Bab 9

Zombie Series 766

Waktu tenang

Reza keluar sambil melihat suasana pagi dan terus bergerak menronda-ronda di sekitar dusunnya yang telah dipagar bertutup untuk memastikan Z tidak berada berdekatan dengan dusunnya. Kelihatan Azlan keluar daripada tandas setelah selesai melepaskan hajat lalu Azlan nampak Reza sedang melakukan rondaan berseorangan diri, tanpa membazirkan masa terus berjalan pergi dekat untuk menemani Reza meronda dusunnya.

“Oi Reza! Berangan apa itu?” Jerit Azlan yang berlari menuju ke arah Reza.

Namun Reza hanya menunjuk isyarat satu jari dimulutnya sebagai tanda diam bagi mengelak Z terdengar jerit Azlan. Dia memahami isyarat tersebut lalu pergi menemani Reza meronda. Setelah sampai dekat Reza, dia mula bertanya kepada Reza mengenai keadaan sekeliling dusun tentang keberadaan Z.

“Ada ke benda itu dekat sini Rez?” tanya Azlan mengenai keselamatan disini

Lalu Reza menjawab “Setakat aku ronda ini, tiada lagi dengar bunyi benda itu. Sunyi macam biasa.”

Azlan menarik nafas lega setelah mendengar jawapan Reza mengenai keselamatan disini. Dia berharap sangat dusun reza ini selamat untuk diduduki. Azlan terus bertanya mengenai tempat untuk dia pasang turbin air seperti mana yang Reza cakap.

“Rez, masa sarapan tadi kau ada cakap nak tunjukkan dekat mana tempat aku pasangkan turbin air itu?” tanya Azlan mengenai sarapan tadi.

“Aku hampir lupa, jom ikut aku” jawab Reza terus bergerak ke tempat anak sungai yang berhubung dengan kolamnya. Sambil itu mereka berdua tidak banyak bercakap sepanjang berjalan hingga ke anak sungai itu.

“Lan, apa pendapat kau untuk pasang turbin air, kat mana yang sesuai nak pasangnya?” Reza tanya pendapat pada Azlan

“Aku rasa, aku nak pasang kat anak sungai ini. Sebab kalau ikut alir air, air ini datang dari kolam ini jadi kat sini aku nak buat macam empangan kecil kat anak sungai ini” Terang Azlan pada Reza mengenai pandangan dia mengenai tempat yang sesuai untuk pasang turbin air

“Aku ikut saja apa yang kau cakap, itu kepakaran kau. Aku setuju saja” ujar Reza

“Jadi bila kau boleh mula pasang ini” sambung Reza

“Bagi aku masa dalam seminggu untuk ini. Banyak benda yang kena buat dulu” Jawab Azlan

“Ikut masa kau, aku tak nak letak sebarang tekanan” kata Reza

Setelah itu, Mereka berdua sambung semula ronda disekitar dusun untuk memastikan persekitaran dusun selamat untuk diduduki. Sambil berjalan Azlan bertanya mengenai dusun nya.

“Rez, berapa ekar kau punya dusun ini?” tanya Azlan

“Dusun aku ini dalam lima ekar besarnya. Ini pun tanah pusaka ayah aku.” Jawab Reza

“Boleh tahan besar juga dusun kau ini, banyak pokok buah kalau sampai musim meriah lah kebun ini” kata Azlan

“Ye, lagi satu ada tanah kosong dekat kolam itu. Aku ingat nak tanam sayur dekat situ” kata Reza

“Betul juga itu, sekurang-kurangnya bekalan makanan kita nanti tidak terputus. Bijak kau merancang Rez pasal semua ini.” Kata Azlan yang menggagumi dengan rancangan Reza mengenai persiapan yang dibuat untuk situasi ini

Sesudahnya selesai mereka berdua meronda dusun, mereka terus bergerak ke rumah bawah tanah untuk Reza bagi tugasan yang patut mereka semua buat pada hari ini. Setelah sampai mereka turun bawah untuk berjumpa dengan Lee. Lee kelihatan sedang menyusun barangan yang diarahkan oleh Reza manakala untuk Lily pula masih lagi belum bangun tidur.

“Lee, dah siap ke kemas ke kotak-kotak kat ruang tamu?” Tanya Reza

“Terkejut aku, dah nak siap kemas ini” jawab Lee

“Nanti kalau dah siap kemas, kita jumpa dekat ruang makan” kata Reza kepada Lee

“Ok baik boss” jawab Lee

“Sekejap. Mana Lily?” tanya Reza     

“Lily tidur lagi. Kesian dia kepenatan semalam” Jawab Lee

“Takpelah bagi dia rehat cukup, kesian dia lalui benda yang berat bagi dia” ujar Reza

Semua angguk bersetuju dengan Reza mengenai Lily. Mereka faham yang Lily terlalu muda untuk hadapi situasi ini dengan kehilangan insan yang dia sayang. Reza dan Azlan terus pergi ke ruang makan untuk berehat sebentar sambil menunggu Lee siap mengemas diruang utama.

Sejam kemudian

Lee sudah selesai mengemas ruang utama yang sekarang ini kelihatan kemas dan bersih. Banyak ruang yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan pada masa akan datang. Dalam masa sama, Lily juga baru bangun dari tidur dan melihat Lee sedang mengelap peluh setelah selesai mengemas.

“Cikgu Lee, bersihnya cikgu kemas tempat ini? Kenapa tak panggil Lily tolong?” Tanya Lily

“Tidak ada apa lah Lily. Cikgu ok saja kemas seorang diri. Lagipun cikgu tengok Lily kepenatan semalam. Jadi cikgu tak nak ganggu lily tidur” jawab Lee

“Ala, malu lah Lily” jawab Lily

“Tidak ada apa-apa, Pergi kat ruang makan, Pakcik Reza dan Azlan ada kat sana itu. Nanti cikgu datang” Ujar Lee

“Baik cikgu” Kata Lily

Lily terus bergerak ke ruang makan untuk jumpa Reza dan Azlan. Mereka berdua sedang duduk berbual sambil minum air kopi. Lalu ternampak Lily sedang berjalan menuju ke arah mereka, Reza terus memanggil Lily untuk duduk sekali dengan mereka.

“Lily. Duduk sini dengan pakcik Azlan ini. Sarapan pagi dulu” Kata Azlan yang sedang minum air kopi

“Baik pakcik Azlan” jawab Lily yang terus bergerak ke Azlan

“Lily, Sarapan dulu. Ini ada biskut ini cecah dengan air kopi. Buat alas perut” Ujar Reza sambil menyediakan makanan untuk Lily

“Terima kasih Pakcik Reza” jawab Lily dengan muka agak sedih

“Kenapa muka Lily sedih Lily” tanya Reza

“Tidak apa-apa Pakcik Reza, cuma sedih saja” Ujar Lily

“Lily, anggap kami semua ini macam keluarga Lily. Kami bertiga ini sentiasa dengan Lily ok” Sambung Reza lagi.

Lily angguk faham dengan apa yang Reza kata. Reza tidak mahu Lily bersedih terlalu lama dan perlu untuk bersama-sama dengan mereka. Reza tidak menganggap bahawa Lily ini adalah satu beban tetapi satu kelebihan untuk kumpulannya pada masa akan datang.

Namun Reza terus bercakap mengenai perkara perlu dilakukan pada hari ini.

“Jadi hari ini banyak benda yang kena buat terutama eletrik, makanan dan komunikasi. Untuk eletrik aku serah dekat Lan dan aku pun dah tunjuk tempat untuk dia pasang turbin air” Arahan Reza kepada Azlan dan dia mengangguk faham.

“Untuk makanan pula Lee, kau ada kerja berat sedikit, kau kena buat batas untuk tanaman tapi jangan risau buat santai-santai dan nanti aku tolong kau” Sambung Reza memberi arahan seterusnya kepada Lee

“Ok Rez, Aku tak kisah janji kau tolong” Jawab Lee

“Jangan risau, aku tolong” kata Reza

 “Untuk Lily, pakcik Reza akan ajar untuk komunikasi, jangan risau pakcik Reza ajar satu persatu. Semua barang pakcik Reza pasang. Lepas itu pakcik ajar macam mana nak tuning, cara bercakap, dan pemetaan. Semua pakcik Reza ajar satu persatu. Boleh Lily?” kata Reza kepada Lily

“Baik pakcik Reza, kalau salah jangan marah ok?” jawab Lily

“Jangan risau ok”

Sambung Reza lagi

“Untuk petang nanti, semua wajib turun berlatih memanah termasuk Lily juga. Kita berlatih sehingga korang bersedia pegang senjata”

“Agak-agak berapa lama kita orang ini kena berlatih?” tanya Azlan

“Bergantung pada korang, mungkin enam bulan, mungkin setahun ikut kemampuan kemahiran korang. Nanti aku yang tentukan” Jawab Reza

“Ok baik. Satu soalan lagi. Kenapa ada kotak oil filter dekat bilik senjata tu?”

“Oo yang tu nanti, korang akan tahu sendiri” jawab Reza

“Dan seperti aku janjikan malam nanti aku cerita pasal semua ini” sambung Reza

Semua tidak sabar untuk menunggu Reza menceritakan hal ini pada malam ini. Setelah selesai reza bagi arahan semua terus bergerak untuk melaksana arahan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience