Chapter 8

Horror & Thriller Completed 1610

Nawra mendapatkan rawatan. Haji Dollah dan Hajjah datang melawat. Hajjah kasihan melihat Nawra. Kata Izzah, pagi tadi nampak Nawra terbaring pengsan dengan kepala berdarah. Haji Dollah tarik nafas dalam-dalam dan biarkan anaknya nak rehat. Dia bawa isterinya ke tempat duduk.

Hajjah termenung seketika. Haji Dollah keluarkan satu naskah kecil. Buku Yaasin dibuka helaian pertama. Dia membacakan surah Yaasin.

"Apa dosa anak kita bang?" soal Hajjah. Suaminya tak melayan. Hajjah toleh memandang suaminya. Haji Dollah masih fokus dengan bacaan Yaasin.

Hajjah melayan perasaan. Lampu sepanjang koridor berkelip-kelip. Hajjah mendongakkan kepala memandang ke arah lampu-lampu yang melekat di siling. Dia toleh ke sebelah kanan untuk tengok suaminya. Haji Dollah macam tak sedar apa yang berlaku.

Hajjah toleh ke sebelah kiri. Matanya terpaku pada beberapa orang lelaki perempuan berjalan dengan berpakaian macam orang-orang lama. Dia tengok perempuan-perempuan memakai baju kurung corak lama. Memang gaya macam orang zaman nenek moyang dulu.

Mereka duduk di kerusi yang telah di sediakan di luar wad menunggu. Hajjah jarakkan sikit dari lelaki yang duduk di sebelahnya. Dia tengok suaminya masih sibuk dengan mengaji Yaasin. Langsung tak sedar apa yang berlaku.

Lampu siling sepanjang koridor berkelip-kelip. Hajjah tengok kelilingnya. Manusia-manusia tadi semua menundukkan kepala ke bawah.

Lampu terus terpadam dan gelap. Hajjah dah tersentak. Dia cuma meraba-raba sekitar depannya. Hajjah keluarkan telefon dan buka kunci skrin. Cahaya pada kunci skrin terang benderang. Belakang Hajjah ada muka manusia yang sangat hitam dan hodoh. Wajahnya hancur dipenuhi ulat-ulat. Ada mengalir darah dan juga nanah. Kepalanya di balut dengan kain kafan.

Ekor mata Hajjah berpaling ke sebelah kanan. Dia tak nampak suaminya. Tapi, dia terasa macam ada orang bernafas di belakangnya. Apa yang membuatkan Hajjah kehairanan. Kerusi yang dia duduk tu menyandarkan dekat dinding. Jadi, macam mana boleh ada orang bernafas di belakang Hajjah?

Hajjah pejamkan mata dan baca beberapa ayat yang dia tahu. Dia pujuk hatinya untuk bertenang. Perlahan-lahan dia buka matanya. Suasana kembali terang. Hajjah pandang kelilingnya. Manusia yang ramai-ramai tadi dah tiada. Hajjah toleh memandang suaminya.

Haji Dollah sudah siap bacakan Yaasin dan sedang tidur akibat penat. Hajjah tengok jururawat lalu. Hatinya tertanya-tanya. Siapa manusia-manusia beramai tadi? Pakaian mereka semua macam orang zaman dulu kala. Tak pernah nampak muka mereka dekat mana-mana.

+++++++

KEDIAMAN DATO JALAL

Nufail mengerang kesakitan semasa dia di rawat dengan Ustaz Firdaus. Datin Asmah berada di ruang tamu dengan hati yang tak tenang. Dia kehulu ke hilir tanpa arah. Dia tengok anaknya macam orang yang kena santau kuat. Datin Asmah pandang suaminya. Dato Jalal pegang kaki Nufail yang meracau.

Ustaz Firdaus berkumat kamit membaca sambil pegang dahi pemuda itu. Dia mula nampak sesuatu semasa membacanya. Ustaz Firdaus nampak makhluk Pocong Merah yang berada di satu kawasan sangat gelap. Mukanya betul-betul hodoh dan menakutkan.

Tubuhnya macam terasa berat. Tapi, Ustaz Firdaus takkan berputus asa. Dia mengubat lagi dan membaca. Sambil dia nak pulihkan semula semangat yang sudah makhluk merah tu bawa pergi.

Tiba-tiba, munculnya Pocong Hitam membuatkan Ustaz Firdaus terkejut dan terlepaskan tangan dari dahi Nufail. Dato Jalal dan Datin Asmah terkejut dengan Ustaz Firdaus yang tiba-tiba tercampak sikit macam ada orang campaknya.

"Ustaz??" Datin Asmah panggil.

Ustaz Firdaus bangun semula dan pergi ke arah Nufail. Dia dekatkan telapak tangan betul-betul atas muka Nufail tapi tidak menyentuh wajah. Matanya di pejam rapat. Kelihatan dahi Ustaz Firdaus dah berpeluh.

Ustaz Firdaus nampak melalui POV pandangan Nufail. Dia nampak Nufail bawa kereta masuk ke dalam sebuah kawasan kebun sawit ke dalam. Nufail membawa sehingga lampu kereta itu di pancarkan ke arah sebuah papan tanda bertulis.

Kampung Seri Kuning Kembangan.

"Kampung Seri Kuning Kembangan.." gumam Ustaz Firdaus. Dia masih pejamkan mata dan nampak nama itu.

"Apa dia, ustaz?" soal Dato Jalal.

Pertanyaan ayah Nufail tu tak di layan. Ustaz Firdaus masih berada dalam POV Nufail. Dan dia nampak ada cahaya putih di hadapan yang tak jauh dengan keretanya. Ustaz Firdaus nampak ada sebuah rumah kampung lama di dalam kawasan hutan tebal.

Semasa Nufail toleh ke arah rumah kampung itu. Ustaz Firdaus juga nampak sekali ada dua orang lelaki dan seorang perempuan toleh memandang ke arah Nufail sekarang. Ustaz Firdaus nampak dengan mata batin. Tiga orang itu bukan orang kampung biasa. Tapi makhluk Pocong.

Ustaz Firdaus terus buka matanya selepas keluar dari POV Nufail. Dia tarik semula tangannya. Ustaz Firdaus ambil air yang sudah dibacakan dan terus sapukan ke seluruh wajah Nufail.

"Ustaz kenapa??" soal Dato Jalal.

"Ada sesuatu yang anak Dato dan Datin telah lakukan. Tapi, saya tak dapat nak tembus sebab tempat yang anak Dato dan Datin ni bukan kawasan biasa. Macam sebuah kampung perkuburan." kata Ustaz Firdaus. Terkejut Dato Jalal dan Datin Asmah. Mereka saling berpandangan.

"Kampung apa tu Ustaz?" Dato Jalal soalkan.

"Kampung Seri Kuning Kembangan.." jawab Ustaz Firdaus teringat akan nama kampung tersebut.

Dato Jalal dan Datin Asmah memandang sesama mereka. Macam ada sesuatu yang tak kena. Dato Jalal diam sejenak.

"Seingat saya. Kampung tu dah tak wujud sekitar 1930an. Tapi, tak tahulah kenapa kampung tu terus terbiar sampai sekarang.." kata Dato Jalal ingat-ingat sikit pasal kampung lama.

"Takpelah, saya ada kenal dengan salah seorang perawat yang terkenal juga. Cuma sekarang mereka berada di Mekah untuk tunaikan umrah. Tapi, saya boleh jumpa anak-anak mereka." kata Ustaz Firdaus nak kenalkan Dato Jalal dan Datin Asmah pada keluarga Ustaz Zain.

"Siapa mereka tu??" soal Dato Jalal.

"Kirana. Anak perempuan Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia. Dan suaminya Hakim pun boleh merawat. Dan saya juga ada kenal dengan menantu Ustaz Hanafi dan Ayunie sekali. Namanya Amin." kata Ustaz Firdaus memberitahu nama yang di sebut pada kedua suami isteri itu.

"Baiklah. Terima kasih atas bantuan, Ustaz. Saya berharap dengan bantuan ustaz dan mereka boleh selamatkan anak saya." kata Dato Jalal. Datin Asmah pun mengangguk dan setuju dengan cakap suaminya.

Ustaz Firdaus meminta diri dulu. Dato Jalal hantarnya sampai depan pintu pagar. Datin Asmah tengok anaknya masih tidur lena. Kasihan dia melihat airmuka Nufail. Apa dosa anaknya sampai ada orang nak dengki. Tak lain tak bukan ini mesti kerja keluarga Haji Dollah. Mereka nampak berpakaian macam orang alim. Kaki masjid. Tapi rupanya-rupanya, kaki guna-guna mainan sihir. Itulah bisikan hati Datin Asmah. Dia tak fikir orang lain dah. Dia fikir Nawra angkara Nufail terkena sihir.

Dato Jalal masuk ke dalam rumah selepas menghantar Ustaz Firdaus tadi. Dia tengok isterinya muka macam tengah nak meletup.

"Awak ni kenapa??" soal Dato Jalal.

"Saya rasa ini semua angkara Nawra! Dia putuskan pertunangan anak kita! Dia hantar sihir dekat Nufail!" bentak Datin Asmah. Dato Jalal mengeluh.

"Mana awak tahu ni, Asmah?? Di buatnya apa yang awak cakap tu salah. Macam mana??" soal Dato Jalal. Datin Asmah pandang suaminya tak berpuas hati.

"Kenapa awak nak membelanya?? Ke awak ni yang ada hati dekat Nawra sampai anak kita yang tak bersalah jadi mangsa?? Ke awak yang paksa Nawra putuskan pertunangan untuk bersama awak??" soal Datin Asmah bertubi-tubi.

"Astaghfirullah al'azim! Apa kena awak ni??! Main tuduh sembarangan! Itu fitnah tahu tak?! Saya cuma cakap jangan main tuduh sembarangan! Kalau perkara yang awak sebut tu tak betul macam mana?? Awak nak merangkak cari Nawra dekat akhirat??" soal Dato Jalal nak sedarkan isterinya.

Datin Asmah pandang suaminya dengan muka yang menjengkelkan. Dia tersenyum sinis.

"Pandai pulak ya awak sebut pasal akhirat. Habis tu selama ni pergi party seks dengan kawan-kawan awak tu tak pernah fikir?? Kongsi kemaluan awak pada isteri kawan awak tu semua?? Ada fikir pasal mati?? Pasal akhirat??

Sejahat-jahat saya. Sejahil-jahil saya. Belum pernah pergi tempat-tempat macam tu. Air mani awak yang sepatutnya untuk berada dalam tubuh saya semua awak sedekah pada isteri-isteri orang. Awak ingat saya tak tahu selama ni awak pergi party tu?? Wah! Nufa banyak ibu rupanya. Mesti ada di antara isteri orang tu bunting hasil zina awak dengan dia!" Datin Asmah sembur suaminya. Dato Jalal mahu menampar. Cepat-cepat Datin Asmah tahan tangan suaminya dari menampar wajahnya.

Datin Asmah merentap tangan suaminya jatuh. Dia buka lama telegram. Di mana begitu ramai ahli-ahli yang sudah berumah tangga ada buat sebarang aktiviti tak sihat iaitu boleh bersetubuh suami orang dengan isteri orang lain. Dan isteri orang dengan suami orang lain. Datin Asmah tunjuk video suaminya berzina dengan salah seorang isteri kepada kawan baik si suami.

"Patutlah Nufa kena kacau. Saya saja petik nama Nawra untuk perangkap awak. Saya tahu dia tak buat sebab mereka keluarga orang baik-baik. Saya saja nak tengok awak ni macam mana. Rupanya masih ada kewarasan lagi. Tapi bila main dengan bini orang tu waras dah hilang ke??" soal Datin Asmah dah mula hilang sabar.

Dato Jalal terus mendengus dan merampas telefon itu lalu dia bergegas pergi keluar dari rumah. Datin Asmah dah penat menangis sebenarnya. Tiada lagi airmata yang dia nak keluarkan. Semuanya dah keluar masa kawan Datin Asmah ada merakam aksi Dato Jalal dengan isteri orang. Dan kemudian di sebarkan ke telefon Datin Asmah di aplikasi Telegram.

Datin Asmah pandang wajah anaknya. Kerana perbuatan si ayah. Anak menjadi mangsa sihir oleh seseorang. Dia tahu bukan keluarga Nawra yang buat. Dia pun tak sepatutnya tuduh melulu tanpa bukti yang kukuh. Dia duduk di sofa dan melihat anaknya masih terbaring lagi.

"Nufa, mak tak kisah kalau kamu tak berjodohan dengan Nawra. Mak akan cari jodoh lain untuk Nufa.." kata Datin Asmah.

Tiba-tiba, lampu rumahnya berkelip-kelip. Datin Asmah macam terkejut sikit. Dia mendongakkan kepala untuk melihat kediaman dalam rumah. Dia pandang lampu-lampu yang bewarna kekuningan emas dan putih.

Datin Asmah tengok anaknya semula. Terkejut dia bila nampak mata Nufail keputihan seperti susu. Nufail terus bangunkan badan. Kepalanya berpusing laju memandang ke arah Datin Asmah. Mukanya pucat seperti mayat dengan bibir kekeringan. Nufail mendengus dengan senyuman menakutkan.

"Nufa..?" Datin Asmah panggil anaknya. Nufail gerak-gerakkan badan dan menghadap Datin Asmah dalam keadaan merangkak seperti kucing nak bergaduh. Kepalanya terteleng memandang Datin Asmah.

"Nufa..? Ni mak.." Datin Asmah panggil anaknya.

+

POV HAKIM DAN KIRANA

Dari rumah Hakim. Kirana mula rasa tak sedap hati. Hakim pun ada perasaan yang sama. Kebetulan di rumah mereka ada Aiman dan Nazura datang melawat.

"Macam ada orang bisik dekat telinga Ki sekarang." kata Kirana dapat rasakan suara bisikan.

"Abang pun sama dapat rasakan." kata Hakim. Ada macam suara lelaki minta tolong.

Kirana bangun dan mendukung Faris lalu di serahkan pada Nazura minta jagakan. Hakim bangun dan bersiap-siap untuk bergerak pergi. Kirana salam tangan abang kembarnya dan memberitahu dia perlu ke satu rumah ni. Hakim dan Kirana dapat dengar suara lelaki macam tengah minta tolong.

Kirana dan Hakim menaiki kereta dan terus bergerak pergi. Semasa dalam perjalanan, Kirana buka kalung rantai yang Ustazah Dahlia ada berikan. Dia tengok gambar Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia. Memang kalau Kirana rasa takut atau tak kuat nak menghadapi. Dia akan pandang gambar kedua ibubapanya.

Kirana pegang tangan suaminya. Hakim pun turut bersedia sekali. Kali ini mereka akan bantu merawat orang untuk gantikan tempat Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia.

+

POV DEANA

Deana tersedar dari tidur petangnya. Dia tutup telinga belah kiri. Telinga sebelah kanan terdengar akan suara lelaki meminta tolong. Macam lelaki tu tengah dalam keadaan ketakutan. Deana turun dari katil dan mula bersiap sedia. Dia keluar dari rumah dan terpaksa tinggalkan dua anak kecilnya. Deana terus menaiki kereta lalu memandu pergi ke rumah orang yang minta tolong.

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience