Chapter 18

Horror & Thriller Completed 1610

MADRASAH DARUL AR-RIDHUAN

Pandangan di tunjukkan ke tingkap asrama. Farisya kini sudah berani tidur di katil bahagian atas semula. Saka Nenek Tua sudah di kembalikan ke tempat yang lebih jauh. Malam hari yang sangat tenang. Suasana bertukar sepi. Dengan hanya bunyi cengkerik menambahkan ketenangan.

Tiba-tiba, ada satu benda seperti terbang dari luar tingkap. Farisya terjaga dari tidur yang terganggu. Dia gosokkan matanya. Dia memandang ke arah luar bilik asramanya. Farisya terus sambung baring dan pejamkan matanya. Di luar tingkap, terdapat satu sosok Pocong memandang ke arahnya.

Di bahagian asrama lelaki. Fattah terbangun dari tidur. Dia bangunkan badan dan regangkan urat leher. Dia capai jam tangan. Jarum jam menunjukkan pukul 3 pagi.

"Ya Allah, sesungguhnya aku dapat buat amal pada pukul 3 pagi." Fattah menadah tangan dan berdoa. Dia tengok katil sebelah. Amin dan Dahlan masih tidur.

Fattah buka pintu bilik asrama. Dia keluar dan tutup pintu. Fattah berjalan menuju ke tandas. Lampu di pasang dan dia pergi ke arah kubikal yang paling hujung sekali. Fattah masuk ke dalam. Semasa sibuk membuang hadas besar. Dia layan video di aplikasi TikTok.

Pelbagai video-video yang fyp di naikkan. Dia layan satu demi satu video. Ada video yang lawak. Ada yang sedih. Ada video putus cinta, putus tunang, kena cerai.

"Zaman sekarang nak cerai kena posted kat tiktok??" soal Fattah menggeleng kepala dengan perangai manusia akhir zaman ni.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi pintu tandas macam kena pukul. Seperti ada orang masuk ke dalam. Fattah dengar bunyi telapak kaki orang sedang berjalan. Dan bunyi air sekali. Masa-masa macam nilah nak kena kacau.

Fattah terkejut dengan bunyi lagu dari telefon. Dan kedengaran suara orang bercakap dekat telefon. Fattah menarik nafas lega. Mahu tak gugur jantung kalau tiba-tiba bukan manusia. Orang tadi tu kedengaran bercakap sambil berjalan keluar dari tandas. Tinggallah Fattah sendirian.

Dia kembali menonton video. Suasana yang bingit dengan bunyi cengkerik tiba-tiba senyap. Telefon Fattah juga suaranya hilang secara tiba-tiba.

"Eh? Apahal ni??" Fattah pelik dengan telefon dia.

Dan kali ini dia di kejutkan dengan bunyi orang hempas pintu tandas. Fattah fikir positif mungkin itu pelajar yang masuk. Tapi, cara jalan dia berbeza. Macam selangkah tu ambil masa dalam tiga saat. Fattah pandang bawah pintu yang ada lubang. Dia nampak macam bayang hitam di lantai bergerak ke arah kubikal tempat dia duduk.

Fattah terus cuci dirinya dan memakai seluar semula. Dia pandang bawah pintu tu lama. Fattah simbah lantai. Percikan air mengalir keluar dari pintu. Fattah nampak dari pantulan air tu ada muka Pocong. Fattah terkejut sampai dia undur.

Pintu kubikal dia di ketuk dengan kuat beberapa kali. Bunyi macam nak pecahkan pintu. Fattah dah menggigil ketakutan. Dia mendongakkan kepala. Ada kepala Pocong hitam mukanya pandang Fattah dari dinding kubikal sebelah.

Fattah menjerit dan terus buka pintunya. Ada seekor lagi Pocong di hadapan. Fattah menjerit sehingga dia pengsan tidak sedarkan diri. Terbaring di atas lantai.

++++++++++

GUA KAMPUNG SERI KUNING KEMBANGAN

Amir duduk di satu kerusi yang macam batu. Zabir juga ada sekali dan duduk. Mantaha datang dan melabuhkan punggung. Amin masih tak berpuas hati.

"Okeylah, kalau kau berdegil. Lepas ni memang kita berperang. Tapi sebelum tu aku nak tanya. Mereka semua tu penduduk kampung asal sini kan??" soal Amin. Mantaha mengangguk.

"Mereka memang asal sini." kata Mantaha. Zabir tengok penduduk kampung yang sudah menjelma sebagai makhluk Pocong.

Amin tengok penduduk kampung yang menjaga di bahagian luar perhatikan Amin.

"Aku nak tanya. Kenapa Pocong kau jadikan mereka? Macam mana kau boleh jelmakan mereka satu kampung menjadi makhluk Pocong? Sedangkan mereka boleh menjelma pelbagai rupa lain." soal Amin nak tahu macam mana Mantaha boleh jadikan penduduk satu kampung yang ramai itu Pocong.

"Selepas Wali Husin tinggalkan kampung ini. Seminggu selepas itu aku lenyapkan mereka sehingga tidak di dapat di lihat oleh mata kasar manusia. Aku beri mereka hidu satu bau dari asap menyebabkan mereka mati beramai-ramai. Askar-askar Syaitan aku kafankan mereka dan putuskan kepalanya.

Sesudah itu. Aku dan konco dari kalangan Syaitan lain manterakan setiap seorang dan aku sambungkan semula kepala itu. Dan akhirnya, mereka bangkit sebagai makhluk Pocong." Mantaha ceritakan balik macam mana dia Pocongkan satu kampung.

Bunyi tapak kaki orang sedang berjalan. Mantaha, Zabir dan Amin toleh ke belakang untuk tengok gerangan siapa. Muncul seorang lelaki yang berpakaian baju putih lengan pendek. Tubuhnya tegap sasa seperti Zabir. Tingginya tu lebih dari seorang lelaki eropah. Rambutnya kerinting dan panjang mencecah paras bahu.

Dia duduk di satu kerusi batu. Matanya cantik bewarna kuning keemasan. Dia pandang Zabir dengan renungan tajam. Zabir juga pandang makhluk itu.

"Ini Kabar. Ketua kepada puak Belang. Kuat dia ni tengok otot lengan dia dah sama besar dengan Zabir." kata Amin. Mantaha memandang si Kabar. Harimau Belang itu memandang tajam ke arah Mantaha dan Zabir bersilih ganti. Renungan dia benar-benar menakutkan.

"Kau betul-betul nak perang dengan aku ke??" soal Mantaha pada Amin. Lelaki itu ketawa seperti pertanyaan Mantaha tu sesuatu yang lucu. Kabar juga ketawa sindir.

Salah seorang penduduk kampung itu datang dan memberitahu ada sekumpulan tentera Harimau Belang dan kaum Orang Bunian tiba. Mantaha terus pandang Amin dan Kabar.

"Kenapa? Terkejut??" soal Amin dengan senyuman yang mengejek.

Dilaila, Datin Asmah dan Nufail nampak sekumulan ramai-ramai Harimau Belang. Seekor yang ketuai itu mengaum seperti harimau biasa. Mereka menghampiri kaum manusia yang baik hati. Aiman tarik Nazura dan rapatkan ke tubuhnya. Dia peluk isterinya.

Ada seekor Harimau Belang berada di tepi Shazlan. Terpegun Shazlan tengok warna bulunya tu bersih. Macam kucing yang orang membelanya.

"Cantiknya bulu dia.." kata Shazlan memujinya.

Ketibaan seluruh kaum Orang Bunian sampai berpakaian putih keseluruhan. Lelaki dan perempuan semua datang nak menentang musuh dan membantu manusia. Seorang pemuda berjalan ketuai kumpulan itu.

"Itu Putera Aduka.." kata Dilaila kenal dengan kawan baik suaminya.

"Suami Dilaila ni orang bunian ke?" soal Datin Asmah terkejut.

"Tak. Tapi, ada raja dan permaisuri suka pada abang Amin. Sampai nak jadikan abang Amin anak angkat mereka." kata Dilaila. Datin Asmah mengangguk faham.

Putera Aduka ketuai kumpulan dia dan Harimau Belang. Di hadapan mereka kini terlampau banyak sangat Pocong-Pocong. Dan ada banyak keranda terbang menanti untuk lawan. Esah terbang dan pergi ke arah pihaknya. Dia menghampiri kaum Pocong yang lain.

"Lailahaillallah.." ucap Putera Aduka.

Tiba-tiba Nufail menjerit dengan kuat dan meracau. Datin Asmah dan Dilaila menjerit sehingga mereka jarakkan sikit. Putera Aduka dan Hakim berpaling ke belakang. Mereka berdua terus lari mendapatkan Nufail.

Nufail menjerit dan meracau. Matanya keputihan susu. Putera Aduka pegang dada Nufail. Dia membaca beberapa ayat suci. Hakim pegang kepala Nufail dengan meruqyahnya. Putera Aduka nampak Baitil dan Habbah terbang keluar dari tubuh Nufail.

Setelah mereka keluar dari badan Nufail. Lelaki itu pengsan tidak sedarkan diri. Putera Aduka arahkan dua pengikutnya bawa Nufail masuk ke dalam rumah dan jagakan. Dia kembali masuk ke dalam kawanan perangnya. Hakim pun sertai untuk bertarung.

Tiba-tiba munculnya Amin, Kabar, Mantaha dan Zabir berjalan ke arah kawanan perang mereka. Amin dan Kabar berada di kelompok Harimau Belang dan Orang Bunian. Mantaha dan Zabir berada di kelompok kumpulannya.

"Serang....!!!!" Mantaha menyuruh Pocong-Pocongnya mulakan serangan.

"Bismillahitawakaltu Allah.. Serang!!" Putera Aduka arahkan mereka membalas serangan.

++++++++++

MADRASAH DARUL AR-RIDHUAN

Suasana di kawasan sekolah agama berasrama penuh huru hara. Pelajar-pelajar perempuan keluar dari bilik mereka dengan melarikan diri. Pelbagai serangan besar-besaran telah di lakukan. Pocong-Pocong mula melakukan serangan. Bukan sahaja asrama perempuan. Asrama lelaki tak terlepas dari terkena gangguan yang agak kuat kali ini.

Pelajar-pelajar perempuan lebih ramai yang terkena histeria. Ada yang sudah di rasuk oleh lembaga hitam. Pelajar lelaki juga tidak terkecuali dan terkena rasukan.

Izzah berlari keluar. Nawra berjalan keluar sambil tersenyum. Matanya kemerahan menyala. Nawra terapung dan ketawa mengilai.

"Nawra!" Hajjah panggil anaknya. Nawra pandang ibunya dengan muka bengis.

Tubuh Hajjah terapung dan di campakkan ke tempat lain. Beberapa pelajar lelaki nak membantu. Nawra tolak mereka dengan kuat. Farisya juga tidak terkecuali terkena rasukan. Dia menjerit dan berlari. Layla dan Izara mengejar Farisya.

Pelajar-pelajar lelaki dah menjerit dan histeria. Ustaz-ustaz sekolah telah di panggil. Ustazah juga datang untuk turun padang membantu. Syasya berlari ke arah Hajjah. Dia bantu bangunkan gurunya.

Amir berjalan dengan gagah berani. Mulutnya terkumat kamit membaca surah Al-Jinn. Bunga gerakan dia di mulakan seperti bersilat. Nawra turun dan memijak ke lantai. Nawra terduduk melutut.

Kepulan asap muncul di belakang berbentuk lembaga berjubah hitam keseluruhan. Pakaian dia tidak seperti pakai saidatina Fatimah a.s kerana mempunyai hud di kepala. Masih kelihatan rambut.

"Siapakah gerangan di kau wahai Jin Kafir??" soal Amir.

"Aku Janinah! Aku dari keturunan bangsa Syaitan! Yang sudah hidup lama 1400 tahun lalu." kata Janinah yang berkelubang hitam.

"Demi Allah yang Maha Melindungi Umat Islam. Apa tujuan kau kemari? Dan untuk apa kau merasuk tubuh perempuan ini?" soal Amir. Janinah ketawa mengejek.

"Tiada apa tujuan! Kerana aku akan berada di setiap tubuh manusia!" kata Janinah.

Amir baru nak menyerang. Dia berpaling dan terpandang Deana dan Tiara berlari masuk ke dalam kawasan berasrama perempuan. Janinah terapung dan mulakan serangan. Dia menjerit membuatkan tubuh Amir tercampak ke belakang. Deana laungkan nama Allah semasa dia lari ke arah Janinah.

Tiara terus pergi ke arah Nawra. Dia tarik gadis itu untuk bangun dan bawanya pergi. Deana membaca ayat pendinding. Deana keluarkan senjata berbentuk keris yang kecil. Tapi kekuatan keris itu luar biasa. Kerana sudah di isi dengan keberanian dari moyangnya.

"Aku bersumpah atas namamu, Ya Allah! Aku perlukan bantuanmu. Kau Syaitan bernama Janinah akan binasa sehingga aku sendiri campakkan kau ke dasar Neraka Jahanam sana!" Deana cabut kerisnya.

Janinah menjerit sehingga tubuh Deana terasa macam ada sesuatu ghaib cengkam batang lehernya. Tubuh Deana naik dan terapung. Tiara membaca surah Al-Jinn. Amir pun gunakan jalan terakhir iaitu meminta pertolongan. Tubuhnya terasa kekuatan yang luar biasa. Matanya bertukar kuning emas yang berkilau.

Amir melompat ke arah Janinah. Syaitan betina itu menjerit ke arah Amir sehingga tubuhnya dan Harimau Belang di dalamnya tercampak semula kebelakang. Tiara kunci pergerakan Janinah. Dia cuba tariknya. Janinah memandang Tiara dan menjeritnya.

Tubuh Tiara tertolak ke belakang dengan kuat macam kena tumbuk. Tiara cuba untuk bangun. Janinah memandang Tiara dan mendengus sikit. Tubuh Tiara macam terbaring melekat di jalan tar.

Haji Dollah muncul dan membaca ayat kursi. Dia ruqyah beberapa kali lalu mencampakkan beras yang sudah di baca ke arah Janinah. Bila terkena beras itu. Janinah menjerit kesakitan. Deana terus jatuh ke tanah selepas dia terapung di sebabkan kuasa ghaib.

"Akak!" Tiara panggilnya. Deana cuba bangkit kembali. Dia memandang Tiara.

"Mari ikat dia!" Tiara mengajak. Deana mengangguk.

Deana dan Tiara terus membaca beberapa ayat. Jari telunjuk dan jari hantu bercantum. Mereka melukis sesuatu sambil bibir membaca. Muncul cahaya macam tali panjang terus mengikat Janinah. Syaitan betina itu menjerit bila dua ikatan cahaya dari Deana dan Tiara jerat seluruh tubuhnya.

Haji Dollah tepuk ke lantai. Bagaikan ada tangan pegang seluruh badan Janinah. Amir terus buka botol dan di halakan. Dia membantu Haji Dollah. Deana dan Tiara menariknya untuk di bawa masuk ke dalam botol itu. Amir pun tariknya dengan membaca ayat kursi kuat sekali. Haji Dollah juga tidak terkecuali.

Lama kelamaan, hasil usaha mereka berjaya masukkan Janinah ke dalam botol. Walaupun benda itu degil sekali. Amir terus tutup penutupnya. Haji Dollah nampak pelajar-pelajar masih di rasuk.

Deana dan Tiara bangun untuk bantu melawan Pocong-Pocong. Suasana pada malam itu sekali lagi di ambang yang sangat berbahaya. Semakin ramai pelajar-pelajar yang telah di rasuk oleh Pocong.

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience