Series
991
Bab 18
Selamatkan Diri
“Lari ke bangunan B sekarang!”
“Selamatkan diri!”
Jerit Joehainor memberi arahan kepada semua skuad untuk selamatkan diri selepas makhluk Zek merempuh masuk semula dengan ganas, sehingga pintu pagar tumbang. Ketika itu semua terkejut dan, mendengar arahan Joehainor, terus berlari menyelamatkan diri. Namun, pada masa yang sama, Zek terus berlari dengan pantas mengejar mangsa yang sedang berlari menyelamatkan diri. Keadaan menjadi haru-biru, dan Zek berlari serta melompat menangkap mangsa yang menuju ke bangunan B. Suasana menjadi sangat menakutkan dan mengerikan tanpa belas kasihan; jeritan meminta tolong, kesakitan akibat digigit dan diratah hidup-hidup oleh Zek menjadi mimpi ngeri bagi yang masih berlari menyelamatkan diri.
Pada masa yang sama, ketika Joehainor sedang berlari sambil melawan makhluk Zek, tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak menangis ketakutan apabila melihat keadaan sekeliling yang menakutkan dengan suara Zek yang mengganas.
Joehainor melihat kanak-kanak tersebut dan terus berlari ke arahnya untuk membawanya bersama ke bangunan B. Semasa Joehainor ke sana, seorang lelaki cuba menyelamatkan kanak-kanak itu, namun gagal apabila makhluk Zek melompat ke badan lelaki tersebut dan terus merobek lehernya dengan ganas. Kejadian berlaku sangat pantas, dan Joehainor, tanpa berfikir panjang, terus pergi menyelamatkan kanak-kanak itu.
Joehainor terus berlari ke arah kanak-kanak itu dan merempuh dengan kuat berhampiran lelaki dan makhluk Zek untuk mendapatkan kanak-kanak itu. Kedua-duanya terpelanting terbang di atas kepala kanak-kanak itu. Lalu, Joehainor mendukung kanak-kanak itu untuk dibawa bersama berlari ke bangunan B. Ketika Joehainor sedang berlari di tepi dewan sebelah kanan, ia gagal kerana makhluk Zek sudah memenuhi ruang sekitar dewan sambil mencari mangsa. Joehainor berada dalam keadaan takut, gementar, dan mati akal melihat sekeliling sudah tidak ada jalan keluar. Joehainor menutup mulut kanak-kanak itu agar tangisannya tidak didengari oleh makhluk Z, tetapi gagal apabila tangisan budak itu makin lama makin kuat akibat ketakutan melampau dan punah harapan untuk selamat.
“Jangan nangis! Nanti benda itu dengar!” kata Joehainor sambil menekup mulut kanak-kanak itu.
Tetapi gagal apabila makhluk Zek terdengar tangisan itu dan terus berlari dengan laju ke arah Joehainor dan kanak-kanak itu. Joehainor kelihatan mati akal dan cuba berlari ke tempat lain. Sebelum Joehainor sempat berlari, satu makhluk Zek telah melompat dan mencuba menerkamnya. Dia terkejut dengan lompat itu sambil memalingkan badannya ke tempat lain.
Pada masa yang sama, lebih separuh skuad yang dipimpin oleh Joehainor telah menjadi mangsa Zek, dan separuh lagi masih berlari sambil dikejar Zek ke bangunan B. Mereka yang sudah sampai bangunan B terus ke pintu pagar tangga untuk bersedia menutup pintu sambil menunggu sebanyak mungkin yang selamat. Apabila makhluk Zek menghampiri bangunan B, mereka yang terselamat menutup pintu pagar tangga dan memberikan arahan kepada yang lain untuk menaiki pintu pagar tangga yang satu lagi.
“Pintu lagi satu! Cepat!” jerit salah seorang daripada mereka sambil menunjuk ke arah pintu pagar tangga satu lagi sambil menutup pintu pagar tangga menggunakan kayu sebagai penahan. Pada masa yang sama, mereka juga membuat bising untuk menarik perhatian makhluk Zek lain agar memberi masa kepada yang masih berlari menyelamatkan diri untuk naik ke pintu pagar. Ada juga yang berputus asa akibat terlalu penat berlari, berhenti, berpusing semula, dan mengorbankan diri menahan makhluk Zek daripada mengejar rakan mereka agar sempat menyelamatkan diri. Suasana tegang menjadi sedih apabila ada dalam kalangan mereka sanggup berkorban demi nyawa rakan lain.
Sieftis melihat situasi itu dengan sangat sedih kerana ramai sudah terkorban demi menyelamatkan nyawa lain. Sieftis terdiam seketika untuk memberikan penghormatan terhadap yang terkorban. Setelah itu, beliau memberikan arahan secara isyarat tangan kepada yang terselamat untuk mengira beberapa orang yang terselamat. Beberapa minit kemudian, salah seorang wakil memberi isyarat tangan, seramai 25 orang sahaja yang terselamat, selebihnya terkorban. Sieftis bertanya mengenai keberadaan Joehainor, namun wakil tersebut hanya menggelengkan kepala.
Sieftis seolah-olah tidak percaya, orang kanan yang paling diharap tiada bersama skuad. Sieftis hanya mampu menahan air mata dan menarik nafas sedalam-dalamnya, hampir hendak pengsan. Sieftis terus pergi ke hujung koridor untuk mencari kelibat Joehainor, namun tidak nampak. Sieftis terduduk di hujung koridor merangkum kedua-dua lututnya sambil menahan kesedihan.
“Joe, mana kau? Jangan tinggalkan aku berseorangan. Aku tak mampu buat semua seorang diri,” bisik Sieftis pada dirinya sendiri.
Ketika Sieftis sedang berkata-kata dengan dirinya sendiri, salah seorang ahli majlis mendekatinya untuk mengetahui tindakan seterusnya bagi kesinambungan keselamatan orang di bawahnya.
“Seiftis, apa yang perlu kita lakukan seterusnya?” kata ahli majlis itu.
Sieftis tersentak daripada kesedihannya sambil mengelap air matanya apabila ditanya tindakan seterusnya.
“Sieftis? Kau okay ke ini? Kenapa kau menangis?”
“Aku tak nampak Joe,” kata Sieftis sambil mengelap air matanya.
“Dah tanya dengan skuad ke?”
“Sudah, tapi Joe tidak ada dengan diorang yang terselamat,” sebak Sieftis.
“Mungkin dia bersembunyi dekat dewan itu,” kata ahli majlis cuba menenangkan hati Sieftis.
“Mana mungkin, tengok sendiri berapa banyak mayat hidup kat bawah sana, mustahil nak selamat,” kata Sieftis lagi.
“Positif sikit, Seiftis, jangan fikir negatif. Apa yang berlaku dekat Joe, kita doakan yang terbaik. Sekarang ini aku tanya, apa tindakan seterusnya? Semua tunggu arahan kau ini,” ujar ahli majlis dengan tegas untuk memastikan Sieftis berfikir semula dengan waras.
“Ok baik. Buat kiraan yang terselamat: orang tua, perempuan, kanak-kanak. Lepas itu cuba check walkie-talkie, mana tahu ada respon yang terselamat di bawah sana. Buat catuan makanan untuk seminggu ini. Itu sahaja,” arahan Sieftis kepada ahli majlis sambil bangun melihat keadaan di bawah.
Sieftis gagahkan diri bangun dan terus bergerak ke setiap kelas untuk memastikan semua dalam keadaan selamat dan tidak terkena gigitan atau jangkitan. Suasana ketika itu sangat berhati-hati dan meminimumkan bunyi agar makhluk Zek tidak lagi agresif.
Pada masa yang sama di belakang dewan, Joehainor memalingkan badannya ke tepi untuk mengelak dari rempuhan makhluk Zek arah belakang sambil mendukung kanak-kanak itu. Joehainor terus berlari sambil mengelak dan menendang makhluk Zek yang cuba menerkamnya. Situasinya menjadi sangat genting apabila makin banyak makhluk Zek mengejarnya dari semua arah, dan nafas Joehainor naik turun dengan cepat.
Pada masa yang sama. dibelakang dewan
Sedang Joehainor cuba mencari jalan menyelamatkan diri berlari mengeliling dewan sambil melihat pintu yang terbuka, namun semuanya hampir dipenuhi makhluk Zek. Suara menakutkan mereka membuatkan Joehainor mati akal.
Ketika sedang berlari di luar belakang sambil mengelak dan menepis serangan makhluk Zek, Joehainor ternampak satu tingkap terbuka, lalu secepat fikirnya, dia melambungkan kanak-kanak itu masuk ke tingkap bilik terbuka itu.
“Adik, pakcik nak adik lompat kat tingkap itu sekarang!” kata Joehainor.
Kanak-kanak itu tidak memberikan sebarang respon, cuma menangis. Tanpa berfikir panjang, Joehainor ingin melambungkan kanak-kanak itu masuk tingkap, tetapi gagal apabila kanak-kanak itu berpaut pada leher Joehainor dengan sangat kuat dan tangisannya makin bergema akibat ketakutan melampau.
Apabila Joehainor sedang bergelut untuk memaksa kanak-kanak itu melompat, secara tiba-tiba makhluk Zek menerjah dari sisi kiri dan terus menggigit lengan kirinya dengan ganas. Joehainor terkejut dengan gigitan itu, tetapi terus membuat keputusan untuk menolak secara paksa kanak-kanak itu masuk tingkap dan menumbuk bertalu-talu muka makhluk Zek sambil merentap lengannya sehingga gigi makhluk Zek tercabut.
Setelah mendapat sedikit ruang, Joehainor terus memanjat tingkap secepat yang boleh, walaupun kakinya ditarik-tarik oleh makhluk Zek, namun berjaya melepaskan diri. Kanak-kanak itu makin kuat menjerit kerana ketakutan. Joehainor terus bergerak dengan pantas, mengangkat kanak-kanak itu dan berlari ke tangga besi untuk naik ke atas foyer, tempat pusat komunikasi berada.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, Joehainor bergegas memanjat tangga besi sambil mendukung kanak-kanak. Makhluk Zek berlari dengan pantas cuba mengejar, tetapi gagal kerana Joehainor berjaya sampai ke atas foyer dan menutup penutup tangga besi. Joehainor memeriksa lengannya yang digigit, namun kesan gigitan hanya pada pelapik lengan sahaja. Joehainor berasa lega dan bersujud syukur kerana tidak dijangkiti virus makhluk Zek. Setelah itu, dia menenangkan kanak-kanak itu.
“Shhhh! Jangan nangis lagi, nanti benda itu panjat mati kita kena gigit. Jangan nangis, pakcik Joe ada ini,” kata Joehainor sambil memujuk untuk menenangkan kanak-kanak itu.
Joehainor terduduk di tepi penutup tangga besi, mengambil masa seketika untuk berehat dan mengambil nafas setelah melalui situasi menakutkan yang hampir meragut nyawanya dan kanak-kanak itu.
30 minit kemudian, Joehainor bangun dari tempat duduknya dan meletakkan kanak-kanak yang tidur di pangkuannya perlahan-lahan di atas lantai, seterusnya menuju bilik komunikasi untuk mencari operator radio berhubung dengan Sieftis, tetapi tiada kelibat sesiapa pun di situ.
“Aduh! Mana diorang ini? Ke diorang dah lari ke bangunan kot?” tanya Joehainor pada dirinya sendiri.
Tanpa membuang masa, Joehainor terus duduk di kerusi pusat komunikasi dan cuba berhubung dengan Sieftis untuk memaklumkan keberadaannya selamat di dewan.
“Seiftis, masuk, Seiftis, masuk,” Joehainor cuba berhubung tetapi tiada respon.
‘Seiftis, sila masuk, Seiftis sila masuk,’ Joehainor terus mencuba tetapi gagal. Tiada sebarang respon.
“Hah sudah! Frekuensi dah betul tapi kenapa tak ada respon pula, pening kepala aku ini,” kata Joehainor pada dirinya sendiri.
Joehainor cuba berkali-kali dan menukar frekuensi, tetapi masih tiada respon. Dia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala dan bangun dari kerusi untuk mencari makanan MRE yang disediakan untuk sebarang situasi kecemasan.
Kelihatan ada 10 pakej MRE dalam almari. Joehainor mengambil satu dan pergi ke arah kanak-kanak itu untuk mengalas perut selepas kepenatan berlari menyelamatkan diri. Joehainor duduk di sebelah kanak-kanak itu dan mengejutkannya untuk bangun mengalas perut.
Selama lebih satu jam, Joehainor duduk termenung sambil mengunyah biskut keras, memikirkan cara untuk berhubung dengan Sieftis dan pergi ke pusat komunikasi untuk cuba berhubung semula.
“Seiftis, sila masuk. Sieftis, sila masuk,” Joehainor cuba berhubung semula tetapi gagal.
Joehainor terpandang wayar mikrofon yang sudah terputus dua. Dia pelik kerana wayar itu seolah-olah disengajakan putus. Rasa tidak sedap hati timbul, menyangka ada pengkhianat dalam kalangan mereka. Antara yang disyaki adalah operator radio yang sepatutnya tidak boleh meninggalkan pusat komunikasi walau apa pun berlaku. Joehainor menghentak tangan di meja dengan geram.
“Sial punya pengkhianat! Mati kau nanti aku jumpa kau!” kata Joehainor dengan geram.
Joehainor mencari alatan untuk membaiki wayar mikrofon. Setelah berjaya, dia cuba berhubung sekali lagi tetapi gagal, hanya terdengar bunyi statik. Kecewa, Joehainor cuba berulang-ulang, lalu teringat buku kod morse di sebelah meja radio. Dia ambil dan buka untuk mencari kod menghantar mesej.
Joehainor menyusun kod morse berdasarkan mesej untuk Sieftis dan menekan butang berulang kali. Namun, kecewa kerana tiada respon. Cuaca di luar sangat terang dan panas selepas tengah hari. Dalam keadaan itu, Joehainor menukar dan menguatkan frekuensi radio saluran terbuka dalam lingkungan 40 kilometer, menghantar kod morse berulang kali sehingga ada yang memberi respon.
Setelah selesai, Joehainor terduduk di tepi penutup tangga besi dengan harapan seseorang atau kumpulan mendengar dan datang membantu. Bagi Joehainor, agak mustahil berlari sambil membawa kanak-kanak ke bangunan B atau C kerana makhluk Zek di bawah terlalu ramai.
Share this novel