Chapter 9

Horror & Thriller Completed 1610

Kereta yang di pandu Hakim berhenti betul-betul depan rumah Dato Jalal. Waktu-waktu senja macam ni memang syaitan akan keluar untuk melakukan tugas mereka. Energi pada waktu begini sangat kuat.

Hakim dan Kirana turun dari kereta dan berlari masuk ke dalam kawasan berpagar. Mereka berdua terus berlari dengan pantas ke arah pintu rumah. Kirana agak terkejut sikit.

Tiga orang gaji dan Datin Asmah lari keluar ketakutan. Hakim dan Kirana terus berlari masuk ke dalam rumah. Suasana di ruang tamu rumah banglo mewah bersepah. Barang-barang semua tercampak dan ada yang pecah. Kirana pusingkan badan dan keluar. Dia bertemu dengan tuan punya rumah.

"Puan, nama saya Kirana. Boleh saya tahu apa yang sudah berlaku?" soal Kirana pada Datin Asmah.

"Saya Datin Asmah. Boleh awak tolong anak makcik tak?? Nufa tu pagi tadi di rawat di hospital. Kata doktor, dia dalam kondisi yang lemah. Lepas tu dia meracau dekat hospital dan kami minta dibawa pulang. Suami hubungi Ustaz Firdaus minta tolong.

Lepas merawat. Nufa tidur dan saya duduk dekat sofa. Sampailah Nufa tiba-tiba buka matanya. Matanya putih macam warna susu. Lepas tu, dia merangkak macam kucing nak bergaduh. Terus dia serang saya." Datin Asmah menceritakan perkara itu. Kirana mengangguk faham.

Ada sebuah lagi kenderaan berhenti. Seorang perempuan turun dari kereta. Kirana terus rasa macam ada aura yang putih dari perempuan tu. Hatinya tenang dan tidak rasa berat. Perempuan yang baru sampai masuk ke dalam kawasan berpagar. Dia bersalaman dengan tiga pembantu rumah dan tuan rumah. Dan dia salam tangan Kirana sekali.

Semasa bersentuhan. Memang Kirana dapat rasa perempuan depan dia bukan sembarangan. Jiwanya seorang perawat sama sepertinya.

"Deana.." Deana perkenalkan diri.

"Kirana.." Kirana pun perkenalkan diri.

Kirana menceritakan semula pada Deana apa yang Datin Asmah ceritakan tadi. Hakim di dalam entah sedang buat apa. Deana mengangguk faham dan masuk ke dalam rumah. Kirana pun masuk sekali ke dalam rumah. Langkahnya mati dan berpatah balik. Dia pergi ke arah Datin Asmah dan tiga orang gajinya.

"Puan dan tiga akak pergi rumah jiran dulu. Mintak bantuan dari jiran tetangga." suruh Kirana. Datin Asmah mengangguk faham. Tiga orang gajinya pegang tangan Datin Asmah dan tariknya untuk pergi.

Kirana berlari masuk ke dalam rumah. Deana berdiri di tengah-tengah ruang tamu. Nampak bersepah sangat keadaan dalam rumah. Kucar kacir dengan barang semua bersepah. Pasti benda tu mengamuk.

Kirana scan bahagian ruang bacaan yang tembus dengan bahagian ruang tamu. Hanya ada pagar kecil yang memisahkan ruang bacaan dan ruang tamu. Dia aura negatif di ruang bacaan. Deana berjalan menuju ke ruang dapur yang gelap itu. Kerana langit di luar pun nak malam.

Hakim periksa ruang meja makan. Ada terasa kekuatan di ruang ini tapi satu kelibat tak kelihatan.

"Siapa nama budak tu??" soal Hakim.

"Dengar tadi kata Nufa." jawab Kirana. Hakim toleh memandang isterinya.

"Nufa je?? Nama penuh?" soal Hakim. Kirana angkat bahu tanda tidak tahu. Hakim berdecit macam tak berpuas hati nama lengkap belum tahu.

Deana pergi ke arah tangga. Dia scan bahagian tangga. Dia sentuh tapak anak tangga. Memang ada rasa aura yang kuat disini. Hakim dan Kirana menghampiri Deana. Deana pandang mereka berdua.

"Dia dekat atas." kata Deana.

"Tepi sikit. Biar saya naik dulu.." Hakim mengetuai. Deana dan Kirana pun berjalan naik setapak anak tangga. Dan naik lagi setapak anak tangga. Perlahan-lahan mereka naik.

Hakim terdengar akan suara macam orang sedang bercakap. Kirana dan Deana pun berpandangan. Mereka juga terdengar suara orang bercakap. Hakim angkat tangan kanan di hala ke depan. Dia nak scan dan ikut aura negatif tu kemana. Sampai di aras atas. Ruang di atasnya pula sudah gelap. Langit luar juga gelap sekarang.

"Nufa..?" Hakim panggilnya.

Tiada sahutan. Hakim teruskan lagi dan mahu ikut aura itu. Langkah mereka mati. Hidung mereka tercium satu bau yang amat busuk. Macam bau kapur barus dan tanah kubur.

Bunyi pintu macam dibuka. Mereka bertiga pandang ke arah pintu bilik tersebut. Hakim mendahului dengan berdiri di depan pintu. Dia dengan sekali nafas. Tolak pintu itu perlahan-lahan. Deana dan Kirana nampak Nufail duduk bersila. Kepalanya menunduk ke bawah memandang karpet.

Hakim, Kirana dan Deana berjalan masuk ke dalam bilik itu perlahan-lahan. Kedengaran suara Nufail bercakap sendirian. Hakim berdiri di tengah-tengah. Kirana berdiri di sebelah kanan Hakim dan jarakkan. Deana berdiri di sebelah kiri dan jarakkan.

"Nufa..?" panggil Hakim.

"Nufa...? Maksud kau, Nufail..?? Ha.. Ha.. Ha.." kata Nufail dengan suara paraunya. Tapi dia masih menunduk lagi.

"Assalamualaikum..." Deana memberi salam. Nufail terus berbuat bunyi macam menderam. Seperti tak boleh terima orang memberi salam. Deana pandang Kirana memberi isyarat benda dalam badan Nufail tu kafir.

"Siapa kau??" soal Kirana bertegas dengan benda itu.

"Kau tak perlu tahu." jawab Nufail macam suara orang tua.

"Aku berhak tahu! Tubuh yang kau rasuk milik Allah!" Kirana bentaknya. Nufail terus toleh memandang Kirana. Wanita itu terkejut mata Nufail putih seperti susu.

"Kau jangan kacau aku! Aku sudah di suruh untuk sihir dan bunuh lelaki ini!" kata lelaki tua dalam tubuh Nufail.

"Siapa suruh kau??" soal Deana. Nufail kini pusingkan kepalanya memandang Deana pula. Tapi, Deana sikit pun tak gentar dan takut dengan benda di depan mata.

"Esah.." kata Kirana. Nufail terus pusingkan kepalanya memandang Kirana semula.

"Macam mana kau tahu??" soal lelaki tua itu.

"Aku memang tahu!" jawab Kirana.

"He.. He.. He.. He.. He.."

Muncul Pocong Merah keluar dari tubuh Nufail. Tapi, mata Nufail masih putih susu kerana ada satu lagi di dalam tubuhnya.

Hakim terus pegang kepala Nufail dan mulakan ruqyahnya. Nufail menjerit dengan suara paraunya. Matanya yang putih tadi bertukar merah. Kirana baca ayat pendinding. Tangan sebelah kanan di halakan pada Pocong Merah itu. Dan tangan sebelah kiri di halakan pada Nufail. Deana pun buat perkara yang sama seperti Kirana.

Pocong Merah itu terkunci pergerakan. Matanya yang putih seperti susu itu jelas kelihatan. Mukanya yang hitam dan hancur sangat mengerikan. Hakim masih teruskan bacaan ruqyahnya. Nufail jerit dengan kuat sehingga menampakkan gigi taring yang bukan miliknya.

Bilik Nufail bergegar seperti gempa. Tapi, sikit pun tidak menghalang Hakim, Deana dan Kirana dari berhenti merawat. Kirana dan Deana masih menghalang Pocong Merah itu dari mendekati Nufail. Hakim pula nak keluarkan seekor lagi.

Dia nampak dari mata batin. Ada Pocong Hitam mahu menyerangnya. Tapi, gagal kerana bantuan Deana dan Kirana yang baca ayat pendinding untuk kunci benda di dalam tubuh Nufail dari menyerang Hakim.

Lampu tiba-tiba berkelip semasa gegaran kuat. Dan terus terpadam. Hakim mula tak rasa sentuhan kepala Nufail. Lampu menyala kembali. Mereka bertiga toleh kebelakang dan pintu bilik terbuka luas. Kepala Nufail muncul dari bahagian atas pintu terbuka itu.

Pocong Merah tadi juga tiada. Hakim dan Kirana berlari keluar. Deana pun ikut lari keluar. Setelah mereka keluar dari bilik. Nampak Nufail berjalan merangkak dengan melekat ke dinding macam labah-labah.

"Nufail..!" Hakim menjerit panggilnya. Nufail masih melekat ke dinding dan memandang mereka bertiga dalam keadaan terbalik.

Hakim, Kirana dan Deana berlari turun ke bawah. Di bawahnya kelihatan Pocong Merah menanti mereka bertiga. Kirana terus menyeru nama Allah lalu di hentakkan tangan ke lantai rumah. Bacaan ayat pendinding di luahkan.

Nufail melompat dari melekat ke dinding ke arah Hakim. Mereka berdua terjatuh dan Hakim terus pegang kedua belah kaki Nufail. Deana terus pegang kepala Nufail dan meruqyah.

Hakim peluk kuat tubuh Nufail dengan erat tak mahu lepaskan. Deana masih kuat dan mulutnya lancar membaca. Tiba-tiba, muncul muka Pocong Hitam itu betul-betul depan mata Deana menyebabkan wanita itu tercampak kebelakang.

Kirana yang sedang tahan Pocong Merah terkejut Deana tercampak. Hakim juga terkejut. Tapi, dia tetap gunakan kekuatan dan pegang kepala Nufail. Deana kembali bangun dan tidak akan mengalah macam tu. Dia bantu Hakim pegang kepala Nufail dan teruskan bacaan.

Kirana pandang suami dan Deana. Dia bersyukur ayah dan ibunya sekarang di Mekah. Bahkan, Ustaz Hanafi dan auntie Ayunie juga di Mekah. Kalau macam ni punya susah. Apatah lagi kalau mak ayahnya nak handle. Mesti akan membawa maut. Tambahan lagi ayahnya ada sakit-sakit selepas kes Karmila sebelum ni.

Kirana berhenti baca ayat pendinding. Dia tayangkan jari telunjuk. Mulutnya terkumat kamit membaca. Kirana terus tujukan pada Pocong Merah itu. Makhluk tersebut terkejut dan ada macam bentuk tali yang mula mengikatnya. Kirana terus campakkan benda itu ke dinding.

Sesudah di mengikat Pocong Merah. Kirana terus mendekati suami dan Deana. Dia bantu dan pegang kepala Nufail. Pocong Hitam di dalamnya terlampau degil.

Bacaan ruqyah diteruskan. Nufail menjerit sampai mulutnya tersembur darah. Darahnya itu terus terpercik terkena pada pakaian mereka bertiga.

Kirana terus tekup mulut Nufail. Dan cuba tarik Pocong Hitam tu keluar. Entah kenapa terlalu susah sangat benda tu nak keluar. Deana pun turut bantu dengan pegang tangan Kirana. Dengan kalimah Bismillah. Mereka cuba tariknya keluar.

Nufail terus mencampakkan mereka bertiga. Kelihatan asap hitam yang kecil terbang keluar dari mulut Nufail yang ternganga luas. Dia terbang ke arah Pocong Merah tadi dan melepaskannya dari ikatan. Dua makhluk itu terbang keluar.

Nufail terus terbaring lemah dengan mulut berdarah. Hakim, Kirana dan Deana dah kepenatan sangat. Kirana mengucap syukur kerana sudah berjaya pulihkan lelaki itu. Deana pengsan tidak sedarkan diri. Hakim juga rebah kepenatan.

"Abah. Ibu. Ki dah berjaya tolong orang.." kata Kirana sebelum matanya di pejam rapat.

Malam itu, ambulan tiba untuk membawa Nufail ke hospital. Hakim, Deana dan Kirana mendapatkan rawatan kerana mereka tidak cedera. Amin dan Dilaila datang bantu pulihkan semangat mereka.

Pandangan di tunjukkan ke muka langit yang sudah malam. Ditemani bintang-bintang yang menghias.

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience