Chapter 3

Horror & Thriller Completed 1610

THE RITUAL POCONG 2
By Encik Azim Blink
Chapter 3

Ustaz Zain ketawa mengekek selepas mendengarkan cerita dari isterinya pasal Senah yang mahukan khidmat urut Ustaz Zain. Mata isterinya di menjegil pandang suaminya. Orang cakap betul-betul. Dia bantai gelakkan orang.

"Awak ni. Senah tu memang macam tu. Kenal tak kawan abang nama Hasyim?? Yang badan ketak-ketak dan hitam manis. Itu pun dulu Senah pernah jumpa isterinya nak khidmat urutan Hasyim. Bila abang suruh Senah pergi berurut dengan perempuan. Dia kata jari jemari perempuan tak sekuat lelaki." kata Ustaz Zain. Di sambung bantai gelak lagi.

"Abang hanya boleh urut seorang saja perempuan." kata Ustazah Dahlia. Sambil melukiskan muka comelnya.

"Siapa??" soal Ustaz Zain. Dia tahu siapa tapi dia layankan saja isterinya.

"Depan mata abang je." kata Ustazah Dahlia tersenyum. Ustaz Zain mengecilkan matanya.

"Kalau awak. Lima jam pun sanggup sambil kita-kita.." kata Ustaz Zain. Ustazah Dahlia bulatkan mata lalu dia ketawa. Suaminya juga ikut ketawa sekali.

Sesudah ketawa. Ustaz Zain mula perlahan-lahan berhentikan tawanya. Matanya terpandang pada sebuah pintu bilik bawah rumah. Dia bangun dan pergi menuju bilik bawah rumah itu. Ustazah Dahlia pun bangun mengikut suaminya dari belakang. Lengan suaminya yang ketak itu di peluk manja. Suami isteri itu turun dan buka pintu bilik bawah rumah.

Di dalamnya tersimpan segala khazanah dan barang lama. Di setiap barang lama semua ada hantu-hantu puaka. Bilik stornya sama seperti ruang bilik stor Warren suami isteri tu. Ustazah Dahlia lepaskan lengan suaminya. Dia pergi ke arah patung mannequin pasangan pengantin. Berbusana melayu.

"Dulu kawan Kirana. Masha pernah buka bilik ni kan??" soal Ustazah Dahlia. Dia toleh memandang suaminya.

Ustaz Zain memandang patung yang berada di dalam sebuah kotak berkaca. Ada sebuah patung Pinokio di dalamnya. Perlahan-lahan dia tengok patung tu lama. Ekor mata tertacap pada bayangan muka orang di pantulan kaca. Ada muka budak lelaki yang memakai topi merah seperti patung. Muka budak itu hancur dan kulit mukanya tertanggal. Meninggalkan daging muka hitam macam corak pokok kayu.

"Masha terlepaskan petaka dalam kotak ni dulu. Selepas tu barulah rumah ni tenang." kata Ustaz Zain jeling budak lelaki Pinokio itu.

PINOKIO in coming soon...

+++++++++++

Nufail keluar bersama dengan dua orang kawan housemate dia. Ariffin dan Jenal. Mereka duduk di sebuah warung roti canai tepi jalan. Sambil pekena teh tarik dan roti canai sebagai sarapan. Nufail keluarkan kad yang dia ada cerita dengan Ariffin dan Jenal semasa dalam kereta tadi.

"Kad ni yang aku maksudkan." kata Nufail. Jenal belek-belek kad itu dan mencari namanya.

"Perkhidmatan Esah??" gumam Jenal. Nufail memandang lelaki yang sibuk belek kad iklan itu.

"Esah?? Wei korang ingat tak tiga tahun dulu. Ada cerita pasal seorang perempuan ni pernah gunakan khidmat Esah ni. Perempuan tak silap aku dulu mukanya hodoh gila. Jerawat penuh sana sini. Mukanya macam terbakar. Orang kelilingnya jauhkan diri. Sebab geli. Muka berjerawat penuh pastu kulit berminyak lagi. Perempuan tu gunakan khidmat Esah ni. Fuuuhh cantik gila macam model." kata Ariffin teringat ada orang kongsi cerita pasal Karmila tiga tahun lepas.

"Esah ni bidan ke dukun?? Kalau dia mampu buat muka orang jadi cantik. Mesti dia boleh buat Nawra tunduk pada aku." kata Nufail dengan berniat tak baik. Ariffin dan Jenal terkejut lalu memandang sesama mereka.

"Kau nak buat untuk Nawra?? Kau biar betul bro?? Kau lupa ke Haji Dollah dengan Hajjah tu macam mana?? Orang beragama kut." kata Ariffin tak setuju dengan niat Nufail.

"Mesti boleh punya. Dulu kan ada orang pernah guna minyak dagu untuk buat perempuan yang dia suka tu jadi tergilakan dia." kata Nufail. Ariffin menggelengkan kepala.

"Kau jangan cari pasal. Keluarga Nawra tu bukan calang-calang. Ayahnya imam masjid. Mak dia tu guru agama dekat Madrasah Darul Ar-Ridhuan. Kalau kau nak calit minyak dagu dekat Nawra. Fikir dulu apa akibatnya. Susah tahu nak berubat!" kata Jenal risau kawan hosuematenya nak buat kerja bodoh. Nufail pekakkan telinga dan tetap berniat nak buat Nawra gilakan dia.

+

Nufail sendirian di rumahnya. Jenal dan Ariffin keluar untuk membeli barangnya. Tv di pasang dan radio juga di pasang mendengarkan lagu-lagu hit terbaharu. Tv nya tiba-tiba terpadam. Dan radio yang sedang paparkan lagu juga tiba-tiba bunyi macam rosak. Nufail terkejut dan pandang radionya. Dia angkat dan ketuk-ketuk sikit.

"Radio lama. Dah berzaman radio ni." kata Nufail. Dia letakkan semula di atas meja.

Nufail bangun dan mahu pergi ke arah tv. Langkahnya terhenti. Nufail dekatkan mukanya ke tv. Dalam pantulan kaca hitam itu dia nampak ada sosok perempuan berjubah putih. Rambutnya mengerbang panjang. Makhluk itu berdiri belakang kerusi sofa. Nufail toleh ke belakang. Tiada apa-apa. Matanya mencari-cari kelibat.

Dia pandang tv nya semula. Terkejut dia bila benda itu berdiri belakangnya. Nufail tak nampak muka tu dengan jelas. Sebab di lindungi dengan rambut mengurai panjang. Nufail pusingkan lagi kebelakang. Benda yang dia nampak dalam pantulan kaca tv tadi takde di belakangnya.

Nufail kembali memandang kaca tv nya semula. Kali ini jantungnya seakan berhenti. Matanya membulat. Mukanya berpeluh. Tubuhnya menggigil. Benda itu betul-betul di sebelah kanan muka Nufail. Lelaki itu menelan liurnya. Dari ekor mata dia memang perasan ada benda di sebelah mukanya. Nufail tak berani nak toleh. Benda tu macam pandang ke arahnya.

Nufail terus toleh memandang ke arah makhluk itu. Nafasnya lega takde sesiapa di sebelahnya. Nufail bangun dan mahu ke bilik tidur. Daun pintu ditutup rapat. Dia menyandarkan badan pada dinding. Kad tadi di keluarkan. Apa betul ke dia nak gunakan khidmat Esah ni? Perkara itulah yang menjadi persoalan dalam buah fikiran Nufail sekarang.

"Kalau aku taknak minyak dagu dan aku mahu buat dia kena kacau selalu macam mana?? Mesti boleh punya.." kata Nufail dengan sendiri.

Hati syaitan dia mula dirasuk dengan kejahatan. Dia nak buat Nawra kena gangguan paling bahaya sehingga perempuan tu menyesal buat seumur hidup. Haji Yassin dan Hajjah pun dia tak boleh nak maafkan.

"Dasar keluarga miskin tak sedar diri. Aku nak tengok sejauh mana iman ayah dan mak kau, Nawra." kata Nufail senyum sinis.

+++++++++

HARI menjelang malam. Nufail keluar rumah pada jam 11 malam. Tanpa di ketahui oleh Ariffin dan Jenal. Nufail menaiki keretanya dan terus mulakan pemanduan untuk ke sebuah kampung pedalaman di luar negeri Selangor.

Sepanjang jalan kelilingnya jalanraya semua sunyi. Lampu jalan pun tiada kerana di sepanjang jalan semuanya kebun kelapa sawit. Nufail terpaksa pasang lampu kereta yang paling tinggi. Dia takut juga walau hakikatnya dia nak balas dendam pada Narwa sebabkan menolak pinangan dia untuk jadi suami.

Nufail masih memandu dengan perlahan-lahan untuk mencari jalan masuk ke kawasan kampung pedalaman. Sedang pandu sambil melayan matanya. Muncul sosok benda panjang warna putih terbaring atas jalanraya. Nufail cuba amati benda itu. Semakin lama semakin dekat. Benda itu pusingkan kepalanya memandang kereta yang di pandu Nufail. Mukanya hitam. Lelaki itu terus menekan brek secara kecemasan.

Dia tarik brek dan turun dari kereta. Dia pergi periksa keadaan sekelilingnya. Dan pergi ke bahagian depan. Benda putih bungkus tadi dah pergi. Nufail toleh kebelakang dan nampak papan tanda masuk ke kawasan kampung pedalaman.

Nufail masuk ke dalam kereta semula. Dia pusingkan kereta masuk ke simpang kanan dan berjalan. Keretanya bergoyang-goyang sebabkan jalannya tidak rata dan banyak rosak.

"Orang kampung sini tak baiki jalan ke?" soal Nufail.

Semasa dia melewati jalan. Dia nampak ada cahaya macam lampu-lampu rumah. Dia yakin yang dia sudah masuk ke kawasan kampung pedalaman. Nufail tengok rumah pertama. Kelihatan seorang perempuan berdiri dan ada dua lelaki di bawah rumah. Mereka bertiga memandang ke arah Nufail.

Nufail teruskan memandu dan melihat rumah yang bernombor dua. Dia nampak seorang kanak-kanak perempuan berdiri pandang ke arahnya. Mukanya pucat dan matanya bulat. Nufail alihkan pandangan ke tempat lain. Keretanya masih bergerak. Anehnya, di setiap rumah kampung langsung tak kelihatan satu pun kenderaan. Bahkan, lampu jalan pun tiada. Sepanjang jalan gelap. Hanya ada cahaya lampu dari rumah-rumah kampung yang dia melintasi.

Dia nampak ada satu rumah. Depan rumah tu ada pasang beberapa khemah. Dan rumah tu lampunya warna warni macam meriah. Dengan muzik tradisional lama di mainkan. Makin lama makin jelas bunyi muzik tradisional dimainkan.

Nufail tengok jarum jam tangan. Sudah pukul 12 tengah malam. Ada majlis ke tengah-tengah malam. Nufail tengok begitu ramai orang. Semuanya pakai baju melayu macam cara orang lama. Yang perempuan baju yang biasa nenek-nenek pakai. Dengan berkain batik. Tudung mereka jenis yang lipat tiada pin tudung.

Semasa kereta Nufail melintasi rumah yang meriah itu. Nufail berhentikan kereta dan cermin tingkap diturunkan. Para tetamu di bawah khemah semua toleh memandang ke arahnya. Masing-masing mukanya pucat. Masing-masing tak senyum langsung. Salah seorang pakcik yang pakai jubah putih macam imam surau bangun dan pergi ke arah kereta Nufail.

Dia membongkokkan badan dan menayangkan muka pucat.

"Anak jangan bermain di kawasan ini. Nanti kena kacau dengan Pocong." kata pakcik berjubah putih sambil tersengih. Muka sengihnya tu sangat nenakutkan.

"Gila!" kata Nufail terus naikkan cermin dan jalan semula. Orang-orang kampung yang berada di bawah khemah dan rumah tu semua pandang ke arah kereta tersebut. Pakcik berjubah tadi pun sengih dan mahu ketawa.

Dari mata kasar. Nufail nampak orang kampung biasa. Dari mata hijab. Mereka semua adalah makhluk Pocong yang terlampau banyak. Rumah yang nampak tadi meriah dengan mata kasar sebenarnya sepi dan rumah itu nampak macam nak roboh.

Tak lama kemudian, Nufail sampai akhirnya di rumah yang tertera dalam kad itu. Dari luar nampak macam rumah kampung biasa. Nufail nampak gadis berkebaya merah menyikat rambutnya yang lurus. Gadis itu berkain batik menutup bahagian peha dan betisnya. Ada seorang lelaki berbadan tegap dan besar di sebelahnya.

Nufail turun dari kereta.

"Assalamualaikum.." Nufail sapa. Dia terkejut tiba-tiba tengok muka lelaki tegap tu bengis masa dia beri salam. Gadis itu toleh memandang sang lelaki.

"Abang masuk dalam dulu. Saya ada tetamu." kata gadis berkebaya merah. Nampak muda sangat.

Nufail di pelawa masuk ke dalam rumah. Semasa dia menaiki anak tangga. Kain putih berterbangan di belakangnya dengan suara hilaian tawa Pontianak.

Nufail tengok lelaki itu. Gadis tersebut perkenalkan diri.

"Aku Esah. Di sebelah aku ni Zabir, suami aku." Esah perkenalkan diri. Nufail tak berani salam dan hanya angkat tangan sebagai tanda menyapa.

"Saya datang sini bukan untuk minta minyak dagu. Tapi, saya datang nak minta Cik Esah tolong saya." kata Nufail mahukan khidmat Esah.

"Apa dia??" soal Esah.

Nufail keluarkan tiga kepingan gambar. Dia berikan pada Esah. Gadis berkebaya merah itu tengoknya.

"Kenapa dengan gambar ni?" soal Esah menjeling lelaki itu.

"Saya nak Cik Esah santau perempuan ni dan keluarganya. Saya nak mereka rasa derita yang saya tanggung. Saya nak tengok, sejauh mana iman ayah dia tu." kata Nufail berniat tak baik pada keluarga Nawra.

Esah melepaskan keluhan berat. Malas nak melayan tapi permintaan orang. Dia tolong jelah apa yang patut. Esah berikan pada Zabir gambar Nawra. Lelaki tegap yang berkulit hitam manis itu ambilnya. Bibirnya berkumat kamit membaca sesuatu dan di ludahkan pada gambar Nawra. Setelah itu di berikan semula pada isterinya.

Esah asapkan kemenyan dan gambar itu di letakkan di atas kemenyan berasap. Esah membaca mantera kejahatan.

"Kau nak aku cuma ganggu dia bukan??" soal Esah sebelum akhiri manteranya.

"Ya, saya nak dia terseksa dan mati perlahan-lahan. Biar dia tertekan dan terus mati." kata Nufail memang nak sangat hancurkan Nawra.

Esah habiskan manteranya itu. Sesudah di habiskan. Nufail di berikan satu tangkal. Kata Esah, tangkal itu adalah pelindung semasa jalan nak pulang. Sesudah Nufail pergi.

Kuntum masuk membawa dua patung yang di balut kain kafan hitam dan merah. Dia berikan pada Esah. Gadis itu mengambilnya dan memandang Kuntum. Zabir pun memandang juga benda itu.

"Ini apa Kuntum?" soal Esah.

"Ada seseorang minta bunuh Nufail. Jadi, dia minta Kuntum jumpa Esah laksanakan permintaan orang ini." kata Kumtum. Esah gelak sambil pandang suaminya. Zabir juga gelak sama.

"Pelik manusia ni. Dia buat dekat mangsa lain. Dan orang lain pula buat padanya. Bodoh manusia ni." kata Zabir lalu ketawanya.

"Masih ada manusia yang keluar dari landasan Islam dengan menjadi pengikut kita." kata Esah dan ketawa.

Kedengaran suara ketawa yang ramai-ramai. Esah toleh memandang bahagian ruang tamu. Rupanya Pocong-Pocong juga ketawa sekali. Mereka berada di dalam rumah dan juga tepi tingkap. Kuntum menjelma kepada Pontianak. Dia ketawa mengilai.

BERSAMBUNG......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience