Series
991
Bab 16
Pecah Kod Morse
-.- .- -- .. / -.. .. ... . .-. .- -. --. / -- .- -.-- .- - / .... .. -.. ..- .--. / .--. . .-. .-.. ..- -.- .- -. / -... .- -. - ..- .- -.
... --- ... / ... -.- / - . -- .. .- -. --.
Bunyi kod morse berulang-ulang kali berbunyi di radio transisi. Reza mendengar dengan teliti kod morse dan meminta Lily untuk mengambil kertas dan pensel untuk membuat catatan nota mengenai kod yang dihantar.
“Lily, ambilkan kertas dan pensel” ujar Reza
Lily bergegas mencari pensel dan kertas dan menyerahkan ke pada Reza, lalu Reza mula mentafsir sedikit demi sedikit kod itu sambil mengolem pada diri sendiri.
“kami diserang”
“Mayat Hidup perlukan”
“Bantuan”
“SOS”
“Sk”
“Temiang”
Reza berjaya dekod kod morse yang berbunyi berkali di radio transisi dan menyusun semula ayat untuk melihat apa yang ingin disampaikan.
“SOS Sk Temiang kami diserang mayat hidup perlukan bantuan” kata Reza sambil menyusun dan menulis di atas kertas.
Semua tertunggu-tunggu Reza yang sedang cuba mentafsirkan kod. Tiba-tiba mendengar suara Reza yang membaca semula kod morse tersebut di ruang radio transisi, maka yang lain terus bergerak ke arah Reza untuk mengetahui apa yang disampaikan oleh kod morse itu.
“Reza! Dah siap tafsir ke kod itu?” tanya Lee
“Apa yang kod itu cakap? Ada benda penting ke?” tanya Azlan pula
Mereka tidak sabar menunggu kod yang telah ditafsrikan oleh Reza. Muka mereka sangat teruja kerana ini kali pertama radio transisi dapat komunikasi dengan dunia luar walaupun secara kod morse. Namun begitu, muka Reza tidak sedikit menunjuk keterujaan mengenai kod yang telah ditafsirkan. Lalu Reza terus menyampaikan apa yang telah ditafsir.
“Sekejap aku tafsirkan”
“SOS Sk Temiang kami diserang mayat hidup perlukan bantuan”
“Itu kod morse yang berbunyi berulang-ulang kat radio kita itu” kat Reza
Mereka agak terkejut dengan mesej yang ditafsirkan dibaca oleh Reza, mereka berharap ada sesuatu yang baik tetapi sebaliknya dimana bantuan diperlukan untuk menyelamatkan kumpulan di sekolah kebangsaan Temiang itu.
“Sekarang ini ambil peta, nak tengok dekat mana sekolah Temiang ini? jauh ke atau dekat?” kata Reza lagi.
Lily bergegas pergi ke almari untuk mengambil peta daerah Muar untuk mengetahui kedudukan sekolah itu. Selepas itu, Lily menyerahkan peta itu dekat Reza.
“Aku minta maaf sebab aku lupa nak ajar korang kod morse, jadi lepas ini kita semua kena belajar untuk keselamatan kita”
Reza membelek peta dan menjejak jalan dan menandakan dengan pensil untuk mengetahui serta mencari sekolah tersebut. Lee menyampuk dan bercakap.
“Aku tahu sekolah Temiang itu kat mana, 300 meter sebelum simpang empat bypass,” kata Lee
“Kalau kau dah tahu senang sedikit kerja kita” jawab Reza
“Sekejap-sekejap. Betul ke kita nak pergi selamatkan orang ini?” tanya Azlan
“Ya kita cuba pergi selamatkan tetapi kita tak tahu keadaan setiap jalan di daerah Muar ini. kenapa Lan?”
“Takde lah cuma ini kali pertama kita keluar jauh lepas dua tahun kita tinggal dekat sini. Macam kau cakap tadi, keadaan jalan kita tak tahu macam mana. Tapi kalau kau ada rancangan, aku masuk, bosan aku kat sini”
“Betul itu, aku pun nak tengok tempat lain macam mana?” sambung Lee
“Ok baik, sekarang ini kita tengok kat peta, jalan mana yang boleh kita ambil untuk pergi ke sekolah Temiang itu. Lee sekolah itu dekat mana?”
Reza memberikan pensil dekat Lee untuk tunjuk kedudukan sekolah itu dekat kawasan mana. Lee terus mencari kedudukan sekolah Temiang itu, manakala Reza dan lain mendiamkan diri untuk membiarkan Lee fokus tanpa sebarang gangguan.
Beberapa minit kemudian,
“Aku dah jumpa. Sekolah Temiang itu dekat simpang Y ini, betul-betul dekat selekoh jalan 300 meter sebelum sampai simpang empat bypass itu.” Kata Lee sambil menunjukkan kedudukan sekolah itu menggunakan pensil.
Reza melihat kawasan yang ditandakan oleh Lee dan mula mencari jalan untuk ke sekolah itu. Reza dengan muka serius membaca dan mencari susur jalan dengan teliti untuk menilai jarak, jangkaan masa, dan keselamatan sekiranya mereka melalui kawasan berisiko seperti pekan atau bandar.
Reza mula menilai dua jalan utama yang boleh bergerak ke sekolah Temiang itu dengan teliti agar dapat merancang perjalanan risiko yang rendah untuk mereka nanti.
15 minit kemudian,
“Aku dah buat kiraan, aku rasa lebih balik kita ikut jalan Muar-Labis ini, lebih dekat dan risiko tidak terlalu tinggi. Kita akan jumpa tiga kawasan besar sebelum sampai ke Sekolah Temiang itu”
“Pekan satu, Pagoh, ini tidak apa-apa masalah sebab memang kawasan kita”
“Ke dua, Taman Pagoh Jaya, ini kawasan perumahan tapi kita boleh elak lalu kawasan itu, kita guna jalan lama”
Terakhir, pekan Bukit Pasir, ini ada masalah sedikit sebab hanya ada satu jalan utama saja, jalan lain memang akan jumpa perumahan”
“Dua tahun lebih kita tak bergerak ke mana-mana jadi,Bukit Pasir ini kena tengok keadaan dulu macam mana, selamat digunakan atau tidak?”
“Rez nak tanya, jalan lama Pagoh Jaya itu dekat dengan kebun durian yang luas itu ke?” tanya Lee
“Betul, jalan itu selamat sedikit dan pergerakan kita lancar tanpa sebarang gangguan”
“Berapa lama agak-agak kita nak sampai ke sana?” tanya Azlan
“Mungkin dalam sehari atau dua hari”
“Walaupun jaraknya dekat cuma 22km tetapi masalahnya ini bukan macam dahulu lagi,”
“Kita jangka akan ada masalah berlaku antara tiga tempat ini yang boleh ambil masa yang banyak”
Apabila Reza menerangkan situasi dan jangkaan masa serta apa yang boleh berlaku, Azlan, Fariz dan Lee mula memikirkan sejenak sebelum membuat keputusan untuk ikut bersama.
“Tidak ada paksaan untuk ikut sebab kita pergi nak selamatkan orang”
“Aku ikut” Ujar Azlan dan Lee serentak
“Ok baik” jawab Reza
“Aku pun ikut juga, lagi pun orang rumah aku dan dua-dua budak ini sekarang dah berada di tempat yang aku rasa selamat kalau aku tinggalkan” Kata Fariz
“Ok baik kita dah buat keputusan, Esok pagi kita akan bergerak ke Sekolah Temiang, sama ada mereka hidup lagi atau tidak, tak kisah janji kita dah pergi”
“Malam ini kita buat persediaan dulu, pilih dan bawa senjata yang nak guna saja, peluru pun bawa secukupnya”
“Lan dan Lee, kau pilih senjata yang dibawa, lepas itu isi peluru dalam kelopak secukupnya”
“Fariz, kau sediakan vest dan alat pelindung lengan dan betis”
“Lily tolong caskan walkie talkie dua dan sediakan MRE untuk dua atau tiga punya makan”
“Erenia tolong apa-apa yang patut”
Reza terus menuju keluar kubu bawah tanah untuk membawa senjata dan kotak peluru masuk ke dalam untuk membuat persediaan keesokan hari. Semua dalam keadaan yang sibuk untuk persiapan pergerakan pada esok pagi.
“Lan, Lee, nanti bawa empat AK-47, satu AK ada tujuh kelopak, ini untuk persediaan bila jumpa banyak makhluk Zek”
“Senjata yang kita orang sediakan ini? tak jadi bawa ke?” Tanya Lee
“Bawa, cuma yang AK ini saja untuk persediaan.” Jawab Reza
Lee mengangguk faham dan terus membuat persediaan seperti Reza arahkan. Manakala Fariz dan Erenia pula sambil sediakan vest dan alat pelindung, mereka berbual mengenai keputusan Fariz yang bersetuju untuk ikut sama untuk pergi ke Sekolah Temiang itu.
“Betul ke awak nak pergi sekali dengan diorang itu?”
“Ya betul, saya ikut sekali, bukan apa diorang dah bagi kita tempat tinggal yang lebih selamat dan baik untuk situasi sekarang ini. Jadi kenapa tak perlu ikut?” jawab Fariz
“Cuba tengok badan awak itu, belum betul-betul pulih lagi, masih kurus lagi itu, larat ke badan itu?” tanya Erenia lagi
“Awak jangan risau, saya ok, sudah dua minggu saya rehat dan makan cukup. Sekarang ini saya rasa sudah bertenaga balik. Jangan risau ok.” Jawab Fariz lagi
“Buat masa ini awak duduk dan bantu Reza jaga kubu ini masa kami semua keluar esok pagi. Sekurang-kurang awak ada peneman Lily, Fauzan, dan Liyana itu.” Sambung Fariz lagi
“Ya baik, saya ikut cakap awak. Hati-hati ok, kita dah lalui macam-macam benda buruk saya tak nak ulangi lagi” ujar Erenia
“Ya-ya baik puan, saya ikut arahan puan” Jawab Fariz sambil tergelak
“Awak ini suka betul bergurau macam ini, sudahlah, cepat siapkan malas nak layan awak” kata Erenia sambil membaling vest dekat Fariz
Fariz tergelak dengan gelajat Erenia yang merajuk malas nak layan perangainya itu. Sedang mereka berdua tengah menyiapkan vest itu, Reza pun menyapa mereka untuk bertanya persiapan sudah selesai atau pun masih belum lagi.
“Fariz, Dah siap ke?” Tanya Reza
“Sudah nak siap ini, lepas ini nak tolong Lan dengan Lee pula” jawab Fariz
“Reza”
“Ya Eren”
“Tolong jagakan dia untuk aku, Aku dengan dia dah lalui macam-macam benda teruk, aku tak mampu nak kehilangan dia untuk sekali lagi” kata Erenia
“Jangan risau ok, aku akan jaga dia” jawab Reza
“Nanti kalau sudah siap terus tidur ok, esok perjalanan agak sulit” Kata Reza lagi
Fariz dan Erenia mengangguk faham dengan cakap Reza. Dia terus bergerak pergi jumpa Lily untuk melihat persediaan radio dua hala itu. Kelihatan Lily sudah mula terangguk-angguk menahan mengantuk sambil menunggu bateri radio dua hala penuh. Reza pergi dekat Lily dan mengejutkannya.
“Lily, Kalau sudah mengantuk pergillah tidur dekat bilik itu”
“Takpe pakcik Reza, Lily boleh tahan lagi ini” kata Lily yang terangguk-angguk kepalanya menahan menggantuk.
“Eh budak ini, pergi masuk bilik tidur, pakcik Reza boleh tunggu”
“Taknak!” degil Lily
“Budak ini degil betul, suruh tidur pun susah” kata Reza sambil usap rambut Lily
“Ala, nanti takut tak dapat jumpa pakcik Reza”
Reza menepuk halus kepala Lily bercakap begitu.
“Aik, jangan cakap macam itu, tak baik, macam nak pakcik Reza mati awal je?”
“Taklah! Mana ada cakap macam itu, Lily risau je lah” kata Lily sambil buat muka sedih.
“Hahaha, Insha Allah, sekejap je ini, tak lama pun pakcik Reza pergi. Sudah-sudah pergi masuk tidur dalam bilik itu, suka betul mengarut”
“Pakcik Reza tengokkan cas bateri walkie talkie ini pergi masuk tidur,” sambung Reza
“Taknak! Nak tidur atas peha pakcik Re,za” ujar Lily
“Mengada-gada budak ini, Ya lah- ya lah”
Share this novel