PROLOG

Horror & Thriller Completed 1610

Ustaz Zain tuangkan minyak urut ke atas tubuh pesakitnya. Seorang pakcik baru dipulihkan semangat selepas dia hampir gila selepas kematian isterinya sebulan yang lalu. Ustaz Zain baca sambil mengurut untuk buangkan semua aura yang tak elok dari dalam badan pakcik itu.

Ustazah Dahlia duduk di ruang tamu sambil melayan cucunya. Anak kepada Kirana dan Hakim. Namanya Faris.

Kirana senyum tengok ibunya sayangkan sangat Faris. Macam mana ibunya sayangkan dua lagi cucunya si Aniq dan Liana tu. Macam tu juga Faris dilayan dengan baik. Beruntung siapa yang dapat mertua macam Ustazah Dahlia.

Ustaz Zain dan pakcik tadi keluar dari bilik. Mereka sudah pun selesai melakukan tugasnya mengurut. Ustaz Zain bual-bual dengan pakcik tadi sebelum duit baru lepas berubat di hulurkan. Ustaz Zain terkejut pakcik tadi nak membayarnya.

"Takpelah bang, saya cuma bantu saja. Selebihnya biar Allah SWT membayarnya." kata Ustaz Zain tolak pemberian pakcik tu dengan baik.

"Subhanallah. Terima kasih ya zain. Kamu ni baik hati sangat-sangat. Saya doakan kamu dan keluarga duduk di bawah perlindungan Allah SWT." kata pakcik itu mendoakam Ustaz Zain dan seluruh keluarga dalam Rahmat Allah SWT.

Ustaz Zain menghantar pakcik itu keluar. Kirana mampu melihat saja. Selepas pakcik tadi beredar. Ustaz Zain masuk dan sertai keluarganya. Dia pun bagi respon buat cucu lelakinya itu. Kirana senyum melihat.

Sudah setahun berlalu selepas insiden yang berlaku ke atas keluarganya disebabkan kesilapan Karmila yang memilih untuk bersatu dengan Syaitan. Anak Aiman dan Nazura hampir terkorban oleh Pontianak Esah tu. Kirana tengok ibu dan ayahnya sudah tidak kuat macam dulu. Walaupun mereka nampak macam bertenaga dan wajah tidak dimamah usia. Tapi, dia faham kesihatan mereka kurang baik. Terutama ayahnya sudah hampir putus asa dengan kes setahun lalu itu.

Beberapa bulan selepas kejadian keganasan makhluk Pocong. Ibu dan ayahnya di datangi dengan sang boneka yang di dalamnya jiwa seorang kanak-kanak malang diberi nama Hayder dengan dendam kesumat. Dendam kesumat yang sememangnya takde tanda berdamai.

"Pakcik tadi tu kenapa abang?" soal Ustazah Dahlia pada suaminya. Sambil agah cucu lelakinya itu.

"Sebulan lepas. Isteri dia meninggal. Walaupun dekat rumah ada anak-anak. Tapi, dia pula yang murung tak bercakap. Awak bayangkan dia seorang kaki pergi surau. Dah nak dekat dua minggu dia tak pergi surau sehingga jemaah datang tanya.

Pakcik tu taknak langsung bercakap dan berkurung dalam bilik. Anak-anaknya bagitahu ayah mereka ada dalam bilik termenung. Kawan-kawan dia pujuk pun tak berjaya sehingga seorang daripadanya suruh dia berubat dengan saya. Anak-anak dia pun suruh. Itu yang pakcik tadi akur dan datang kemari. Masa saya urutnya. Memang di dalamnya sudah penuh aura negatif. Aura negatif inilah magnet untuk tarik makhluk halus supaya masuk ke dalam tubuh.

Sebab tu kita akan jadi layu, lemah, malas solat, malas nak melakukan aktiviti harian kita. Sebab apa? Syaitan sudah berjaya kawal tubuh. Sebab tu kita digalakan memulakan bismillah sebelum melakukan sesuatu. Semasa kita bawa kereta atau buat kerja pejabat. Hendaklah kita basahkan lidah dengan zikir. Saya sudah tarik aura tak baik dalam tubuhnya. Nampaklah mukanya berubah ceria. Dia pun rajin dan pemurah sebenarnya." Usfaz Zain terangkan pada isterinya sambil mengingatkan supaya kita biasakan diri untuk baca bismillah bila hendak melakukan sesuatu.

++++++++++

Nawra baru menyiapkan tugasan malam dengan sediakan fail dan segala bahan untuk dibawa perbincangan besok hari. Matanya melihat pada skrin telefon bimbit. Wallpapernya kini bukan lagi gambar bekas tunangnya Nufail. Sekarang hanya gambar bunga-bunga segar sahaja. Dia putus dengan Nufail adalah jalan penyelesaian baginya. Tak sangka lelaki yang nampak baik luaran rupanya ada satu aktiviti tak sihat dilakukan lelaki tu.

Seandainya dia tidak tahu dan meneruskan perkahwinan dengan Nufail. Dia akan mula terkena satu penyakit kelamin yang boleh membawa maut. Dia tak mahu tanggung risiko penyakit cepat mati tu. Dia nak hidup bebas dan normal macam orang lain.

Izzah datang untuk melihat Nawra yang kelihatan sepi. Nampak dari wajah si Nawra memang tengah sedih sedikit. Dia faham rakan serumahnya tu jarang nak menangis atau bersedih. Tapi kali ni boleh nampak airmuka Nawra macam tengah geram. Geram terhadap Nufail.

"Nawra??" Izzah menegurnya. Nawra berpaling kebelakang. Rupanya Izzah tegurnya.

"Hai babe.." Nawra pura-pura nampak bahagia.

"Kau okey ke tak ni?" soal Izzah.

"Aku okey jelah. Kau nak balik dah ke?" Nawra pula menyoal.

"Ya nak balik dah ni." kata Izzah dah mula berjalan keluar dari ruang pejabat. Nawra ditinggalkan bersendirian.

Hanya lampu di atas kepalanya saja menyala. Bahagian lain semuanya gelap sekarang. Nawra menyiapkan segala kerjanya dahulu. Disebabkan rasa bosan dan sunyi. Dia buka lagu dari telefon pintarnya. Aplikasi dari Youtube dia guna untuk carian lagu yang hit sekarang.

Hidungnya tercium bau yang sungguh busuk. Macam bau seakan kapur barus dan tanah kubur. Seingat dia kalau bau kapur barus dan tanah kubur biasanya akan ada uncle ah chong datang. Nawra terus matikan komputer kerjanya. Segala data tadi telah pun dia save. Dia terdengar bunyi suara mengekek ketawa.

"ke..ke..ke..ke..ke..."

Nawra terus pandang ke arah bunyi suara tadi. Nak tegur takut. Tapi, sekarang ni dia sendirian dekat pejabat. Kalau tahu nak kena macam ni baik dia ikut Izzah pulang. Dia pandang komputer yang sudah ditutup. Dia terdiam. Matanya membulat memandang skrin hitam itu. Dia nampak ada sebentuk bujur makhluk berbungkus putih comot. Perlahan-lahan matanya di alihkan ke sebelah kanan.

Dia segera pusingkan kerusinya dan pandang kebelakang. Tiada sesiapa. Makhluk berbungkus tadi tiada di belakangnya. Dia tersentak dan agak terkejut. Suaranya tersekat di kerongkong. Bibirnya menggeletar. Dia nampak makhluk berbungkus tadi dekat luar cermin pejabat. Sedang mengintai Nawra sambil tersenyum. Nawra pusingkan kerusinya semula dan dia menjerit kuat. Di atas mejanya ada kepala Pocong. Mukanya hitam legam dan matanya putih susu. Nawra pengsan tidak sedarkan diri.

++++++++

Di kawasan lain. Deana sibuk meruqyah pesakit perempuan yang baru sahaja dirasuk benda negative dalam tubuh. Apa yang menimpa pesakit ini sungguh menyedihkan. Dia telah di cerai dan di halau suami sehelai sepinggang sahaja. Mujurlah ada orang baik hati bagi dia duit untuk dia beli tiket balik ke kampung halaman.

Deana membaca beberapa ayat sambil pegang bahagian tengkuk pesakit wanita itu. Dia nak keluarkan segala aura negative dan benda tak baik dari tubuh wanita itu. Terlalu banyak yang ditanggung menyebabkan pesakit jadi stress dan tertekan.

Selesai berubat. Keluarga pesakit berterima kasih dan memberi duit sebagai upah mengubat anak mereka. Deana terima dengan ikhlas berapa yang mereka sanggup membayarnya. Deana melambaikan tangan sebaik sahaja kereta itu bergerak pergi tinggalkan kediaman.

Deana masuk semula ke dalam rumahnya. Pintu ditutup. Lelahnya diluahkan. Tapi dia berpuas hati dapat membantu orang. Dan juga ada kebaikan yang Allah berikan pada dia dengan segala ilmu dalam perubatan Islam. Deana juga merupakan seorang ibu kepada dua orang anak. Sulung bernama Aina dan seorang lagi yang bongsu bernama Wafiy.

Membesarkan dua orang anak sendiri tanpa suami di sisi memerlukan kesabaran yang maha tinggi. Dia diceraikan oleh suami selepas melahirkan Wafiy. Bayangkan waktu tu dia tidak mempunyai apa-apa. Sehingga keluarganya mencari semula bekas suami Deana.

Mujurlah Deana masih ada ibubapa dan adik beradik yang mengambil berat. Kalau lambat bertindak. Nyawa Ain dan Wafiy sudah terbang melayang, termasuk nyawanya sendiri.

Zamri. Itulah nama pendek bekas suami Deana. Bila dia sebut nama penuh bekas suaminya tu. Hatinya membara panas. Tapi, dia sejukkan hati dengan banyakkan berselawat dan beristighfar. Deana juga berniaga menjual nasi lemak dan kuih muih. Hasil itulah dia besarkan Ain dan Wafiy. Kadang mengurut orang dan mengubatkan orang. Pesakit dia hanya dari kalangan kaum perempuan sahaja.

Ada lelaki nak rasa urutan Deana tapi terpaksa menolak kerana bukan muhrim. Dia memang tak akan sentuh lelaki lain kecuali, ayah, adik-adik lelaki dan Wafiy sahaja. Deana mendapat panggilan pada waktu malam-malam begini. Ada kawan Deana bernama Izzah menghubungi. Dia menyuruh Deana datang ke rumahnya. Kata Izzah, Nawra di rasuk oleh benda yang menakutkan.

Tidak lama kemudian. Deana telah tiba di rumah Izzah. Kedengaran suara Nawra menjerit dari dalam rumah. Izzah terus berlari keluar dan peluk Deana sebab takut untuk melihat Nawra. Deana memulakan langkah untuk masuk ke dalam pagar.

Baru langkah pertama. Dia mula rasa berat sekali langkahnya. Dia tengok rumahnya menjadi hitam dan suasana berubah kepada aura yang kurang menyenangkan. Deana membaca kalimat sambil hatinya menyebut nama Allah tanpa henti. Izzah ikut dari belakang.

Daun pintu terbuka dengan sendiri. Deana dan Izzah nampak Nawra duduk bersila macam orang bertapa. Kepalanya menunduk kebawah. Izzah nampak terkejut dan takut tapi Deana sedikit rasa gerun.

Deana melangkah masuk ke dalam rumah. Nawra mengangkat kepalanya. Muka Nawra pucat dan penuh urat biru menjalar. Nawra sengih lalu dia ketawa mengilai.

"Ini bukan sembarangan. Ini syaitan yang menyerupai makhluk Pocong." kata Deana lalu dia memulakan tugasnya. Bacaan ayat suci dimulakan.

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience