Chapter 12

Horror & Thriller Completed 1610

MADRASAH DARUL AR-RIDHUAN

Hari menjelang malam. Pelajar-pelajar berkumpul di surau yang dibina agak besar itu. Syasya, Izara dan Layla berada di surau. Sementara Farisya tak dapat datang kerana dia 'cuti' dari menunaikan solat.

Amir Imamkan murid-murid lain. Syasya yang mendengar suara Amir jadi terkesima sekejap. Memang suara lelaki tu merdu. Tapi, dia pula yang menjual mahal.

Selesai menunaikan solat Maghrib dan Isyak tadi. Pelajar-pelajar mula mengaji Al-Quran di surau. Satu hari hanya satu helai buka muka surau. Entah berapa kali mereka dah khatam Al-Quran.

Syasya duduk di bahagian tangga luar surau. Menunggu Izara dan Layla sedang mengaji Al-Quran. Syasya sebenarnya risaukan Farisya yang duduk sendirian di bilik dorm. Selepas kejadian kena gangguan Nenek Tua tu. Farisya jadi takut. Kawan baik mereka Haura pun dah takde lagi. Entah kemana gadis itu pergi?

Sementara di bilik dorm. Farisya bangun dan mahu keluar dari biliknya. Rasa tak selesa duduk lama-lama di dalam. Farisya keluar dari bilik asramanya. Masa berjalan tu dia tertoleh ke sebelah kanan. Memandang ke arah jalanraya di luar pagar asrama. Langkahnya mati. Farisya ternampak ada sekumpulan manusia lelaki perempuan berdiri betul-betul luar pagar sekolah. Setiap pagar ada mereka sedang berdiri. Baju yang di pakai semua baju orang lama yang lusuh. Pakaian pada zaman 40an.

Farisya perasan muka mereka pucat dan bibirnya kekeringan. Dia pejamkan mata dan menyebut nama Allah beberapa kali. Apabila matanya mencelik. Dia pandang balik luar pagar sekolah. Mereka semua tiada. Farisya teruskan perjalanan lagi. Dia turun ke bawah dengan berhati-hati.

Semasa menuruni anak tangga. Dia terkejut lagi. Kali ini dia nampak seorang budak lelaki berpakaian baju macam baju badut. Warna merah dan ada kolar bajunya warna putih. Topi budak itu juga putih tapi bentuk kon. Seluar pendek paras bawah lutut warna putih susu. Dia peluk sebuah patung aneh seperti patung Pinokio. Patungnya juga pakaian sama macam budak lelaki itu. Budak lelaki itu pun pakai topeng yang hanya menutup bahagian mata dan hidung. Mulutnya terdedah.

"Adik.. Buat apa disini??" Farisya menyapa. Gaya budak ni macam berusia 12 tahun.

Budak lelaki itu meletakkan patung Pinokio betul-betul di bahagian lantai tangga. Farisya dah berdecit. Budak aneh tadi pun pergi turun ke bawah. Farisya tengok budak tu sampai menghilang. Dan dia kembali tengok patung tu pula. Langkah pertama dia nak turun. Tiba-tiba aras bawah gelap macam di lindungi dengan kepulan asap hitam. Terbantut Farisya nak turun.

Kedengaran suara menderam dari arah patung Pinokio itu. Farisya macam dari gelap pekat ada dua tanduk Syaitan. Dan perlahan-lahan muncul kepala Syaitan yang hitam kemerahan gelap. Biji matanya kecil dan kemerahan pekat. Farisya terus lari nak naik. Dia pandang ke atas. Budak lelaki tadi di atas memandang Farisya dengan tajam. Ada aura kehitaman keluar menyelubungi atas budak itu seperti gumpalan awan.

"Makk..!!! Syasya...!!! Tolong...!!!" Farisya menjerit sampai dia terjatuh dan terduduk. Budak kecil itu berjalan turun. Syaitan yang di bahagian aras bawah mahu naik. Farisya tutup telinga dengan kedua-dua belah tangan dan matanya dipejam rapat.

Pada masa yang sama. Syasya, Izara dan Layla berjalan untuk naik tangga. Sampai di tangga untuk ke aras tingkat mereka. Kelihatan Farisya menangis sambil tutup mata dan telinganya rapat-rapat.

"Ya Allah, Farisya!" Syasya berlari mendapatkan Farisya. Layla dan Izara pun ikut membantu.

"Farisya!" Layla pun panggilnya.

Semasa mereka menyentuh. Farisya terus meracau dan menjerit kuat. Syasya cuba ruqyahnya. Terjerit-jerit Farisya bila tubuhnya terasa sangat panas macam terbakar. Layla tahan kakinya. Izara tahan kedua-dua tangan. Syasya pegang kepalanya dan mulakan ruqyah.

Kebetulan Amir dan Ustaz Afrizal yang berhampiran dengan asrama perempuan terdengar. Ada dua pelajar perempuan panggil Amir dan Ustaz Afrizal. Mereka menceritakan lagi dan terus berlari ke arah asrama perempuan.

Ustaz Afrizal ketuai dan paksa pelajar-pelajar perempuan ke dalam dorm. Kerana dia nampak di antara mereka tidak bertudung. Amir pandang ke bawah dan tidak mahu menatap mata dengan pelajar-pelajar perempuan. Mereka naik ke aras atas.

Dan setibanya. Ustaz Afrizal kenakan glove getah putih. Amir pun pakai glove getah juga. Mereka mula menyentuh. Sebaik sahaja Amir pegang kepala Farisya. Matanya terus keputihan. Dia nampak jelmaan budak lelaki yang peluk patung Pinokio. Dan di belakang budak lelaki ada satu makhluk hitam yang menakutkan.

"Abyad.." gumam Amir menyebut nama Syaitan itu.

Amir terus kembali sedar dan memulakan ruqyahnya. Ustaz Afrizal juga turut ikut baca-bacanya. Begitu juga dengan Syasya. Pelajar-pelajar perempuan di suruh Ustazah Huda kembali ke bilik mereka. Risau kalau terjadi apa-apa nanti.

"Apa kamu cakap Amir??" soal Ustaz Afrizal.

"Abyad.. Salah satu makhluk Iblis yang kuat." luah Amir. Ustaz Afrizal mengangguk faham.

Mereka berdua kerjakan Farisya dengan meruqyah. Tak lama selepas itu barulah tenang. Ustaz Afrizal ucap alhamdulillah. Amir bangun dan terus berjalan turun ke bawah. Layla, Izara dan Ustazah Huda bantu memapah Farisya untuk di bawa ke bilik asrama. Ustaz Afrizal ikut sebab nak pulihkan semangat Farisya.

Syasya ikut Amir dari belakang. Amir duduk di kerusi yang telah di sediakan. Syasya duduk di sebelah Amir.

"Terima kasih tau selamatkan Farisya dua. Saya boleh saja ruqyah tapi awak lebih handal." Syasya memuji. Ini kali pertama Amir blushing. Lebih-lebih lagi yang pujinya tu perempuan yang dia ada menaruh hati.

"Saya ikhlas kerana Allah. Alhamdulillah, Allah beri kelebihan pada saya." kata Amir. Syasya tersenyum malu.

"Awak, saya minta diri dulu. Tak manis kalau orang pandang." Syasya nak minta diri. Amir mengangguk faham. Dia tak halang pun. Memang tak manis jika dipandang.

+++++++++++

Nawra sudah berada di rumah. Sakit kepalanya masih terasa lagi. Rasa macam nak pecah kepala bila teringat malam kejadian tiga hari lepas. Macam manalah boleh dia terkena gangguan Pocong? Dia taknak tuduh orang lain. Tapi hatinya kuat mengatakan ini semua angkara Nufail. Selepas kes dia putuskan pertunangan sebelum ni.

Nawra ambil minyak kapak. Dia sapunya di dahi. Pintu bilik tidurnya terbuka sendiri. Izzah muncul dan berdiri di luar saja.

"Kau nak makan??" Izzah menyoal. Nawra senyum dan menggelengkan kepala.

"Kau makanlah. Aku takde selera." kata Nawra. Izzah mengeluh halus dan mengangguk faham.

Izzah menutup pintu bilik tidur Nawra. Berjalan untuk turun ke bawah. Izzah pergi ke arah dapur. Lauk tadi petang dia panaskan semula. Sedang sibuk panaskan lauk dan gaulkannya. Izzah nampak Nawra berdiri tegak di halaman belakang rumah.

Minah ni buat apa dekat belakang tu? Bukan dia sakit kepala ke? Izzah kecilkan api dan pergi ke pintu untuk keluar ke laman belakang rumah. Dia pulas kunci dan pintunya dibuka. Kelibat Nawra tadi hilang dan tiada disitu.

"Izzah."

Izzah terus terkejut bila Nawra sentuh bahunya sambil panggil. Nawra pun terkejut tengok Izzah macam nampak hantu.

"Kau kenapa??" soal Nawra. Izzah terkejut Nawra ada depan. Dia lambai-lambai depan muka. Nawra tepisnya.

"Kau kenapa??" soal Nawra.

"Aku tadi nampak kau kat belakang rumah. Tiba-tiba kau kat sini!" kata Izzah memberitahu. Nawra mengerutkan dahi.

"Kau demam aku rasa. Aku ni tengah sakit kepala nak buat apa merayap keluar??" soal Nawra sempat pegang dahi Izzah. Berpeluh dahi si Izzah.

Izzah menarik nafas dalam-dalam. Dia toleh semula ke arah halaman belakang rumah. Memang Nawra tiada disitu. Izzah kembali menutup pintu bilik.

"Kau nak makan?? Aku panaskan lauk ni." soal Izzah. Nawra hanya mengangguk.

"Lapar tiba-tiba.." kata Nawra.

Izzah matikan api dan tuangkan lauk petang tadi ke dalam pinggan. Dan dia meletakkan di atas meja.

"Izzah!"

Izzah dan Nawra terdiam. Izzah tiba-tiba dengar suara Nawra panggilnya. Tapi kali ini suara tu datang dari ruang tamu. Izzah terus berjalan untuk tengok gerangan yang panggilnya. Terkejut dia bila Nawra yang kali ini betul-betul di ruang tamu.

"Izzah! Tu siapa??" soal Nawra tunjukkan ke arah 'Nawra' yang bersama Izzah.

Ekor mata Izzah terus perlahan-lahan nak tengok. Tapi, dia nampak Nawra di situ memandang ke arah Izzah dan Nawra nombor dua. Izzah kembali memandang Nawra yang ada di ruang tamu.

"Izzah, aku ni Nawra sebenar. Yang dekat dapur tu penipu!" kata Nawra yang kedua.

"Kau tu yang tipu! Izzah, percayalah aku yang sebenar!" kata Nawra pertama.

Izzah dah mula panik dan tak tahu siapa Nawra yang sebenar. Dia takut-takut pandang kedua-dua Nawra di depan matanya. 'Kembar' itu mula bertengkar dan bergaduh. Izzah tutup telinganya dan menjerit dengan kuat.

Nawra yang sebenar berada di dalam bilik terkejut dengar suara Izzah menjerit. Dia mula nak bangun dan turun dari katil. Baru nak berjalan. Pintu biliknya terbuka dengan tiba-tiba. Nawra undur beberapa langkah. Muncul satu susuk lelaki berbadan besar. Berotot tegap sasa. Dia mengenakan kain kafan dan tidak sama sekali macam Pocong lain.

Muka makhluk itu menakutkan dan kehitaman legam. Tubuh badan berotot tegap sasa juga penuh parut dan berbau sangat busuk. Hanya bahagian atas kepala berbalut seperti Pocong. Dan dia boleh berjalan serta tangan boleh bergerak macam orang biasa. Zabir mendengus sehingga menayangkan gigi tajamnya. Matanya keputihan susu.

"Mak!" Nawra panggil emaknya perlahan.

"Apa khabar Nawra?" Zabir menyapa dengan mendengus. Bunyi nafasnya sangat kuat.

"Taknak!" Nawra lari dan tolak badan Zabir. Dia terus lari keluar dari bilik.

Nawra turun dan terkejut dia apabila ada dua Pocong. Satu berada di ruang tamu. Dan satu lagi di ruang dapur. Nawra terus turun dan berlari mendapatkan Izzah. Masa dia sentuh tangan Izzah. Kawan satu rumahnya menjerit macam kena histeria. Izzah buka mata dan terus menjerit ada Pocong mukanya hitam.

"Izzah! Keluar jom!" Nawra terus tarik tangan Izzah dengan membantunya bangun.

Mereka berdua mahu lari untuk keluar. Zabir melompat dan terus berdiri depan pintu utama. Nawra dan Izzah matikan langkah. Mereka buntu dan mula gelisah. Izzah terus peluk Nawra bila ada Pocong satu di belakang mereka.

"Nawra!" jerit Zabir dengan suara paraunya.

Nawra dan Izzah berpelukan ketakutan. Mereka sampai terjatuh dan terduduk. Airmata dah berjujuran mengalir. Dua ekor Pocong menghampiri Zabir. Berdiri di antara Zabir.

Zabir pegang tangan Nawra. Gadis itu menjerit dan tepisnya. Izzah pun turut pukul tangan Zabir sambil menyembunyikan wajah akibat takut. Zabir ketawa dengan kuat.

Tiba-tiba, pintu rumah di tolak dengan kuat. Muncul Haji Dollah dan Hajjah. Haji Dollah terus membaca ayat suci dan halakan tangan ke arah mereka. Hajjah juga melakukan perkara yang sama. Nawra terus tarik tangan Izzah dan papahnya untuk keluar.

Dua Pocong berundur manakala Zabir dalam keadaan tenang. Haji Dollah halakan tangan ke arah Zabir. Memang tak jalan segala bacaan Haji Dollah. Hajjah pun tolak dua Pocong tadi dan bantu suaminya. Zabir balas dengan ketawa. Dia terus tolak mereka dengan kekuatan kuasa ghaib. Haji Dollah dan Hajjah tertolak kuat keluar dari rumah.

"Walid! Umi!" jerit Nawra lalu berlari mendapatkan ibubapanya. Haji Dollah muntah darah. Hajjah juga muntah darah sama.

"Ha... Ha... Ha... Ha... Ha... Lemah!!" Zabir mengejek.

"Walid! Umi! Kita undur dulu!" suruh Nawra tarik tangan ibubapanya. Izzah pun turut membantu Hajjah. Nawra bantu ayahnya keluar dari kediaman.

Zabir keluar sambil melihat mereka berpusu-pusu masuk ke dalam kereta. Zabir ketawa dengan kuat sekali.

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience