Series
991
Bab 5
Panik
Reza menoleh ke arah belakang dan melihat ada Makhluk Zek sedang cuba menerkam dari belakang. Lalu berlakulah pergolakan. Makhluk Zek menyerang Reza dengan sangat pantas dan cuba menggigit bahagian muka Reza. Reza berusaha mengelak dengan menggunakan tangannya yang diikat buku daripada digigit Makhluk Zek. Sambil itu, Reza cuba mencapai pisau di sisi dan menikam kepala Makhluk Zek berkali-kali. Lalu Makhluk Zek tersebut berhenti menggigit selepas ditikam pada kepala. Terus Reza menjerit kepada yang lain.
“Lee! Lan! Naik tingkat atas cepat!”
“Cepat!” Reza menjerit dalam nada cemas sambil menolak Makhluk Zek itu ke tepi dan cuba untuk bergerak ke atas. Namun, ada dua Makhluk Zek yang berlari pantas dari arah pintu menuju ke Reza yang ketika itu baru sahaja bangun. Kedua-dua Makhluk Zek merempuh Reza dengan sangat kuat sehingga terlanting ke dinding. Lalu terus menggigit tangan Reza yang diikat dengan buku, manakala seekor lagi Makhluk Zek cuba untuk memukul tetapi Reza menggunakan kaki untuk menghalangnya.
Sementara itu, dua orang lagi sedang berbalah di tingkat atas.
Azlan berkata dalam keadaan marah, “Aku dah cakap dah! Ini benda gila! Baik aku tinggal saja kat rumah kedai itu, bodoh!”
“Kau diamlah, bodoh!” balas Lee kepada Azlan.
“Ini semua punca daripada kaulah!” kata Lee lagi dalam keadaan marah.
“Sekarang ni kau nampak tak meja kaunter tu? Tolong aku tolak meja tu cepat!” jerit Lee kepada Azlan untuk membantunya menolak meja kaunter tersebut.
Dalam masa yang sama, Reza sedang bergelut dengan dua Makhluk Zek serentak menggunakan pisau dan menikam kepala mereka. Tiba-tiba, Makhluk Zek yang ditikam oleh Reza di kepala tadi bangun dan menyerang semula. Reza terkejut melihat Makhluk Zek itu bangun semula. Reza mengambil keputusan menggunakan segala kudratnya untuk menolak jatuh kedua-dua Makhluk Zek itu ke belakang, dan apabila Reza sudah dapat melepaskan diri, tanpa melengah masa terus berlari ke arah tingkat atas dalam keadaan kelam kabut.
Namun Makhluk Zek bangun semula lalu mengejar Reza dalam keadaan menakutkan dan melompat ke belakang Reza yang menyebabkan Reza terjatuh semula di tangga.
“Lan! Tolak meja kaunter ni ke pintu tangga!” Lee mengarah Azlan untuk membantunya.
Makhluk Zek berjaya menjatuhkan Reza dan cuba menggigit Reza dari bahagian belakang badan. Reza bergelut dengan Makhluk Zek lain yang cuba menggigit bahagian leher dan tangan. Reza tidak dapat mengawal situasi dan memaksanya menjerit meminta tolong.
“Tolong aku, wei!” jerit Reza.
Lee terdengar teriakan meminta tolong dan ternampak Reza sedang bergelut menyelamatkan diri daripada digigit Makhluk Zek. Lee bergegas turun dan melompat menendang Makhluk Zek tersebut hingga terpelanting ke tepi, lalu bertindak menggunakan pisau untuk menikam kepala Makhluk Zek yang lain berkali-kali.
Reza terus bangun dan menarik Lee naik ke tingkat atas dalam keadaan cemas sambil memberitahu,
“Lee! Cepat naik, cepat! Makhluk Zek tu boleh hidup balik!”
Reza dan Lee bergegas lari naik ke atas sambil melihat Azlan sudah bersedia menutup pintu tangga.
Azlan menjerit, “Rez! Lee! Cepat! Benda tu bangun balik semula!”
Reza dan Lee bergegas melompat masuk ke pintu tangga, lalu Azlan menutup pintu tangga sambil menahannya, sementara Reza dan Lee menolak meja kaunter ke pintu tangga bagi menghalang Makhluk Zek masuk ke tingkat itu.
Ketiga-tiga mereka tersandar di meja kaunter dalam keadaan senyap, menunggu Makhluk Zek itu berhenti mengoncang pintu tangga. Keadaan sunyi berlaku agak lama sehingga Makhluk Zek itu berhenti.
“Aku dah cakap, pelan ni gila tapi korang tak percaya. Sekarang tengok, kita dah tersangkut kat balai polis,” kata Azlan dengan nada kecewa dan penat.
“Makanan pun tak bawa, senjata yang kita cari entah ada atau tak. Kerja sia-sia, wei. Ini nasib kita tak mati,” kata Azlan lagi.
Reza dalam keadaan sangat penat menunjukkan isyarat diam bagi mengelak Makhluk Zek datang menyerang semula.
Reza terus bangun dan pergi memeriksa bilik ke bilik di balai polis tanpa menghiraukan yang lain, dengan harapan dapat menjumpai apa yang mereka cari. Setelah melihat Reza pergi memeriksa keadaan bilik, mereka berdua terus bangun apabila melihat Reza berbuat demikian tanpa banyak cakap.
15 minit kemudian.
Ketika semua sedang memeriksa dari bilik ke satu bilik yang lain, tiba-tiba Azlan menjerit memanggil,
“Lee! Rez! Datang kat aku, wei!”
Lee dan Reza bergegas ke arah Azlan untuk mengetahui apa yang berlaku. Azlan terjumpa bilik simpanan barangan rampasan polis yang belum dibuka lagi. Setelah Reza dan Lee sampai dan ternampak bilik simpanan barangan rampasan itu, mereka semua tersenyum apabila melihatnya. Kunci berada di tombol pintu itu lalu Azlan membuka pintu bilik tersebut.
Apabila pintu bilik itu dibuka, terdapat banyak barang yang mereka perlukan.
“Ada macam-macam dalam bilik ni — mercun, senapang patah, senapang angin, pedang samurai, parang, walkie-talkie, beg hiking pun kena rampas juga,” kata Azlan sambil menyelongkar barangan dalam bilik.
“Ok, cantik. Sekarang ni kita keluarkan semua, asingkan dan kira berapa semua sekali,” kata Reza.
Mereka mula mengeluarkan dan mengasingkan barang-barang dalam bilik rampasan mengikut jenis, lalu disusun di luar bilik. Setelah selesai mengeluarkan semua barang, mereka mula mengira mengikut jenis barangan.
“Ok semua — mercun ada 40 kotak, 10 kotak thunderclap, 7 bungkus mercun bola, selebihnya mercun papan panjang dan mancis, dua kotak 30 das bunga api, tiga laras senapang patah tapi tiada pin dan peluru, satu senapang angin tapi tak ada hos sambung, empat bilah pedang samurai yang masih tajam, lima bilah parang dalam keadaan baik, dua set walkie-talkie, satu drone dan dua beg hiking saiz 70 liter,” kata Reza sambil melihat semua barang.
“Sekarang ni kita ada tiga beg — satu beg sekolah ni, dua beg hiking,” kata Lee.
“Kita ambil apa yang perlu je, yang boleh muat dalam semua beg. Mercun thunderclap 10 semua, mercun bola ambil semua, mercun bunga api bawa semua, mercun papan dan mancis kita bawa dalam 10 kotak saja. Letak dalam beg hiking ni. Untuk beg hiking seterusnya, letak pedang samurai, parang, dan senapang patah — semuanya kita bawa. Pin nanti aku boleh cari,” kata Reza.
“Bawa semua walkie-talkie ni, letak dalam beg sekolah. Drone ikat, jangan letak dalam beg, takut patah. Ada lighter?” tanya Reza.
Lee dan Azlan menggeleng kepala.
“Takpe, cuba tengok dalam bilik rampasan, mesti ada punya,” kata Reza.
“Lighter ni nak buat apa?” tanya Lee.
“Lighter ni jalan keluar untuk kita,” jawab Reza sambil tersenyum.
Semua mencari pemetik api dalam bilik rampasan. Azlan jumpa pemetik api yang tersembunyi di belakang meja.
“Aku dah jumpa lighter, dan masih ada gas,” kata Azlan sambil menggoncangkan pemetik api.
“Cantik, Lan. Sekarang pack barang yang kita dah pilih tadi. Azlan, kau bawa beg yang ada pedang dan senapang — pastikan ikat kuat-kuat, takut berbunyi nanti. Lee, kau bawa beg sekolah tu. Aku bawa beg yang ada mercun,” kata Reza.
“Reza, aku ada jumpa shotgun kat bawah dengan sekotak peluru dekat atas meja,” kata Azlan.
“Ok, nanti aku ambil shotgun tu. Kau ambil kotak peluru. Sekarang ni semua sedia, pastikan beg dah ikat ketat. Lan, kalau dah sedia nak tolak pintu, bagi isyarat,” kata Reza sambil menyediakan mercun thunderclap untuk dibakar.
Reza ambil mercun thunderclap dan terus pergi ke tingkap hadapan. Dia membakar mercun itu dan mercun tersebut terus terbang ke arah depan pintu utama. Semua Makhluk Zek yang berada di sekeliling berlari mengejar ke arah mercun. Dengan kesempatan yang ada, Reza arahkan Azlan untuk tolak meja sambil mercun berbunyi.
Reza membuka pintu sedikit untuk melihat keadaan dan tiada kelihatan Makhluk Zek.
Reza mengarahkan semua untuk bergerak secara senyap menuruni tangga. Kelihatan Makhluk Zek berada di tepi tingkap hadapan, pergi ke arah mercun. Reza turun perlahan-lahan menuju ke pintu belakang sambil berhati-hati agar tidak terpijak kaca. Reza bergerak ke meja tepi untuk mengambil shotgun, Azlan menyusul di belakang Reza sambil mengambil kotak peluru di atas meja dengan perlahan-lahan.
Reza menunggu di pintu belakang memastikan yang lain keluar dari ruang balai dengan selamat. Setelah keluar dari bangunan balai polis, mereka perlahan-lahan bergerak ke arah tempat letak kereta. Tidak kelihatan Makhluk Zek di sisi bangunan polis. Mereka terus bergerak ke pintu pagar kecil dan berjalan ke arah warung tepi balai polis.
Apabila semua melihat keadaan sekeliling selamat, kelihatan Makhluk Zek sedang berkumpul di pintu hadapan balai polis, pergi ke arah bunyi mercun. Mereka terus bergegas pulang ke rumah kedai. Lily nampak mereka bertiga berlari ke arah rumah kedai sambil melihat keadaan sekeliling. Lily terus lari ke bawah untuk membuka pintu pagar bawah.
Lily melambai tangan ke arah mereka. Mereka terus berlari masuk ke dalam rumah kedai dan Lily segera menutup pintu pagar rumah.
Ketiga-tiga mereka tercungap-cungap, lari dari balai polis ke rumah kedai sambil tersenyum antara satu sama lain.
“Alhamdulillah,” kata Reza sambil menahan kepenatan akibat bergelut dengan Makhluk Zek.
“Betul-betul gila masa dalam balai tadi. Aku ingat kita dah habis dah. Kesian nanti Lily tinggal sorang-sorang dekat rumah dia,” kata Azlan.
“Punca kau lah,” kata Lee sambil menggeleng kepala
Share this novel