Chapter 1

Horror & Thriller Completed 1610

SEBELUM KEJADIAN

Nawra mengalirkan airmata selepas mendapat mesej berupa gambar. Nufail kantoi berdua-duaan dengan perempuan lain. Memang selama ni tuduhan Izzah pada Nufail tu betul. Menyesal juga sebab mempertahankan orang yang selama ni dia sayang. Rupanya kasih sayang tu di bahagikan dengan perempuan lain.

Nawra simpan gambar itu sebagai bukti untuk dia tunjukkan pada Nhfail nanti. Nawra matikan telefon. Dia main campakkan saja atas katil. Dia berjalan pergi ke depan cermin. Nawra tengok penampilan dirinya. Buruk sangat ke aku? Dengan rambut panjang yang anggun, kulitnya putih bersih tiada sebarang jerawat, dia tak gemuk dan tak terlalu kurus. Mungkin ada kekurangan yang dia tak nampak tapi boleh nampak dari mata Nufail.

Tapi, Nawra tetap tak mahu bersama dengan Nufail lagi selepas apa yang sudah bekas tunangnya tu sudah lakukan. Nawra berjalan keluar dari bilik. Dia turun ke bawah. Pintu rumah dibuka. Angin luar menderu masuk lembut dan nyaman. Nawra menarik nafas dalam-dalam. Terasa sangat tenang jiwanya.

Telefon bimbitnya keluarkan bunyi. Seperti ada mesej baru masuk. Dia tengok pada skrin. Nama emaknya masuk. Dalam fikiran Nawra tahulah mesti Nufail ada datang mengadu. Nawra buka dan baca pesanan ringkas.

"Nawra, balik sekejap. Keluarga Nufail datang." Nawra melepaskan keluhan berat. Memang bermasam mukalah mak ayah Nufail dengan keluarga Nawra nanti.

+

NAWRA duduk peluk tubuh. Telefon dia diserahkan pada Dato Jalal dan Datin Asmah untuk tunjukkan gambar kecurangan Nufail. Datin Asmah pandang Nawra tajam.

"Mana kamu tahu perempuan dalam gambar tu kekasih Nufa?? Entah-entah tu gambar klien Nufa." kata Datin Asmah membela anaknya. Nawra menjeling ke tempat lain.

"Maaf Datin, kalau betul tu gambar klien. Perlu ke berpegang-pegangan tangan? Tengok macam kekasih je." kali ni Hajjah pula lontarkan balik ayat pembela Datin Asmah pada anaknya.

"Tak semestinya berpengangan tangan tu dikatakan bercinta. Mungkin masa tu klien Nufail nak terjatuh. Jadi, anak saya tolonglah." kata Dato Jalal membela Nufail. Nawra gelak sindir sambil pandang ke tempat lain.

"Kamu diam Hajjah. Anak saya sudah lama perkenankan. Saya ni kira baik nak restukan anak saya kahwin dengan golongan tak standard." kata-kata Datin Asmad agak kurang ajar. Nawra berpaling memandang Datin Asmah. Panas hatinya dengar dari mulut perempuan tua ni menghina golongan biasa macam dia.

"Datin, saya ni baik hati lagi. Tapi tolong jangan lontarkan perkataan yang boleh menjatuhkan maruah kami sekeluarga!" Hajjah tinggikan suara. Sabarnya ada had. Suka hati nak rendahkan martabat dan maruah orang lain.

"Memang betul kan apa yang saya cakap? Kalau nak hidup senang. Kaya raya macam kami. Kena usaha lebih. Kerja lebih. Suami awak tu setakat sambilan jadi Imam masjid. Belum tentu mewah." Datin Asmad masih jatuhkan lagi maruah keluarga Haji Dollah.

"Sudahlah tu Mah." Dato Jalal halang isterinya dengan cara berlembut. Hajjah geleng kepala dengan Dato Jalal. Isteri dah hina keluarga Haji Dollah pun tegur isteri secara lemah lembut?

"Takdelah. Kita datang secara baik dan terima anak miskin jadi menantu. Patutnya bersyukur ada orang kaya pandang orang yang tak berapa nak standard ni jadikan keluarga. Ini baru sekeping gambar yang belum tentu betul dah tuduh anak kita bukan-bukan. Entah-entah perempuan ni yang ada jantan lain jugak!" kata Datin Asmah nak samakan Nawra macam perempuan-perempuan murah di luar sana.

Hajah menjeling Datin Asmah. Makin benci dia dengan bekas bakal besan. Nawra bangun. Semua mata memandang ke arahnya. Nawra jeling Datin Asmah.

"Ya, memang keluarga Nawra hidup serba biasa. Sekurang-kurangnya didikan walid dan umi pasal agama tinggi. Lagipun, Nawra kalau stress sentiasa mencari Allah SWT untuk tenangkan fikiran dan hati Nawra. Bukan stress-stress pergi kelab malam minum mabuk. Lepas tu bawak balik betina berzina dekat hotel!" Nawra sindir sambil matanya menjeling Dato Jalal dan Nufail.

Nawra terus berjalan keluar dari ruang tamu untuk pergi ke ruang dapur. Datin Asmah tersentap dengan Nawra.

"Biadap mulut kau ya! Kau ingat keluarga aku jahil agama sangat ke??" soal Datin Asmah menjegil biji mata ke arah dapur.

"Ya, memang jahil! Selama aku bertunang dengan anak kau dulu..."

"Nawra..!!!" Haji Dollah cantas kata-kata Nawra. Nawra terdiam bila ayahnya bersuara.

"Kamu istighfar banyak-banyak." Haji Dollah suruh anaknya beristighfar. Nawra mengurut dada dan kembali semula ke ruang dapur.

Hajjah sudah pandang Datin Asmah dalam-dalam. Bukan sebab dendam tapi marah sebab sudah jatuhkan airmuka keluarga Haji Dollah sekarang. Haji Dollah toleh memandang isterinya. Tangan isterinya disentuh lembut. Hajjah pandang suaminya. Haji Dollah menggelengkan kepala secara perlahan.

"Sudahlah. Mari balik! Panas duduk lama-lama dekat rumah takde bintang ni! Jom balik!" Datin Asmah terus menyuruh suami dan anaknya untuk bangun dan bersiap pulang.

Selepas mereka pergi meninggalkan kediaman rumah Haji Dollah. Daun pintu ditutup rapat. Hajjah mengesat airmatanya. Haji Dollah berjalan menghampiri isterinya. Dia melabuhkan punggung di sebelah.

"Sabarlah Jah. Nak buat macam mana. Memang kebanyakan orang kaya ni berlagak sangat. Biarlah Allah saja yang membalas." Haji Dollah memujuk isterinya.

"Mesti abang kecil hati dengan apa yang Asmah cakap tadi kan?? Maafkan saya abang sebab tak membela abang masa Asmah hina tadi." kata Hajjah salam dan cium tangan suaminya.

"Ini bukan salah awak, Jah. Abang tak ambil hati apa yang Asmah tu cakap. Yang penting keluarga kita kaya dengan budi bicara dan adab. Tak kaya harta tak mengapa. Asalkan jangan miskin ibadah dan pahala. Tu lagi bahaya." ujar Haji Dollah dengan lemparan senyuman manis. Dia pandang isterinya. Nampak Hajjah mula senyum. Haji Dollah pun tumpang gembira dengan senyuman isterinya.

Nawra keluar dari dapur. Dia duduk di kerusi single. Haji Dollah dan Hajjah pandang anak tunggal mereka.

"Walid. Umi. Nawra minta maaf sebab tinggikan suara dekat Datin Asmah tadi. Nawra bukan apa, walid. Mereka biadap hina keluarga kita. Memang dah terang Nufail tu curang!" kata Nawra mula beremosi. Haji Dollah tahan dengan tangan kanan. Nawra pandang ayahnya.

"Nawra, walid taknak Nawra marah-marah dekat Datin Asmah tadi. Walid taknak orang kata kita biadap. Walid taknak nanti Datin Asmah buat cerita pasal keluarga kita. Yang penting walid lebih percayakan anak walid berbanding Nufail tu." kata Haji Dollah yang sentiasa menyokong anaknya. Dia dan isterinya tak pernah mengajar Nawra buat perkara yang di larang oleh Allah SWT.

+++++++++

DI kediaman yang lain. Kelihatan Deana mengibas kain basahan untuk di jemur. Di luar rumah, kelihatan Ain sibuk tolak basikal Wafiy. Deana biarkan anak-anaknya bermain. Janji jangan sampai pergi ke atas jalanraya. Risau kalau-kalau ada kereta lalu. Meskipun hanya kediaman perumahan. Tapi, adakalanya pemandu kereta jalan laju tanpa hirau jika ada benda nak melintas jalan.

"Ain, mama nak masuk sekejap. Jangan main lama-lama ya, nak." kata Deana dengan suara yang sedikit tinggi.

"Baik mama." Ain menjawab. Dia dan Wafiy masih seronok bermain basikal.

Deana angkat bakul dan bawanya masuk ke dalam rumah. Baru nak berjalan ke ruang dapur. Telefon dia ada bunyi orang menghantar pesanan ringkas. Deana berpaling memandang telefon bimbitnya. Dia pergi ke arah rak perhiasan. Dia ambil telefon dan tengok siapa yang mesej dia waktu-waktu tengah hari macam ni. Kelihatan nama Zita yang menghantar mesej itu.

"Kak Deana, boleh datang rumah Zita sekejap tak?? Ni mak Zita perangainya pelik sangat." - Zita.

"Boleh. Bagi akak 10 minit kejap ya, dik." - Deana.

Deana meletakkan telefon di atas rak semula. Dia terus letakkan bakul di tepi rak dan berjalan masuk ke dalam bilik. Suara Ain dan Wafiy masih kedengaran sedang bermain di luar rumah.

Sedang dia bersiap-siap dengan solekan. Dia terperasan dari pantulan cermin ada susuk bergerak dari sebelah kanan ke kiri. Deana terdiam dan kaku seketika. Tapi, dia yakin sangat yang berada di belakangnya bukan hantu pontianak atau langsuir atau polong. Ianya Pocong. Makhluk satu yang paling dia benci dan tak suka tengok.

Deana meletakkan barang solek dan segera siap-siap untuk keluar. Dia panggil anak-anaknya masuk ke dalam rumah. Ain dan Wafiy berlari masuk ke dalam rumah. Waktu ini, Ain berusia 10 tahun dan Wafiy berusia 8 tahun. Hanya beza dua tahun umur mereka.

Deana menyuruh Ain kunci pintu kerana dia tiada di rumah. Deana segera naik kereta dan terus memandu ke rumah Zita. Entah apa yang tak kena dengan mak Zita. Makcik Salmah tu kena rasuk lagi ke? Padahal baru minggu lepas dia dah pergi ubatkan makcik Salmah. Takkan kena lagi? Inilah padah bila terlalu fikirkan pasal arwah suaminya.

Sepanjang perjalanan tu macam-macam benda otaknya fikir kenapa makcik Salmah kena rasuk lagi? Takut ada benda salah yang dia ambil menyebabkan benda yang tak diingini lain yang datang. Fikiran dia sedikit pening. Kalau suruh keluarkan benda halus memang tugas Deana. Hantu dia tak kisah siapa asalkan bukan Pocong.

Sampai sahaja di rumah Zita. Deana turun dari kereta. Pandangan pertama yang Deana memperlihatkan adalah makcik Salmah sedang duduk di kerusi malas dekat luar rumah. Zita ketika itu menggigil tubuh badan dengan emaknya.

Dulu makcik Salmah tak macam ni. Seorang yang lemah lembut dan sopan. Solatnya tak pernah tinggal. Selepas kematian arwah Pak Talib. Terus makcik Salmah berubah. Solatnya kata Zita kadang buat dan kadang tinggal. Pernah sehari lima waktu makcik Salmah tak mendirikan solat.

Deana tutup pintu kereta. Zita terus lari mendapatkan Deana. Dia salam dan cium tangan. Deana pun membalas salam. Deana berjalan untuk masuk ke dalam kawasan berpagar.

"Heii...!!!" makcik Salmah bersuara macam lelaki tua. Zita terkejut dan terus peluk belakang badan Deana.

"Assalamualaikum." Deana mengucap salam.

"Apa kau mahu??" soal makcik Salmah. Deana senyum dan fahamlah yang berada dalam makcik Salmah ni bukan Islam. Bila dia dengar suaranya macam arwah Pak Talib.

"Kau kafir rupanya. Kenapa kau kacau makcik Salmah dan Zita?? Siapa kau sebenarnya??" soal Deana bertegas.

"Aku adalah Talib!" kata Jin yang mengaku dia adalah Pak Talib.

"Bohong! Bapak aku dah lama meninggal!" kata Zita tegas. Makcik Salmah terus membulat mata memandang Zita. Renungannya begitu tajam dan dalam. Zita terus ketakutan dan menggigil.

"Arwah Pak Talib sudah meninggal. Kau jangan nak kencing akulah, Jin." kata Deana berbunyi sindir.

Deana pusingkan badan dan tolak Zita perlahan-lahan keluar dari pagar.

"Kenapa kak?" soal Zita perlahan.

"Kakak rasa makcik Salmah ada terambil benda larang. Benda tu mungkin dari dukun atau bomoh sesat." kata Deana memberitahu secara rahsia.

"Macam mana akak tahu?" soal Zita. Deana jeling-jeling sikit takut benda dalam badan makcik Salmah dengar.

"Kakak boleh rasa mak Zita ni ada keluar senyap-senyap jumpa bomoh. Dia minta bantuan bomoh untuk kembalikan arwah Pak Talib." Deana memberitahu. Dia boleh rasa aura yang negative dalam tubuh badan makcik Salmah tu.

"Macam ni. Akak nak Zita selongar bilik mak. Kalau jumpa benda pelik terus ambil bawa turun." Deana cadangkan. Zita mengangguk dalam keterpaksaan.

Deana pusing kebelakang. Makcik Salmah masih berada di tempat duduknya. Deana masuk ke dalam kawasan berpagar. Dia berjalan ke pintu rumah utama. Makcik Salmah menjeling. Deana mula menghampiri pintu. Makcik Salmah terus bangun dan tolak badan Deana. Tapi, Deana dengan tangkas pegang pinggang makcik Salmah dan tariknya sama.

"Zita, masuk!" Deana mengarahkan.

Zita terus lari masuk ke dalam rumah. Makcik Salmah menjerit dengan suara parau lelaki. Dia mahu melepaskan diri dari pelukan. Deana kuatkan pelukan sambil dia membaca ayat suci. Makcik Salmah menjerit sebab ayat tu membuatkan benda di dalamnya kepanasan dan hendak terbakar.

Sementara di ruang bilik tidur makcik Salmah. Zita bergegas mencari barang-barang mistik yang hitam dan seram. Dia keluarkan semua barang-barang dari dalam laci. Dalam almari dan bawah katil. Semua dia selongkar untuk mencari benda yang tak sepatutnya ada dalam rumah.

Zita terus angkat bantal. Terkejut dia bila ada satu kotak kecil di bawah bantal tempat tidur emaknya. Dia ambil dan membawanya keluar. Daun pintu dibuka. Muncul ayahnya dengan muka yang pucat dan kehitaman.

"Zita..!!!" Pak Talib jerit panggil anaknya. Zita menjerit dan terus berundur. Makhluk itu masuk dan mengejarnya. Dia menangkap tapi Zita berjaya mengelak. Zita segera melarikan diri keluar dari rumah.

Deana terus bangun dan mengambil kotak yang makcik Salmah ambil dari rumah dukun sesat. Deana membuka kotak itu dengan lafaz bismillah. Semasa dibuka, bibirnya dibasahkan dengan meruqyah gunakan ayat suci Al-Quran. Zita sembunyikan diri kerana takut.

Makcik Salmah dan jelmaan pak Talib berlari untuk menyerang Deana. Dengan kalimah LAILAHAILLALLAH. Deana terbalikkan kotak itu dan isi di dalamnya terburai keluar, lalu terbakar.

Makcik Salmah serta merta tersedar sekelip mata. Jelmaan pak Talib terbakar lalu menghilang. Makcik Salmah terus beristighfar. Dia pandang anaknya.

"Zita??" makcik Salmah panggil.

"Mak!!" Zita terus pergi dapatkan emaknya. Dua beranak itu berpelukan.

Makcik Salmah diberi nasihat dan motivasi dari Deana.

"Kalau makcik rindukan arwah Pak Talib. Dirikan solat sunat. Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Doakan kesejahteraan arwah Pak Talib. Kalau rasa tak senang sebab terlampau rindu. Pergilah masjid ataupun surau. Di sana sangat tenang." Pesan Deana. Makcik Salmah mengangguk faham.

"Terima kasih ya Deana. Makcik pun berdosa sebab minta pertolongan dukun." kata makcik Salmah. Deana mengangguk faham. Mereka berpelukan tanda berterima kasih.

Pandangan di alihkan ke muka langit.

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience