Chapter 5

Horror & Thriller Completed 1610

RUMAH USTAZ ZAIN

Hari ini kediaman rumah Ustaz Zain meriah di penuhi dengan tetamu-tetamu yang datang. 7 khemah dipasang. Ini semua kerana Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia akan pergi menunaikan umrah di Mekah. Sama seperti Ustaz Hanafi dan Ayunie sudah terbang dua hari yang lepas.

Giliran Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia akan bertolak ke lapangan terbang pada minggu hadapan. Imam masjid besar datang. Membawa isteri dan anak-anaknya. Amir datang untuk melawat keluarga pak saudaranya.

Nazura keluar dari rumah dengan mendukung Aniq keluar rumah untuk makan. Suaminya Aiman berada di tempat duduk bersama ayahnya dan saudara mara lain. Amir salam dan cium tangan Ustaz Zain.

"Pak Ngah sihat??" sapa Amir.

"Alhamdulillah. Dah sampai kamu semua." Ustaz Zain pelawa adik iparnya. Adik pada isterinya merupakan imam besar masjid.

"Abang Zain, sihat?" tegur Imam Darus salam dan cium tangan abang iparnya.

Ustazah Dahlia melayan tetamu wanita. Isteri Imam Darus iaitu Solehah menghampiri kakak iparnya. Mereka bersalaman dan peluknya erat.

"Solehah doakan kakak semoga selamat pergi dan selamat pulang ke pangkuan keluarga." kata Solehah yang peluk kakak iparnya.

"Terima kasih Solehah. Kakak doakan Darus dan Solehah boleh tunaikan haji lagi untuk tahun ni. Kita pergi sama-sama ya dik." kata Ustazah Dahlia.

Hakim buka penutup tray. Tengok lauk ada yang nak habis. Dia terus maklumkan pada budak catering untuk tambahkan lauk yang nak habis.

Amir berbual dengan abang saudaranya, Aiman. Mereka berborak dan bergelak ketawa. Sementara Ustaz Zain dan Imam Darus duduk bersama beberapa tetamu lelaki lain.

Kirana keluar rumah. Dia tengok tetamu-tetamu di bawah khemah meriah sekali. Bibirnya tersenyum manis. Tiba-tiba, airmukanya berubah. Hari yang terik matahari ni terasa kelam. Dia mendongakkan kepala ke langit. Hari tiba-tiba bertukar warna seperti warna gelap sikit.

Kirana tengok bahagian khemah tadi. Terkejut dia bila melihat semua tetamu pengsan tidak sedarkan diri. Kirana nampak ayah dan emaknya pengsan dan terbaring. Kirana nampak Aiman juga terbaring lemah.

Muncul makhluk-makhluk Pocong melompat beramai-ramai ke arahnya. Kirana undur seketika sambil melihat banyak Pocong. Bibirnya tak berhenti-henti membaca ayat suci. Muncul Pontianak dan berubah bentuk kepada perempuan cantik. Bajunya berkebaya merah menyala bak warna bunga ros.

"Apa khabar Kirana.." Esah menyapa.

"Esah." Kirana sebut nama perempuan syaitan itu.

Esah muncul tiba-tiba depan muka Kirana. Wanita itu sedikit gentar. Tapi, hatinya cuba memujuk untuk kuatkan diri.

"Apa kau nak??" soal Kirana tiada sekelumit senyuman pada Esah. Gadis berkebaya merah itu berjalan mengelilingi Kirana.

"Aku cuma nak kau lepas ni jangan ganggu kerja aku." Esah memberi amaran.

"Kalau kerja kau melibatkan nyawa orang. Aku akan menghalangnya sendiri!" kata Kirana. Esah senyum dan ketawa mengejek.

"Lepas ni kau dah takde siapa-siapa lagi. Mak ayah kau dah pergi tempat lain. Abang kembar kau tidak berapa nak kuat. Suami kau?? Langsung aku tak gentar." kata Esah dengan nada berlagaknya.

"Aku boleh lakukan sendiri tanpa melibatkan orang lain. Kalau aku tahu ada kes gangguan yang melibatkan dari perbuatan kau! Aku takkan maafkan!" kata Kirana tekad nak lawan dengan tangan sendiri.

Esah tadi muncul semula di hadapan Kirana. Dia menjelma kepada rupa bentuk asalnya iaitu Pontianak. Esah terus terbang melayang dan mengilai. Pocong-Pocong yang banyak tadi menghilang.

"Kirana??"

"Kirana?"

Kirana tersentak bila di depannya itu Ustazah Dahlia. Kirana senyum dan berlagak biasa. Dia pun masuk semula ke dalam rumahnya. Dia batalkan niat untuk keluar. Lebih baik dia sibukkan diri melayan anaknya, Faris.

+++++++++++

Dilaila membawa Ungu Latisya turun dari bilik. Anak kecil yang berusia 2 tahun setengah itu meragam bila sudah bangun dari tidurnya. Amin ketika itu berada di depan pintu dalam keadaan duduk bersila. Dilaila terdengar suaminya baca-baca ayat dan surah Al-Fatihah.

Pada pandangan mata Ungu Latisya. Dia nampak dua ekor Harimau Belang yang tubuhnya jauh lebih besar dari harimau biasa di dunia. Dua ekor tu sedang makan sesuatu yang tak nyata.

Dilaila bawa dan duduk di sofa. Dia suapkan susu botol pada anaknya. Dilaila berzikir sambil mengusap kepala. Amin memberi salam dan hembus ke sebelah kanan. Dan dia memberi salam lalu hembus ke sebelah kiri. Dua ekor Harimau Belang tadi perlahan-lahan berundur.

Amin bangun lalu dia menutup pintu dan kuncinya. Dia datang ke arah isterinya. Duduk di sebelah kiri. Ungu Latisya di tengah-tengah ibubapanya. Dilaila pegang lengan suaminya.

"Abang ni kurus je tapi bila Dila pegang lengan abang. Keras macam batu." kata Dilaila cuba tekan-tekan lengan suaminya. Memang keras macam batu.

Amin senyum. Dia menyapu pipi lembut isterinya.

"Abang kan ketua keluarga. Jadi abang nak melindungi anak isteri walau apa cara sekalipun." kata Amin membuatkan Dilaila senyum.

"Dila pun bersyukur sangat-sangat jadi isteri abang. Semoga jodoh kita Allah panjangkan sehingga akhir nyawa." Dilaila meluahkan perasaan sambil menyentuh pipi suaminya. Terasa keras pada bahagian pipi suaminya. Dah macam kulit manusia balut batu kerasnya.

Dilaila teringat pasal dua ekor Harimau Belang itu. Dia sebenarnya ada rasa tak sedap hati.

"Abang, pasal dua ekor tu kan. Dia macam bagitahu abang sesuatu. Apa dia?" soal Dilaila. Wajah Amin berubah. Keluhan berat dilepaskan.

"Ingat tak pasal pasangan suami isteri Iblis tu??" soal Amin. Dilaila mengangguk.

"Harimau tu bagitahu mereka dah kembali selepas tiga tahun senyap. Kali ini lokasi mereka dah berpindah keluar dekat sebuah kawasan pedalaman. Abang tak pasti kampung pedalaman yang mana. Cuma kali ni mak ayah takde dan berada di Mekah. Ustaz Zain dengan Ustazah Dahlia pun di Mekah minggu depan. Kita jelah turun untuk bantu." kata Amin. Dilaila mengangguk faham. Dia pegang tangan suaminya. Dia pandang anak lama. Berharap Ungu Latisya tak terkena gangguan dari makhluk Pocong.

+++++++++

MADRASAH DARUL AR-RIDHUAN

Kedengaran suara riuh rendah dari asrama perempuan. Pelajar-pelajar perempuan asrama berlari ke arah bunyi yang bising. Ada tiga pelajar bergaduh. Tingkatan 5 pulak tu yang bergaduh. Farisya dan Izara terpaksa masuk campur untuk meleraikan pergaduhan mereka.

"Berani kau kacau Amir!" kata pelajar bernama Siti.

"Kacau apa bendanya?? Tadi Amir jumpa aku sebab tanyakan pasal kerja yang Ustaz bagi! Apa masalah kau nak serang-serang aku??!" soal Nani. Siapa tak marah kena tuduh yang bukan-bukan.

"Dah tu kenapa kau layan?? Dia mintak tolong! Tolakkan jelah!" suruh Anna yang merupakan kawan Siti.

"Kalau orang tanya takkan aku nak diam! Mana kau belajar kalau orang tanya, kita nak kena tolak??" soal Nani. Siti dan Anna dah naik marah.

"Kau di haramkan bantu pakwe aku! Kau tu gedik kemain!" kata Siti bagi amaran.

"Pakwe?? Sedar diri tu sikit. Kau ni datang sekolah sini nak belajar ke nak bercinta?!" soal Nani menyindir.

"Kau apahal?? Dia tu tetap pakwe aku! Mana-mana perempuan semua aku haramkan kawan dengan Amir!" kata Siti.

Satu tamparan kuat menampar pipi Siti. Semua pelajar-pelajar perempuan terdiam. Hajjah muncul dan memandang tajam pada mereka bertiga.

"Ni kenapa ni bergaduh macam anjing dan kucing?? Siti?? Anna?? Nani??" seorang demi seorang Hajjah bertanya. Semua terdiam. Farisya dan Izara pun berundur dan keluar dari bilik dorm mereka.

"Kamu semua pelajar sekolah agama! Tunjukkan prestasi yang baik buat adik-adik junior lain. Ini tidak! Bergaduh saja!" Hajjah marahkan mereka.

"Dia ni ustazah. Marahkan saya sebab si Amir tu." kata Nani bagitahu perkara sebenar. Siti dan Anna terkejut Nani kantoikan. Hajjah memandang Siti dan Anna.

"Kamu berdua ni datang sekolah sini untuk apa?? Untuk bercinta ke?? Mak ayah kamu hantar ke sini untuk belajar! Menuntut ilmu agama! Bukan suruh bercinta!" Hajjah menengking mereka berdua. Dia paling tak suka ada perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku di sekolah agama. Tambahan mereka Madrasah.

"Saya minta maaf, ustazah." kata Siti dan Anna, serentak.

Mereka berdua salam tangan Hajjah dan keluar dari bilik dorm Nani. Hajjah menarik nafas dalam-dalam. Dadanya diurut menahan sabar. Hatinya mengucap panjang. Hajjah berjalan keluar dari bilik asrama itu.

Farisya dan Izara masuk ke dalam bilik. Layla dan Syasya sibuk mengulangkaji pelajaran. Farisya dan Izara duduk dan mereka mahu bercerita pasal kejadian tadi. Syasya ketawa bila Farisya kata Syasya takde peluang.

"Saya tak kisahlah awak. Lagipun saya kesini nak belajar. Bukan bercinta. Biarlah Siti sukakan Amir." kata Syasya tak hairan kalau ada perempuan nakkan Amir.

"Tapi, Amir tu tak suka perempuan lain. Dia tu suka kamu." kata Layla sokong apa yang Farisya cakap.

"Tapi, saya yang tak suka Amir. Malaslah nak dengar cerita cinta-cinta ni. Belajar jom.." ajak Syasya. Tiga sahabatnya melayankan.

Tuk! Tuk! Tuk!

Syasya, Farisya, Izara dan Layla toleh kebelakang. Ada seorang perempuan berpakaian jubah asrama sama seperti mereka berempat. Mukanya agak pucat sikit dan bibirnya kering warna pudar.

"Assalamualaikum.." Syasya memberi salam.

"Hai, saya Farisya. Awak siapa nama??" soal Farisya beramah mesra nak berkenalan dengan pelajar baru.

"Nama saya Haura. Bilik saya di hujung sebelah sana." kata Haura tunjukkan bilik hujung. Farisya keluarkan kepala dan tengok namanya.

"Marilah masuk sekali." Layla panggilnya masuk. Haura mengulum senyuman manis. Dia mengangguk dan melangkah masuk ke dalam bilik dorm mereka. Daun pintu ditutup.

BERSAMBUNG......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience