FINALE

Horror & Thriller Completed 1610

"Allah tidak pernah melupakan hambanya. Tapi hambanya selalu melupakan Allah. Syukur semua sudah selesai. Walaupun Esah dan Zabir menghilangkan diri. Tapi kami bersyukur membebaskan penduduk-penduduk Kampung Seri Kuning Kembangan. Sudah tiga hari selepas pulang dari kampung itu. Aku dipulihkan semangat. Dan akhirnya, aku pulang semula ke rumah aku untuk bertemu anak-anakku. Ain dan Wafiy. Mama rindukan anak-anak mama.." - DEANA.

Kelihatan Deana turun dari kereta. Dia di sambut mesra oleh Ain dan Wafiy. Mereka tiga beranak berpelukan melepaskan rindu. Muncul Aznibah dan adik-adik Deana turut ada sekali. Jiwa Deana tenang selepas bersama keluarganya semula.

Dari jauh. Kirana dan Hakim senyum melihat Deana sudah pulang ke pangkuan keluarga. Kirana memandang suaminya. Mereka berpegangan tangan.

"Jom balik bang. Kak Deana dah bahagia bersama keluarganya." Kirana mengajak suaminya pulang.

"Mari." Hakim pun akur dan mereka pimpin tangan untuk ke arah kereta mereka.

Semasa dalam perjalanan. Kirana menghantar gambar kenangan semasa mereka berkumpul di hadapan sebuah Madrasah Darul Ar-Ridhuan. Kirana hantarkan gambar itu kepada Deana untuk kakak angkatnya simpankan kenangan.

"Abang, Haji Dollah suruh kita turun malam ni. Kenapa ya??" soal Kirana nak tahu projek Haji Dollah. Entah apa yang Haji Dollah bualkan dengan Datin Asmah tiga hari yang lepas.

"Entahlah. Katanya mustahak. Dia jemput abang dengan sayang. Lepas tu ada Amin, Danial, Aiman dan Shazlan. Ada apa ya??" soal Hakim pun tak pasti apa projek pada malam ini.

Kirana memandang jalan. Fikiran dia masih tak selesai lagi. Entah apa yang Haji Dollah nak buat. Perjalanan mereka lancar untuk sampai ke destinasi.

+++++++++

MALAM HARI.....

Haji Dollah dan Hajjah datang bersama Datin Asmah. Datin Asmah sekarang sudah bertudung dan pakaian sopan. Kelihatan ada tiga buah van putih jenazah juga ada. Terkejut Kirana nampak van jenazah datang sekali.

"Sekejap. Ni van jenazah nak buat apa?? Rasanya bulan Ramadhan belum lagi." soal Kirana. Selalunya kalau ada van jenazah tangkap orang Muslim tak berpuasa.

"Bukanlah. Nanti kamu tahulah." kata Haji Dollah. Nazura memandang Datin Asmah agak lama. Dan dia terus pergi ke arah Kirana.

"Kenapa ada Datin Asmah?" soal Nazura berbisik.

"Takkan ada Pocong lagi?? Bukan mereka dah dikalahkan ke?" soal Kirana tak berpuas hati.

Muncul dua perempuan berjalan ke arah orang yang beramai-ramai di depan rumah Ustaz Zain. Kirana dan Nazura berpaling ke arah dua perempuan itu. Terkejut Kirana bila dia kenal sangat orangnya.

"Hai Kak Kirana.." sapa gadis itu.

"Karmila??" panggil Kirana riang. Mereka terus berpelukan. Nazura salam seorang lagi.

"Sophea.." Sophea perkenalkan diri.

"Kenal.." jawab Nazura.

"Ni ada apa ramai-ramai?" soal Sophea. Nazura mengangkat bahu tak tahu.

"Entahlah. Ni semua plan Haji Dollah tu." jawab Nazura.

Karmila dan Kirana leraikan pelukan. Karmila pun salam dengan Hajjah dan Datin Asmah. Dia pun berpeluang salam Nazura juga.

"Jomlah ikut sekali." Kirana mengajak Karmila dan Sophea ikut serta.

"Boleh jugak." Karmila pun bersetuju.

Nawra baru sampai bersama Nufail. Mereka kini sudah di lamun cinta. Nufail datang pun dengan bersongkok dan berkain pelikat. Baru lepas tunaikan solat Isyak di surau. Shazlan dan Ustaz Firdaus juga baru sampai.

"Marilah.." Haji Dollah mengajak mereka.

"Nanti Ayah Haji!" Amin tahan mereka. Semua berpaling memandang Amin.

"Tak! Ni sebenarnya nak kemana?? Dengan van jenazah. Lepas tu ahli-ahli pencegah maksiat." soal Amin. Dilaila yang berada di sebelah suaminya senyum saja.

Nazura, Kirana, Karmila dan Sophea terkejut sampai melopong mulut. Mereka berempat memandang Datin Asmah.

"Ni sebenarnya nak buat tangkapan Dato Jalal." kata Haji Dollah.

"Ha dah mari semua." Hajjah mengajak mereka.

Dilaila dan Tiara tinggal di rumah menjaga anak-anak. Danial dan Aiman terpaksa ikut sekali pergi bantu Haji Dollah.

Semasa dalam perjalanan. Datin Asmah menghubungi kawan baiknya yang berada di sebuah rumah sewa. Kawan baiknya berikan lokasi rumah sewa tersebut.

"Saya masih tak faham. Kenapa kawan auntie bocorkan rahsia ni??" soal Nawra nak tahu. Nufail senyum sahaja.

"Sebenarnya, kawan auntie ni sudah bertaubat. Dia dulu pernah join party-party liar macam ni. Dia mengandung anak tak tahu siapa ayahnya. Dia gugurkan kandungan tu. Lepas tu bila orang ajak. Dia akan share lokasi pada auntie. Dia tak sertai dan dia bagi alasan cuti." Datin Asmah menceritakan.

"Party seks. Party ni mengajak mereka yang dah berkahwin boleh bersetubuh dengan suami atau isteri orang lain." Danial bongkarkan.

"Macam tu sekali?? Diorang ni Islam ke tak??" soal Kirana geram dengarnya.

"Mereka hanya Islam atas IC sahaja. Dekat laman social dah banyak kes-kes ni." Danial memberitahu. Amin menggelengkan kepala. Keluhan berat diluahkan.

"Bodoh betul. Geli aku share-share kemaluan dengan orang!" kata Kirana menjeling menyampah.

"Dato Jalal pun macam tu. Kalau sertai party ni memang dia bagi kemaluan dia dekat perempuan lain. Jahil-jahil auntie pun. Auntie jaga maruah auntie. Mujur Nufa tak macam ayahnya." kata Datin Asmah. Ada keluhan semasa dia bercakap tadi.

Mereka akhirnya tiba. Tapi terpaksa parking jauh sedikit kerana di luar rumah ada dua orang lelaki berasap rokok. Amin tengok badan Aiman dan Danial.

"Aiman, aku nak mintak tolong. Kau dengan Nazura pancing mereka. Konon kata nak join sekali. Dan lepas tu kau masuk ke dalam. Tapi jangan kunci pintu. Make sure pastikan dua lelaki tu masuk ke dalam rumah." suruh Amin. Aiman dan Nazura mengangguk faham.

Mereka berdua melangkah keluar dari tempat persembunyian. Berjalan perlahan-lahan ke arah rumah itu. Dua lelaki itu memandang Aiman dan Nazura. Dia nampak tubuh Aiman boleh tahan tegap. Tapi pakaian Nazura nampak sopan. Nazura menundukkan pandangan kerana malu dan takut.

"Bro, nama aku Kay. Ni isteri aku Nona. Aku dapat jemputan kata ada party kat sini. Nak sertai boleh??" soal Aiman terpaksa berlakon.

"Bagi kata kunci kalau betul kau dijemput." kata lelaki tu. Aiman dan Nazura mula gelisah. Time macam ni nak kata kunci.

"Kau boleh pakai Nona aku. Tapi, kena masuk dalam bro. Jangan sembang dekat luar. Nanti orang nampak." Aiman sengaja memancing.

"Nanti! Kau bagi dulu kata kunci." lelaki itu tetap berkeras hati. Aiman dah mula kurang sabar tapi terpaksa bertahan.

"Bro, kalau aku bagi kata kunci kat sini. Nanti jiran-jiran dengar." Aiman cuba pancingnya.

"Baik masuk dalam. Nanti dalam sana aku bagi kata kunci." beritahu Aiman dengan tersengih.

"Taknak. Kalau macam tu. Angkat dulu kain Nona. Nak tengok bahagian dalam.." kata lelaki itu membuatkan airmuka Aiman berubah.

Dengan tak cakap banyak. Dia terus tumbuk muka. Dan seorang lagi dia tendang pada bahagian kemaluan. Dua-dua dah tumbang.

"Berani kau nak tengok bahagian aurat isteri aku." kata Aiman pijak dada salah seorang lelaki itu. Dia berpaling memandang isterinya. Nazura senyum dan peluk lengan suaminya.

Aiman panggil yang lain datang segera. Semua mula bertindak dan berlari ke arah Aiman dan Nazura. Dua lelaki tadi telah di tahan oleh penguatkuasa cegah maksiat. Danial yang berbadan besar terus tendang pintu itu sampai roboh.

"Jangan bergerak!! Kami JAIS!" laung ketua JAIS.

Mereka semua meluru masuk ke dalam rumah. Dan pecah masuk bilik semasa mereka yang ada sedang melakukan zina lain-lain suami isteri.

Kirana pegang badan lelaki yang berbadan besar tegap itu. Bahagian tuala di tarik sehingga terlondeh. Lelaki tu cuba nak pukul Kirana. Tapi wanita itu pantas menepis dan kunci serangan. Karmila muncul menendang bahagian kaki belakang. Sophea pun tendang kepala lelaki itu sampai jatuh pengsan.

Kirana cepat-cepat selimutkan untuk tutup bahagian kemaluan. Lelaki itu di kejutkan dengan paksa untuk bangun. Danial terkejut tengok lelaki tu.

"Kau???" soal Danial. Lelaki yang berbadan tegap itu terkejut sama.

"Bodoh!" Danial naik geram tendang lelaki tu lagi. Amin dan Shazlan terus tahan Danial. Dia sabarkan Danial.

Datin Asmah tampar muka suaminya. Nufail sudah menangis di sabarkan Haji Dollah.

"Sayang.." Dato Jalal panggil.

"Cukup! Aku jijik kau panggil aku sayang!" Datin Asmah tengking. Hajjah cuba sabarkan isteri itu.

"Masing-masing dah berkahwin! Beranak pinak! Ada yang bercucu! Tapi buat maksiat lain-lain suami isteri! Apa selera korang ni semua???!" Amin tengking mereka sampai suaranya dapat di dengari jiran sebelah menyebelah.

"Memang aku hantar ke balai polis!! Penjara 50 tahun terus!!!" Amin tengking lagi. Dia pun berjalan keluar sambil bercekak pinggang. Mukanya dah merah sebab marah.

Semua yang di tahan akan di bawa ke balai polis. Datin Asmah mahu tuntut untuk bercerai dengan suaminya.

+++++++++++++

SEMINGGU BERLALU.....

Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia sudah tiba di rumah mereka. Kelihatan anak-anak dan cucu menanti di depan rumah. Ustaz Hanafi dan Ayunie juga ada sama. Anak-anak dan cucu mereka pun ada sekali. Mereka di sambut mesra dan gembira oleh ahli keluarga.

Dilaila ceritakan pengalaman sepanjang ketiadaan mak ayah mereka yang sibuk di rumah Allah di Mekah.

Kirana hanya tengok dari ruang dapur sahaja. Bibirnya senyum kerana dia rindukan wajah ibunya itu. Ustazah Dahlia melayan cucu-cucunya dan manjakan mereka. Aiman pun berbual dengan ayah sambil ceritakan kisah kampung seri itu.

Kirana pergi ke bilik stor yang menyimpan artifak lama. Dia berjalan ke arah sebuah bekas kaca yang di dalamnya sebuah patung Pinokio. Tahun lepas patung tu pernah hilang dan di jumpai dekat sebuah rumah keluarga yang baru berpindah.

Kirana buka buku artifak pasal patung itu. Dia baca sedikit. Ekor matanya terpandang pada bayangan budak lelaki. Tapi, mukanya hitam menggerutu dan menakutkan.

Ustazah Dahlia muncul. Dia tengok anak perempuannya sedang belek bekas kaca itu.

"Dilaila cerita. Kali ni kamu dan Amin adalah wira mereka. Satu lagi, dia bagitahu ada seorang kakak yang juga perawat. Deana kan namanya??" soal Ustazah Dahlia. Kirana pusingkan kepala memandang ibunya. Dia mengangguk.

Ustazah Dahlia menghampiri anaknya. Dia pegang tangan anaknya dan genggam kuat.

"Kirana bersyukur sangat kes kali ini abah dan ibu tak hadap. Kes kali ini jauh lebih bahaya dari tiga tahun lepas. Seperti yang berlaku pada Karmila dulu." kata Kirana memberitahu. Ustazah Dahlia senyum dan menyapu wajah anak gadisnya.

"Ibu, tahun lepas Pinokio ni pernah hilang sekali kan??" soal Kirana. Ustazah Dahlia toleh memandang patung itu.

"Jangan biar pintu ni terbuka lagi. Benda itu memang kuat dan merbahaya." kata Ustazah Dahlia. Dia sebenarnya bukan pandang patung. Tapi memandang Helmi yang sedang duduk di kerusi dalam bekas kaca. Hanya Ustazah Dahlia nampak Helmi dan bukan Pinokio.

PINOKIO soon....

+++++++++++

EPILOG

Hayder terus tutup tv sebab takut. Tubuhnya menggigil menonton filem The Ritual Pocong 2. Hayder baru selesai makan dan menonton filem itu seorang diri.

"Seram pulak tonton. Aduh! Nak masuk dapur takutlah. Tapi, kalau tak cuci pinggan nanti ibu bebel." Hayder mengomel seorang diri.

Hayder cuba beranikan diri masuk ke dapur. Dia buka lampu dapur dan pergi ke arah sinki. Dia mencuci pinggan kotor yang baru habis makan isinya. Setelah cuci, dia meletakkan pinggan di rak untuk keringkan. Hayder terus keluar dari dapur dan menutup lampu. Dia nampak bantal peluknya berada di atas lantai. Tadi dia gunakan untuk melindungi mata semasa babak terkejut.

Hayder terus naik ke tingkat atas dan mahu ke bilik untuk tidur. Pandangan di alihkan ke arah ruang tamu tadi. Kelihatan begitu banyak orang-orang berjubah hitam duduk mengelilingi bantal peluk. Tapi, bantal peluk itu bertukar kepada jelmaan Pocong.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience