Chapter 17

Horror & Thriller Completed 1610

Sepanjang perjalanan nak ke Kampung Seri Kuning Kembangan. Suasana di dalam van agak awkward dengan semuanya diam tak bersuara. Datin Asmah pejamkan mata nak berehat. Nufail gementar sekarang. Masa mula-mula jejak dulu tidak segentar ini. Bila Allah dah bolak balikkan hati. Perasaan takut itu datang tiba-tiba.

"Bismillah hirahmanurrahim.. (ayat kursi dibacakan)" Amin membaca ayat Kursi dan sedikit doakan pendinding supaya perjalanan mereka ni di selamatkan oleh Allah SWT.

Hakim toleh kebelakang. Melihat Kirana, Nazura dan Shazlan sudah tertidur. Dilaila tetap berjaga temani suami walaupun dia duduk di bahagian belakang. Hakim pandang Amin yang fokus pada pemanduan.

"Kau rasa kita akan berjaya?" soal Hakim.

Amin melepaskan keluhan berat.

"Berserah segalanya pada Allah. Menang atau kalah bukan ketentuan. Tapi, bila melibatkan nyawa. Kita perlu perangi habis-habisan." kata Amin. Hakim mengangguk faham.

Amin tengok dari cermin pandang belakang. Aiman dan Daniel masih lena dibuai mimpi. Dia pandang ke arah Hakim. Melihat Hakim yang sibuk melayari laman web aplikasi TikTok. Tengok video-video yang lawak.

Amin sudah memasuki kawasan yang semakin gelap malam. Lampunya di besarkan lagi untuk melihat jalan. Hakim matikan skrin. Dia tengok jalan depan. Jantungnya berdebar. Bibirnya di basahkan dengan zikir.

"Jalan ni ke bang?" soal Dilaila.

"Ya sayang." jawab Amin. Dilaila cuma mengangguk faham.

"Sayang tidurlah." suruh Amin.

"Tak mengapa. Saya temankan abang. Hakim tu kena rehat." kata Dilaila. Hakim ketawa kecil dan toleh ke belakang.

"Kalau saya tidur nanti pilot sunyi takde geng borak.." kata Hakim mengusik Amin. Dilaila dan Amin mampu ketawa.

"Sayang tidur jelah sayang. Abang risau tengok sayang ni. Asyik nak temankan abang saja." kata Amin sengaja nak pancing isterinya. Dilaila mendekati suaminya. Di pegang bahu suaminya penuh manja.

"Saya nak jadi seperti isteri Nabi Muhammad, Siti Khadijah. Yang sentiasa ada dengan suami. Walau susah dan senang sekalipun. Saya nak abang tarik saya dan anak kita ke Syurga." Dilaila meluahkan perasaan cinta kepada suaminya.

"Allahuakbar.." sampai tersenyum ceria kelihatan di wajah Amin. Suami mana yang tak senyum kalau isterinya taat.

"Terima kasih sayang." ucap Amin. Dilaila meletakkan kepala di bahu suami.

Hakim tiba-tiba mengeliat macam buang sesuatu. Amin dan Dilaila terkejut kenapa dengan Hakim.

"Kau kenapa??" soal Amin risau tengok Hakim.

Tiba-tiba Hakim diam dan kembali biasa.

"Takde. Aku rasa macam semut menjalar. Yelah banyak gula bertaburan dalam van." Hakim berjaya mengusik pasangan suami isteri itu. Amin dan Dilaila ketawa selepas Hakim berjaya kenakan mereka.

Tak lama kemudian, akhirnya mereka sudah tiba di kawasan masuk ke Kampung Seri Kuning Kembangan. Yang lain sudah pun bangun. Dilaila terus duduk atas peha abangnya, Daniel. Dia peluk abangnya dan sembunyikan muka ke dada Daniel.

Aiman tarik tangan isterinya dan meletakkan di atas pehanya. Nazura peluk erat badan suaminya. Datin Asmah peluk badan Kirana. Dia nampak takut kerana ini pertama kali dalam seumur hidup.

"Semua sedia? Baca apa yang patut.." Hakim suruh mereka baca apa-apa ayat sebagai pendinding.

Van mula memasuki lorong masuk ke dalam. Shazlan yang duduk di bahagian tempat duduk belakang sekali dengan Nufail di sebelahnya. Sesekali dia toleh ke belakang van. Lorong jalan keluar gelap pekat. Tidak kelihatan jalan keluar. Amin tiba-tiba berhentikan van.

Dilaila sesekali buka mata nak tengok. Dia terkejut bila nampak ada Pocong di tepi van. Daniel terus tutupkan mata adiknya. Dia pun nampak tingkap luar van ada dua ekor Pocong. Amin dan Hakim tengok ular tedung hitam berkepala dua di tengah-tengah jalan. Badan ular tu berlilit.

Datin Asmah ternampak Pocong. Dia terus dia peluk Kirana kuat-kuat. Kirana pandang ke luar. Dia memang nampak Pocong tu.

Amin buka pintu bahagian pemandu. Muncul muka hitam Pocong sergahnya. Amin buat gaya nak tampar muka Pocong tu.

"Aku datang dengan niat baik! Aku tahu kau semua tak bagi aku lalu sebab aku bawa orang yang pernah datang sini sebelum ni kan??" soal Amin kedengaran sangat tegas sekali.

Hakim pun turun dari van. Dia tengok dua ekor Pocong yang intai-intai nak kacau Dilaila.

"Hei dua bangsat! Undur kau sekarang!" Hakim paksanya. Dua Pocong itu pandang Hakim.

Muncul salah satunya berada di sebelah Hakim. Mukanya sengaja di rapatkan. Wajahnya terpapar kehitaman dan bau hanyir nanah yang mengalir keluar. Mata mereka keputihan.

"Allahuakbar.." Hakim terus hembuskan ke muka Pocong yang rapatkan muka tadi. Bila terkena angin dari mulut Hakim. Dia undur dan menjauh sikit.

Amin berdiri depan ular yang badan di lilitkan. Amin membaca doa Nabi Sulaiman yang menghalau bangsa Jin dan Syaitan. Pocong-Pocong yang berhampiran dari van berundur perlahan-lahan.

Ular tedung dua kepala yang melilit tadi mula bergerak dan menjalar masuk ke dalam kawasan hutan. Amin habiskan doa itu dan sesudahnya dia terus masuk ke dalam van.

Mereka meneruskan perjalanan untuk memasuki kawasan perkampungan Seri Kuning Kembangan. Sampai sahaja di kampung itu. Nufail dan Hakim bertukar tempat duduk. Nufail jadi penunjuk arah rumah Esah dan Zabir. Hakim berada di belakang duduk bersebelahan dengan Shazlan.

Akhirnya, mereka tiba di sebuah runah kampung yang kelihatan masih utuh. Amin tahu ini semua pandangan ilusi. Kalau dia baca memang benda yang nampak utuh ni semuanya sudah reput. Entah-entah penuh lalang dan semak.

Mereka turun dari van. Dilaila pegang lengan abangnya dan peluk. Aiman dan Nazura berpegangan tangan. Kirana terpaksa pimpin tangan Datin Asmah.

"Esah!" Amin panggil Esah. Hakim scan rumah. Memang ada orang di dalamnya.

"Esah! Keluarlah!" Amin panggil sekali lagi.

"Woi Esah!" Shazlan pula panggilnya agak kasar. Buat pekak pulak mereka ni.

Daun pintu terbuka dengan sendiri. Munculnya Esah dan Zabir di depan muka pintu. Esah nampak gembira di wajahnya.

"Hebat kamu semua. Berjaya melepasi ular itu." kata Esah memuji kehebatan mereka.

"Takde masa aku nak dengar kau puji. Ni budak ni. Kau ada hantar dua Pocong kan?? Aku nak kau tarik balik dari dalam badan dia!" suruh Amin. Esah terkejut tiba-tiba nak ambil balik.

"Mana boleh! Dah dia yang datang nak jumpa aku. Aku ikut apa yang di suruh!" kata Esah berdegil.

"Aku tahu aku salah! Tapi, tolonglah jangan seksa aku. Penat tahu tak nak lawan. Aku dah lah tak kuat.." Nufail merayu sangat minta Esah ambil semula. Amin pandang Nufail. Penampar di bagi.

"Engkau pun satu. Kalau iman dalam diri tu tak kental! Jangan buat main dengan benda-benda yang melibatkan syirik ni!" kata Amin geram dengan Nufail. Ini dah kali kedua dia tampar lelaki tu.

"Ni satu lagi. Semalam kau dengan laki kau kacau budak-budak asrama kan?? Apa pasal kau kacau diorang tu semua??" soal Kirana tegas kalini.

"Suka hatilah. Kalau dah nama jembalang memang dah tugas. Lagipun Nenek Tua tu satu geng aku!" kata Esah sombong. Mukanya berlagak sangat.

"Memang. Betullah tu kau jembalang. Tolong jembalang jugak kan. Tapi tulah, kau kalah pertarungan! Suami jembalang kau pun tak dapat tewaskan pelajar senior tu kan??" Kirana sindir jembalang dua ekor tu.

"Mulut kau jaga sikit Kirana!" Esah tenung Kirana.

"Shame on you!" Kirana balas balik. Esah pula naik geram.

"Sudah! Aku nak kau keluarkan dua ekor Pocong dalam tubuh Nufail sekarang!" suruh Amin. Esah menjeling dan berpeluk tubuh.

"Kami tidak akan berbuat demikian. Kalau kau nak! Jumpa Mantaha dulu." kata Zabir memberitahu dengan siapa mereka perlu jumpa.

"Baik! Bawa aku jumpa dia!" suruh Amin. Zabir terus alu-alukan.

Dilaila risau suaminya ikut Zabir. Dia mahu ikut tapi Nazura tarik tangan Dilaila. Matanya tak lepas dari melihat Zabir bawa suaminya.

"Kau..."

Baru Esah nak bersuara. Muncul seekor Harimau Belang yang besar berjalan mengikut Amin. Esah terus undur beberapa langkah sebab takut. Mana tak takut kalau dahi Harimau Belang tu ada cahaya berbentuk nama Allah SWT dan nama Nabi Muhammad SAW.

Kirana toleh sekeliling. Munculnya beberapa Pocong dan juga penduduk kampung Seri Kuning Kembangan. Dilaila terus lari ke arah Kirana dan Datin Asmah. Mereka bertiga berpelukan. Kirana tetap dengan keberanian. Daniel berdiri berhadapan mereka bertiga.

Hakim pun tengok ada banyak Pocong dan penduduk kampung yang kelihatan pucat pada wajah mereka. Shazlan terpandang beberapa keranda kayu usang terapung macam sebuah jet pesawat tempur. Aiman bawa Nazura pergi dekat dengan Dilaila dan Datin Asmah.

Kirana lepaskan pelukan dan berjalan nak berlawan juga. Dia tanggalkan rantai. Di buka kalung itu. Gambar Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia bergambar berdua. Kirana genggam kalung itu dan mahu serap kekuatan dari kedua orang tuanya. Dia pakaikan semula kalung itu.

Nazura, Dilaila dan Datin Asmah berundur untuk mencari tempat selamat sikit. Nufail juga berundur sebab takut punya pasal. Nazura tengok suaminya nak lawan. Dia pandang adik iparnya. Dia berjanji nak sertai lawan. Nazura terus leraikan pelukan dan pergi ke arah suaminya.

Dilaila dan Datin Asmah pegang tangan berdua. Nufail pun pergi ke arah emaknya dan peluk tangan emaknya.

Aiman terkejut isterinya di sebelah. Nazura pandang muka suaminya.

"Saya akan bersama awak." kata Nazura. Aiman senyum dan tarik isterinya. Dahi Nazura di kucup lama sambil pejamkan mata.

++++++++++

RUMAH USTAZ ZAIN

Bunyi ketukan kuat di pintu membuatkan anak-anak mereka ketakutan. Liana terus tarik tangan Aniq dan adik-adik yang lain. Tiara jaga mereka dengan berdiri di depan anak-anak.

Deana pun cuba melindungi. Mulutnya tak berhenti berkumat kamit membaca doa dan surah lazim. Kedengaran di luar suara Harimau Putih yang jaga kediaman ini berperang. Pintu utama terbuka dengan sendiri. Muncul dua ekor Pocong. Salah seekornya telah pun di tangkap. Dan seekor lagi berjaya masuk ke dalam rumah.

Anak-anak dah menjerit ketakutan melihat Pocong itu.

"Allahuakbar!" Deana melaungkan seruan dan menepuk lantai. Matanya terus memandang Pocong itu dengan renungan tajam.

"Naik ke atas!" suruh Deana. Tiara mengangguk faham dan menyuruh anak-anak naik.

Tiara dukung Ummu Latisya dan suruh anak-anak lain naik. Baru beberapa langkah. Muncul seekor lagi Pocong di bahagian tangga atas. Anak-anak tadi menjerit dan kembali turun. Tiara pun menjerit dan turun sama.

Pocong itu mula melompat dan mahu menyerang. Deana terus bangun dan halakan tangan ke arah Pocong itu. Dan yang satu lagi di tangga turut melompat turun ke lantai. Deana gunakan satu lagi tangan kiri di halakan ke arah Pocong itu.

Tiara terus sembunyikan anak-anak di tempat yang selamat. Dia nak tolong Deana. Tiara terus berlari ke ruang dapur nak mencari sesuatu. Dua botol kaca di ambilnya. Tiara merupakan menantu Ustaz Hanafi dan Ayunie. Kalau suaminya dan Hakim boleh merawat orang. Dia pun boleh sekali.

Tiara gunakan kepandaian. Dia membuka botol di hadapan Deana. Tiara halakan tangan kiri ke arah Pocong yang berada turun dari tangga atas tadi. Bacaan ruqyah di luahkan. Di tarik benda tu secara paksa untuk masuk ke dalam botol. Begitu juga dengan Deana nak tarik benda itu masuk ke dalam botol.

Dua ekor Pocong menjerit dengan kuat. Tubuh mereka berasap dengan kepulan asap tebal.

Muncul Kuntum Pontianak itu terus terbang ke arah Deana dan Tiara. Dia tolak dan campak mereka berdua ke tepi. Deana dan Tiara tercampak ke belakang. Dua Pocong tadi tak berjaya di bawa. Tali ghaib yang ikat mereka untuk masukkan dalam botol putus disebabkan Kuntum.

"Jangan ingat kalian menang! Syaitan macam kami akan menang!" kata Kumtum. Deana dan Tiara cuba untuk bangun. Tiara mengetap gigi menahan marah.

"Aku adalah Tiara! Menantu Ustaz Hanafi!" kata Tiara melaungkan.

Dua Pocong tadi mulakan serangan. Deana terus tahan mereka dengan halakan tangan sambil menbaca ayat pendinding dan ruqyahkan. Kuntum terbang dan menyerang. Tiara terus laungkan seruan Allah dan halakan kedua tangan dia ke arah Kuntum. Tiga-tiga Syaitan kini telah dikunci pergerakan mereka dari menyerang.

Rumah Ustaz Zain bergegar tiba-tiba seperti gempa. Anak-anak sudah menjerit dan menangis ketakutan. Liana tenangkan adik-adiknya dari menangis.

Kedengaran suara Harimau di luar. Kuntum dan dua Pocong itu berpaling. Harimau Putih tadi muncul bersama dua lagi Harimau Belang.

"Kak Deana, mari kita jadikan mereka sebagai sumber makanan." kata Tiara.

"Macam mana?" soal Deana.

"Baca surah Al-Fatihah sebanyak tujuh kali. Baca dengan fahamkan segala isi ayat itu." suruh Tiara. Deana mengangguk faham.

Tiara terus ikat mereka dan kuncikan. Deana letatkan dan gamkan kaki mereka. Kedua-dua wanita itu mulakan bismillah dan bacaan surah Al-Fatihah dibaca. Setiap kali habis satu surah pertama. Di hembuskan ke arah tiga Syaitan itu.

Setelah tujuh Al-Fatihah dibaca. Apa yang di perlihatkan oleh tiga ekor Harimau itu adalah daging yang sungguh lazat. Mereka segera menyerang dan mengeret tiga ekor Syaitan itu dan dibawa keluar rumah.

Deana dan Tiara dah kepenatan. Mereka berpelukan kerana sudah berjaya patahkan. Liana dan adik-adiknya keluar dari tempat mereka sembunyi. Terus berlari ke arah Deana dan Tiara.

"Kita kena ke sekolah itu. Keluarkan Pocong dalam tubuh Nawra." kata Deana. Tiara sudah tercungap kepenatan.

"Baik. Nanti Tiara mintak jiran sebelah jagakan anak-anak ni." kata Tiara. Deana mengangguk faham.

+++++++++

Sementara di dunia Kampung Seri Kuning Kembangan. Mantaha keluar dari sebuah gua dengan memakai jubah hitam. Mukanya merah seperti darah manusia. Di sebalik hoodie jubah hitam. Atas kepalanya ada dua batang tanduk Iblis. Amin di lihat bersahaja. Di sebelahnya ada Harimau Belang yang cukup besar.

"Aku datang sini dengan niat yang baik. Aku mahu pulangkan dua ekor Pocong kamu yang terhebat itu." kata Amin berunding secara baik.

"Kau fikir mudah untuk bebaskan dua anak aku?? Sangat sukar wahai umat Muhammad. Sukar!" kata Mantaha. Amin melepaskan keluhan berat.

Dia pandang Harimau Belang di sebelahnya.

"Panggil askarmu. Dia degil." bisik Amin. Harimau Belang itu mengangguk dan menghilang pergi. Mantaha tak dapat dengar apa yang Amin bisikkan itu.

BERSAMBUNG......
#FreePalestine

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience