Chapter 13

Horror & Thriller Completed 1610

Kereta jenis Honda bewarna hitam berhenti di bahu jalan. Lampu signal di beri ke sebelah kiri. Mereka berempat memandang ke arah papan tanda Kampung Seri Kuning Kembangan.

"Kita nak masuk. Jangan takut. Baca bismillah. Selawat ke atas Nabi. Baca surah Al-Fatihah dan ayatul kursi. InsyaAllah, Allah akan lindungi kita. Lagipun mereka juga makhluk Allah." Amin pesan pada mereka bertiga.

Amin terus pandu masuk ke simpang ke sebelah kiri. Mereka mula memasuki lorong masuk ke dalam kawasan perkampungan pedalaman di dalam sana.

Kirana yang duduk di belakang suaminya pandang ke luar tingkap. Suasana pun terlalu gelap malam. Tiada satu pun lampu. Amin terpaksa naikkan cahaya lampu kereta untuk tengok jalan depan sana. Mana tahu kalau-kalau ada binatang buas. Deana tengok tingkap di bahagian belah kanan. Memang tak nampak apa-apa. Hanya gelap malam.

Amin dan Hakim ternampak ada cahaya di hadapan. Tak lama lepas tu mereka jumpa lagi satu papan tanda tepi jalan.

"Kampung Seri Kuning Kembangan." kata Hakim sebut nama kampung itu.

Deana dan Kirana pun baru perasan ada cahaya. Deana yang pernah datang dalam mimpi memang tahu itu rumah akan ada kelihatan seorang perempuan dan dua lelaki.

"Dekat rumah pertama ni akan jumpa seorang perempuan dan dua lelaki di luar rumah berbual. Kalau masuk ke dalam akan jumpa satu keluarga." kata Deana memberitahu.

"Akak pernah masuk dalam lagi tak?" soal Amin.

"Tak dik. Memang taknak masuk dalam. Yang pertama ni pun dah cukup seram." kata Deana masih terngiang-ngiang muka Pocong yang dia nampak.

Kereta Honda hitam berhenti di hadapan halaman rumah pertama. Tiada kelibat perempuan dan dua lelaki. Hakim pusing kebelakang nak tanya Deana.

"Ini ke kak?" soal Hakim.

"Iya dik. Dekat sini akak jumpa. Tak tahulah kalau mereka dekat dalam sana.." kata Deana yakin rumah pertama ini dia jumpa.

"Takpelah, mungkin mereka ada dekat dalam sana lagi." kata Amin taknak salahkan Deana. Dia nak kata Deana tipu memang tak boleh.

Amin teruskan memandu dengan perlahan. Mereka lalu di kawasan rumah kampung yang kedua dan yang ketiga. Setiap rumah yang mereka lalu semua pasang lampu dalam dan luar. Apa yang peliknya. Dekat jalan ni ada tiang lampu macam jalan kampung. Anehnya masa masuk ke lorong langsung tiada. Gelap gelita.

Sudah makin jauh perjalanan mereka. Amin dah melepaskan keluhan berat. Tak jumpa satu pun penduduk di kampung. Mereka nampak ada sebuah balai raya. Di hadapan balai raya terdapat beberapa khemah di pasang.

Mereka terdengar alunan lagu tradisional. Kereta mereka perlahan-lahan ke kawasan balai raya. Mereka masuk ke dalam kawasan berpagar. Anehnya, di bawah khemah tiada seorang pun. Lampu meriah warna warni macam ada majlis keramaian yang cukup meriah. Tapi, suasana sepi tiada orang. Hanya muzik tradisional dimainkan.

"Takde orang." kata Deana.

Mereka turun dari kereta. Pintu kereta di tutup. Mereka berjalan ke arah khemah. Terlihat kipas berpusing. Kerusi meja semua tersedia dan bersusun. Deana nampak ada meja yang disusun panjang. Di atas meja pelbagai hidangan dan jamuan yang terlampau sedap. Hidung mereka berempat betul-betul tercium bau yang menarik.

"Ada orang tak??" Hakim panggil. Dia pergi ke arah balai raya. Kirana pun ikut suaminya.

Amin pergi ke arah meja yang hidangkan pelbagai menu-menu yang sangat menyelerakan. Deana duduk di kerusi untuk tunggu sesuatu. Amin tengok lauk pauk yang di hidangkan. Mengalahkan majlis kahwin. Siap ada kuih muih, daging dan ayam masak rendang. Ada telur dadar lagi. Nasi minyak terhidang.

Amin pejamkan matanya.

"Bismillahirahmanirrahim.. Ya Allah, kau tunjukkan padaku benda apakah ini." ucap Amin. Sebaik sahaja dia buka matanya.

Terkejut dia apabila di atas meja semuanya bangkai daging membusuk. Ulat-ulat dan cacing penuh di atas meja sedang meratah daging busuk. Siap ada bangkai binatang lagi terhidang atas meja. Darah segar dari bangkai mengalir jatuh.

"Ini kalau orang yang biasa tengok. Mereka akan makan benda ni semua." kata Deana. Pada pandangan matanya nampak lauk yang menyelerakan. Tapi, dia tahu benda ni semua menipu. Syaitan akan manipulasikan mata manusia untuk melihat perkara yang menarik.

Sementara di kawasan balai raya. Hakim dan Kirana buka pintu balai raya. Terkejut mereka bila di dalamnya begitu ramai penduduk kampung sedang duduk di kerusi. Mereka pandang sesuatu di hadapan mereka. Kirana tengok depan mereka kosong. Tiada orang duduk bahagian depan langsung.

Pakaian mereka semua jenis orang lama. Zaman 50an dahulu kala. Hakim nampak muka mereka semua pucat kelabu seperti mayat. Bibirnya kekeringan. Hakim pegang bahu salah seorang lelaki. Tapi, tiada sebarang reaksi.

Orang-orang kampung mula ketawa seperti mereka sedang menonton sesuatu yang baginya komedi.

Kirana tengok di hadapan semula. Ada satu rakaman seorang lelaki terduduk. Dan ada satu budak macam usia sekolah rendah berlari ke arah lelaki itu. Dan merentap kepala sehingga koyak. Nampak segala isi daging dan juga bahagian otak lelaki itu. Darahnya memancut-mancut keluar banyak. Kirana tengok watak pembunuh tu macam Boneka Budak Sekolah.

"Apa yang lucu?? Terlalu gore adalah.." kata Hakim aneh-aneh mereka.

"Nama pun Syaitan. Perkara jahat yang dilakukan Syaitan ke atas manusia adalah jenaka bagi mereka." kata Kirana. Dia pun nak berjalan untuk keluar. Tangan suaminya di pegang dan tariknya keluar.

Mereka berdua keluar dari balai raya. Terus menghampiri Amin dan Deana. Mereka berbual-bual seketika. Kirana memberitahu ada ramai penduduk kampung di dalam tengah tengok filem seram yang terlampau extreme.

Tiba-tiba mereka di kejutkan dengan munculnya ramai-ramai penduduk kampung datang untuk menjamu selera. Amin, Hakim, Deana dan Kirana terus keluar dari bawah khemah itu. Mereka tengok banyak penduduk kampung ambil makanan yang kalau di pandang dengan mata kasar. Benda yang di hidangkan adalah bangkai binatang yang penuh cacing dan ulat.

"Sudahlah, jom balik.." Amin mengajak mereka untuk pulang dan keluar dari sini.

Sepanjang perjalanan, masing-masing diam tak bersuara. Amin hanya memandu kereta. Dia pasangkan radio. Kirana tengok luar dari tadi.

"Dulu masa zaman sekolah. Ada seorang ustaz pernah cakap. Kita ni kalau nampak ada kes-kes orang bunuh dekat satu-satu tempat. Mesti akan cakap kat situ nanti akan ada hantu jelmaan orang meninggal. Tapi sebenarnya tak pun. Bila ada mayat orang mati dibunuh atau membunuh diri. Ratusan Syaitan akan datang untuk berpesta memakan daging manusia yang mati.

Sebab tu bila forensik jalankan kerja. Kawasan itu perlu dibersihkan dengan teliti. Perlu di cuci dan di percikkan air dari ayat pendinding ke tempat mayat di jumpai. Ini untuk mengelakkan ada benda lain datang. Sebab dekat situ masih ada badi mayat lagi." Amin memberitahu.

"Ki pun ada juga dengar-dengar. Orang kita ni terlalu ikut telunjuk dari zaman nenek moyang. Zaman sekarang orang tak percayakan hantu. Tapi, kaedah bomoh guna-guna ni mereka percaya. Pelik kan??" kata Kirana seraya menyindir segelintir masyarakat di Malaysia.

"Itu yang akak pelik. Kau tak percaya hantu-hantu Jin setan ni semua. Tapi kau percaya bomoh-bomoh ni." Deana pun menyokong Kirana.

Hakim pusingkan kepala ke belakang memandang isterinya. Kirana yang berada di belakang tempat duduk Amin pandang suaminya. Satu senyuman di tayangkan pada suaminya.

+++++++++++

RUMAH DANIEL

Dilaila menjerit. Dia terus lari keluar. Dan di belakangnya tu abang kembarnya yang berbadan sado dan tinggi lari kejar adiknya. Daniel kejar Dilaila dekat laman rumah.

Akhirnya Dilaila kena tangkap. Daniel terus peluk adiknya sampai mereka terjatuh. Dilaila hempap abangnya. Daniel senyum menampakkan barisan gigi putihnya. Pipi tembam adiknya di cubit manja.

"Eeee geram abang..!" kata Daniel.

"Aduuii.." Dilaila merengek sambil pegang pipinya. Dia tumbuk perut abangnya dan mengambil peluang untuk bangun..

Daniel pun bangun dan terus tangkap adiknya sekali lagi. Dia peluknya dan angkat ke arah kerusi laman rumah. Dilaila dia dudukkan atas peha sebelah kanan. Dilaila yang manja itu peluk batang leher abangnya.

"Comel adik.." kata Daniel cubit pipi Dilaila.

"Abang ni jangan cubit kerjanya! Sakitlah! Mama.." Dilaila merengek. Memang ragam adiknya kalau merajuk mesti panggil mama.

"Mama kan dekat Mekah sana. Sinilah baring kepala dekat bahu abang." Daniel suruh adiknya lentokkan kepala dekat bahu. Dilaila peluk abangnya dan sandarkan kepala ke dada bidang Daniel.

Daniel peluk dan usap adiknya. Sudah menjadi amanah buat Daniel untuk melindungi Dilaila dari sebarang bahaya. Dilaila sibuk main-main lengan Daniel yang berurat banyak menjalar. Lama kelamaan muka Daniel akan nampak macam muka arwah ayah mereka, Luqman.

Daniel nampak cahaya lampu kereta kelihatan. Kereta jenis Honda bewarna hitam berhenti di luar halaman rumah berpagar. Nampak Amin, Kirana, Hakim dan Deana turun dari kereta.

"Adik, mereka dah sampai." bisik Daniel bangunkan adiknya.

"Amboi sweet nampak." Deana pujinya.

"Biasalah kak. Dilaila ni manja." kata Kirana lalu berjalan nak masuk ke dalam rumah.

Tiara muncul depan pintu dan bertembung dengan Kirana. Terus Kirana tarik tangan Tiara masuk ke dalam. Hakim dan Deana pun masuk ke dalam rumah.

Amin pergi ke arah dua beradik itu. Tangan Amin diletakkan di belakang. Dia bongkokkan badan.

"Sayang??" Amin panggil isterinya manja. Dilaila masih pejamkan mata dan merengek macam marah orang kacau dia. Amin senyum menampakkan gigi putihnya. Dia pandang abang iparnya dan senyum.

"Amin, kau rehat dulu. Nanti bila Dila bangun. Kau baliklah." Daniel suruh Amin masuk ke dalam dan berehat.

Amin mengangguk dan berjalan masuk ke dalam rumah. Daniel terus dukung adiknya dan berjalan untuk masuk ke dalam rumah juga.

Deana dapat panggilan dari emaknya. Dia bangun dan terus menjawab telefon.

"Hello ya cik Aznibah. Ada apa call?" soal Deana.

"Deana, mak nak kau stop rawat orang yang kau rawat sekarang.!" suruh Aznibah dalam talian.

"Dah kenapa pulak?? Lagipun bukan kak long seorang rawat mereka. Ni ada anak-anak Ustaz Zain pun tolong sekali." kata Deana. Aznibah pada waktu ini di rumah dah tak senang duduk.

"Deana, kau tolong dengar cakap mak ni. Benda yang kau rawat bukan biasa-biasa. Benda tu boleh menyebabkan kau kehilangan anak-anak nanti!" Aznibah tetap tak mahu Deana terlibat dengan kes-kes besar.

"Kak long bukan nak derhaka. Bila Allah bagi kak long kelebihan. Kak long akan gunakan untuk bantu orang." kata Deana tekad nak turut serta.

"Tolonglah Deana..! Ya Allah.! Kenapa kau degil sangat..? Aku mimpi kau terperangkap dekat satu kampung..! Aku taknak kehilangan kau yang pernah hampir mati 10 tahun dulu..! Kau dah lupa semua tu ke..??!" Aznibah masih risau sangat kalau terjadi apa-apa. Dia tak mahu sejarah 10 tahun lalu berulang kembali.

"Mak, kalini kak long dah tak sendirian." kata Deana cuba nak tenangkan emaknya.

"Mak takut sebenarnya. Sebab benda yang kali ini jauh lebih bahaya dari sebelumnya." kata Aznibah.

"Mak doakan kak long. Itu je yang kak long minta. Selebihnya serahkan pada Allah." Deana minta emaknya doakan saja.

"Yelah kalau kau cakap macam tu. Ni Ain dengan Wafiy biar duduk dengan mak. Kau jangan tinggalkan solat. Banyakkan berzikir. Selawat selalu. Nanti kalau kau nak apa-apa. Telefon mak." suruh Aznibah pesan pada anak sulungnya supaya berhati-hati.

"Ha yelah. Nanti apa-apa hal kak long telefon. Okeylah mak. Assalamualaikum.." Deana matikan telefon selepas berbual dengan emaknya.

Kirana dan Tiara datang mendekati Deana.

"Kak, kenapa??" soal Tiara.

"Mak akak telefon. Dia suruh akak stopkan rawat pesakit yang kalini. Dia taknak kehilangan akak macam dulu." jawab Deana. Kirana dan Tiara saling berpandangan.

"Kenapa?" soal Kirana. Deana menarik nafas dalam-dalam.

"10 tahun lalu. Akak berjuang bersendirian melawan Puteri Jin bernama Mumtaz. Sebab dulu ada pesakit susah nak meninggal sebab Mumtaz ni halang lelaki tu mati. Puteri tu kata kalau kau mati. Carikan aku pengganti kau. Akak di panggil mereka. Akak rawat orang tu dan lawan Mumtaz.

Lepas Puteri Mumtaz tu keluar dari tubuh lelaki tu. Lelaki tu akhirnya meninggal. Tapi, Mumtaz dendam dengan akak dan mahu akak jadi tuan dia. Akak tolak. Dia naik marah terus rasuk akak dan mahu bunuh akak dari dalaman. Mak dengan ayah akak datang. Adik lelaki akak pun datang. Mereka rawat akak dan mahu keluarkan Mumtaz dari badan. Akak kena rasuk sampai mereka semua susah nak lawan.

Akhirnya, dengan bantuan Ustaz. Mumtaz dikeluarkan dan dikurung dalam satu botol. Mereka buangnya jauh beribu batu dari sini." Deana cerita bagaimana dia hampir mati disebabkan dendam Puteri Jin bernama Mumtaz itu.

Kirana dan Tiara pun dah faham cerita. Tapi, kali ini mereka akan berdepan dengan yang lebih kuat selain Esah dan Zabir. Mereka akan berdepan dengan Mantaha pula. Kalau dulu Puteri Lilith. Tapi kali ini dengan Mantaha.

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience