Chapter 14

Horror & Thriller Completed 1610

Apa yang berlaku pada Nufail telah buka mata Datin Asmah. Dia tak tahu siapa yang harus dia persalahkan. Keadaan Nufail kini makin pulih selepas mendapatkan rawatan di hospital. Kejadian yang berlaku empat hari lalu betul-betul menakutkan Datin Asmah.

Shazlan datang ke rumah Datin Asmah atas suruhan Ustaz Firdaus. Dia nak suruh Shazlan cuba pulihkan semangat Nufail. Waktu ini Ustaz Firdaus sedikit sibuk di luar dan akan datang ke rumah Datin Asmah untuk ubatkan Nufail.

Shazlan membaca beberapa ayat suci. Nufail di suruh baring dan berehat. Lelaki itu nampak sangat penat. Dia tengok saja apa yang sedang di lakukan anak muda itu.

Shazlan sapu ke wajah Nufail air yang sudah dibacakan. Tujuan dia nak memulihkan semula semangat.

Ustaz Firdaus baru sahaja tiba. Dia mulakan kerja dengan meruqyahkan Nufail. Semasa dia lakukan ruqyah. Dia nampak dengan mata kepala dua ekor Pocong Hitam dan Pocong Merah sedang berdiri di sebelah kanan dan kiri Nufail. Yang Nufail berada di tengah-tengah antara dua Pocong itu.

"Siapa kalian berdua?" soal Ustaz Firdaus memandang Pocong Merah.

"Aku Habbah. Syaitan yang akan santau manusia ini sehingga sakit." kata Pocong Merah perkenalkan diri.

"Aku Baitil. Syaitan yang akan matikan manusia selepas selesai tugas Habbah untuk rosakkan dalam manusia." Baitil juga perkenalkan diri.

"Apakah kalian juga hantu belaan Esah dan Zabir??" soal Ustaz Firdaus.

"Bukan! Kami adalah anak kepada Mantaha. Yang telah hidup sejak 500 tahun lalu." kata Baitil. Ustaz Firdaus mengucap panjang.

Ustaz Firdaus kembali ke dunia asalnya. Benda yang merasuk tubuh Nufail masih kekal di dalamnya. Di lihat keadaan Nufail tidak berisi sangat. Tapi nampak macam kurusnya tu agak cepat.

"Ada seorang yang boleh patahkan semangat syaitan yang mengalir dalam tubuh dia.." kata Ustaz Firdaus pada Datin Asmah.

"Siapa dia ustaz?" soal Datin Asmah.

"Kirana." jawab Ustaz Firdaus. Datin Asmah teringat perempuan yang ada datang sebelum ni.

"Nufail kenapa ustaz??" soal Shazlan. Ustaz Firdaus menghela nafas. Sukar nak ceritakan betapa seramnya benda dalam tubuh Nufail sekarang.

"Dua Syaitan yang berada di dalam tubuh ni adalah Pocong Merah dan Pocong Hitam.." jawab Ustaz Firdaus. Terkejut Shazlan dan Datin Asmah. Nufail pun agak terperanjat.

"Ada ke Pocong warna lain selain putih??" soal Shazlan. Ustaz Firdaus mengangguknya.

"Ada Shazlan. Pocong Merah ni tugasnya adalah untuk santau pesakit yang dia rasuk. Dia akan mulakan kerjanya dengan mematahkan segala organ dalaman badan. Dan Pocong Hitam pulak tugasnya matikan." Ustaz Firdaus terangkan. Nufail dah mengeluh.

"Ustaz, tolong saya ustaz." Nufail merayu berharap Ustaz Firdaus tolongnya.

"Ustaz nak tanya kamu, Nufail. Kemana kamu pergi pada malam itu??" soal Ustaz Firdaus nampak serius. Shazlan pun nak mendengar juga.

"Sa..saya jumpa seorang...yang boleh tolong saya.." Nufail terpaksa mengaku.

"Jumpa siapa??" soal Ustaz Firdaus. Wajah Datin Asmah agak terkejut. Apa betul ke anaknya pergi buat benda bukan-bukan?

"Esah.." Nufail menjawab sepatah.

"Untuk apa??" soal Shazlan. Nufail telan liurnya.

"Nak tundukkan Nawra.." kata Nufail. Datin Asmah orang yang paling terkejut sekali.

"Patutlah. Ustaz rasa elok kamu ni ustaz bawa jumpa menantu Ustaz Hanafi tu. Amin namanya." kata Ustaz Firdaus. Dia boleh nampak Amin satu-satunya orang yang mungkin boleh selamatkan Nufail.

"Amin.?" soal Nufail. Ustaz Firdaus mengangguk.

"Amin merupakan keturunan Panglima perang di zaman Hang Tuah. Memiliki penjaga yang jaga salasiah mereka satu keluarga. Amin ni baik dan lembut hati. Dia tu merupakan anak angkat kepada Raja dan Permaisuri dari alam bunian. Dia di sana di panggil Putera. Tapi, kalau dia marah. Boleh terbalik satu rumah. Eloklah dia marah kamu." kata Ustaz Firdaus. Nufail pandang ibunya. Datin Asmah tak dapat nak bantu apa-apa.

"Saya taknak jumpa Amin. Ustaz tak boleh ke keluarkan dua ekor Pocong tu??" soal Nufail merayu sangat.

"Nak taknak kau kena jumpa. Padan muka! Siapa suruh main guna-guna nak tundukkan orang??" Shazlan menyindir. Nufail mula menangis. Rasa bersalah sangat.

"Mak.." dia panggil emaknya.

"Kali ni mak tak dapat tolong kau. Ikut saja apa ustaz suruh. Jumpa Amin!" suruh Datin Asmah. Nufail dah mengeluh. Dia tak tahu macam mana nak berdepan kalini.

"Ustaz bukan nak takutkan kamu, Nufail. Tapi apa yang ustaz tu betul. Kamu tulah siapa suruh terima kad pelik-pelik. Kalau ada orang bagi sesuatu yang mencurigakan. Buang terus!" kata Ustaz Firdaus. Nufail tundukkan kepala. Dia betul-betul menyesal dengan apa yang sudah berlaku.

"Masa kau dapat kad dari Esah. Kau ada tanya siapa-siapa tak?? Member kau ke?? Housemate kau ke??" soal Shazlan. Nufail mengangguk lemah.

"Ada. Housemate aku. Ariffin dan Jenal dah warning awal-awal. Dia dah ceritakan pada aku apa terjadi pada Karmila tiga tahun lepas. Aku yang tak endahkan dan ikut hawa nafsu. Nak sangat tundukkan Nawra dan buat keluarganya lemah. Aku pun terpalit sama." Nufail ada cerita. Shazlan melepaskan keluhan berat.

"Kau memang tak guna lah. Ini kalau si Amin depan mata kau. Memang penampar dia bagi dekat kau ni aku rasa." kata Shazlan. Dia pula yang baran.

"Shazlan, kamu tu bersabarlah sikit. Yang penting kita aturkan jadual pertemuan. Nanti ustaz call Amin untuk perjumpaan." kata Ustaz Firdaus sempat sabarkan Shazlan.

++++++++++

MADRASAH DARUL AR-RIDHUAN

Nawra terpaksa duduk di asrama perempuan dahulu dengan Izzah. Nak balik ke rumah memang takut. Risau dia kalau-kalau ada Pocong gila sex tu kacau dia. Sudahlah nak pegang-pegang badan. Geli dia tengok! Nawra tengok Izzah tengah tidur lena dibuai mimpi. Barangkali sudah penat semalaman kena gangguan kuat tu.

Nawra keluar dari bilik asrama. Ada satu bilik asrama memang kosong dan belum ada pelajar-pelajar nak menetap. Katil pun dua sahaja macam katil biasa. Nawra hirup udara luar. Dia tengok ke arah bangunan sekolah. Kedengaran suara-suara pelajar dan guru di sana. Pasti kelas pun dah bermula.

Ada satu sentuhan tangan menyentuh bahu Nawra. Dia terkejut dan toleh kebelakang. Nampak seorang pelajar perempuan senyum padanya. Nawra pelik masih ada pelajar tersisa lagi.

"Dik, kenapa tak pergi sekolah??" soal Nawra.

"Saya tak sihat." kata budak perempuan itu.

"Oh patutlah. Tu muka pun pucat." Nawra memberitahu. Budak itu pun senyum saja.

"Siapa nama akak?" soal budak itu.

"Nawra. Nama awak?" soal Nawra pulak.

"Haura." jawab Haura. Nawra pun mengiyakan.

"Best tak sekolah sini?? Mak akak kerja sebagai guru. Hajjah namanya.." Nawra memberitahu pekerjaan ibunya.

"Ohh. Puan Hajjah tu ke? Dia memang baik orangnya." Haura puji Hajjah depan muka Nawra. Mahu tak kembang hidung Nawra orang puji emak dia.

Nawra toleh ke kanan. Dia nampak makcik tukang sapu sedang menyapu sampah. Dia toleh semula untuk tengok Haura. Tapi, Haura pula yang tiada. Nawra pelik sejak bila Haura berlalu? Tak dengar pun bunyi orang berjalan.

Izzah keluar dari bilik asrama. Dia menghampiri Nawra.

"Kau buat apa dekat luar??" soal Izzah. Nawra sedikit terkejut Izzah muncul tiba-tiba.

"Tak. Tengah layan angin." Nawra terpaksa tipu pasal Haura. Tapi, betul ke dia berbual tu dengan Haura?

"Jom temankan aku. Jumpa Kak Deana." Izzah nak mengajak Nawra untuk berjumpa dengan Deana.

"Okey.." Nawra ikut saja.

Izzah dan Nawra masuk semula ke dalam bilik asrama. Mereka salin pakaian dan memakai tudung. Tak lama kemudian, mereka segera keluar membawa beg tangan masing-masing. Turun ke bawah dan menuju ke kereta. Izzah menelefon Deana untuk berjumpa di luar.

++++++++++

MC DONALD

Izzah dan Nawra duduk sambil pekena nasi lemak ayam. Dia beli satu lagi nasi lemak dan air milo untuk Deana. Tadi dia bagitahu ada perkara penting yang nak dibincangkan. Mereka duduk di meja bahagian luar. Jadi, privacy sikit dari pengetahuan orang.

Deana baru sampai dan mencari tempat meletakkan kenderaan. Sesudah itu dia turun dari kereta dan berjalan terus ke arah Izzah dan Nawra. Mereka bersalaman dan duduk. Mereka makan terlebih dahulu.

Sesudah makan. Nawra menceritakan masalahnya kepada Deana. Izzah pun turut kata di rumahnya tu ada tiga Pocong. Dua Pocong biasa dan satu lagi Pocong yang berbadan macam bodybuilder.

Deana pegang tangan Nawra dan scan dengan menggunakan batin. Dia boleh rasa ada dua Pocong dalam tubuh Nawra sekarang. Tapi, mereka tidak melakukan apa-apa. Tapi, mana yang satu lagi?

"Dua Pocong dalam badan Nawra ni bukan jenis ganas punya. Dia cuma nak takutkan kamu saja. Yang satu lagi akak tak perasan. Pocong badan bodybuilder bak kata Izzah. Yang dua ni hanya duduk di dalam. Dan akan keluar apabila Pocong yang satu lagi perintahkan." kata Deana. Dia scan dua Pocong tu. Siapa mereka?

Di sebalik Pocong itu adalah seorang lelaki dan perempuan. Mereka macam penduduk Kampung Seri Kuning Kembangan. Kerana tengok dari segi pakaian saja sudah tahu. Yang perempuan terlihat berbaju kurung lusuh dan lelakinya berpakaian baju tshirt putih pagoda.

"Dua Pocong dalam tubuh ni adalah penduduk Kampung Seri Kuning Kembangan." kata Deana. Izzah dan Nawra saling berpandangan.

"Penduduk kampung?? Maksudnya dia orang kampung??" soal Izzah tak berapa nak faham.

Deana menarik nafas dalam-dalam.

"Izzah dan Nawra pernah dengar cerita pasal kampung ghaib tak?" soal Deana. Mereka berdua menggelengkan kepala.

"Baiklah. Kampung Kuning Seri Kembangan ni pernah wujud sejak tahun 1860 sehingga 1930. Penduduk kampung tu telah ditipu oleh satu makhluk yang janjikan mereka hidup abadi. Kali terakhir mereka di lihat pada tahun 1930. Esoknya semua hilang. Dan sekarang ni mereka menjelma kepada bentuk Pocong." cerita Deana. Nawra masih takut sebab ada dua di dalamnya sekarang.

"Akak tahu tak ini angkara siapa?" soal Izzah nak tahu siapa dalangnya. Deana scan Nawra sekali lagi. Dia nampak muka perilakunya, Nufail.

"Macam kes Nawra ni sebenarnya ada manusia dah masuk ke sana dan gunakan khidmat Esah untuk tundukkan Nawra." kata Deana tak menyebut nama orang itu.

"Ini mesti kerja Nufail." kata Nawra dah boleh agak siapa.

"Kakak tak sebut nama. Buat masa sekarang, jangan bertindak terburu-buru. Sebab dalam tubuh kamu tu ada dua Pocong. Kalau kamu agresif. Benda di dalam ni akan jadi agresif. Takut dia kawal tubuh Nawra nanti lagi susah." Deana pesan taknak Nawra mengamuk.

"Akak tak boleh tolong Nawra ke??" soal Nawra merayu sangat supaya Deana dapat bantunya.

"Jangan dulu. Sebab mereka belum buat apa-apa. Akak nak tahu tujuan apa kamu kena ganggu. Dan apa yang dia mahukan dari kamu." kata Deana. Nawra nak menangis. Izzah sabarkan. Dia yakin Deana boleh tolongnya.

++++++++

Sementara di Madrasah Asrama Puteri. Hajjah memasuki kawasan berpagar ke asrama perempuan. Pelajar-pelajar semua sudah di bilik dorm masing-masing. Hajjah menaiki tangga ke tingkat pertama. Dia mahu bertemu dengan Nawra dan Izzah. Entah apa yang mereka sedang lakukan.

"Assalamualaikum Ustazah.." sapa dua pelajar yang bertembung dengannya.

"Waalaikumsalam.." jawab Hajjah. Dua pelajar tadi salam dan cium tangan. Hajjah membalas salam mereka.

Hajjah terus pergi ke bilik yang pertama. Dia ketuk-ketuk dan memberi salam. Tapi, tiada sahutan. Hajjah terus keluarkan telefon. Baru nak cari nama Nawra. Pintu bilik dorm bunyi klik macam ada orang tolong bukakan pintu. Hajjah cuba tolak dan di dalamnya agak gelap.

Tapi, Hajjah kaku kerana dia nampak ada kelibat macam bayang hitam bentuk lelaki besar di dalam. Ada macam kain ikatan yang balut kepala lelaki itu. Kedengaran suara menderam yang kasar bunyinya. Hajjah terus tolaknya dan buka lampu bilik itu. Bayang hitam tadi pun hilang bila lampu di pasang. Hajjah mencari-cari kelibat lelaki tadi.

Dia tutup semula lampu dan pintunya di tutup. Hajjah keluarkan telefon untuk menelefon Nawra. Dia berjalan turun dari situ.

Pandangan tadi di alihkan ke pintu yang terbuka sikit. Muncul muka Zabir di sebalik pintu. Mukanya pucat dan mengetap gigi macam sedang marah.

Pada masa yang sama. Amir merasakan ada energi yang terlalu kuat. Entah kenapa dia rasa sekolah ni macam kusam tiba-tiba? Memang dia boleh rasa aura tak baik tu.

BERSAMBUNG.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience