Chapter 11

Horror & Thriller Completed 1610

Hasil dari perbincangan. Kirana terpaksa membawa Amin dan Hakim sekali untuk ke sebuah kampung bernama Kampung Sirih Nyeh. Mereka gunakan jalan lama untuk keluar dari Selangor masuk ke kawasan sempadan Negeri Sembilan. Deana dan Kirana duduk di tempat duduk belakang. Anaknya Ain dan Wafiy terpaksa di hantar dahulu ke rumah mak ayah minta mereka jagakan.

Yang memandu sekarang adalah Hakim. Amin di tempat duduk sebelah pemandu sibuk tekan-tekan skrin telefon bimbit. Deana tengok kelakuan Amin. Dia memang rasa sangat kekuatan yang ada pada Amin bukan calang-calang. Tambahan lagi Kirana cerita Amin merupakan anak angkat kepada Raja dan Permaisuri kaum orang bunian.

Bahkan, Harimau yang selalu jaga Amin jenis kuat kuasanya. Deana memang boleh rasa deria seseorang. Berbanding Kirana dan Hakim. Kekuatan mereka tidak sekuat Amin.

Hakim memperlahankan kenderaan. Mereka ketika itu berada di laluan yang jalan yang sangat lurus. Hakim tunjukkan lorong yang masuk ke kawasan Kampung Seri Kuning Kembangan. Deana ingat lagi kelilingnya tu hutan sawit yang tebal. Betul apa yang orang cakap. Bila waktu siang. Lorong itu menjadi semak yang tebal. Langsung tak nampak jalan masuk.

"Amin, kau ada dengar cerita ke pasal kampung tu dulu??" soal Kirana tanya suaminya Dilaila.

"Tak dengar. Cuma aku dengar penduduk ghaib secara misteri." kata Amin. Deana masih diam tak bercakap apa-apa.

Kalau penduduk ghaib secara misteri? Kenapa menjadi Pocong? Otaknya dah mula berfikir yang bukan-bukan. Amin pusingkan kepala memandang Deana yang berada di belakang seat Hakim. Nampak mukanya macam sedang berfikir.

"Tapi, aku yakin sangat benda ni ada kena mengena dengan Esah dan Zabir. Dua ekor jembalang tu mesti kenal siapa Mantaha." kata Kirana menuduh benda ini ada kena mengena dengan Esah dan Zabir.

"Abang pun sependapat awak." Hakim sokong isterinya.

"Bukan. Mantaha ni kuasanya jauh lebih kuat dari Esah dan Zabir. Dan jauh lebih kuat berbanding Syaitan Lilith yang pernah aku tumpaskan tiga tahun lepas." kata Amin dapat rasa kekuatan hanya melalui nama yang mereka sebutkan.

Akhirnya, mereka tiba di kawasan masuk ke Kampung Sirih Nyeh. Mereka masuk ke dalam lorong untuk ke kampung-kampung sebelah dalamnya. Hakim dan Amin tinjau setiap rumah. Mereka nak mencari rumah pakcik Samad. Berharap jumpalah dengan cucu kepada Wali Husin tu.

Dengan izin Allah. Akhirnya mereka jumpa alamat yang ditulis di atas kertas. Kirana tengok halaman rumah bersih dan berkemas. Rumah pun cantik dan berbatu. Era zaman rumah kampung sudah habis. Kampung-kampung sekarang semua rumah batu.

Hakim, Amin, Deana dan Kirana turun dari kereta. Hakim memberi salam. Amin tinjau sekitar rumah. Kelihatan anak-anak kampung berbasikal depan halaman rumah pakcik Samad.

Tak lama kemudian. Pak Samad muncul depan muka pintu. Hakim dan Amin senyum dan mahu sambut salam. Mereka di jemput naik.

Teh panas di hidangkan oleh Mak Wan. Mak Wan merupakan isteri kepada pakcik Samad. Deana tengok gambar salasiah keluarga pakcik Samad di dinding. Amin tengok gambar yang berada di album lama.

"Kamu ni anak Zain kan??" soal Pakcik Samad atau lebih dikenali Pak Samad.

"Ya pakcik." Kirana mengiyakan sambil beri senyuman.

"Abah kamu tu baik sangat. Dulu pernah datang sini dah lama. Urut Pak Mad kamu pun pernah.." Mak Wan mencelah. Kirana senyum je. Dah memang kerja abahnya selain di pejabat. Ubatkan dan urutkan pesakit pun pernah.

"Kamu semua datang ni mesti nak tanya pasal Kampung Seri Kuning Kembangan tu kan?" soal Pak Samad. Deana yang sibuk telek gambar terus toleh memandang Pak Samad. Amin pun tengok muka Pak Samad.

"Betul. Sebab sekarang ada beberapa kejadian melibatkan kampung tu." Kirana memberitahu. Pak Samad melepaskan keluhan berat. Mak Wan pun ada dan sapu badan belakang suaminya.

"Ceritakan pada mereka." suruh Mak Wan.

"Sebenarnya, arwah Wali Husin adalah ketua Kampung Seri Kuning Kembangan. Dia dirikan kampung tu pada 1860 yang populasi kampung tu hanya ada 20 orang penduduk. Hari demi hari, rumah kampung semakin bertambah. Polulasi penduduk pun bertambah. Orang-orang kampung dulu banyak bercucuk tanam. Anak-anak ada yang boleh pergi sekolah. Anak-anak yang miskin hanya buat kerja-kerja kampung sahaja. Masa nak bina surau, Wali Husin tanya orang kampung. Dia nak orang kampung pelajari Islam supaya dapat dekatkan diri dengan Allah. Tapi mereka degil dan tak mahu. Bila surau tu siap dibina. Hanya keluarga Wali Husin dan keluarga bilal bernama Rahmat yang menunaikan solat fardhu setiap waktu.

Tahun 1918. Kampung Seri Kuning Kembangan di datangi oleh Mantaha. Salah seorang ahli pengamal ilmu hitam. Dia menjanjikan orang kampung untuk kekal hidup abadi selamanya. Satu kampung termakan hasutan Mantaha masa tu. Sampai keluarga Bilal Rahmat di arah keluar pada 16 June 1927. Keluarga Wali Husin keluar dari kampung tu pada 18 June 1927. Beza dua hari dengan Bilal Rahmat.

Keluarga Wali Husin pindah ke Kampung Sirih Nyeh dan menjadi imam surau sini. Bilal Rahmat pindah ke Johor dan hidup di sana. Kalau Wali Husin lalu lorong ke Kampung Seri Kuning Kembangan. Dia sedih sangat. Sebab itulah kampung yang dia bina untuk kesenangan orang. Tapi ramai dah lupakan dia.

Pada tarikh 30 Oktober 1930. Wali Husin bermimpi nampak ada satu makhluk hitam bertanduk kambing gurun membaca mantera umtuk menutup laluan masuk ke Kampung Seri Kuning Kembangan. Dan dia nampak orang-orang kampung bertempiaran lari nak keluar dari kampung itu. Tapi, mereka semua telah di tangkap oleh sesuatu macam manusia. Wali Husin nak masuk bantu tapi dia nampak Mantaha depaj matanya. Dengan kepala bertanduk Syaitan.

Wali Husin terjaga pada besok hari. Dan masa dia keluar nak ke surau. Ada seorang pemuda lari memberitahu pada orang kampung. Bahawa penduduk Kampung Seri Kuning Kembangan dah hilang secara ghaib. Wali Husin tahu mereka ghaib angkara siapa. Tapi, Wali Husin mampu berdiam diri. Selepas solat Zohor. Mereka pergi berkumpul di depan lorong masuk ke kampung tu.

Solat hajat di dirikan. Ada seorang imam ketuai solat hajat. Masa sedang solat, Wali Husin terdengar suara-suara ramai orang kampung menjerit minta tolong. Makin lama makin kuat suara tu. Hari berganti hari, penduduk kampung yang berhampiran berusaha mencari penduduk Kampung Seri Kuning Kembangan. Tapi, memang kampung tu serta merta sunyi dah macam kampung terbiar.

Lama kelamaan, ia dibiarkan terkubur tanpa mereka tahu kemana penduduk tu ghaib. Sebab tu sekarang orang panggil Kampung Perkuburan. Sebab penduduk semua ghaib." Pak Samad menceritakan.

"Kejap, pak Samad ni cucu Wali Husin ke?" soal Amin nak tahu.

"Tidak, saya keturunan dia saja. Zain salah tulis rasanya. Masa tok moyang pakcik bangunkan kampung tu. Usia dia 23 tahun." kata Pak Samad. Amin baru faham. Mungkin Ustaz Zain tak tahu nak tulis apa. Di bantai kata cucu Wali Husin.

"Mereka mungkin masih terperangkap di dalam sana. Sebab mereka sudah terpedaya dengan tipu daya Syaitan mengatakan mereka akan hidup kekal selamanya. Sebab tu Mantaha ni lenyapkan mereka dari dunia nyata dengan bawa kesemuanya ke dunia ghaib." kata Amin berfikiran yang positif. Mungkin ada betul kata Amin.

"Kasihan mereka. Tapi tulah, salah mereka sebab percayakan ajaran selain dari Islam." kata Kirana mengeluh.

"Zaman tu Islam tak berkembang lagi. Hanya segelintir sahaja yang berkembang." Mak Wan memberitahu.

"Tapi, kenapa mereka semua menjadi Pocong?" soal Deana hairan kenapa mereka semua menjelma kepada makhluk Pocong.

"Ya, pakcik pun ada perasan. Ada sekali masa tu balik memancing.." Pak Samad mulakan ceritanya.

"Pakcik bersama kawan Pakcik. Namanya Hadi..."

MENGIMBAS KEMBALI....

Samad dan Hadi baru sahaja dapat ikan untuk dibawa balik ke rumah. Hari pun sudah jauh malam. Mereka risau kalau terjadi apa-apa nanti susah. Sudahlah jauh malam. Jalan yang mereka nak lalu adalah jalan lama untuk masuk ke Kampung Sirih Nyeh.

Samad tunggang motosikal dan Hadi bonceng di belakang. Samad menyanyi sambil memekak. Hadi yang berada di belakang takut sebenarnya. Sebab mereka akan lalu di depan kawasan lorong masuk Kampung Seri Kuning Kembangan tu. Semasa Samad sibuk nyanyi. Dia tiba-tiba terdiam. Hadi pelik kenapa Samad diam? Hadi pun nak tengok apa benda di depan mereka. Samad dah terbeliak biji. Hadi pun sama.

Nampak ada lapan orang lelaki sedang mengusung keranda kayu. Di hadapan mereka ada lelaki yang bawa pelilat antik lama. Semasa mereka memontong. Hadi tertoleh. Lidah mereka semua terjelir memanjang. Samad nampak lagi kali ni ada banyak orang lelaki usung keranda kayu. Hadi yang bonceng dah menggigil ketakutan. Boleh di katakan mereka mengusung 12 keranda kayu. Semuanya lidah terjelir keluar.

"Allah, kenapalah waktu-waktu macam ni??" Hadi membebel pada waktu begini.

Mereka sekali lagi terkena gangguan apabila nampak seorang demi seorang macam berada di bahu jalan. Masing-masing angkat lampu pelita antik lama. Muka mereka semua pucat dan bibir kekeringan. Dan ada beberapa makhluk Pocong kelihatan.

Samad terus pecut motornya dengan cepat. Kalau boleh taknak bertembung dengan lorong masuk ke Kampung Perkuburan.

IMBASAN TELAH BERLALU..

Kirana terbeliakkan biji mata sebab terkejut.

"Sebab tu orang kampung kalau nak keluar malam. Mereka akan melencong ke sebelah kiri. Kalau lencong ke sebelah kanan akan bertembung lorong masuk ke Kampung Perkuburan." cerita Pak Samad.

Amin dan Hakim saling memandang sesama mereka. Kirana dan Deana turut berpandangan. Niat mereka sebenarnya nak mencuba nasib malam ini. Dan mereka mahu menetap di rumah Pak Samad untuk seketika sebelum malam menjelang nanti.

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience