Chapter 6

Horror & Thriller Completed 1610

PADA waktu malam selepas pelajar-pelajar madrasah mengaji dan makan malam. Syasya mengibas kain cadar untuk dia bentangkan di atas katilnya. Katil mereka ada dua. Setiap katil mempunyai dua tingkat. Syasya tengok Layla yang tidur di bahagian atas. Sudah lena dibuai mimpi.

Syasya duduk di tepi katil. Seliparnya di tanggalkan dan dia pun baring. Jam sudah dia set kan pada pukul 5 pagi untuk tunaikan solat Subuh nanti. Syasya pun pejamkan matanya untuk tidur.

Masa berganti masa. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Farisya terjaga dari tidurnya tapi dia tak bangun terus. Dia terdengar bunyi ketukan di luar dorm. Farisya cuba periksa katil bawahnya. Izara masih tidur. Katil di sebelahnya pun ada Layla dan Syasya sedang tidur lena.

Tuk! Tuk! Tuk!

Ketukan pintu itu setiap 2 saat sebanyak tiga kali. Farisya rasa tak sedap hati. Kalau Ustazah atau pelajar lain. Mesti ketuknya tu agak laju dan ada suara orang memberi salam. Farisya sorokkan mukanya dengan berselubung.

"Cu... Bukalah pintu... Nenek nak masuk...."

Kedengaran suara macam nenek di luar dorm. Tubuh Farisya menggigil ketakutan. Telinga dia terdengar tombol pintu dorm di pulas. Daun pintu dibuka dengan sangat perlahan. Selimut Farisya tidak terlalu tebal. Dan dia boleh nampak samar-samar apa yang ada depan matanya. Farisya terbeliakkan biji mata.

Kelihatan ada seorang Nenek tua berbongkok dan berjalan dengan menggunakan tongkatnya. Nenek itu berjalan masuk ke dalam dorm. Farisya masih nampak dengan sikit bentuk Nenek tu macam wanita uzur yang berumur lebih 100 tahun.

Nampak dia pergi ke arah Syasya. Dia periksa keadaan Syasya. Dia macam perhatikan gadis itu tidur. Suara mengekek tua itu masih kedengaran.

"Cu... Cucu di belakang nenek... Tak tidur lagi? Ke... Ke... Ke... Ke..."

Farisya tutup mulutnya dan menahan nafas. Nenek Tua itu berpaling perlahan-lahan ke belakang. Dia mendongakkan kepala memandang katil bahagian atas. Nenek Tua itu mula berjalan ke arahnya dengan ketawa mengekek. Jasad Nenek Tua tu hilang. Cepat-cepat Farisya pejamkan matanya.

Nafas Farisya kedengaran menggigil. Lidahnya kelu. Tak dapat nak baca-baca ayat suci. Jantungnya berdegup kencang.

Farisya kembali buka mata. Nenek Tua itu menyeringai senyum ke arah Farisya. Betul-betul tepat depan mukanya. Matanya kecil dan kemerahan. Mukanya betul-betul berkedut seribu. Kulitnya hitam legam.

Farisya menjerit dengan kuat sehingga menyebabkan satu dorm terjaga. Syasya terkejut dahulu sebelum diikuti Layla dan Izara. Farisya masih menjerit-jerit sambil mengibas selimutnya dan meracau terus.

Beberapa pelajar dorm sebelah menyebelah turut terjaga dan mereka keluar. Ustazah Huda berlari naik ke tingkat paling atas sekali. Dia berlari ke arah bilik dorm itu.

Farisya jatuh dari katil tingkat dua. Tubuhnya menghempas lantai. Dia masih meracau. Terpekik terlolong di malam hari. Syasya terus pegang kepala Farisya dan bacaan ayat suci di luahkan. Izara dan Layla tahan badan Farisya. Beberapa pelajar perempuan juga pegang badan Farisya.

Ustazah Huda masuk ke dalam bilik dorm dan mendapatkan muridnya yang kena rasuk. Ustazah Huda juga baca-baca ayat suci dan tiupkan ke muka.

"Farisya, ni ustazah! Kuatkan semangat! Lawan benda tu." suruh Ustazah Huda.

Ustazah Huda memandang Izara dan Layla.

"kamu berdua pergi ke asrama lelaki. Panggilkan Amir kemari." suruh Ustazah Huda. Izara dan Layla mengangguk dan terus berlari keluar.

Ustazah Huda pandang pelajar-pelajar perempuan lain.

"Yang lain masuk dorm. Kalau nak bantu. Tutup aurat kamu sebab Amir nak kesini." suruh Ustazah Huda.

Tak lama kemudian. Izara dan Layla datang bersama Amir. Waktu ini Amir hanya datang berbaju kuning biasa dan berkain pelikat. Dia pakai seluar panjang juga di dalamnya.

Amir masuk ke dalam dorm. Pelajar-pelajar perempuan semua Ustazah Huda suruh balik ke bilik masing-masing. Amir memakai glove jenis kain. Dia tekan dahi Farisya sambil membaca-baca. Syasya pun turut bantu sekali.

"Allahuakhbar!" Amir tarik benda tu keluar melalui mulutnya.

Farisya terus bangunkan badan dan ketawa mengekek. Masa ketawa tu mereka terdengar akan suara Nenek Kebayan yang ketawa. Farisya memandang Syasya dan Amir bersilih ganti.

"Apa kau berdua nak?!" soal Farisya. Suaranya macam suara orang tua.

"Kenapa kau ganggu dia??" soal Amir tegas.

"Kerana aku mahu tuan baru. Perempuan ini akan menjadi tuan baru aku!" kata Nenek Kebayan yang berada di dalam tunuh Farisya.

"Tiada seorang pun pelajar yang kau boleh ambil untuk jadi tuan kau. Mereka ni semua pelajar beragama Islam. Kalau kau nak tuan baru! Kau pergi cari manusia yang perangainya sama taraf dengan kau. Perangai syaitan!" kata Amir dengan suara tegas seperti lelaki dewasa.

Farisya kembali baring semula. Amir akhiri dengan kalimah suci dan tariknya keluar. Syasya pun menarik nafas lega. Perlahan-lahan Farisya buka matanya. Pandangan dia masih kabur. Lama kelamaan kabur pandangan hilang. Muka Syasya yang dia nampak dahulu.

"Syasya?" Farisya panggil. Syasya senyum dan tarik kawan baiknya. Mereka berpelukan. Amir turut menumpang gembira. Farisya toleh memandang ke arah Amir. Dia terkejut dan terus pegang kepalanya.

Farisya menjerit kerana dia tidak bertudung. Lalu mencari-cari tuala dan terus balut kepalanya. Syasya ketawa mengekek.

"Farisya, kau kan kena rasuk tadi. Sejak tadi Amir dekat sini masa kau kena rasuk." kata Syasya. Farisya tekap mukanya dan menjerit kerana malu.

Pemandangan di jauhkan dan naik ke langit. Merakam suasana di langit pada masa ini masih malam lagi. Bertemankan bintang-bintang yang terbentang luas.

+++++++++

RUMAH NUFAIL

Pandangan di tunjukkan pada kediaman rumah Nufail yang gelap gelita kerana kesemua penghuni dalam rumah sudah lena tidur.

Nufail berada di dalam bilik sedang tidur lena. Posisi Nufail tidur dalam keadaan mengiring menghadap tingkap biliknya. Di belakang Nufail. Kelihatan satu makhluk Pocong Merah baring di atas katil. Pocong Hitam berdiri di luar tingkap dalam keadaan terapung.

"Bangun...!!!!"

Nufail terus tersedar bila dengar suara orang jerit menyuruhnya bangun. Nufail terus pandang keliling dalam biliknya. Dia pandang ke luar tingkap. Tiada sesiapa di luar sana. Nufail tengok sebelah katil pembaringan. Tiada sesiapa.

Bila dah bangun ni memang susah nak tidur. Nufail menguap beberapa kali. Dia turun dari katil dan memakai seliparnya. Nufail keluar dari bilik untuk ke bilik mandi.

Ariffin baru keluar dari dapur selepas minum air. Masa dia nak masuk ke dalam bilik. Dia perasan dalam kegelapan waktu malam nampak macam samar-samar bayang hitam seseorang. Bentuk figura bayang tu macam lelaki bertubuh besar dan tinggi.

"Kawan Nufa ke Jenal?" soal Ariffin. Dia abaikan dan masuk ke dalam bilik tidurnya. Semasa dia tutup pintu, bayang manusia tadi hilang di telan malam.

Nufail mencuci mukanya. Paip air di tutup. Dia pandang cermin. Ada sosok Pocong Merah di belakangnya. Nufail terkejut lalu dia toleh kebelakang serta merta. Matanya sampai terbeliak. Nafasnya tercungap-cungap. Peluh di dahi merintik. Dia terus keluar dari bilik mandi dan segera berlari masuk ke dalam bilik.

Pintu dibuka. Dia terkejut dan menjerit. Ada Pocong Hitam di tingkap luar biliknya. Nufail tutup semula pintu biliknya. Dia mahu berjalan untuk lari. Ada Pocong Merah berdiri berdepan dengan tangga untuk turun ke bawah.

Nufail jadi tak tentu arah. Dia masuk semula ke dalam bilik yang dia nampak Pocong Hitam tadi. Kali ni Pocong Hitam tidak kelihatan. Nufail kuncinya dan terus berundur dari pintu itu. Suasana berubah sepi sikit. Dahinya berkerut. Dia mula tercium bau yang sangat aneh. Macam bau kapur barus dan tanah kubur.

Nufail terasa macam ada sesuatu di belakangnya. Dia terus pusingkan badan dan toleh kebelakang. Nufail menjerit bila ada Pocong Hitam di belakangnya. Nufail terus berlari ke arah pintu biliknya. Daun pintu dibuka luas. Ada Pocong Merah di hadapan Nufail. Lelaki itu menjerit-jerit sehingga dia pengsan tidak sedarkan diri.

+++++++++++

RUMAH NAWRA

Nawra keluar dari bilik sebab nak pergi tunaikan solat tahajjud. Dia melangkah kaki untuk turun ke bawah. Langkahnya mati. Matanya terpaku pada dua orang yang sedang duduk di sofa. Lelaki dan perempuan. Nawra turun ke bawah dengan langkah berhati-hati.

Nawra pergi ke arah mereka. Dengan hati-hati dia mahu tengok siapa. Nawra tengok muka lelaki dan perempuan tu pucat sangat. Bibirnya kering. Mereka memandang ke arah tv yang tiada siaran.

"Awak berdua siapa?? Kawan Izzah ke?" soal Nawra ramah dengan mereka.

Lelaki dan perempuan tu tak jawab apa-apa. Nawra melepaskan keluhan berat. Dia segera pergi ke ruang dapur. Semasa dia jalan nak ke dapur. Nawra ternampak sesuatu yang menakutkan di dalam pantulan cermin yang betul-betul sebelah ruang yang memisahkan dapur dan ruang tamu.

Nawra nampak ada dua Pocong berbalut putih memandang ke arahnya. Muka dua tu hitam dan matanya keputihan. Nawra berpaling ke belakang. Lelaki dan perempuan muka pucat habis tu tengok ke arah Nawra.

Nawra toleh sekali lagi. Dia terkejut sekali lagi. Kali ini dua Pocong tu dah berdiri tapi berada di bahagian tepi sofa menghadap ke arahnya. Nawra toleh semula. Mereka sedang duduk dan masih memandang ke arah Nawra.

Nawra toleh semula pandang cermin panjang tadi. Kali ini dua Pocong berdiri tepat di belakangnya. Dadanya tersekat. Degupan jantung mengepam laju. Ekor mata Nawra menjeling ke sebelah kanan dengan perlahan-lahan. Dan dia pusingkan badan terus. Kali ini dia terkejut lelaki dan perempuan tadi bertukar menjadi Pocong.

Dadanya dah mula rasa sesak. Kaki kanan mula melangkah ke belakang dengan perlahan. Di ikuti dengan kaki kiri. Nawra tengok dua Pocong tu dalam keadaan terapung. Nawra cuba tengok bahagian mukanya semula.

Dua Pocong tadi terbang dengan laju ke arahnya. Salah seekornya mengangakan mulut seluasnya. Nawra menjerit dan terjatuh ke belakang. Kepalanya terhantuk pada kerusi lalu pengsan tidak sedarkan diri.

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience