Chapter 16

Horror & Thriller Completed 1610

Perjumpaan Nufail dengan Amin akan di adakan di rumah Ustaz Zain. Kirana yang sedang di dalam bilik tengok skrin telefon. Ada 6 missed called dari Deana. Kirana buka mesej dekat aplikasi whatsapp.

"Kirana, kalau Ki belum tidur. Akak nak mintak tolong. Datang ke Madrasah Ar-Ridhuan. Pelajar-pelajar perempuan kena sampuk." - Deana.

"Ya Allah, aku boleh lena semalam. Agak-agak dah okey ke belum sana?" Kirana berkata dengan nada perlahan.

Kirana kunci skrin telefon. Dia bawanya dan keluar dari bilik tidur. Kirana bertembung dengan Tiara dan Dilaila. Mereka bertiga turun ke bawah. Sementara di bawahnya Nazura hidangkan air buat tetamu yang datang.

Ustaz Firdaus ambil secawan teh panas dan hirupnya. Nufail dari tadi tundukkan kepala. Takut nak bertentang mata dengan Amin. Mahu tak seram. Masa dia salam tadi wajah Amin berubah dari wajah ceria pada wajah serius. Shazlan tengok Nufail dah takut.

"Semalam Kak Deana call Ki enam kali. Ki pun tak sedar. Tadi baca mesej sekolah Amir asrama perempuan. Pelajar-pelajar kena rasuk." cerita Kirana.

"Astaghfirullah al'azim." mengucap panjang Ustaz Firdaus.

Amin merenung Nufail tajam pandangan. Wajahnya sangat serius.

"Seingat saya sekolah tu memang keras sikit. Lagi-lagi belakang sekolah tu ada sebatang pokok besar. Dulu ada pawang tanam saka Nenek Tua dekat bawah sana." Shazlan cerita sejarah sekolah.

"Nufail, cerita balik pada Amin. Apa dah kau buat." suruh Ustaz Firdaus. Nufail cuba angkat kepala. Matanya nak bertembung. Tapi, dia terus toleh ke arah lain. Takut tengok mata Amin.

"Apa kau dah buat ni? Cuba kau cerita dekat kami. Punca awal kenapa kau sampai buat perkara yang menyekutukan Allah?" Hakim nak menyoal puncanya.

"Cepat cerita sebelum aku hilang sabar." Amin bersuara perlahan tapi keras bunyinya. Dilaila pegang bahu suaminya suruh bersabar.

"Jangan takut." Tiara pujuknya.

"Entah. Cerita jelah." Shazlan juga menyuruh.

"Dia ni sebenarnya berdendam dengan seorang perempuan yang bernama Nawra. Jadi, dia terima satu kad yang sama macam pernah Karmila dapat dulu. Dia ada tanya..." baru Ustaz Firdaus nak sambung. Amin tahan Ustaz Firdaus dari cerita.

"Saya taknak ustaz cerita. Saya nak dengar daripada dia." Amin terpaksa potong cerita Ustaz Firdaus.

"Okeylah, kau sambung cerita ustaz tu. Kau nak sambung ke atau Amin tampar muka kau??" soal Daniel. Panas hatinya. Dada bidang lelaki tu dah naik turun naik turun.

Amin hempas meja dengan kuat. Semua yang ada disitu terkejut. Amin pandang Nufail dengan renungan tajam.

"Ustaz sambung jelah. Bisu agaknya!" kata Hakim menyuruh Ustaz Firdaus sambung.

"Okey. Dia jumpa dua housemate dia. Ariffin dan Jenal. Kata Nufail dua housemate dia dah suruh jangan terima. Tapi, sebabkan terikut nafsu. Dia pergi jumpa Esah dekat Kampung Seri Kuning Kembangan tu. Jadi, semuanya dah bermula dan puncanya dari Nufail sendiri." Ustaz Firdaus teruskan cerita tadi.

Amin bangun dan pergi ke arah Nufail. Di tamparnya muka lelaki itu. Tiara dan Nazura terkejut. Dilaila pun turut terkejut sekali. Shazlan, Aiman dan Daniel bangun untuk tenangkan Amin. Shazlan sapu dada Amin yang dah berombak. Dia menyuruhnya duduk. Daniel dan Aiman bantu Amin duduk. Tapi, renungan Amin masih tajam lagi.

"Abang, sabar." Dilaila sabarkan suaminya.

Nufail menangis sambil pegang pipinya. Ustaz Firdaus peluk Nufail dan tenangkan lelaki tu. Hakim nampak biasa saja.

"Cakap housemate kau tu betul. Kalau bapak mertua aku ada kat sini. Di sebat kau pakai rotan." kata Hakim petik nama Ustaz Zain.

"Malam ni aku nak kau ikut kami semua ke kampung tu. Aku nak kau batalkan perjanjian kau dengan jembalang sana. Pukul 11 malam kau mesti dah dekat sana. Kalau kau tak muncul. Aku cari kau dan heret kau secara paksa. Kau faham ke tak??" kata Amin. Dah panas hati dia.

Amin bangun untuk ke ruang dapur. Dilaila ikutnya dari belakang. Ustaz Firdaus sapu badan belakang Nufail. Dia nak bagi tenang. Dia pun marah tapi kalau semua dekat sini tengah berapi. Dia terpaksa jadi air untuk tenangkan.

+++++++++++

MADRASAH DARUL AR-RIDHUAN

Ustaz Afrizal mengurut tangan Amir. Dia berterima kasih pada Amir kerana telah membantu pelajar-pelajar perempuan lain. Amir di berikan cuti dan tak perlu ke sekolah harini. Suasana sekolah agak suram kerana harini ramai pelajar-pelajar terutama pelajar perempuan masih berehat di bilik dorm mereka.

"Amir, ustaz nak tanyalah. Amir ni dari keturunan apa??" soal Ustaz Afrizal nak tahu salah silah keturunan Amir.

"Saya keturunan Panglima. Harimau ni dulu moyang saya jumpa dan mahu membuat perjanjian dan perhitungan. Sebab tu bila ada kes-kes yang macam ni. Tubuh saya akan terasa sesuatu. Saya boleh rasa Harimau berada di dalam badan. Macam semalam pun saya kerjasama dengan Harimau ni lawan dengan Pocong terkuat tu." kata Amir. Ustaz Afrizal mengangguk.

"Ustaz..."

"Saya tahu ustaz nak cakap saya ni salah kerana ada penjaga Harimau ni. Takpe saya boleh terima kalau ustaz nak tegur." Amir potong sebelum Ustaz Afrizal bersuara. Rasa bersalah Ustaz Afrizal sebab anak muridnya yang seorang ini sudah banyak berjasa pada sekolah.

"Ustaz jangan risaulah. Walaupun saya ni ada penjaga Harimau. Saya tetap akan setia dengan Allah SWT." kata Amir tak mahu buat Ustaz Afrizal serba salah.

Ustaz Afrizal mengangguk faham. Asalkan anak muridnya masih berpegang teguh pada kekuasaan Allah berbanding makhluk lain.

+++++++++

Kirana duduk sendirian di dapur. Matanya menatap artifak yang di ambil dalam bilik stor. Dilaila, Tiara dan Nazura masuk ke ruang dapur. Tiara dan Nazura duduk. Sementara Dilaila pergi bancuh air untuk minum.

"Baca apa tu kakak?" soal Tiara.

"Ni ha. Pasal Kampung Seri Kuning Kembangan. I can't imagine orang boleh ghaib. Kalau seorang dua boleh terima. Ini satu kampung." kata Kirana. Dilaila agihkan minuman pada mereka bertiga.

"Apa nak imagine lagi, Ki? Dah tentu-tentu mereka ni terpengaruh dengan penipuan Syaitan. Entah apa yang Syaitan tu dah janjikan?" kata Nazura. Kirana pandang kakak iparnya.

"Kirana, kelmarin Ki, Hakim, Kak Deana dengan Amin kemana??" soal Tiara nak tahu kemana mereka pergi pada malam itu? Dilaila pun duduk dan nak tahu juga.

"Kami pergi ke kampung yang hilang. Lepas jumpa Pak Samad yang merupakan keturunan pada Wali Husin. Dia ada story pasal kampung tu. Memang waktu siang macam ni takde apa pun. Kereta lalu macam biasa. Jalan masuk ke kampung tu hilang di sebalik timbunan semak yang tebal. Bila malam menjelma. Ada jalan masuk ke Kampung tu." cerita Kirana. Mereka bertiga mengangguk faham.

"Seram bunyinya. Tapi, abang Amin cakap masa tu jumpa hantu Pocong banyak. Betul ke?" soal Dilaila. Kirana mengangguk.

"Kejadian Karmila tiga tahun lalu berulang kembali. Cuma kali ini mangsa bukan minta tolong untuk ubatkan muka. Yang kali ini luar biasa kerana Nufail minta tolong untuk tundukkan Nawra. Sampai dia tak sedar dia pun terkena sekali." kata Kirana dapat rasa yang kali ini lebih dahsyat berbanding kejadian tiga tahun lepas.

"Andai ada orang minta pertolongan. Apa kata kita pergi berempat." cadang Tiara. Kirana pandang Tiara. Dia tak rasa idea tu bernas. Takut membahayakan nyawa anak-anak.

"Aku tak setuju apa yang Tiara cakap. Aku taknak libatkan kau bertiga dalam kes aku. Sebab tu Faris aku minta Dilaila jagakan sementara semasa aku tiada. Sebab Harimau yang jaga keluarga Amin dapat pertahankan rumah tu." kata Kirana. Nazura pegang tangan Kirana.

"Ki, kakak bukan macam tiga tahun lalu. Begitu juga kau. Kakak, Tiara dan Dilaila akan bersama dengan kau. Kau bergerak, kami akan ikut dari belakang." kata Nazura. Kirana terus peluk kakak iparnya.

Amin, Daniel, Aiman dan Hakim masuk ke ruang dapur. Mereka baru berbincang nak bawa Nufail ke Kampung Seri Kuning Kembangan pada malam ini.

"Saya dah cakap dengan Ustaz Firdaus. Kita akan hantar Nufail ke kampung tu semula untuk mereka tarik semula. Hentikan serangan ni." kata Amin. Tiara pandang adik iparnya.

"Amin, kakak harap kau kuatkan semangat." kata Tiara. Amin mengangguk.

"Baik kak.." Amin akur.

"Anak-anak kita letak dekat sini. Kak Tiara akan jaga rumah. Nanti Amin panggil Kak Sue jiran sebelah rumah tengokkan kakak." suruh Amin dan terus pandang kakak iparnya.

"Kak Deana ada tak?" soal Kirana. Teringat pasal Deana.

"Kak Deana takde untuk kali ni. Takpelah, kita minta kak Deana jaga rumah temankan Tiara." Amin bertukar cadangan. Mereka mengangguk dan setuju.

Amin terus berjalan keluar. Bibirnya membaca beberapa ayat suci. Dia berdiri di luar pintu rumah. Matanya terus terpaku pada kelibat dua Pocong di luar pagar rumah Ustaz Zain. Mereka menghilang.

Tak lama selepas itu. Muncul dua ekor Harimau Belang yang hanya boleh di lihat oleh mereka yang mata batinnya kuat. Amin berikan mereka makan dengan bacaan surah Al-Fatihah.

"Tolong jaga anak-anak kami. Aku mahu ke Kampung Seri Kuning Kembangan untuk hantar benda dalam tubuh Nufail." Amin pesan pada dua ekor Harimau Belang. Mereka mengangguk macam terima arahan.

+++++++++

Pada waktu malam. Van sudah dapat di sewa. Shazlan datang dengan memakai baju sejuk. Entah kenapa malam ni terasa sangat sejuk? Ustaz Firdaus tak dapat hadir kerana ada kuliah di masjid. Nufail dan Datin Asmah juga datang sekali. Mereka berbual sambil pekenakan air minuman teh panas.

Tiara sibuk melayan anaknya bernama Lutfi yang berusia dua tahun itu. Deana layan anak-anak dari Amin, Daniel, Hakim dan Aiman. Kirana tengok Deana layan anak-anak mereka macam anak sendiri. Nampak sangat sifat keibuan itu.

Amin yang akan bawa van itu nanti. Daniel menghampiri isterinya. Dia peluk dan kucup dahi isterinya. Tiara tak kisah tinggal di rumah asalkan boleh menjaga anak-anak. Deana sibuk dukung Ummu Latisya sambil pergi ke arah Dilaila dan Amin. Nampak Dilaila siap cubit-cubit manja.

Amin senyum tengok anaknya. Mereka masuk ke dalam van. Di dalam van sudah di pasang surah-surah semasa perjalanan. Nufail juga masuk ke dalam van. Datin Asmah pun masuk sekali. Semua sudah masuk dan pintu van ditutup rapat.

Mereka yang di dalam van melambaikan tangan pada anak-anak. Deana yang dukung Ummu Latisya pegang tangan si kecil dan tolong lambaikan. Tiara pun melambaikan tangan juga.

Mereka berdua tengok van putih itu sudah semakin jauh. Deana dan Tiara toleh memandang sesuatu. Tiara terkejut dan terus suruh anak-anak masuk ke dalam. Deana serahkan Ummu pada Tiara dan arahkan untuk masuk ke dalam rumah.

Mata Deana terpaku pada seekor Pocong di bawah tiang lampu yang menyala warna jingga itu.

"Kau kalau jejak rumah ni. Aku bakar kau. Faham!" kata Deana ugut Pocong itu. Suaranya begitu tegas. Dia pusingkan badan dan berjalan terus masuk ke dalam rumah.

Kakinya melangkah masuk ke dalam. Daun pintu di tutup rapat. Pocong yang tadi berdiri di bawah lampu kini di hadapan pintu pagar. Dia tak dapat masuk kerana ada seekor Harimau Putih matanya biru memandang ke arahnya.

BERSAMBUNG.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience