Chapter 2

Horror & Thriller Completed 1610

Ustazah Dahlia sedang tidurkan cucunya. Suaminya pula sudah masuk ke tempat kerja di pejabat sekarang. Kirana datang rumah mak ayahnya kerana nak bagi ibunya melayan cucunya tu. Hakim pula sudah ke tempat kerja. Katanya nanti kena pergi tempat kerja ayah mertua sebab ada mesyuarat penting.

Kirana buka laman YouTube. Dia tengok Karmila sekarang sudah ada channel sendiri dalam dunia masak memasak. Kirana senyum melihat perubahan Karmila yang sekarang. Jauh lebih cantik berbanding masa gunakan susuk Pocong dulu. Wajah yang sekarang nampak sejuk dan tenang pada pandangan orang. Senyuman dia terlampau lebar boleh membuatkan orang lain pun tersenyum.

Kirana mula rasa tak sedap hati. Dia pandang ibunya dan anaknya. Entahlah kenapa hatinya macam akan ada perkara yang jauh lebih bahaya bakal menjelang. Kirana risau dengan kesihatan ibu ayahnya. Dia berharap janganlah ada kes besar macam susuk Pocong sebelum ni.

Ustazah Dahlia toleh memandang anak perempuannya.

"Kirana." lembut ibunya panggil. Kirana terus pandang ibunya.

"Tu kenapa termenung jauh? Ada yang tak kena ke?" soal Ustazah Dahlia mengambil berat akan hal anaknya. Kirana menggelengkan kepala.

"Takdelah, ibu. Ki cuma risau kesihatan ayah. Lepas kes Karmila dulu. Ki nampak ayah macam dah sakit-sakit sikit. Ubat dah ayah makan kan?" soal Kirana. Ustazah Dahlia mengangguk.

Dia alihkan pandangan ke arah lain. Senyuman tadi mati bila pandang ke tempat lain. Dia pun risau kesihatan suaminya. Dia pun berharap lepas ni jangan ada kes-kes berat yang sukar suaminya nak selesaikan. Kalau berubat dan rawatan secara biasa dia boleh terima. Tapi jangan kes yang melibatkan kerasukan dan susuk belaan ni semua. Dia pun tak berdaya juga sekarang. Perkara itulah yang merisaukan Ustazah Dahlia sekarang.

"Assalamualaikum.." kedengaran suara perempuan memberi salam dari luar.

"Waalaikumsalam..." Ustazah Dahlia dan Kirana menjawab salam. Mereka bangun dan berjalan ke pintu rumah.

Daun pintu dibuka. Rupanya Senah yang datang melawat. Senah salam tangan dengan Ustazah Dahlia dan Kirana. Mereka pun membalas dengan salam.

"Ada hajat apa ya kemari?" soal Ustazah Dahlia. Senah senyum dan kelihatan agak tersipu-sipu.

"Makcik ni kenapa?" soal Kirana. Pelik dengan orang tua ni dah kenapa.

"Abang Zain ada tak?" soal Senah. Ustazah Dahlia pandang anaknya. Begitu juga Kirana.

"Takde. Abang Zain kerja. Ada urusan apa ya nak jumpa dia?" soal Ustazah Dahlia.

"Semalam husbaby saya ada mengurut dengan Abang Zain. Katanya Abang Zain urut sedap. Itu yang saya nak cuba." kata Senah.

Gila orang tua ni! Takde agama ke? Sampai nak mengurut pun kau nak bapak aku urutkan? Kirana mengata dalam hati.

"Maaf puan, suami saya hanya mengambil pesakit lelaki sahaja. Kalau perempuan pula biar saya saja." kata Ustazah Dahlia tawarkan diri. Senah nampak tak bahagia. Ustazah Dahlia kerutkan sikit dahinya.

"Maaflah makcik. Tolong jaga sikit martabat kaum hawa yang Allah dah angkat darjatnya. Gunakan dengan sebaik jalan yang diredhai. Saya taknak orang mengata ayah saya tu ada hubungan sulit dengan perempuan murah. Assalamualaikum.." Kirana melepaskan bom atom dengan bahasa yang menyindir. Dia segera pergi masuk ke dalam rumah.

"Takpelah tak jadi. Saya balik dulu. Tu ajar sikit Kirana suruh mulut biar ada insuran. Dah lah, assalamualaikum.." Senah sempat pesan Ustazah Dahlia suruh nasihat Kirana. Dia cuma mengangguk sahaja.

+++++++++

MADRASAH DARUL AR-RIDHUAN

Pemandangan di tunjukkan pada tiga buah bangunan sekolah berasrama penuh. Setiap bangunan asrama di tutup dengan tembok berpagar. Bangunan yang berada di sebelah kiri merupakan bangunan bagi pelajar-pelajar asrama perempuan. Dan sebelah kiri untuk asrama lelaki. Bangunan di tengah-tengah termasuk surau merupakan kelas mereka.

Syasya tanggalkan kasut sekolah dengan menukar pada selipar. Syasya tengok jarum jam tangan sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari.

Muncul Layla, Izara dan Farisya masuk ke dalam bilik asrama. Syasya masa tu sedang bersiap kemas segala buku untuk di bawa masuk ke dalam kelas selepas ni.

"Syasya, jom makan." Layla mengajak mereka untuk makan di dewan bahagian bawah bangunan asrama.

"Sekejap. Bagi saya lima minit." Syasya meminta lima minit nak bersiap-siap.

Mereka berempat berjalan keluar dari ruang asrama. Di setiap bilik hanya ada empat katil. Memang khas untuk pelajar-pelajar lama. Dan ada beberapa bilik yang katilnya banyak antara 6 buah katil dan 10 buah katil.

Semasa berjalan. Mereka ternampak Amir yang merupakan senior Madrasah Darul Ar-Ridhuan. Kata Ustazah Habsah. Amir merupakan anak Pak Imam masjid. Amir nampak seperti Nabi Yusuf kerana memiliki wajah tampan dan berkulit cerah kemerahan. Di sekolah sini, Amir bagaikan artis terkenal kerana semua pelajar-pelajar perempuan sukakan dia.

Amir terpandang ke arah empat pelajar perempuan itu. Dia senyum menampakkan barisan giginya yang putih. Farisya menjerit histeria macam nampak artis senyum padanya.

Mereka berjalan masuk ke dalam dewan makan. Syasya orang terakhir mengambil nasi dan juga lauk. Dia duduk dan menikmati makanan depannya. Mereka berbual biasa-biasa sambil makan.

"Korang, nak dengar cerita seram tak??" soal Izara. Dia sempat menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"Seram?? Apa dia??" soal Syasya. Ayam masak kari dicubit kecil. Dia gaulkan dengan nasi dan makan.

"Dulu kan sekolah kita ni pernah ada orang tanam botol. Orang tu betul-betul tanam dekat bawah pokok besar sana." Izara cerita sambil menggayakan tangan tunjuk arah.

"Pokok belakang bangunan kayu belah hutan sana ke?" tanya Layla. Izara mengangguk.

"Lepas tu apa jadi??" soal Syasya.

"Kejadian ni waktu perawat tu datang rumah pesakit. Diorang ubat pesakit tu dan keluarkan benda halus. Katanya macam nenek kebayan." cerita Izara. Farisya peluk tubuh. Bukan sejuk tapi seram.

"Dulu, 10 tahun lepas. Ada pelajar perempuan dekat sekolah sini kerap di ganggu benda halus. Dia mudah sangat kena rasuk. Ustaz Ustazah datang tolong dia. Bantu pulihkan semangat dia. Dari mulut ke mulut aku dengar budak tu di jumpai mati tergantung diri. Dari kertas terakhir yang dia tulis katanya Nenek tu suruh.." Izara memberitahu. Farisya terus menggigil sebab takut dan seram.

"Bilik tu dekat mana??" soal Layla.

"Budak tu tak dijumpai mati dekat bilik. Dia di temui mati dekat satu bangsal lama aras tiga. Kau perasan tak ada grill berpagar yang sudah berkunci tu??" soal Izara. Syasya mengangguk.

"Ha dalam bangsal tulah perempuan tu mati gantung diri." sambung Izara. Syasya mengucap panjang.

"Macam mana dia boleh terfikir sampai macam tu?? Sedangkan kita ni sekolah agama. Hari-hari dengar alunan mengaji surah." soal Farisya tak faham kenapa ada yang lemah.

"Farisya, ilmu yang ada pada Iblis ni tinggi. Kamu percaya tak Iblis ni boleh mengaji Al-Quran? Sebelum Allah laknat Iblis kerana tidak sujud pada Nabi Adam. Iblis merupakan makhluk yang paling mulia di sisinya selain para Malaikat. Wajahnya bersih dan bercahaya. Sampailah Allah laknat Iblis dan ubah mukanya menjadi sesuatu yang sangat hodoh dan menakutkan." Syasya menceritakan. Farisya diam seketika.

"Dalam kes ni. Arwah tu lemah semangat. Jin dan syaitan ni akan merasuk jiwa manusia yang lemah. Dia akan mengawal tubuh kita untuk buatkan kita jauh dari Allah SWT." kata Syasya sambung menyampaikan sedikit fahaman.

"Patutlah Amir suka kamu, Syasya. Pandai kamu berkata-kata." usik Izara. Syasya terus malu sampai wajahnya kemerahan.

"Kamu ni Izara. Malu saya." Syasya mengalihkan pandangan. Tiga kawan baiknya ketawa selepas berjaya mengusik. Syasya memandang ke arah lain. Pipinya kemerahan. Betul ke Amir sukakan dia? Sedangkan dia takde hati pada Amir walaupun pelajar-pelajar sini tergilakan Amir sampai gelar artis Madrasah Darul Ar-Ridhuan.

++++++++++

RUMAH DEANA....

Deana memicit kepalanya. Ada terasa sakit sikit. Selepas berjaya ubatkan makcik Rahmah beberapa hari lepas. Zita ada kongsi kehidupan mereka yang baru. Nampak sudah makcik Rahmah kerap ke masjid dan surau untuk menunaikan solat berjemaah. Segala amalan syirik semua sudah makcik Rahmah buangkan.

Kata Zita, semalam emaknya ada mimpi arwah ayah. Kata emaknya. Arwah ayah nampak manis dan berseri wajah. Ini kali pertama Zita nampak emaknya cerita benda bahagia bila mimpi arwah ayah. Sebelum ini, emaknya mimpi tapi arwah ayah dalam mimpi emaknya diam saja taknak bercakap dengan emaknya.

Fahamlah Deana. Arwah Pak Talib dalam mimpi makcik Rahmah muka sedih sebab isterinya gunakan amalan syirik untuk bertemu Pak Talib. Memang perbuatan tu bukan saja salah di sisi undang-undang. Malah, perbuatan tu antara perbuatan yang paling Allah laknat seumur hidup.

Wafiy dan Ain datang menghampiri mak mereka. Mereka duduk dan sambung main game di telefon masing-masing.r
"Mak, kenapa ayah langsung tak datang jumpa kakak. Jumpa adik. Jumpa mak? Ayah dah lupakan kita ke??" soal Ain. Deana menarik nafas dalam-dalam.

"Bukan lupa. Ayah kan sekarang sibuk. Lagi satu dia dah ada kebahagiaan dia sendiri. Biarkan jelah asalkan mama ada dua cahaya mata." kata Deana lalu peluk kedua-dua anaknya.

+++++++++

Pertunangan Nufail dan Nawra telah terputus disebabkan beberapa kejadian yang menimpa pada Nufail. Memang salah dia sendiri sebab dah terlampau ikut nafsu. Dia bukannya apa. Dia dengan klien cuma suka-suka. Lagipun dia masih belum menjadi suami Narwa sepenuhnya.

Tapi dia bengang bila keluarga Nawra terutama Hajjah tu pandang emaknya macam tak suka. Nampak airmuka Hajjah tak berkenan dia bakal jadi menantu keluarga tu. Nufail ambil telefon dan tengok ada nombor seseorang.

Muncul sekeping kertas seperti kad berada di sebelah kirinya. Nufail yang baru nak mesej kawannya terpandang kad aneh itu. Di ambilnya dan memandang tulisan.

"Perkhidmatan Esah. Eh? Kad apa ni??" Nufail menyoal sendiri. Nufail pusingkan kad itu dan ada beberapa ayat.

"Kalau nak buat seseorang tergilakan kau. Gunakan khidmat aku.." Nufail baca isi yang ada pada kad.

Nufail tengok alamat yang di tulis dalam kad itu. Dia baca perlahan-lahan alamat. Dia ambil gambar alamat tu untuk simpan. Nufail search gambar melalui google map. Tempat itu terletak di dalam sebuah kampung pedalaman luar Selangor. Memang jauh dari bandar dan pekan.

Peta itu tuju pada kawasan yang berhutan tebal. Nufail agak pelik sebab takde jalan raya.

"Ada rumah dalam hutan?? Perkhidmatan Esah dalam hutan?? Biar betul.." gumam Nufail.

Dia bangun dari katil. Belakangnya kelibat makhluk Pocong berdiri dengan muka di tutup kain kafan. Nufail langsung tak menyedari itu. Dia masih belek google map sambil berjalan untuk keluar.

Di luar tingkap rumahnya. Kelibat Pontianak terapung dengan rambut mengurai panjang dan jubah besar. Matanya kecil dan kemerahan pekat. Mukanya hitam dan menggerutu. Pontianak itu senyum kerana akan ada mangsa terbaru kali ini.

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience