Chapter 4

Horror & Thriller Completed 1610

MADRASAH DARUL AR-RIDHUAN

Kelas Bahasa Melayu sudah pun habis. Pelajar-pelajar Tingkatan 5 tutup buku dan masukkan ke dalam beg. Selepas 30 minit nanti akan ada kelas Fardhu 'Ain. Sekolah madrasah ni merupakan sekolah yang membolehkan pelajar-pelajar boleh belajar bahasa inggeris seperti sekolah biasa.

Dalam sehari hanya sekali kelas itu di adakan untuk pelajar-pelajar mudah sambung belajar di luar negara nanti. Amir memandang empat sekawan gadis cantik. Farisya dan Layla berpaling kebelakang. Farisya menekup mukanya terlampau malu. Tak boleh tengok muka Amir tu. Sudahlah tampan. Kulit mukanya bersih sangat.

Mata Amir sebenarnya memandang Syasya. Dia ada menaruh hati tapi gadis tu tak buka pintu hatinya untuk isi perasaan Amir terhadapnya.

Syasya tengok Farisya macam ulat yang menggeliat. Syasya toleh kebelakang. Amir pandang ke arahnya. Amir mengenyitkan mata pada Syasya.

Fattah dan Dahlan tengok je gadis-gadis yang Amir pandang. Fattah cuit pinggang Amir. Lelaki kacak itu pandang sahabatnya.

"Syasya masih tak respon cinta kau ke??" soal Fattah. Amir malu sehingga wajahnya kemerahan.

"Jangan cerita kat sini. Nanti Ustaz Afrizal muncul tiba-tiba. Dia pantang kalau ada pelajar bercinta dekat sekolah." kata Amir diamkan mulut Fattah.

Ustaz Afrizal merupakan guru kaunseling bagi pelajar asrama lelaki. Dan seorang lagu Ustazah Huda guru kaunseling bagi pelajar perempuan.

Amir, Fattah dan Dahlan berjalan keluar dari kelas. Berjalan di ruang koridor melintasi kelas-kelas yang lain sambil berbual.

"Amir, kau anak buah Ustazah Dahlia kan??" soal Dahlan teringat yang Amir ni anak buah kepada perawat yang cukup terkenal di Malaysia.

Amir mengangguk sambil pandang sahabatnya.

"Rumah Ustazah Dahlia kan ada satu stor belah bawah rumah kan?? Dalam tu kan khazanah lama. Pernah tak kau kena kacau dulu?" soal Dahlan beria nak tahu. Fattah pun memasang telinga nak mendengar.

"Tak pernah kena kacau. Tapi memang aku tahu khazanah lama. Dalam tu semua barang-barang kepunyaan pemilik asal lama. Dan di setiap barang tu ada isi benda halus. Tapi, ada satu barang yang jauh lebih bahaya berbanding semua khazanah lama." Amir bercerita.

"Barang apa tu?" soal Fattah.

"Pinokio. Patung Pinokio." Amir sebut nama patung itu.

"Ada sejarah ke pasal patung tu??" soal Dahlan. Dia memandang muka Amir.

"Patung tu asalnya milik seorang kanak-kanak bernama Helmi. Banyak sebenarnya cerita yang sudah diubah dari asal. Kalau cerita asal patung tu aku tak tahu lagi." Amir memberitahu. Agak kecewa pada riak muka Dahlan kerana nak tahu sejarahnya. Tapi Amir sendiri tak tahu.

"Selain cerita patung ni kan. Korang pernah dengar tak nama Haura??" soal Fattah sambil memandang Dahlan dan Amir.

"Haura?? Siapa tu?" soal Amir.

"Haura dulu pernah sekolah dekat sini 10 tahun lepas. Dia satu-satunya pelajar yang lemah semangat. Kerap kena rasuk oleh penunggu di belakang bangunan lama belakang padang sekolah kita.

Tak silap aku bawah pokok rendang tu dulu ada orang tanam benda dekat tanah. Orang tu seorang perawat yang ubat pesakit. Dan dia tanam makhluk halus tu di belakang padang sekolah. Tak silap aku Nenek Kebayan." cerita Fattah. Dahlan tengok romanya naik.

"Fuuhh meremang tiba-tiba." kata Dahlan. Amir kelihatan bersahaja. Baginya dia dah biasa dengar cerita-cerita seram.

"Lepas tu apa jadi??" soal Amir.

"Haura tu di temui mati dekat bangunan asrama perempuan tingkat paling atas. Murid-murid dengan cikgu jumpa mayatnya mati tergantung dekat stor yang tak di gunakan lagi. Haura dah meninggal 5 hari selepas mayatnya di temukan. Sebab ada terbau benda yang sangat busuk." Fattah tambah cerita lagi.

Amir pusingkan badan kebelakang. Dia memandang ke arah bangunan asrama perempuan. Terutama tingkat yang paling atas sekali.

+++++++++++

Nufail masih takde rasa apa-apa selepas balik dari rumah Esah malam tadi. Tapi hatinya masih tertanya-tanya kampung apa yang dia masuk malam semalam? Muka semua penduduk kampung pucat je. Pulak tu dekat rumah yang meriah dengan majlis pun muka penduduk kampung tak ceria langsung.

Dia terimbas muka salah seorang penduduk kampung lelaki. Mukanya benar-benar pucat macam mayat. Nufail tersentak bila teringat balik muka seorang pakcik dekat kampung pedalaman semalam.

Nufail baring dengan keadaan mengiring badan ke sebelah kiri. Pocong berkafan putih baring di katil sebelah Nufail tanpa di sedari lelaki tu. Nufail buka mesej ada orang chat dia. Datangnya dari Ariffin.

"Semalam kau kemana? Aku cari dekat snooker kau takde." - Ariffin.

Nufail berdecit. Tapi dia cuba nak tekan butang huruf. Entah kenapa jarinya taknak sentuh butang huruf itu. Di belakangnya itu, makhluk Pocong tadi bangunkan badan. Kepalanya memusing ke arah Nufail. Mata putih susunya memandang lelaki itu.

Nufail betulkan baringnya posisi menghadap siling. Pocong yang baring di sebelahnya tadi dah tiada. Dia keluar dari chat Ariffin dan keluar dari laman aplikasi Whatsapp. Dia buka aplikasi bermain game pula.

Pintu di ketuk. Jenal buka pintu. Dia agak terkejut sikit.

"Nufa, semalam kau kemana?? Bawa kawan kau tidur sini ke?" soal Jenal. Nufail dah pelik.

"Kawan??" soal Nufail.

"Tu sebelah kau tu. Dah lah aku nak gerak pergi kerja." kata Jenal lalu menutup pintu bilik Nufail.

Degupan jantung Nufail bergoncang laju. Perlahan-lahan ekor matanya di alihkan ke sebelah kanan. Dan dia terus pusingkan kepala. Sebelahnya kosong. Nufail menarik nafas lega. Jenal tu betul ke? Bila masa dia bawa kawan? Sedangkan malam tadi jumpa Esah untuk buatkan Nawra kena gangguan.

Nufail mula rasa tak sedap hati. Dia turun dari katil dan berjalan keluar dari bilik. Merinding tubuhnya dengan tiba-tiba. Tak tahulah mungkin dia masih teringatkan penduduk kampung pedalaman yang mukanya macam mayat.

+++++++++

Nawra berhempas pulas membersihkan bilik mandi. Hari cuti macam ni memang dah menjadi rutin harian dia nak bersihkan bilik mandi. Nanti nak kena masak untuk makan tengah hari.

Izzah pula sibuk menyapu laman rumah. Di ketuk-ketuk sikit batang penyapu lidi dan teruskan menyapu membuang batu-batu kerikil kecil ke dalam longkang. Dia melilau tengok kesemua kejiranan sedang melakukan tugas mereka masing-masing.

Daun pintu pagar dibuka. Kak Leha keluar rumah membawa bekas kaca yang berisi sesuatu makanan di dalamnya. Dia keluar dari pagar dan berjalan ke arah rumahnya.

"Hai Izzah. Sini kakak ada benda nak bagi kau berdua." Kak Leha panggil Izzah.

Izzah pun meletakkan penyapu. Dia cuci tangan bagi bersih dan pergi ke arah Kak Leha. Ada bekas kaca yang di tutup dengan kain. Kak Leha buka kain itu.

"Taadaa..." Kak Leha tayangkan beehoon yang dia goreng tadi pagi.

"Ya Allah sedapnya. Siap ada telur lagi." Izzah puji masakan kakaknya.

"Mestilah kakak pandai masak. Nanti Izzah makan dengan Nawra. Habiskan tahu." suruh Kak Leha.

Bekas kaca berisi beehoon bertukar tangan. Kak Leha terus berjalan balik ke rumahnya. Izzah terus membawa bekas beehoon itu masuk ke dalam rumah.

Kak Leha masuk ke dalam rumah. Dia pandang ke arah anak perempuan yang berusia 3 tahun bermain lego. Kak Leha naik tangga untuk ke tingkat atas. Dia melintasi ruang koridor untuk ke biliknya. Di hujung koridor terdapat tingkap yang nampak rumah kejiranan Izzah dan Nawra.

Kak Leha buka kunci. Dia tidak sedar ada makhluk Pocong yang tidak berwajah berdiri di tepi tingkap rumah sebelah. Kak Leha macam terasa sesuatu. Dia toleh memandang tingkap rumahnya. Dia tengok tingkap kejiranan rumah sebelah. Takde kelihatan apa-apa. Kak Leha masuk ke dalam bilik dan kuncinya.

Nawra keluar dari bilik mandi. Dia nampak Izzah masuk ke ruang dapur membawa bekas kaca berisi makanan.

"Beehoon. Kak Leha sedekah. Nanti makan tau." suruh Izzah. Nawra mengangguk faham. Dia mengelap tangan dengan kain bersih.

Kkrreeeekkkk....

Nawra terdiam seketika. Dia mendongakkan kepalanya ke atas. Nawra meletakkan semula kain lap di atas meja. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah tangga. Dia naik setapak demi setapak anak tangga di pijaknya. Dia yakin sangat dia terdengar bunyi seakan pintu macam dibuka.

Nawra tiba di aras atas. Dia tengok ada satu bilik pintunya macam terbuka. Dia nampak cahaya dari bilik seperti garisan. Nawra berjalan dengan berhati-hati. Pintu bilik itu di tolak perlahan-lahan. Dia melangkah masuk ke dalam. Tiba-tiba, hidungnya tercium bau yang sangat hamis. Bau ini macam pernah dia hidu sebelum ni.

Bau kapur barus!

Nawra terus keluar dari bilik tidurnya dan pintu ditutup rapat. Dia pandang pintu biliknya. Memang tadi dia betul-betul hidu bau kapur barus yang biasa digunakan buat mandi jenazah. Nawra berjalan turun ke bawah.

Pintu biliknya tadi terbuka dengan sendiri. Badan pintu di tolak perlahan-lahan ke dalam. Kelihatan ada sosok Pocong berdiri tegak dengan muka yang di tutup dengan kain kafan.

Nawra kembali ke dapur semula. Dia berlagak bersahaja dan duduk di kerusi. Nawra beristighfar untuk buang perasaan takutnya. Izzah mengambil pinggan dan sediakan. Beehoon tadi di ceduk.

"Sedapnya. Kak Leha tu kalau masak mesti sedap." Nawra puji masakan Kak Leha. Dia sengaja cipta sesuatu untuk normalkan persekitaran.

"Memang sedap. Aku cuba ya. Bismillah..." Izzah suap sikit untuk rasa. Nawra menanti dengan sabar.

Izzah terus buat muka bahagia. Memang betul-betul sedap masakan Kak Leha. Nawra yang tengok pula berselera. Dia terus menyuap mee ke dalam mulut. Mereka menikmati sarapan pagi yang di masak oleh Kak Leha jiran sebelah.

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience