Chapter 19

Horror & Thriller Completed 1610

MEKAH

Ustazah Dahlia dan Ayunie berada di dalam bilik hotel. Hati seorang ibu terasa di robek sesuatu. Mereka berdua cuba tenangkan hati dengan perbanyakkan berzikir. Air mineral di ambil dan minumnya.

"Kenapa kak?" soal Ayunie menyentuh bahu Ustazah Dahlia.

"Kakak rasa tak tenang sangat. Macam ada benda yang sedang berlaku dekat tanah air kita." luah Ustazah Dahlia. Ayunie senyum tak menjawab. Dia pun turut terasa sama tapi dia kuatkan hati.

"Kakak banyakkan berzikir. Ingat Allah. Insha Allah, anak-anak kita semua selamat." pujuk Ayunie. Ustazah Dahlia mampu tersenyum walau hati terguris.

Sementara Ustaz Zain dan Ustaz Hanafi sedang berbual dengan kawan dari negara Turki yang sedang menjalankan umrah sama sepertinya. Dia bertanya apa pekerjaan Ustaz Zain. Dan Ustaz Zain menjawab kerja di pejabat dan juga perawat. Dia terpaksa gunakan bahasa inggeris semasa bercakap.

Ustaz Zain ada cerita di tempat dia pernah berlaku beberapa kejadian yang sangat menyeramkan. Warga Turki itu senyum dan dia pun menceritakan juga. Gangguan di negara Timur ni jauh lebih dahsyat. Lembaga hitam pun boleh nampak depan-depan. Belum lagi cerita pasal bebola api dan manusia yang kena rasuk. Sama kuatnya macam hantu di Malaysia.

"Sihir yang di gunakan di negara Turki ni memang banyak pakai bangkai khinzir yang di sembelih. Darahnya tu di celupkan dengan rambut, tulang manusia, kepala khinzir sekali. Sebab tu sihir di Turki paling berbahaya. Siapa yang terkena akan terseksa sehingga mati." kata warga Turki dengan menggunakan bahasa inggeris semasa berbual.

"Di Malaysia. Rumah saya ada sebuah bilik artifak untuk saya simpan khazanah yang berpenunggu. Di dalam sebuah bekas kaca ada sebuah patung di beri nama Pinokio. Sebelum ni pernah hilang pada tahun lepas. Dia mengganggu sebuah keluarga ini. Kerana Syaitan di dalamnya mahukan jiwa seorang anak kecil pada ketika itu." Ustaz Zain juga menceritakan.

"Awak melawan dia?" soal lelaki Turki.

"Benar." jawab Ustaz Zain. Warga Turki kagum dengan keberanian Ustaz Zain.

Ustaz Hanafi tengok telefon. Datangnya dari isteri. Kata Ayunie, Ustazah Dahlia rasa tak sedap hati. Ustaz Hanafi terus bisikkan ke telinga Ustaz Zain. Menceritakan perkara sebenar.

"Kita lagi seminggu. Tahan dulu." kata Ustaz Zain. Ustaz Hanafi mengangguk faham. Ustaz Zain kembali berbual dengan warga Turki itu.

++++++++++++

KAMPUNG SERI KUNING KEMBANGAN

Amin tertolak ke belakang selepas terkena kuasa ghaib dari Mantaha. Matanya memandang ke arah Kabar yang berlawan dengan Zabir. Amin toleh memandang isterinya dan Datin Asmah naik ke dalam rumah. Nufail juga peluk ibunya sebab takut.

Kirana tampar muka perempuan kampung yang menakutkan itu. Dia terkejut selepas kena sergah. Aiman dan Nazura lari ke bahagian kanan. Hakim kunci pergerakan enam ekor makhluk Pocong. Danial di tangkap oleh ramai-ramai penduduk kampung. Beberapa kaum bunian datang selamatkan Danial dengan berlawan.

Shazlan di tahan dan lehernya di cengkam. Tubuhnya tak mampu nak bergerak ke mana-mana. Aiman dan Nazura datang selamatkan. Mereka berdua merempuh orang kampung itu dan tolaknya. Aiman tarik tangan Shazlan dan berundur dahulu.

Semakin ramai yang tiba. Muncul seekor ular hitam berkepala tujuh persis tedung dan besarnya bak anaconda. Dia menjalar ke arah Mantaha. Ular Jin itu bangun perlahan-lahan. Amin undurkan langkah.

Aiman, Hakim, Danial dan Shazlan berlari ke arah Amin. Amin berdiri di tengah-tengah. Dia pandang ke sebelah kanan. Hakim dan Danial. Dan di sebelah kirinya Aiman dan Shazlan. Amin mula berkumat kamit bismillah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Baru nak melaungkan azan. Mantaha menjerit terlebih dahulu membuatkan lima pemuda ditolak dan tercampak ke belakang. Penduduk-penduduk kampung itu mula menyerang dengan menangkap mereka. Kaum-kaum bunian juga hilang begitu saja. Kabar juga di tangkap.

Kirana, Nazura dan Dilaila nak membantu. Mereka juga di tangkap sekali. Datin Asmah dan Nufail juga telah di tangkap. Kaum bunian semua di halau keluar oleh penduduk kampung dan Pocong.

Mereka di bawa ke sebuah kawasan gua. Di dalamnya mereka telah di kurung untuk dijadikan sebagai korban nanti. Amin tidak di penjarakan. Mantaha mahu tunjukkan pada Amin bahawa kuasa dia lebih hebat dari kuasa Allah yang para Muslim selalu sembahkan.

"Kau ni memang Iblis betul. Kau nak tunjukkan pada aku kuasa kau??" soal Amin bunyi sindir.

"Kau ni iman tinggi budak. Tidak seperti manusia lain yang senang-senang aku tarik untuk jadi pengikut aku." kata Mantaha sombongnya. Amin gelak sinis. Teringat semasa Nabi Adam diciptakan. Iblis begitu sombong sampai dia fikir dia lebih bagus dari Nabi Adam.

"Sebab tu Allah jadikan Syurga buat manusia yang mengikut pesuruh Allah. Dan Allah ciptakan Neraka untuk golongan manusia yang ingkar. Semua tu aku dah tahu." kata Amin. Mantaha ketawa mengejek.

"Sudah berabad lama manusia cipta. Neraka tu penuh dengan manusia yang terpedaya dengan tipu helah kaum Syaitan. Bunuh. Zina. Maksiat. Fitnah. Siapa yang telah lakukan?? Bukankah dari manusia itu sendiri? Sedangkan mereka tahu bisikan Syaitan ni adalah kejahatan. Tapi mereka semua mengikut hawa nafsu. Nikmat yang sementara dan kekalnya sengsara." kata Mantaha. Amin diam seketika. Memang apa yang disebutkan Mantaha ada betul. Banyak manusia akhir zaman sudah jauh terpesong.

"Tapi aku nak cakap satu perkara. Walaupun sudah 10 tahun dosa yang manusia itu lakukan. Pintu taubat akan terus terbuka untuk hambanya sebelum matahari terbit ke barat. Kau lupa untuk sebut ayat itu." Amin membidas semula.

"Dan aku akan terus menerus untuk menyesatkan manusia." Mantaha tetap tak mahu mengalah.

"Selagi iman di dada manusia tidak gugur. Bisikan yang telah dilakukan oleh kaum Iblis dan Syaitan susah untuk mereka mengikut rentak kalian. Kalimah Allah Azza Wa Jalla sentiasa mereka tanamkan dalam hati mereka. Jadi, bisikan kalian semua mampu manusia itu tepiskan!" Amin balas semula.

Dilaila senyum melihat suaminya boleh lawan Mantaha. Kirana yang berada di belakang Dilaila berkumat kamit sambil pegang batang besi penjara itu. Dilaila tengok abangnya menyandarkan badan kepenatan. Dia pergi ke arah abangnya. Dia peluk abangnya kasihan dengan penat lelah itu. Danial balas pelukan.

Sementara di luar kawasan Kampung Seri Kuning Kembangan. Amir berjalan mengetuai kumpulan. Dua buah bas sudah pun tiba. Beberapa pelajar lelaki turun dari bas. Deana dan Tiara juga ada bersama. Pelajar-pelajar perempuan tiada kecuali Syasya, Layla dan Izara. Nawra dan Hajjah juga ada sekali. Ustaz Afrizal turut ada bersama.

Haji Dollah boleh rasa aura yang tak tenang dari alam sana. Haji Dollah cuba gunakan deria rasanya. Memang dia dapat rasa ada banyak benda-benda negative dari dalam sana.

"Kampung ni sudah terbiar dah berpuluh tahun lama. Memang dulu orang kampung lebih percayakan perkara yang syirik sehingga memakan diri mereka. Makhluk yang menjadi penghulu barh kampung ni sudah kurung penduduk sampai mereka semua tak dapat keluar melarikan diri. Mereka beri satu wabak menyebabkan seluruh penduduk kampung mati akibat wabak itu.

Dan ketua syaitan tu serta konco-konconya kafankan mereka dan potong kepala penduduk kampung. Dia buat sebuah ritual kebangkitan Pocong menggunakan jenazah-jenazah penduduk kampung ini. Kita kena hentikan mereka." kata Haji Dollah. Murid-murid lelaki mengangguk faham selepas mendengar kisah sebenar.

"Ayah Haji, kalau macam tu betullah sangkaan orang lama pasal kampung terbiar ni??" soal Dahlan si penakut.

"Ya. Mereka nak jadikan kampung Seri Kuning Kembangan sebagai kampung mematikan atau dikenali desa Pocong." jawab Haji Dollah.

"Lambat laun mereka akan keluar untuk target kampung yang berhampiran. Itulah perancangan ketua syaitan." Deana turut mencelah.

"Murid-murid, mari laungkan azan untuk buka pintu gerbang masuk ke sana." suruh Ustaz Afrizal. Murid-murid mengangguk faham.

Syasya, Layla, Izara, Tiara dan Deana menyediakan botol minuman yang sudah dibacakan Yaasin. Murid-murid lelaki, Haji Dollah dan Ustaz Afrizal mula melaungkan azan di hadapan pintu gerbang itu.

Keadaan di dalam Kampung Seri Kuning Kembangan bergegar seperti sebuah gempa. Pocong-Pocong dan penduduk kampung menjerit sambil menutup telinga mereka. Mereka mula berarak beramai-ramai ke arah pintu gerbang.

Di kawasan Gua juga bergegar. Mantaha terdengar suara laungan azan. Dia mula rasa bahang. Amin senyum kerana penyelamat sudah sampai. Dia terus tendang tubuh Mantaha dan berlari ke arah bahagian penjara yang mengurung saudaranya.

Danial dan Aiman terus gunakan kudrat badan mereka yang tegap itu. Merempuh gerigi besi sampai tumbang. Mereka semua segera keluar dari situ. Dilaila menarik tangan Datin Asmah untuk bawanya keluar. Nufail juga pegang tangan ibunya dan ikut lari. Nazura ikut dari belakang mereka.

Kirana kunci pergerakan dua Pocong itu. Seekor Pocong Hitam muncul. Dia menjerit ke arah Kirana. Wanita itu menjerit kesakitan pada bahagian telinga. Tengkoraknya terasa macam nak retak masa syaitan tu jerit ke arahnya.

Hakim muncul dari belakang dan terkam leher Pocong Hitam itu. Bacaan di mulai. Kirana terus terbangun dan mengurut sikit kepalanya. Dia pandang Pocong Hitam itu.

"Dasar syaitan!" dia bangun dan tekan dahi makhluk itu. Dia juga membaca ayat suci.

Keadaan di luar sudah kembali biasa. Mereka nampak dengan mata kepala sendiri begitu banyak Pocong-Pocong dan penduduk kampung ghaib. Murid-murid mula rasa takut sekejap.

"Jangan takut. Mereka ni hanya makhluk Allah. Kita percaya pada Allah yang boleh selamatkan kita." Ustaz Afrizal memujuk murid-muridnya.

Masing-masing dah pegang botol minuman yang sudah siap tebuk pada penutup botol. Deana dan Tiara terus lari dahulu untuk masuk ke dalam. Terkejut murid-murid lelaki bila tengok dua perempuan mendahului.

"Serang!!" laung Ustaz Afrizal.

"Allahuakbar...!!!" bergema suara laungan murid-murid lelaki. Mereka berlari dan menceroboh masuk. Di pancutkan air yaasin itu ke arah Pocong dan penduduk kampung. Pocong-Pocong yang terkena pancutan air sudah kepanasan sampai berasap.

Dilaila terus lari sambil tarik tangan Datin Asmah. Mereka terdengar suara ramai-ramai dari hadapan sana. Suara syaitan-syaitan menjerit kepanasan.

"Suara apa tu??" soal Datin Asmah.

"Tak tahu." jawab Dilaila masih teruskan lari.

Amin menyuruh Danial, Aiman, Shazlan berundur dahulu. Hakim dan Kirana berjaya bakar Pocong Hitam. Mereka berdua terus melarikan diri.

Esah dan Zabir melarikan diri untuk ke tempat lain. Mantaha mula terbang nak menyerang Amin. Kabar muncul sebagai Harimau Belang menerkam Mantaha. Amin pusing ke belakang nampak Harimau Belang itu lawan sendiri. Dia terus patah balik nak membantu.

"Amin!!" Aiman panggilnya.

Hakim dan Danial toleh kebelakang. Amin bantu lawan dengan Mantaha. Aiman dan Danial terus lari untuk masuk campur. Hakim pun ikut sama. Kirana toleh kebelakang nampak suaminya pergi masuk semula.

Kirana pun berpatah balik dan masuk sekali. Shazlan pun ikut Kirana sekali.

Deana dan Tiara terus tarik tangan Dilaila, Datin Asmah dan Nazura untuk dibawa keluar. Nufail juga lari keluar sekali. Pocong-Pocong dan penduduk kampung bertempiaran melarikan diri untuk keluar tapi tak berjaya. Jalan keluar semua sudah Haji Dollah pagarkan.

Tubuh Mantaha terapung seperti ada tangan ghaib pegang badannya. Amin, Aiman, Danial, Hakim, Shazlan dan Kirana membaca ayatul kursi. Kirana kuncikan pergerakan. Hakim juga kuncikan pergerakan. Amin melaungkan azan betul-betul depan Mantaha. Kabar terus melompat dan menjauhkan diri. Dia pergi ke belakang Amin.

Aiman, Danial dan Shazlan juga melaungkan azan. Kirana dan Hakim jaga tali kunci itu. Muncul anak-anak murid melaungkan nama Allah. Mereka terus melaungkan azan betul-betul depan Mantaha.

Api muncul pada bahagian kaki Syaitan itu. Lama kelamaan semakin marak dan menjadi api besar membakar makhluk itu. Mantaha menjerit kesakitan dan kepanasan.

"Semua keluar!! Keluar!!!" Amin suruh semua orang berlari keluar.

Murid-murid lelaki berlari beramai-ramai untuk keluar. Mereka lari apabila tanah mula bergegar seperti gempa. Kirana selamatkan murid yang terjatuh semasa berebut nak lari. Dia bantu mereka bangun.

Di luar Kampung Seri Kuning Kembangan. Mereka menanti dengan penuh sabar. Isteri-isteri menanti suami mereka. Hajjah dan Ustaz Afrizal menanti anak-anak muridnya. Deana menanti semua yang berada di dalam sana.

Tak lama kemudian. Murid-murid semua keluar dari lorong masuk ke Kampung Seri Kuning Kembangan. Aiman juga muncul. Nazura terus berlari ke arah suaminya. Shazlan juga muncul dan terus lari ke arah bas sekolah. Danial turut muncul. Tiara terus lari ke arah suaminya.

Kirana dan Hakim juga muncul sama. Mereka terus pergi ke arah sebuah bas sekolah. Akhir sekali Amin baru keluar dari situ. Dilaila terus lari ke arah suaminya dan peluk.

Kelihatan suara Mantaha menjerit dan terapung naik ke ruang udara. Semua mata dapat melihat dengan jelas api itu membakarnya. Perlahan-lahan, tubuh Mantaha meletup dan hilang.

"Abang." Dilaila tunjukkan pada suaminya sesuatu. Amin alihkan pandangan ke arah sesuatu yang isterinya tunjukkan.

Semua orang toleh ke arah Dilaila tunjukkan itu. Kelihatan beribu penduduk Kampung Seri Kuning Kembangan dapat keluar dari kampung mereka. Muka mereka nampak berseri dan manis. Senyuman di curahkan pada mereka.

Lelaki yang sebagai ketua kampung itu mengalirkan aitmata. Dia pegang tangan Amin dan salamnya.

"Terima kasih. Kerana hapuskan Mantaha. Dan bebaskan kami. Selama ini kami semua terkurung. Apa yang kalian nampak bukan kami. Itu semua konco Mantaha yang menyamar sebagai diri kami." kata ketua kampung itu.

"Semoga Allah ampunkan kalian semua. Kalian mati bukan bunuh diri. Kalian mati kerana wabak. Salah satu tanda syahid." kata Amin membuatkan semua penduduk kampung tersenyum bahagia.

Perlahan-lahan mereka semua bercahaya dan terapung di ruang udara. Belum terbang sepenuhnya. Cahaya dan mereka tadi hilang begitu saja.

"Saya nak minta maaf dekat Hajjah dan Haji. Selama ni saya banyak berdosa pada Haji dan Hajjah. Maafkan saya." Datin Asmah meminta maaf buat Haji Dollah dan Hajjah.

"Saya sudah memaafkan. Lagipun tak manis bila bermusuhan. Allah benci." kata Haji Dollah sudah lama memaafkan Datin Asmah.

Datin Asmah memandang Nawra. Dia peluk gadis itu dan menangis.

"Maafkan auntie ya, Nawra. Auntie banyak burukkan Nawra satu keluarga." Datin Asmah meluahkan.

"Takpelah. Nawra dah memaafkan." jawab Nawra.

Deana senyum melihat hubungan Datin Asmah dan keluarga Nawra sudah aman.

"Mana Dato Jalal??" soal Haji Dollah.

"Saya tahu dia di mana sekarang. Ini pun dari kawan saya." kata Datin Asmah. Haji Dollah memandang Amin, Danial, Aiman, Shazlan, Kirana dan Hakim.

"Kamu berenam. Kita ada satu lagi tugas." kata Haji Dollah.

"Tugas apa??" soal Amin. Haji Dollah senyum sahaja.

BERSAMBUNG.....

(Saya nak minta maaf kerana lambat untuk post chapter 19. Kerana kesibukan kerja dan kesihatan yang menjejaskan saya untuk sambung karya. Ni part pengakhiran dan ada satu lagi part penghabisan THE RITUAL POCONG 2)

Share this novel

Nur
2023-10-26 18:46:48 

dah lama saya tunggu. semoga dimudahkan segala urusan.


NovelPlus Premium

The best ads free experience