Chapter 15

Horror & Thriller Completed 1610

MADRASAH DARUL AR-RIDHUAN

Farisya sedang baring di sebelah Izara. Dia sekarang ni nak tidur berdua rapat-rapat. Dah rasa trauma nak tidur dekat katil atas ni. Tambahan lagi dia punya semangat sudah dibawa pergi. Layla dan Syasya sibuk mengulangkaji pelajaran.

Izara buka aplikasi TikTok nak tengok video-video orang. Farisya pun tumpang nak tengok sekali. Mereka tengah tengok video kucing yang comel dan manja.

Syasya meletakkan pen di atas meja. Dia pandang keluar tingkap. Melayan mata sambil melihat padang yang terbentang luas di belakang bangunan asrama dan sekolah mereka. Tiba-tiba, ada muncul kain putih yang lusuh terbang melintasi tingkap bilik asramanya.

"Ya Allah astaghfirullah al'azim!" Syasya terkejut sampai bangun dari kerusi. Layla yang belajar dekat katil terkejut Syasya mengucap. Izara dan Farisya pun turut tengok. Mereka bertiga turun dari katil.

"Kenapa Sya??" soal Izara.

"Tak. Tadi saya nampak sesuatu." kata Syasya nampak macam kelibat.

"Merapu jelah kau ni. Dah lah pergi belajar.." kata Layla taknak fikir yang bukan-bukan.

Sementara di dorm lain. Siti sibuk mendengar gosip bersama Anna dan dua lagi pelajar. Mereka berbual sambil membawang pasal pelajar-pelajar lain. Mereka sibuk puji kawan Amir iaitu Fattah pun boleh tahan hensem. Tapi, Siti tetap memihak kepada Amir. Baginya Amir bagaikan Nabi Yusuf tampannya.

Tuk!

Mereka berempat terdiam seketika. Semua pandang ke arah pintu bilik asrama. Baru sekejap dengar bunyi ketukan.

Tuk!

Kali ini mereka dengar lagi. Anna bangun dan pergi ke arah pintu. Dia langsung tak dengar suara orang memberi salam. Anna toleh ke belakang memandang tiga kawan sebiliknya. Baru nak pegang tombol pintu.

Baam!!

Anna sampai terkejut besar. Matanya terbeliak dan terus pergi ke arah tiga kawan sebiliknya. Baru nak duduk. Matanya tertengok ke arah luar tingkap. Kelihatan Nenek Tua berambut mengurai panjang dan tebal terapung di luar. Mukanya banyak kedut yang hodoh.

Anna menjerit dengan kuat sambil tunjuk ke arah luar. Siti dan dua lagi turut tengok di luar. Mereka pun menjerit dengan kuat. Siti dan dua kawannya bangun lalu tarik tangan Anna untuk lari. Sebaik sahaja pintu dibuka. Haura di luar bilik pusingkan badan. Mukanya kelihatan pucat dan bibir kekeringan.

Tiba-tiba, wajah Haura bertukar keputihan dan matanya merah darah. Haura menjerit menampakkan taring giginya yang tersusun dan banyak. Siti, Anna dan dua lagi menjerit.

Suara jeritan mereka kedengaran di satu asrama puteri. Pelajar-pelajar yang berada sama aras keluar untuk tengok apa yang berlaku. Pelajar-pelajar di aras lain juga keluar sekali.

Nenek Tua itu muncul dalam keadaan terapung dan terbang berlegar di hadapan asrama puteri. Pelajar-pelajar mula menjerit ketakutan sampai ada yang histeria. Mereka berlari nak selamatkan diri sampai ada yang terjatuh dan terpijak satu sama lain.

Nawra dan Izzah yang berada di aras satu juga terdengar jeritan. Mereka segera bangun dan mengenakan kain tudung. Berlari keluar dari bilik. Terkejut mereka dengan kelibat Nenek Tua berterbangan dan berlegar. Nawra terus keluar nak selamatkan pelajar-pelajar. Izzah terus mencapai telefon untuk hubungi Deana.

Syasya, Izara, Layla dan Farisya keluar dari bilik dorm mereka. Bila Farisya nampak Nenek Tua itu. Dia terus menggigil dan meracau. Farisya tumbang dan terkena histeria. Layla dan Izara pegang badan Syasya.

Ada yang nak turun tapi muncul kelibat Pocong mukanya hitam. Pelajar-pelajar tadi lari dan naik semula ke atas. Ada yang sampai jatuh dan terpaksa merangkak untuk lari.

Ustaz Afrizal lari ke arah bilik warden. Dia terus tekan butang loceng kecemasan. Loceng asrama lelaki berdering mengejutkan warga asrama putera. Mereka semua keluar dari dorm asrama dan terdengar suara pelajar-pelajar perempuan menjerit.

Amir, Fattah dan Dahlan turut keluar dari bilik asrama. Ustaz Afrizal ambil alat pembesar suara. Dia lari dan panggil pelajar-pelajar lelaki.

"Ini kecemasan! Pelajar-pelajar lelaki tolong cikgu selamatkan pelajar-pelajar perempuan yang kena histeria! Ini atas arahan!" jerit Ustaz Afrizal.

Pelajar-pelajar lelaki mula bergerak untuk membantu pelajar-pelajar perempuan. Amir terus semangat lari turun ke bawah. Fattah dan Dahlan mengikut Amir untuk bantu Ustaz Afrizal. Pelajar-pelajar lelaki memakai glove getah kerana mereka akan bantu memapah nanti.

Sementara itu, sebuah kereta menyusur dengan laju ke sebuah sekolah berasrama penuh. Deana baru dapat panggilan kecemasan dari Izzah mengatakan ada Nenek Tua di asrama itu. Deana cuba hubungi Kirana tapi tak dapat-dapat. Dia tekan pedal minyak dan semakin laju kereta dibawa.

+

Amir dan seluruh pelajar-pelajar lelaki berlari masuk ke dalam kawasan sekolah untuk ke bahagian kawasan berpagar masuk ruang asrama perempuan.

Muncul beberapa ekor Pocong membuatkan pelajar-pelajar lelaki matikan langkah.

"Bismillah Allahuakhbar..!!" laung Amir lalu dia pukul tanah. Matanya memandang kumpulan Pocong itu.

"Kita khalifah di bumi! Jangan biarkan Jin-Jin kafir ni patahkan semangat kita! Kita laungkan seruan. Allahuakhbar!" Fattah berikan semangat. Ustaz Afrizal juga muncul dan berdiri di barisan hadapan.

"Allahuakhbar..!!" pelajar-pelajar lelaki melaungkan. Suara mereka bergema.

Mata Amir bertukar kepada warna kekuningan seperti mata Harimau. Pocong-Pocong tadi perlahan-lahan hilang. Amir menyuruh mereka semua masuk ke dalam kawasan berasrama perempuan.

Zabir dan Esah muncul untuk menghalang pelajar-pelajar lelaki. Esah menjelma kepada Pontianak. Dia terbang dan mahu menyerang. Amir nampak kelibat Pontianak itu. Ustaz Afrizal baca ayat dan mengambil sedikit tanah. Dia terus melemparkan ke arah Pontianak itu.

Pelajar-pelajar perempuan masih kedengaran menjerit histeri di dalam kawasan berasrama. Pelajar-pelajar lelaki terus membantu pelajar-pelajar perempuan yang tak kena histeria.

Zabir muncul dengan menjelma kepada bentuk Pocong. Hanya tangan dan kaki kelihatan di sebalik kain kafan yang koyak itu. Amir berlari ke arah Zabir yang bertubuh besar itu. Zabir pun lari menyerang Amir.

Deana baru tiba. Dia parking kereta di luar asrama puteri. Dia berlari masuk ke dalam kawasan berpagar. Deana nampak kelibat Nenek Tua itu.

"Kebayan!" jerit Deana. Nenek Tua itu pusingkan badan. Dia nampak Deana menguji kesabaran. Dia turun dan mahu menyerang.

Deana membaca ayat pendinding dan terus kunci pergerakan Nenek Tua itu. Pontianak tadi muncul dan langgar badan Deana. Syasya berlari mendapatkan Deana. Dia menjerit dengan nama Allah. Pasir yang di genggam di campakkan ke arah Esah.

Pontianak tadi mengelak pasir. Deana gunakan peluang dengan tendang badan Esah. Dia bangun semula dan membaca ayat. Esah mahu menyerang kembali. Deana kunci pergerakan Esah. Nenek Tua tadi pun bangun dan mahu serang.

"Kakak!" jerit Syasya. Deana terus halakan sebelah tangan lagi ke arah Nenek Tua.

Dia kini berdepan dengan dua Syaitan. Syasya berpaling ke bahagian asrama perempuan. Kelihatan pelajar-pelajar lelaki bantu pelajar perempuan bawa murid yang terkena histeria turun ke bawah. Syasya nampak Layla dan Izara pun turun bawa Farisya yang di papah oleh Fattah. Ada dua pelajar lelaki backup mereka.

Ustazah Huda dan Puan Hajjah juga ada sekali membantu. Anak Puan Hajjah yang nama Nawra pun bantu bawa pelajar perempuan keluar.

Ada pelajar-pelajar lelaki halang Pocong dari merasuk murid perempuan yang kena. Bergema suara mereka dengan ayat-ayat suci. Syasya tengok Amir berlawan dengan makhluk lelaki berbadan bodybuilder itu.

Amir ketika itu matanya warna kekuningan emas. Kini, Harimau keturunan dia merasuk tubuh dan menyerang Zabir. Kalau orang biasa tengok nampak hairan. Kerana budak remaja yang kurus mampu lawan dengan makhluk yang tinggi dan besar seperti ahli bina badan.

Amir benamkan jari ke tanah. Dia kunci serangan Zabir. Lelaki Syaitan itu sukar nak bergerak. Ustaz Afrizal bantu Amir dengan membaca ayat-ayat suci. Amir minta Ustaz lemahkan kuasa di dalam Syaitan itu. Semakin bercahaya mata kuning emas Amir itu.

Syasya tengok Deana. Masih teguh lawan dua Syaitan betina. Pontianak dan Nenek Tua. Hajjah lari mendapatkan Deana. Dia bantu Deana dengan berlawan Nenek Tua itu. Amir berjaya kunci pergerakan dan tolaknya. Tubuh Zabir tercampak jauh sampai keluar pagar asrama perempuan.

Dia berlari dan terus menyerang Nenek Tua itu. Pada pandangan Nenek Tua itu. Yang nak serang dia adalah jelmaan Harimau Belang. Amir terus kunci pergerakan Nenek Tua dan Pontianak.

Syasya nampak Haura kini menjelma kepada sesuatu yang menakutkan. Dia terus berlari untuk menyerang Haura. Mulutnya tak henti-henti membaca ayat dan di halakan ke arah Haura. Layla tengok Syasya lawan Haura. Dia bangun dan mahu bantu. Izara pun turut nak bantu sekali. Mereka bertiga kini di depan Haura sambil membaca ayatul kursi dan surah Al-Fatihah.

Haura menjerit. Tubuhnya berasap bila berdepan dengan Syasya, Layla dan Izara. Perlahan-lahan Haura menghilang bersama asap yang panas tadi.

"Jom tolong Amir sana.." Syasya mengajak Layla dan Izara ke arah Amir.

Mereka bertiga halakan tangan ke arah Nenek Tua dan Pontianak itu. Amir toleh dan nampak Syasya juga ada bersama. Bibirnya tersenyum bahagia. Amir lebih bersemangat dan terus membaca ayat suci. Setelah pergerakan mereka dikunci. Deana terus tolak badan Pontianak itu jauh melayang keluar dari kawasan pagar asrama.

Ustaz Afrizal ambil botol kaca. Amir membaca ruqyah dan tarik Nenek Tua itu untuk masuk ke dalam botol kaca. Syasya pun turut tariknya sama. Deana bantu Amir dengan membaca ayat. Nenek Tua itu menjerit seperti mahu melepaskan diri. Tapi sukar nak lari macam ada tali pengikat dari botol kaca tu tariknya untuk masuk ke dalam.

Selepas Nenek Tua itu masuk. Amir terus tutupkan botol itu. Ustaz Afrizal menarik nafas dalam-dalam.

"Mari pulihkan mereka.." suruh Amir.

Deana, Amir, Hajjah, Ustaz Afrizal, Syasya, Layla dan Izara berlari mendapatkan pelajar-pelajar perempuan yang dirasuk malam itu. Bergema suara laungan azan di kawasan lapang asrama puteri. Seorang demi seorang perlu di pulihkan dan kembalikan semangat mereka.

Pandangan di tunjukkan ke muka langit malam. Dan malam ini menjadi sejarah buruk bagi sekolah Madrasah. Dan sejarah pelajar di rasuk beramai-ramai berulang kembali. Itulah apa yang pernah Deana lalui semasa zaman dia bersekolah dulu.

BERSAMBUNG......

Share this novel

Nur
2023-10-14 12:18:29 

maaf.ni chapter 14 ke 15


NovelPlus Premium

The best ads free experience