setiap jarak semuanya lebih kurang 10KM.

Kampung ini asalnya di bangunkan oleh Wali Husin. Dia menarik orang-orang kampung yang lain untuk menetap disini dan bangunkan menjadi sebuah Kampung.

Deana tekan tanda X untuk keluar. Dia masih tertanya-tanya apa sudah jadi pada kampung tu selepas 70 tahun? Kenapa mereka semua berubah menjadi makhluk Pocong? Pasti ada sebab kenapa perkara macam tu terjadi.

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience