Bab 8

Zombie Series 766

Pagi yang sejuk

Dihening subuh yang sejuk setelah jauh daripada sebarang ketakutan dan  bahaya, seperti  kebiasaan rutin Reza setiap hari dengan bangun awal subuh yang menyegarkan badan. Reza melakukan regangan badan dan senaman ringkas sebelum melakukan aktiviti lain. Sesudahnya selesai melakukan senaman ringkas, Reza terus bangun dan pergi ke bahagian dapur untuk menjerang air serta menyediakan sarapan harian. Sementara menunggu air mendidih, Reza bergerak ke ruang utama untuk mengemas barangan yang dibawa dari balai polis dan mula menyusun barangan tersebut di atas lantai. Reza menyusunnya dengan teliti setiap barang yang diambil dari balai polis dan mula mengasingkan pedang, mercun, senapang angin, walkie talkie, dan drone.

"Ok sekarang ini ada empat pedang samurai, dua parang, empat senapang patah dan shotgun. Jadi boleh letak dekat rak senjata. Boleh dicampurkan sekali dengan senjata lain dekat dalam bilik senjata. " Reza bercakap dengan diri sendiri.

"Mercun pun boleh letak sekali dekat bilik senjata, nanti boleh susun ikut keperluan bila hendak pergi keluar ke tempat lain. Walkie talkie ini ada dua set, masih hidup lagi cuma kena buat tetapan saluran, wayar cas ada satu saja, dan." Reza bercakap dengan diri sendiri tanpa menghiraukan sekeliling.

"Oi! Awal kau bangun Reza, kau tak tidur ke?" sergah Azlan dekat Reza yang fokus menyusun barang.

"Terkejut aku, aduh nasib baik tak jatuh jantung aku. Kau ini kan. Tidak lah, aku sudah biasa bangun awal pagi dan memang rutin harian aku dalam tentera" kata Reza sambil menarik nafas akibat sergah dengan Azlan.

"Kau buat apa ini?" Tanya Azlan

"Aku tengah susun barang-barang yang kita ambil dekat balai. Aku nak susun masuk dalam bilik senjata." jawab Reza sambil mula bangun dan mengangkat barangan tersebut masuk ke dalam bilik senjata sambil diperhatikan oleh Azlan.

“Lan, tolong aku bawa barang-barang itu masuk dalam bilik itu.” Reza meminta bantuan tangan Azlan untuk membawa masuk barangan dilantai ke dalam bilik senjata.

Azlan mengangguk dan mula pergi mengangkat barangan dilantai satu per satu lalu terus ke bilik senjata tersebut. Kelihatan bilik senjata tersebut tidak pernah dilihat oleh nya pada waktu semalam dan tidak perasan dengan kewujudan bilik itu padahal dia dan Lee pergi pusing semua bilik yang ada rumah bawah tanah.

Setelah sampai ke bilik tersebut, Azlan terkejut dengan senjata yang ada dalam bilik senjata tersebut. Lalu Azlan mula bertanya soalan pada Reza mengenai semua senjata tersebut.

“Wow Rez! Banyak senjata yang kau ada. Seriuslah kau, sekejap macam mana dapat senjata semua ini?” tanya Azlan sambil rambang mata melihat senjata yang ada di bilik tersebut. Pada waktu yang sama, Lee datang dari belakang Azlan dengan mamai baru bangun dari tidur juga terkejut melihat senjata dalam bilik tersebut.

“Rez! Banyaknya senjata kau simpan! Macam mana aku tak perasan bilik ini semalam.” Lee berkata sambil terkejut melihat senjata yang terdapat dalam bilik itu.

“Kan sudah aku cakap. Kita ada semua yang kita perlu untuk kelangsungan hidup pada situasi sekarang ini.” Jawab Reza sambil melihat Azlan dan Lee yang kelihatan terkejut serta teruja melihat senjata

“Tapi macam mana kau dapat senjata ini?” Tanya Azlan dengan musykil

“Senjata ini sebenarnya senjata lama punya, kebanyakan dari perang dunia kedua punya senjata dan darurat. Aku dapat senjata ini pun masa pihak tentera nak lupuskan, jadi aku ambil diam-diam, pilih yang mana masih boleh guna dan baiki, aku bawa balik sini. Tapi banyak yang nak kena baiki.” Jawab Reza sambil melihat Azlan dan Lee pergi mencuba memegang senjata yang ada atas meja.

“Rez, senjata yang aku pegang ini senjata apa?” Tanya Azlan yang tengah membelek senjata tersebut.

“Yang kau pegang itu nama dia Streling Gun, yang Lee pegang itu sama macam nama dia juga, Lee-Enfield itu bolt rifle. Aku ambil pun empat jenis saja, Pistol dan SLR. Kau tengok yang dekat belakang itu yang dekat rak itu, semua itu sudah siap baiki dan boleh digunakan.” Jawab Reza sambil menerangkan mengenai senjata yang ada dalam bilik tersebut.

Azlan dan Lee sudah mula teruja dengan senjata yang terdapat didalam bilik senjata dan hampir ke semua senjata di pegang oleh mereka. Reza melihat gelagat mereka berdua seperti kanak-kanak yang baru dapat mainan baru.

“Rez, bila kita boleh belajar menembak ini?” Tanya Azlan yang teruja menilik senjata ke arah dinding.

“Sebelum kau berdua nak belajar menembak, kau pusing belakang nampak tak basic bow itu?” jawab Reza

“Nampak” jawab Lee dan Azlan

“Kau berdua kena belajar dulu memanah sebelum kita pegang senjata ini” ujar Reza lagi

“Aduh lama ke nak kena belajar ini?” Tanya Azlan dan Lee dengan serentak

“Senjata bukan benda boleh buat main-main. Salah tembak boleh mati. Apabila main dengan nyawa, bukan benda mainan. Jadi sebelum kita pergi belajar menembak, kena belajar dulu macam mana memanah. Dekat situ kita belajar macam mana menilik, macam mana nak kawal nafas, nak lepaskan anak panah. Semua kita kena belajar dan lepas mahir nanti baru kita pergi belajar menembak. Reza menerangkan bahayanya mengendalikan senjata tanpa latihan yang cukup.

Riak muka Azlan dan Lee mula berubah sambil melihat ke arah belakang untuk tengok basic bow yang Reza cakapkan. Mereka memahami tentang bahayanya mengendali senjata tanpa sebarang latihan.

“Sudah-sudah buruk tengok muka kau berdua merajuk macam budak-budak aku tengok. Mula petang ini kita mula latihan memanah. Sekarang ini kita kemas cepat dan boleh kita sarapan. Banyak benda yang nak kena buat pagi ini.” Kata Reza yang menyakat Azlan dan Lee.

Mereka berdua meletakan senjata dan mula menyusun barangan yang berada di ruang utama dibawa masuk ke dalam bilik senjata. Reza pula keluar dari bilik senjata dan menuju ke ruang makan untuk menyediakan sarapan pagi.

Setelah selesai sarapan pagi, mereka mula berbual santai mengenai kehidupan sebelum kejadian semalam. Untuk Lee dan Reza, mereka berdua sudah menjadi kawan lama dari bangku sekolah, tetapi untuk Azlan yang baru kenal semalam. Reza selamat dia daripada Z yang cuba untuk mengigit dia. Reza mula bertanya Azlan mengenai kehidupan dia sebelum ini

"Azlan, kau sebelum ini kerja apa? Aku lupa nak tanya." tanya Reza

"Aku kerja technician kilang dekat Seremban, aku datang pagoh sebab kilang dekat sini ada masalah mesin, kenapa Rez?" jawab Azlan sambil minum air kopi.

"Kalau macam itu, aku ada beli turbin air untuk buat jana tenaga eletrik? Untuk generator elektrik. Kalau kau boleh pasang?" tanya Reza

"Um, tapi nak pasang itu kena ada tapi manual dia, senang lah aku pasang nanti" jawab Azlan

"Ok cantik, sebab aku ada beli satu turbin air saiz sederhana, masih dalam kotak, aku tak reti nak pasang." kata Reza

"Tak jadi masalah. Bila nak pasang?" tanya Azlan sambil menghirup air kopi

"Pagi nanti lepas subuh, aku tunjuk tempat dekat mana nak pasang." jawab Reza

"Ok, lepas subuh, Tapi sekarang ini aku nak pergi melabur saham dulu dan tiga hari aku tahan" kata Azlan yang berlari terus keluar dari rumah bawah tanah.

Reza geleng kepala sambil ketawa, dan melihat Azlan keluar berlari pergi tandas. Dia kelihatan tidak dapat menahan sakit perutnya setelah 3 hari daripada peristiwa yang melanda di pekan. Reza dan Lee sambung berbual menunggu pagi menjelma hari yang baru.

“Tapi kan, muka kau tak pernah berubah sejak dari sekolah lagi. Patutlah kau takde amoi sangkut kat kau” Reza mula ketawa terbahak-bahak selepas mengutuk Lee.

“Celaka kau Reza. Muka aku pan asia ok”

Reza terus ketawa apabila Lee mengatakan muka dia seperti pan asia tetapi sebenarnya muka Lee sebaliknya. Lee mula membalas kutuk untuk menyakitkan hati Reza.

“Rez, muka kau pun sama juga lah. Ingat kacak sangat ke?” kata menjengkel oleh Lee

Reza membalasnya “ Sekurang-kurang aku dah pernah kahwin. Kau itu , jangan cakap kahwin, pergi keluar berdua pun tak pernah aku nampak sejak sekolah” Reza membalas kutuk sambil ketawa.

Mereka berbalas kutuk mengutuk satu sama lain sambil ketawa sehinggalah bangkitnya fajar pagi. Sesudahnya lepas mengutuk antara satu sama lain, Reza meminta tolong Lee untuk mengemaskan kotak-kotak yang ada diruang tamu lepas sarapan pagi supaya kelihatan bersih di ruang tamu. Lee mengangguk faham dengan arahan Reza. Lalu Reza terus bangun dan keluar dari ruang makan untuk pergi keluar rumah bawah tanah untuk melihat suasana pagi yang nyaman sambil menunggu Azlan yang masih belum selesai urusan dia di tandas. Manakala Lee pula pergi kejutkan Lily untuk bangun makan sarapan pagi.

“Sejuknya pagi ini” kata Reza sambil menaiki tangga rumah bawah tanah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience