Chapter 10

Horror & Thriller Completed 1610

Amir dapat keizinan dari Ustaz Afrizal untuk keluar dengan Fattah dan Dahlan. Entah kemana Amir nak bawa mereka berdua. Amir panggil kawan baiknya bernama Abang Shazwan. Lebih mesra di panggil Shazwan sahaja.

Shazwan menunggu di luar pagar sekolah Madrasah Darul Ar-Ridhuan. Amir, Fattah dan Dahlan masuk ke dalam kereta. Mereka sebenarnya nak pergi ke luar negeri Selangor. Ustaz Afrizal pun tadi cakap jangan pulang sehingga lewat malam.

"Mir, kita nak kemana??" soal Dahlan jenis menyibuk.

"Kau ni Lan. Ikut jelah mana Amir nak bawa." kata Fattah tak suka Dahlan jenis suka banyak soal dan menyibuk.

Shazwan bawa mereka ke sebuah jalan lama dari Selangor nak ke Negeri Sembilan. Suasana sepanjang jalan gelap gelita tiada lampu kuning tepi jalan. Naik meremang bulu roma Dahlan bila tengok keadaan sekeliling. Amir di depan tengah sibuk berbual dengan Shazwan dan banyak juga cerita-cerita tentang mereka.

Mereka kini berada di laluan jalan yang sangat lurus. Kata Amir, inilah jalan yang akan ke sebuah kampung lama yang sudah terbiar usang. Dahlan terus peluk Fattah. Tapi, si Fattah pula rimas dan tolak Dahlan ke tepi.

"Kau ni aku tengok suka layan cerita-cerita seram. Tapi penakut!" kata Fattah naik rimas dengan penakutnya Dahlan.

"Aku ni memang layan cerita seram. Movie ke drama ke. Tapi melibatkan benda-benda halus depan mata ya aku takut." kata Dahlan nampak macam tak senang duduk. Fattah mengeluh.

Shazwan mula perlahankan keretanya. Fattah dan Amir pelik. Tiba-tiba, Fattah terbeliakkan biji matanya. Dia tarik badan Dahlan dan tunjukkan. Dahlan pun nak tengok apa. Dia pun sampai terkejut berut.

Di sebelah kiri mereka. Nampak kelibat beberapa orang kampung sedang mengusung keranda kayu sambil berjalan kaki. Di depan beberapa lelaki yang mengusung keranda ada seorang lelaki macam bilal mengangkat pelita lama antik zaman 30an dulu.

Amir toleh kebelakang memandang dua sahabatnya.

"Korang, mengucap dua kalimah syahadah dan berselawat ke atas junjungan Nabi kita. Baca surah Al-Fatihah." suruh Amir. Dahlan yang penakut itu terus buat apa yang Amir suruh. Fattah sedikit takut.

Fattah sempat toleh dan memandang wajah-wajah mereka putih pucat sangat. Masing-masing lidahnya terjelir panjang sekali. Bilal di depan memandang ke arah Fattah. Terus Fattah pejamkan mata dan baca apa yang sepatutnya.

Shazwan buka cermin tingkap kereta. Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Dia asapkan rokok dan sedut lalu hembus di luar. Amir toleh ke belakang. Orang-orang yang usung keranda dan bilal tadi hilang. Keranda pun turut hilang sekali.

Shazwan berhentikan keretanya di tepi jalan. Amir dan Shazlan turun dari kereta. Fattah pun ikut turun sekali. Dahlan apatah lagi terus turun dan lari ke arah Amir. Gelak je Amir dengan tingkah Dahlan.

"Kau ni nama je sekolah agama tapi penakut." Amir mengusik.

"Kepala hotak kau! Seram gila!" kata Dahlan geram je dengan Amir.

Shazwan mendongakkan kepala ke langit. Fattah nampak lorong gelap di simpang belah kanan seberang mereka.

"Itu lorong apa??" soal Fattah nak tahu. Shazwan yang sedang merokok tengok lorong yang di tunjukkan.

"Itulah jalan masuk ke kawasan perkampungan lama. Kita panggil kampung tu kampung perkuburan." kata Shazwan. Terkejut Dahlan bila dengar nama kampung tu.

"Kenapa kampung tu nama kampung kubur??" soal Dahlan nak tahu.

"Cuba tengok atas." Shazwan suruh Dahlan dan Fattah tengok ke atas.

Perlahan-lahan Fattah, Amir dan Dahlan pandang ke atas. Terkejut mereka bertiga. Lutut Dahlan mula lemah dan mahu jatuh. Tapi, dia disambut Amir.

Kelihatan begitu banyak keranda-keranda kayu berterbangan dengan perlahan di atas kawasan kebun yang mahu masuk ke kampung perkuburan itu. Amir pun terpegun ini kali pertama dia nampak dengan mata kepala sendiri.

"Dah nampak bukan??" soal Shazwan habiskan rokoknya.

Dahlan tengok kanan kiri langsung tiada satu pun kenderaan lalu. Hanya kereta mereka sahaja disini. Dengan di temankan cahaya lampu dari kereta.

"PakNgah Zain mesti ada simpan artifak pasal kampung kubur lama ni." kata Amir teringat Ustaz Zain.

"Nanti cuba cari. Kau kena jumpa Kirana atau Aiman untuk ambil kunci rumahnya." suruh Shazwan. Amir mengangguk faham.

"Sudahlah. Jom balik ke Madrasah.." Fattah mengajak mereka.

Inilah kali pertama dalam hidup selama 17 tahun dia nampak dengan mata kepala sendiri ada banyak keranda-keranda kayu terbang di ruang atas mereka. Memang jadi satu pengalaman yang bermakna buat Fattah dan Dahlan. Mereka masuk semula ke dalam kereta dan terus bergerak pergi.

+++++++++

Kirana celikkan mata. Pandangan pertama dia ada siling macam berada di rumah. Tubuhnya terasa sejuk di tiup angin penghawa dingin. Dia bangunkan badan. Dia pusingkan badan ke sebelah kanan. Jam di ambil dan tengok sudah pukul 9 malam. Dia terkejut kerana dia belum menunaikan solat fardhu maghrib lagi.

Kejadian Nufail melekat ke dinding dan merangkak tu bermain dalam buah fikiran. Dia memang yakin sangat lelaki tu terkena gangguan yang sungguh dahsyat. Dua ekor yang merasuknya tu bukan sembarangan. Semasa pertempuran kes Karmila dulu sudah teruk sampai membuatkan ayah tertekan sangat.

Inikan pula kes yang paling besar dia akan hadap. Kirana turun dari katil untuk ke bilik air. Dia mahu menunaikan solat Isyak dahulu.

Selesai solat Isyak, dia kembali duduk atas katil. Di bawah kedengaran suara Hakim, Aiman dan Nazura. Suara anak-anak pun kedengaran. Kirana capai telefon bimbit. Dia buka kunci skrin. Terpapar gambar mereka satu keluarga. Hatinya bersyukur abah dan ibu tidak hadap kes-kes begini.

Waktu-waktu macam ni mesti ibunya berada di masjid besar Mekah sana. Bestnya dapat tengok kaabah depan mata. Sedang ralit dia melayan perasaan. Dia teringat Esah pernah tuduh dia hantar orang yang kacau kawasan Esah. Mungkin perempuan yang dia maksudkan tu adalah Deana.

Kirana masih terbayang-bayang muka dua ekor Pocong itu. Mereka nampak macam terlampau kuat sangat sampai dia dan suami pun susah nak kawal. Apatah lagi Deana.

Daun pintu dibuka seseorang. Nazura muncul bersama Deana. Mereka berdua bersalaman. Kirana nampak macam letih sangat selepas pertempuran tadi.

Mereka turun ke bawah. Kirana menyandarkan badan pada sofa. Deana pun turut duduk sekali.

"Kakak dah kahwin??" soal Kirana.

"Sudah dik. Kakak ada dua orang anak. Yang sulung Ain, yang kedua Wafiy." terang Deana. Kirana mengangguk.

"Suami??" soal Kirana. Bila sebut pasal suami terus berubah muka Deana.

Kirana mula serba salah. Aku ni salah cakap ke? Kirana berkata dalam hati.

"Akak okey?" soal Kirana.

Kebetulan Nazura dan Aiman baru keluar dari bilik tingkat atas. Memang mereka sekarang berada di rumah Ustaz Zain. Ini kes selepas selamatkan dari rumah Datin Asmah tadi. Amin dan Dilaila sudah pulang ke rumah mereka selepas bantu tadi.

"Kakak, saya minta maaf kalau mulut saya ni lancang. Saya tak bermaksud pun nak lukakan hati akak." kata Kirana meminta maaf. Deana senyum dan dia pun taknak ambil hati.

"Kakak cerai hidup. Bekas suami pun kahwin dengan perempuan pilihan. Biarlah dia tu bahagia. Asalkan kakak pun bahagia ada anak." kata Deana. Kirana menarik nafas lega. Risau juga dia kalau dah terlukakan hati orang.

"Betul tu kak. Ki sokong Kak Deana." kata Kirana. Dia tarik tangan Deana dan pegangnya.

"Kak Deana, keluarga kakak ni orang silat ke?? Sebab Hakim tengok kakak ni memang hebat. Kena tolak dengan makhluk dalam badan mangsa tadi pun boleh bangun balik." Nazura puji kehebatan Deana.

"Takdelah dik. Akak cuma orang biasa. Yelah Allah dah berikan kita kelebihan. Gunakan jalan yang baik. Dulu masa mak akak mengandungkan akak. Dia sebenarnya mengandungkan dua anak. Satu akak, dan satu lagi tu kembar akak dari alam bunian." Deana menceritakan salah silah keluarganya.

Terkejut Aiman, Nazura dan Kirana.

"Kembar dari alam bunian?" soal Kirana. Deana mengangguk.

"Betul dik. Bila akak lahir. Kembar akak yang satu lagi pun dah dibawa lari ke dunia bunian. Mereka cuma tumpangkan bayi tu dalam perut mak akak masa mengandung dulu." cerita Deana. Nazura menongkat dagu. Seronok pulak dengar.

"Sama macam Amin. Husband Dilaila. Tapi, Amin dulu di tabalkan sebagai Putera Bunian. Kerana Raja dan Permaisuri Bunian sangat sukakan Amin. Sebab tu ada harimau jaga salasiah keluarga Amin." Kirana memberitahu.

"Sama macam akak. Keluarga akak pun ada harimau yang jaga. Beri makan hanya dengan surah Al-Fatihah selepas solat." Deana pun tetap memberitahu dia juga ada kena mengena dengan harimau.

"Baguslah kalau dah ada akak dekat sini. Abah dan ibu sebenarnya dah tak larat. Abah pun mula sakit-sakit selepas kalahkan Esah tiga tahun lalu." Kirana menceritakan. Baru Deana mula teringat topik yang dia nak kongsikan sebenarnya.

"Pernah berlaku ke sebelum ni?" soal Deana memandang serius.

"Tiga tahun dulu. Ada seorang perempuan ni amalkan ilmu susuk untuk merawat mukanya yang sudah rosak. Mukanya memang teruk masa tu sebab dulu kerap tukar-tukar barang kecantikan. Perempuan Iblis tu bernama Esah. Esah tu buat satu ritual dengan gunakan tali pocong sebagai bahan asal. Jadi, perempuan tu pun minumnya. Pada awalnya semua biasa sampai perempuan tu kena gangguan makhluk Pocong menyebabkan dia tertekan dan stress. Itu yang dia minta bantuan abah dan ibu.

Abah dan ibu fikir benda ni biasa. Tapi rupanya sangat berbeza dari kes-kes mereka sebelum ni. Bila dah melibatkan dukun itu seorang Pontianak. Bertambah susah abah dan ibu nak lawan. Terpaksa panggil kami anak-anaknya dan kawan abah, Ustaz Hanafi. Kami lawan dan cuba lawan. Oleh sebab tu Esah bengang bila kami masuk campur cuba selamatkan perempuan tu. Benda tu mula mengganas dengan mengacau Dilaila yang mengandung. Aiman dan Nazura satu keluarga. Daniel dan Tiara. Habis kami semua terkena gangguan Pocong-Pocong. Anak Aiman dengan Nazura diculik termasuk diri saya. Tiga tahun dulu saya tak sekuat macam sekarang. Dulu saya paling takut." Kirana menceritakan segala-galanya. Deana mengangguk faham.

"Akak nak tanyalah. Semua tahu tak pasal Kampung Seri Kuning Kembangan?" soal Deana. Kirana memandang Aiman dan Nazura.

"Kampung Seri Kuning Kembangan? Kampung apa tu??" soal Nazura.

"Akak tak tahu. Tapi, akak ada bermimpi pasal kampung tu. Masa dalam mimpi. Akak berada di tengah-tengah jalan. Sepanjang jalan besar kanan kiri takde satu pun kenderaan dan gelap gelita. Lampu tepi jalan pun takde. Akak masa tu ada lampu suluh.

Akak nampak ada satu jalan kecil yang masuk ke kawasan hutan sawit. Bila akak masuk memang gelap gila. Takut tu jangan tanyalah. Meremang masa tu. Dan lepas beberapa minit. Akak nampak cahaya putih. Bila dekat-dekat nampak ada rumah kampung lama. Akak nampak ada orang kampung yang berpakaian cara orang dahulu zaman 30an 40an 50an.

Akak beri salam tapi tak di layan. Itu yang akak sempat masuk ke dalam rumah. Mereka berkeluarga. Bayangkan akak tengok muka mereka pucat macam mayat. Dengan bibir masing-masing kering. Bila akak pejamkan mata dan bismillah. Akak celik. Semua berdiri pandang akak dengan renungan tajam. Lampu kelip tiba-tiba dan bila menyala. Semua bertukar jadi Pocong." cerita Deana. Terkejut Aiman dan Nazura. Kirana juga tak terkecuali.

"Jadi Pocong?? Satu keluarga tu jadi Pocong?" soal Kirana.

"Iya dik. Masa tu akak dah meremang." kata Deana. Terkelu lidah Kirana.

"Abah ada simpan satu artifak pasal sejarah-sejarah mistik lama. Masa kecik-kecik dulu abah ada bual dengan ibu. Abah ada cerita pasal Kampung Seri Kuning Kembangan. Sekejap, saya masuk dalam bilik stor bawah." Aiman minta diri untuk ke bilik bawah yang menyimpan khazanah misteri.

"Jomlah sekali." Kirana mengajak Deana untuk ke bilik bawah. Nazura tidak ikut kerana nak jaga Faris dan dua anaknya lagi.

Deana masuk ke dalam bilik bawah. Inilah kali pertama dia jejak masuk. Dia tengok sekeliling dan barang-barang lama disusun cantik dan berkemas. Deana tengok ada dua mannequin busana pengantin warna kuning keemasan.

"Dulu ada cerita pasal mereka. Masa perkahwinan mereka berlangsung. Jepun datang menyerang dan pancung kepala semua orang kampung. Pengantin lelaki di pancung. Pengantin perempuan dirogol dan di pancung mati." Kirana memberitahu. Deana mengangguk faham.

Dia mengalihkan ke tempat lain. Dia tengok ada satu macam nota. Ada beberapa kepingan surat khabar yang di gunting. Terdapat gambar makhluk hitam macam berupa anjing besar.

"Itu Serigala Jadian." kata Kirana.

Deana mengalihkan pandangan ke arah sebuah bingkai kaca. Di dalamnya terdapat sebuah patung Pinokio di dalamnya. Kirana ikut Deana kemana dia nak pergi tengok.

Deana halakan tangan ke arah bingkai. Dia dapat rasa aura yang berlainan dari dalam itu. Macam aura yang terlampau kuat.

"Itu Pinokio. Pemilik asalnya merupakan seorang budak lelaki bernama Helmi. Arwah Helmi seorang pelakon era 70an. Masa tu dia sangat terkenal. Tapi, ada satu keluarga dengki dengan Helmi dan menyebabkan kematian. Pinokio di rampas untuk bagi pada anak mereka yang teringinkan Pinokio itu. Sebenarnya ada banyak teori pasal Pinokio. Cerita asalnya tak tahu. Banyak sangat spekulasi pasal Pinokio ni." cerita Kirana. Deana tarik semula tangan dari bingkai kaca itu.

"Dia sebenarnya teraniaya. Jiwanya penuh amarah dan dendam. Dia serahkan segalanya pada Syaitan untuk balas dendam." kata Deana boleh rasa kekuatan dan kuasa Pinokio itu.

Aiman kembali selepas dia baru buka helaian tentang artikel Kampung Seri Kuning Kembangan. Kirana dan Deana pun nak tengok sama.

Mereka baca sejarah asal usul kampung itu. Apa yang pernah Deana baca di blog semua sudah tertulis dalam sebuah artifak Ustaz Zain. Ada gambar berbeza siang dan malam. Memang betul apabila waktu siang. Lorong laluan yang masuk Kampung Seri Kuning Kembangan ditutup dengan semak yang sangat tebal. Apabila tibanya malam, semak itu hilang dan munculkan lorong masuk sahaja.

"Cuba tengok nama siapa yang abah sebut. Mantaha." Aiman sebut nama itu.

"Mantaha??" soal Kirana. Deana cuba cari maksud nama.

"Kejap, cuba baca petikan ni. Wali Husin telah di kalahkan oleh Mantaha pada tahun 1927. Dan telah di halau keluar oleh orang kampung. Selama 70 tahun ramai penduduk Kampung Seri Kuning Kembangan tidak kuat agama dan mengamalkan ilmu pusaka. Maksudnya, Mantaha ni mungkin pengamal ilmu hitam sampai hasut orang kampung. Dan Wali Husin ni orang kuat iman.

Ni dari petikan ni. Selama 70 tahun surau di bina. Hanya Wali Husin dan seorang bilal yang ke surau untuk tunaikan solat. Bila Mantaha masuk ke kampung tu pada 1918. Mantaha mula cucuk orang kampung sikit demi sikit untuk ikut ajaran dia. Bilal keluar dari kampung tu dulu barulah Wali Husin. Dan selepas Wali Husin dan Bilal tu tinggalkan kampung. Tak lama lepas tu dia dah tak dengar lagi cerita pasal orang kampungnya. Tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1930an, Kata orang kampung baru tempat Wali Husin menetap sekarang. Kampung Seri Kuning Kembangan menjadi kampung terbiar. Orang kampung hilang secara ghaib tiba-tiba." ujar Deana. Kirana dan Aiman hanya mendengar sambil turut membaca.

"Kalau macam tu. Kita sendiri kena pergi jumpa Wali Husin. Kalau jumpa anak atau cucunya lagi baik." kata Kirana cadangkan. Aiman buka helaian lain. Dan akhirnya jumpa. Aiman tunjuk gambar pemuda lelaki.

"Ini cucu Wali Husin. Namanya Samad." kata Aiman.

Kirana dan Deana berpandangan dan mereka menunduk untuk bertemu dengan Samad. Yang merupakan cucu kepada Wali Husin.

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience