Bab 20

Thriller Series 991

Bab 20
Serangan Hendap

“Sekarang kita guna kelebihan kita ini untuk jatuhkan satu demi satu. Lan, kau ada nampak tak tangki air yang tinggi tadi?” tanya Reza.
“Nampak,” jawab Azlan.

“Nanti kau dengan Lee akan naik ke situ untuk buat lindung dan bagi maklumat dekat aku dari atas. Aku akan bergerak seorang di bawah dari satu lorong ke satu lorong. Jangan bazirkan kelebihan kita,” penerangan Reza mengenai rancangan untuk melawan semula penyangak puak Lor’gya itu.

“Fariz, aku faham dengan kondisi kau sekarang ini. Aku minta kau jaga budak-budak ini, boleh? Aku serah nyawa budak dengan kau,” kata Reza kepada Fariz sambil menghulur senjata Sten Gun.

“Aku faham, aku cuba yang terbaik,” jawab Fariz.

Lalu Reza, Lee dan Azlan terus membuat persiapan dengan segera dan hanya membawa senjata, memasang penapis minyak di muncung senjata dan peralatan penting sahaja. Setelah selesai, mereka bertiga mula turun ke bawah dengan berhati-hati.

Mereka bertiga belok kiri jalan kaki dengan pantas sepanjang bangunan kedai. Selepas sampai di hujung bangunan kedai, Reza berpecah dua kumpulan; Reza seorang di bawah manakala Azlan dan Lee pula terus bergerak ke menara tangki air yang tinggi itu. Reza tidak menunggu mereka berdua sampai ke atas dan terus bergerak laju mengikut tepi lorong yang ditutupi rumput panjang. Pada hujung lorong terdengar suara penyangak gelak ketawa semakin dekat menuju ke arah Reza. Reza berhenti dan sudah berada dalam posisi bersedia untuk melakukan serangan.

Sedang tiga penyangak puak itu tengah leka bergelak ketawa, Reza mengambil peluang keemasan itu untuk menembak ke semua. Dengan pantas, Reza mengeluarkan senjatanya dan melepaskan tiga tembak tepat di tiga-tiga kepala penyangak itu secara mengejut tanpa sempat penyangak itu membuat apa-apa.

Selepas itu, Reza mengheret mayat penyangak puak itu dan membuang ke longkang tepi yang dalam itu untuk menyembunyikannya, begitu juga dengan senjata penyangak itu. Selesai menyembunyikan, Reza mengira tinggal lagi sembilan orang, dan terus menggunakan pengalamannya sebagai komando untuk bergerak maju ke lorong sebelah tanpa rasa takut dan gementar.

Azlan dan Lee bergegas memanjat tangga besi menara tangki air sambil melihat Reza sudah memulakan pergerakan awal dengan menembak tiga orang penyangak puak Lor’gya itu. Mereka berdua berasa gementar pada masa yang sama kerana takut ada yang melihat mereka sedang memanjat menara tangki air, namun satu minit kemudian, mereka berjaya sampai di atas tangki air dan terus menuju posisi di mana Reza pergi. Setelah sampai, Azlan memberitahu Reza bahawa mereka sudah bersedia di posisi untuk memberi sokongan daripada atas tangki air.

“Rez, kami dah sampai,” kata Azlan menggunakan radio dua hala sambil baring membetulkan keselesaan untuk menembak.

Reza memberikan isyarat tangan tanda bersedia, lalu Reza terus bergerak ke lorong rumah lain dengan berhati-hati tapi lincar. Beberapa meter kemudian, Reza terdengar suara sekumpulan kanak-kanak menangis ketakutan apabila penyangak puak Lor’gya itu sedang menarik rambut kanak-kanak itu keluar dari rumah yang mereka bersembunyi. Reza terus bergerak pantas ke kanan rumah paling hujung untuk mendapatkan posisi yang terbaik untuk menembak.

Ketika penyangak puak itu sedang menarik rambut sambil gelak ketawa dan menari memusing-musing parang serta bersorak kegembiraan apabila berjaya menangkap sekumpulan kanak-kanak. Setelah itu, penyangak puak itu menari-nari sekeliling kanak-kanak itu sambil mengacah-acah parangnya untuk menetaknya. Penyangak itu ketawa gembira melihat sekumpulan kanak-kanak itu menangis ketakutan, lalu penyangak itu dengan gelak ketawa terus menghayun parang itu dekat salah seorang kanak-kanak. Tetapi Reza yang sudah berada di posisi terus melepaskan tembakan tepat di kepala penyangak puak itu; penyangak yang lain terkejut dengan kawannya mati ditembak, namun gagal untuk memberikan tindak balas apabila Azlan dan Lee melepaskan tembakan tepat di badan dan di kepala penyangak puak itu. Sekumpulan kanak-kanak itu terus menjerit tangisan ketakutan dengan situasi itu, Reza dengan pantas bergerak mendapatkan sekumpulan kanak-kanak itu.

Sesampainya Reza dekat dengan kumpulan kanak-kanak itu, kanak-kanak itu terkejut dan menangis ketakutan kerana ingat Reza hendak membunuh mereka. Reza dengan pantas cuba memujuk dan memperkenalkan diri sebagai pakcik.

“Shh!! Jangan nangis, jangan nangis, ini pakcik, pakcik tak bunuh awak semua, pakcik nak selamatkan awak semua, jangan nangis,” kata Reza sambil memujuk sekumpulan kanak-kanak yang sedang ketakutan.

Apabila kumpulan kanak-kanak itu mendengar kata-kata Reza, mereka terus memeluk Reza sambil menangis dan tanda lega mereka kerana telah diselamatkan oleh seseorang yang mereka boleh percayai.

Dikala kumpulan kanak-kanak sedang memeluk Reza, terdengar bunyi tembakan bertalu-talu dari arah kanan Reza. Kanak-kanak tersebut memeluk Reza dengan kuat kerana takut dengan bunyi tembakan, Reza terus membuat keputusan segera memikirkan cara untuk menyembunyikan kumpulan kanak-kanak ini dari sebarang bahaya. Reza melihat sekeliling kawasan untuk mencari tempat yang sesuai untuk menyembunyikan kumpulan kanak-kanak ini dan ternampak ada satu rumah pintu terbuka. Lalu Reza mengatakan kepada kumpulan kanak-kanak itu:

“Jom ikut pakcik, kita pergi masuk rumah sana cepat!” kata Reza.

Kumpulan kanak-kanak mengangguk faham dan terus bergerak ke rumah itu tetapi mereka memeluk erat kaki Reza dengan kuat kerana takut mendengar bunyi tembakan bertalu-talu. Sedang mereka semua tengah bergerak ke rumah itu, tiba-tiba penyangak puak itu muncul di rumah hujung sebelah kanan dan melihat Reza membawa kanak-kanak masuk ke dalam rumah. Selepas itu, penyangak tanpa teragak-agak melepaskan tembakan ke arah Reza. Terkejut Reza dengan tembakan menuju arahnya, Reza terus mengangkat dua orang dari kumpulan kanak-kanak itu dan terus berlari ke dalam rumah itu, turut diikuti kumpulan kanak-kanak yang lari di belakangnya sambil menangis.

Azlan yang sedang meninjau kawasan lain terkejut dengan bunyi tembakan bertalu-talu dekat dengan kawasan Reza. Azlan dan Lee terus kembali melihat kawasan di mana Reza berada dan mula memberikan perlindungan kepadanya. Azlan ternampak kelibat penyangak puak Lor’gya itu sedang mara dari rumah hujung kanan dengan lagak dan gelak ketawa sambil menembak-nembak ke rumah di mana Reza berlindung.

Pada masa yang sama, kelihatan dua lagi penyangak sedang mara dari kiri hujung jalan rumah, kelihatan seronok kerana dapat mengepung mangsanya. Reza pula terus membawa kumpulan kanak-kanak itu masuk bersembunyi di bilik tengah.Ketiga-tiga penyangak puak Lor’gya itu berjalan sehingga sampai di rumah itu, salah seorang daripadanya meneruskan tembakan bertubi-tubi ke dalam rumah sambil bersorak gembira kerana dapat mengepung mangsa terbarunya tanpa mereka sedar mayat rakan mereka berada di situ. Dengan kesempatan itu, Azlan mula memberikan arahan kepada Lee untuk bersedia menembak.

“Lee, kau ambil dua sebelah kiri, aku ambil sebelah kanan,” arahan Azlan dekat Lee sambil mengacukan muncung senjata Enfieldnya membidik ke arah penyangak puak Lor’gya itu.

“3,2,1,” kira Azlan, terus melepaskan satu das tembakan tepat ke penyangak puak itu. Begitu juga dengan Lee.

Dua penyangak itu terus tumbang apabila terkena tembakan, manakala seorang lagi cuba untuk melarikan diri tetapi baru hanya 10 meter berlari, Lee melepaskan satu das tembakan mengenai kaki penyangak itu, lalu tersungkur jatuh tertiarap menjerit kesakitan, namun jeritan kesakitan itu tidak didengari oleh yang lain. Penyangak itu cuba untuk merangkak ke rakannya yang lain, namun begitu, sebelum sempat merangkak, satu das tembakan tepat di kepalanya dilepaskan. Azlan terus menamatkan riwayat penyangak itu. Reza sedar apabila tidak lagi terdengar bunyi tembakan dan radio dua hala berbunyi untuk memaklumkan bahawa penyangak yang berada di hadapan rumah itu semua sudah mati.

“Rez, dah boleh keluar, tiga-tiga bangsat dah mati,” kata Azlan melalui radio dua hala itu.

“Faham, terima kasih, Lan,” jawab Reza.

Azlan terus memantau kawasan di mana Reza berada untuk memastikan tidak ada penyangak puak itu berdekatan dengannya. Reza pula mula memujuk kumpulan kanak-kanak itu supaya dia boleh bergerak untuk menyelamatkan rakan-rakan yang lain.

“Pakcik nak gerak dulu, boleh?” tanya Reza kepada kumpulan kanak-kanak itu.

“Jangan tinggalkan kami, pakcik, kami takut, nanti orang jahat datang lagi,” sebulat suara kumpulan kanak-kanak itu sambil menangis teresak-esak dan memeluk Reza.

“Jangan risau, pakcik nak pergi selamatkan kawan-kawan awak semua kat luar sana itu, ok?” pujuk Reza lagi.

“Nanti kawan pakcik jaga awak semua dari atas. Jangan risau, okay?” pujuk Reza lagi.

Kumpulan kanak-kanak mengangguk faham dan percaya kata-kata Reza sambil mengesat air mata masing-masing. Sebelum keluar dari bilik, Reza memberitahu kod rahsia supaya kumpulan kanak-kanak ini tidak membuka pintu selain kod rahsia ini.

“Pakcik nak ajar kod rahsia ini, kodnya, apabila pakcik ketuk tiga kali kat pintu, lepas itu tunggu lima saat, pakcik akan ketuk dua kali, baru buka pintu, faham?” kata Reza sambil mengetuk pintu dan menerangkan caranya.

Semua kanak-kanak itu mengangguk faham dengan penerangan Reza. Sebelum Reza keluar bilik itu, Reza berjanji sekali lagi:
“Jangan risau, okay, nanti pakcik datang balik bawak kawan awak semua,” kata Reza sambil tersenyum.

Selepas itu, Reza terus keluar dari bilik dan menguncinya dari dalam agar tidak ada sesiapa perasan ada kanak-kanak di dalamnya. Setelah keluar dari rumah itu, Reza pergi ke mayat penyangak itu untuk mengambil senjata AK-47 sebagai sokongan, lalu Reza terus bergerak ke lorong sebelah untuk mencari dan menghapuskan penyangak puak Lor’gya. Azlan memerhatikan Reza dari atas bagi memastikan Reza tidak diserang dari belakang, manakala Lee pula memerhatikan kawasan lain.

Setelah selesai memeriksa beberapa lorong, kelihatan tidak ada penyangak di sekitarnya, lalu Reza terus sambung bergerak ke lorong hadapan di jalan utama. Sebelum sampai ke jalan utama, Reza terserempak lima orang penyangak; jaraknya 50 meter darinya, kelihatan tiga mayat kanak-kanak dan remaja yang tidak berkepala terbaring di atas jalan. Salah seorang penyangak sedang menetak kepala seorang remaja berulang kali dan tinggal lagi dua orang remaja menunggu ajalnya. Reza mencari posisi yang sesuai untuk melakukan serangan hendap. Penyangak itu menjulang kepala remaja itu seolah-olah mengangkat piala dengan gelak ketawa; selepas itu penyangak itu pergi ke remaja seterusnya untuk memenggal kepala remaja itu.

Pada masa yang sama, Reza berhubung dengan Azlan dan Lee untuk membuat tinjauan di jalan utama Taman Sri Pagoh. Kelihatan penyangak itu hendak menghayun parang ke leher remaja itu, Reza terus melepaskan satu das tembakan tepat di kepala penyangak itu. Empat lagi penyangak yang tengah tersentak melihat otak kawannya bersepai di atas jalan kerana tidak tahu tembakan itu datang dari arah mana. Terkejut dengan situasi itu, salah seorang penyangak mengambil senjatanya untuk menamatkan riwayat dua orang remaja itu, namun sebelum dapat membuat demikian, Reza melepaskan satu das tembakan tepat di mata penyangak.

Penyangak lain tergamam melihat kawannya lagi seorang pecah di bahagian muka yang belum sempat bertindak; seorang lagi penyangak yang pegang senjata sedang menembak secara rambang di semua tempat juga ditembak di bahagian dada lalu tertiarap di atas jalan raya. Dua lagi penyangak bertindak melarikan diri sambil meminta tolong rakan yang lain berada di sekitarnya. Manakala Azlan dan Lee terdengar bunyi tembakan rambang dan terus bertukar posisi ke tempat yang boleh mereka untuk memberi perlindungan kepada Reza. Reza juga terus bertindak selepas melihat situasi itu dan terus berlari ke arah dua remaja yang baring di atas jalan sambil menjerit.

“Oi budak! Bangun! Lari pergi masuk dalam longkang besar itu sekarang!” jerit Reza.

Dua remaja itu tercengang apa yang berlaku sekelilingnya seolah-olah mati akal tidak tahu memberikan sebarang respon. Reza berlari laju terus mendapatkan mereka lalu menarik baju mereka dan terus menjerit depan muka dua remaja itu

“Budak! Bangun! Kau lari terus masuk ke longkang itu sekarang!” jerit Reza sekali lagi di depan muka dua remaja itu.

Dua remaja itu yang tercengang itu bangun tanpa berfikir panjang dan terus berlari masuk ke dalam longkang besar. Selepas itu, Reza terus mencari posisi yang sesuai untuk dia berlindung. Reza terus menukar senjata SLR yang dipasang penapis minyak itu dengan senjata AK-47 milik penyangak puak itu yang dia bawa bersama dari rumah tempat kumpulan kanak-kanak itu bersembunyi.

Beberapa minit kemudian, kelihatan dua orang penyangak puak Lor’gya itu bergerak melintas jalan utama untuk menyerang dari sisi, tetapi justeru itu, Reza terus melepaskan tembakan bertubi-tubi dengan bunyi tembakan yang kuat ke arah penyangak itu. Mereka terkejut dan cuba berpatah balik namun seorang daripadanya terkena tembakan yang dilepaskan oleh Reza jatuh tersungkur di jalan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience