Series
991
Bab 19
Perjalanan Mencabar Bermula
Pada esok paginya,
Mereka berempat mula mengangkat masuk alatan pelindungan diri, makanan, petrol, barangan dan senjata yang disediakan pada malam tadi. Kelihatan suasana agak sedikit sedih bercampur gemuruh sebelum perjalanan bermula. Setelah selesai mengangkat semua barang, mereka berempat terus bergerak berjumpa dengan Lily, Erenia, Fauzan dan Liyana sebelum memulakan perjalanan. Reza, Lee dan Azlan berjumpa dengan Lily, manakala Fariz pula berjumpa dengan Erenia, Fauzan dan Liyana; mereka semua berbual antara mereka.
“Lily, jangan lupa, okay? Tengok turbin air, siram sayur, kemas ruang kubu itu, faham?” kata Reza sambil mengusap kepala Lily.
“Ya… Lily faham.”
“Dengar itu apa yang pakcik Reza cakap,” sambung Lee sambil membesarkan matanya.
“Ya, tahu! Suka betul besarkan mata, ish! Cucuk baru tahu,” jawab Lily.
Lee hanya mampu tergelak dengan gelagat Lily apabila kena sakat olehnya. Azlan pun sama, turut menyakat Lily bercakap mengenai hantu.
“Lily, jangan jadi macam cikgu Lee, sembang macam berani sekali jumpa Kak Ponti demam seminggu kat ruang tamu,” peril Azlan sambil tergelak kuat. Reza pun turut tergelak juga.
“Kau diamlah, celaka! Kau punya pasal suruh aku ronda malam itu, kata tak ada hantu, penakut lah, apa-apalah. Kau memang celaka. Geram aku nak cungkil-cungkil kepala kau tu,” berang Lee apabila disakat oleh Azlan.
Azlan membongkok menahan ketawa apabila mendengar luah Lee mengenai kenangan lepas. Reza pula tersenyum sambil menggelengkan kepala berulang kali.
“Sudah-sudah, korang berdua ini tak habis buat benda mengarut. Lily, ingat, malam jangan keluar, apa pun bunyi jangan keluar, faham? Duduk saja kat dalam. Nanti apa-apa pakcik Reza bagitahu dekat radio nanti,” pesan Reza pada Lily sambil mengusap kepalanya.
“Ok, faham. Nanti apa-apa berlaku kat sini, Lily akan infom kat semua orang,” kata Lily.
Manakala Fariz dan Erenia pula saling berpelukan.
“Awak itu hati-hati, ok? Badan awak itu kurus lagi, jangan buat benda yang berat-berat. Kalau tak mampu, cakap saja dekat Reza nanti. Jangan terlebih buat, ikut saja cakap Reza nanti,” membebel Erenia kepada Fariz yang risau keadaannya.
“Tak habis lagi meletehnya. Ya, ya, saya faham itu, jangan risau lah. Saya masih kuat lagi. Saya ikut apa yang Reza cakap nanti. Ok, jangan risau,” balas Fariz pening mendengar bebelan Erenia.
“Eren, nanti tolong tengok budak-budak ini. Malam jangan keluar, walau apa pun bunyi, jangan keluar,” ujar lagi Fariz mengingatkan pesanan Reza kepada isterinya.
“Fauzan, Liyana, nanti tolong kak Eren dan Lily, ok? Bantu apa yang patut, jangan terperuk tak buat apa-apa,” kata Fariz lagi.
Kedua-duanya mengangguk faham dengan kata Fariz.
Setelah Reza memanggil tiga yang lain untuk bersedia bergerak keluar dari kebun.
“Jom gerak, makin lambat gerak, makin lambat sampai nanti,” ujar Reza.
Mereka bertiga bergerak menaiki kenderaan sambil melambai-lambaikan tangan dekat yang lain.
“Lan, pandu kereta, aku duduk kat belakang buat tinjauan,” arahan Reza.
Azlan mengangguk faham dan terus bergerak ke tempat memandu. Manakala Lee pula duduk sebelah pemandu dan Fariz pula duduk di tempat belakang. Setelah selesai, Reza mengetuk bumbung kereta untuk memulakan pergerakan. Azlan terus menekan minyak dan bergerak keluar dari kebun sambil melambai-lambaikan tangan dekat Erenia, Lily dan dua kanak-kanak.Azlan terus bergerak keluar dari kebun melalui jalan tanah menuju ke simpang jalan raya dengan berhati-hati. Setelah sampai ke simpang jalan raya, Azlan membelok ke kanan dan terus memandu laju menuju ke Pagoh.
10 minit kemudian
Satu kilometer sebelum sampai ke Taman Sri Pagoh, Reza mengetuk bumbung kereta memberi isyarat tangan kepada Azlan untuk memperlahankan kereta. Azlan melepaskan pedal minyak dan menekan pedal brek perlahan-lahan. Selepas itu, Azlan mengeluarkan kepalanya di tingkap kereta untuk bertanya kepada Reza.
“Rez, nak singgah mana?” tanya Azlan.
“Singgah kedai runcit kat Sri Pagoh dulu,” jawab Reza.
Azlan menghulurkan tangan keluar tingkap sambil menunjuk isyarat ibu jari ke atas. Lagi 50 meter sebelum sampai ke Taman Sri Pagoh, Azlan memperlahankan kereta dan belok ke kiri masuk ke simpang kedai runcit dan berhenti di hadapan kedai. Reza turun dari belakang dan mengangkat senjatanya mengacu ke arah kedai runcit. Reza perlahan-lahan berjalan masuk ke dalam kedai runcit yang berbau busuk dan hamis untuk memeriksa keadaan sebelum yang lain masuk. Setelah beberapa minit kemudian, keadaan dalam kedai runcit selamat untuk dimasuki, Reza memberi isyarat kepada yang lain untuk turun mencari barangan keperluan.
“Hahaha, aku nak cari rokok dulu, dah lama tak berasap,” kata Azlan yang terus berlari pergi ke kaunter untuk mengambil rokok.
Manakala Lee pula terus pergi mencari makanan ringan dan biskut sambil mengajak Fariz.
“Fariz, tolong aku cari jajan dan biskut untuk alas perut nanti,” ajak Lee sambil menutup hidungnya kerana bau busuk.
“Jom,” balas Fariz dan terus mengikuti Lee.
Reza pula terus pergi mengumpul air botol dan mencari ubat-ubatan untuk persediaan bagi sebarang kecemasan yang akan berlaku. Di kala mereka sedang sibuk mengumpul barangan keperluan, tiba-tiba terdengar bunyi tembak bertalu-talu. Mereka berempat terkejut dengan bunyi tembak itu dan terus mengambil senjata dalam keadaan kelam-kabut, mencari tempat berlindung dan berada dalam posisi bersedia untuk membalas tembak.
Reza bangun dan bergerak ke pintu masuk kedai runcit untuk melihat situasi di luar. Selepas itu, Reza melihat kiri dan kanan kaki lima kedai runcit; kelihatan kosong, lalu Reza terus berlari ke arah belakang kereta sambil mengacu senjata ke hadapan. Selang beberapa saat kemudian, kelihatan empat orang kanak-kanak atau remaja sedang berlari menyelamatkan diri ke bangunan kedai di seberang jalan dan terus masuk ke dalam rumah kedai untuk menyembunyikan diri.
Selang satu minit kemudian, kelihatan tiga orang remaja penyangak puak Lor’gya sedang berjalan membawa senjata AK-47 sambil menghayun-ayun parang dengan gelak ketawa, dan kelihatan ada kepala budak tergantung di sisi remaja puak itu.
Pada masa yang sama, Reza terasa tercabar apabila melihat keadaan itu dan mengarahkan mereka bertiga dalam kedai runcit untuk keluar. Mereka bertiga keluar dengan berhati-hati dan terus pergi ke belakang kereta.
“Bangsat punya penyangak, dah sampai sini kau rupanya,” kata Reza dengan geram.
“Kenapa, Rez?” tanya Azlan.
“Kau tengok depan tu, apa kat pinggang penyangak?” kata Reza sambil menunjuk arah penyangak itu.
“Macam mana diorang boleh sampai sini?” tanya Fariz.
“Sial punya barua!” kata Azlan dengan marah sambil mengacukan senjatanya dekat remaja puak Lor’gya itu.
Reza terus menarik muncung senjata Azlan ke bawah dan memintanya bersabar untuk memikirkan rancangan menghadapi penyangak itu.
“Sabar, Lan, kita fikir strategi dulu. Aku rasa bukan tiga orang sahaja tapi ramai, baik kita fikir dulu,” kata Reza meredakan marah Azlan.
“Sekarang ini kita ikut tiga bangsat ini dulu, diorang tengah kejar empat orang budak,” kata Reza.
Reza bersama yang lain mula mengatur gerak dengan perlahan mengikut penyangak remaja itu yang sedang masuk ke dalam sebuah kedai. Mereka berempat terus berlari melintas jalan utama Taman Sri Pagoh ke bangunan kedai sebelah. Bunyi tembak dari semua arah yang mencari mangsa untuk dijadikan mainan penyangak puak itu.
Setelah sampai ke bangunan kedai itu, Reza terus mengangkat dan mengacukan senjatanya ke hadapan dan diikuti yang lain di belakang dengan perlahan-lahan dan berhati-hati bergerak menuju ke kedai yang dimasuki oleh remaja dan penyangak puak Lor’gya. Terdengar suara penyangak puak itu sedang ketawa gembira sambil menakut-nakutkan dalam bahasanya dan terdengar juga suara tangisan remaja dan kanak-kanak yang sedang merayu nyawa agar tidak dibunuh.
Tanpa membuang masa, Reza dan yang lain sedang menunggu di luar mengambil keputusan untuk menyerbu masuk untuk menangkap tiga penyangak remaja puak itu. Reza berlari dengan pantas dan menghayunkan sekuat hati belakang senjatanya ke kepala salah seorang penyangak remaja puak itu, manakala Lee dan Azlan pula melakukan hal yang sama dekat penyangak remaja lain.
Ketiga-tiga penyangak remaja puak itu jatuh tertiarap di atas lantai akibat pukul itu. Reza menyepak senjata milik penyangak itu jauh darinya dan terus memijak leher penyangak remaja itu sambil menggesel-geselkan tapak kasut dengan kuat. Azlan pula menerajang di bahagian perut dengan kuat, manakala Lee pun terus menghentak belakang senjatanya di bahagian muka berkali-kali.
Selepas itu, Fariz meminta tiga orang remaja dan kanak-kanak itu untuk bertenang dan berdiam bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terdengar melalui tangisan mereka bertiga.
“Jangan takut, abang Melayu, jangan takut, abang ini Melayu, abang ini juga Melayu, dan abang ini Cina,” pujuk Fariz untuk menenangkan keadaan remaja dan kanak-kanak itu.
“Cikgu Lee!” salah seorang remaja itu memanggil Lee.
“Anak murid aku ini! Berani kau bangsat nak bunuh anak murid aku!” kata Lee dengan geram sambil memijak muka penyangak remaja puak itu.
“Ok, sekarang ini, Fariz cari tali, kita ikat bangsat ini dulu, lepas tu kita gerak ke tingkat atas untuk bincang apa yang kena buat,” arahan Reza dekat Fariz.
Fariz pergi mencari tali di dalam kedai untuk mengikat penyangak remaja puak itu. Beberapa minit kemudian, Fariz jumpa tali plastik dan bergegas berlari dekat Reza untuk mengikat penyangak tersebut. Masih terdengar bunyi tembakan bertalu-talu di sekitar Taman Sri Pagoh, membuatkan mereka perlu bergerak dengan segera.
Sebelum Fariz mengikatnya, Reza meluruskan kedua-dua kaki penyangak remaja puak itu, lalu Reza meminta remaja dan kanak-kanak lain bergerak ke tempat lain dulu. Setelah itu, Reza mengangkat kaki penyangak itu lalu memijak mematahkan kedua-dua tulang kering dengan sekali pijak. Apabila penyangak itu menjerit kesakitan, Reza terus menumbuk dengan sekuat hati di muka.
Lee, Azlan dan Fariz terkejut dengan tindakan Reza mematahkan tulang kering itu dan tidak menyangka Reza boleh jadi seganas itu. Tidak habis di situ, Reza juga mematahkan kedua-dua lengan agar penyangak remaja ini tidak boleh membuat sebarang pergerakan yang boleh menyebabkan kematian. Setelah selesai, barulah Reza menyuruh yang lain mengikatnya dan menyumbat mulut dengan kain.
Bagi Reza, masih belum puas lagi tetapi Reza menyimpan ketiga-tiga penyangak remaja puak itu untuk disoal siasat nanti. Setelah selesai mengikat, Reza mengarahkan yang lain untuk bergerak keluar dan naik ke tingkat satu. Reza meminta Fariz untuk mengangkat senjata milik penyangak itu, manakala Reza, Lee dan Azlan pula mengangkat penyangak itu naik ke atas. Setelah semua naik ke atas, Reza mencampak penyangak itu di dalam sebuah bilik tertutup agar tidak terdengar suara mereka meraung kesakitan melampau.
Reza memanggil tiga yang lain untuk membincangkan strategi untuk melawan lebihan penyangak puak Lor’gya di luar sana.
“Ok sekarang ini, kita kena lawan balik bangsat semua itu kat luar tetapi kena fikir strategi macam nak melawan,” kata Reza.
“Sebelum itu kita kena tahu berapa ramai bangsat kat sana,” kata Reza lagi.
Mereka bertiga terdiam mendengar rancangan Reza. Untuk mengetahui berapa ramai penyangak puak itu di luar sana, Lee memanggil anak muridnya untuk datang dekat dengan mereka berempat. Lalu Lee bertanyakan soalan dekat anak muridnya.
“Intan, tahu berapa ramai orang jahat kat luar sana?” tanya Lee.
Intan masih dalam ketakutan tetapi Lee cuba memujuknya.
“Intan, jangan takut, cikgu Lee ada ini, abang ini komando tentera, dia boleh bantu Intan untuk selamatkan yang lain. Jangan takut, ok?” pujuk Lee sambil memupuk-pupuk bahu Intan.
“Diorang ramai sangat,” jawab Intan yang masih ketakutan.
“Berapa ramai itu, cuba bagitahu, sebab cikgu nak pergi selamatkan yang lain ini,” ujar Lee.
Intan cuba mengingati semula berapa ramai penyangak yang ikut menaiki kereta. Beberapa detik kemudian, Intan menjawab:
“Tadi kami semua kena berjalan kaki dari Sekolah Pagoh Perdana Jaya sampai Taman Sri Pagoh, Intan kira kereta ada dalam lima buah kereta. Semua penuh dengan orang jahat,” jawab Intan.
“Bagus, Intan. Sekarang ini kita boleh jangka satu kereta ada lima orang, ada lima kereta jadi semua dalam 25 bangsat, sekarang ada dekat kita, tiga orang tinggal 12 orang lagi,” sambung Reza.
“Sekarang ini kita ada kelebihan dari posisi sebab diorang tak tahu kita ada kat sini dan apa yang kita ada, kedua mereka sekarang berpecah jadi kumpulan kecil, kuasa tempur bangsat tu dah kurang tapi masih merbahaya sebab mereka ada AK-47 macam budak bangsat yang kita tangkap, ada seorang bawak AK-47,” penerangan Reza kepada semua.
“Jadi apa rancangan kau, Rez?” tanya Azlan.
Share this novel