BAB 13

Short Story Completed 54003

SUDAH sebulan lebih Adam Harith dingin dengannya. Langsung tiada perbualan mesra antara dia dan suaminya itu. Paling Anna Najla terasa apabila selamba sahaja Adam Harith mengajak Adora ke rumahnya. Adakah mereka berdua masih berhubung?

" Dora. I naik mandi bersiap sekejap. Lepas tu kita keluar",

" Okay Am", Adora hanya tersenyum.

Masitah mahu menghidangkan air kepada tamu tetapi dihalang Anna Najla. " Biar Anna buat Kak Mas",

Masitah menurut sahaja permintaan Anna Najla.
Anna Najla berjalan menuju ke ruang tamu dengan senyuman.

" Dr Adora", tegur Anna Najla ramah dan bersalaman dengan wanita cantik di hadapannya.

Adora tersenyum manis. Dia masih ingat perempuan ini. Perempuan yang disebut Adam Harith bernama Hawa.

" Nama awak bukan Hawa kan?",soal Adora.

" Bukan. Dr Adam saja bagi saya nama tu", Anna Najla ketawa mesra. " Boleh panggil saya Anna",

" Pandai dia berlakon depan saya sebab nak reject saya", Adora bersuara disusuli gelak manja.

" Dr Adora dengan Am ada apa-apa ke?", soal Anna Najla tanpa segan. Dia perlu tahu. Jika Adam Harith memang sudah tidak boleh menerimanya lagi dia akan undur diri biarpun janjinya pada lelaki itu mahu terus tinggal bersama.

" Eh. Anna panggil saya Adora je. Janganlah formal sangat. Apa maksud Anna Ada apa-apa?",

" Dah hampir dua tahun kami nikah. Ni kali pertama Am ajak Adora datang sini. Jadi mungkin Am dan Adora ada apa-apa semula", Anna Najla langsung tiada basa basi. Biarlah dia bertanya terus terang. Dia tidak peduli jika Adora mengadu kepada Adam Harith nanti.

" Taklah. Kami kawan je Anna. Tak lebih dari tu. Anna jangan bimbang. Saya dengan Am dah tak ada apa-apa. Hari ini saya datang sebab nak ke klinik Am. Saya dah mula kerja dengan Am minggu depan sebab saya dah resigned dari goverman", Adora memberi penjelasan.

" Oh. Tukar tempat kerja barulah ya", Anna Najla sedikit kelegaan. Tapi sekejap sahaja. Dalam keadaan dia dan Adam Harith sedang berkrisis dan datang pula Adora bekas teman wanita Adam Harith tak mustahil Adam Harith akan menganyam semula cinta lama bersama wanita di hadapannya.

" Eh jemput minum", Anna Najla menuang minuman ke dalam gelas. " Adora duduklah dulu ya. Saya naik tengok Am sekejap",

Anna Najla masuk ke dalam bilik Adam Harith. Adam Harith masih di dalam bilik air. Anna Najla mencapai pakaian kasual yang siap digosok di dalam almari dan diletakkan di atas katil.

Seketika Adam Harith keluar. Dia tidak terkejut kerana Anna Najla sentiasa akan menguruskan dirinya walaupun dihalang. Isterinya itu bagai tidak punya erti putus asa.

" Adora cakap tadi dia mula kerja di klinik abang minggu depan", sengaja Anna Najla mengajak berbual walaupun sejak peristiwa petang itu Adam Harith sudah malas mahu melayan bualannya.

" Tiba-tiba Naj rasa insecure pula sebab Adora tu kan bekas kekasih abang. Bila abang selalu ada dekat dengan dia Naj takut kalau abang jatuh cinta semula dengan dia. Tapi kalau abang jatuh cinta semula dengan dia abang cakap dengan Naj. Naj sanggup undur diri", Anna Najla tersenyum walaupun hatinya terluka dengan kata sendiri.

Adam Harith terkejut dengan ayat isterinya namun dia cuma mengawal riak wajahnya. Bersahaja wajahnya bagai tanpa perasaan walaupun hatinya agak terusik

" Naj serius abang. Naj tahu abang benci Naj. Kalau abang ada seseorang dalam hati abang. Naj sanggup undur diri", Anna Najla membantu Adam Harith sambil menyarungkan pakaian dan merapikannya.

Adam Harith terus diam.

Usai membantu Adam Harith bersiap Anna Najla menemani lelaki itu turun ke bawah. Adora bangun dari duduknya dan berjalan ke ruang parkir. Anna Najla membantu Adam Harith masuk ke kereta dan menyalami lelaki itu. Anna Najla menunggu sehingga kereta Adora hilang dari penglihatannya.

" Kenapa you buat Anna macam tu Am. Kasihan dia. I nampak dia sayang you sangat. Jangan menyesal kalau dia lari dari you nanti",

" I ajak you datang sini sebab nak you ambil I kita pergi klinik. Bukan nak dengar you membebel", umar Adam Harith kurang senang.

" I cuma bercakap mewakili perasaan seorang wanita. Sebab kadang lelaki ni lembap tak faham kalau tak cakap ", selamba Adora menjawab.

Adam Harith terpempan dengan kata -kata Adora. Dia diam sahaja. Malas mahu membalas kata. Nanti tentu lagi panjang ayat wanita mahu menyekolahkannya. Walaupun mereka sudah putus namun hubungan mereka masih lagi baik.

MASITAH sudah tersenyum manis. " Kalau Am tahu berita ni mesti Am gembira. Tentu Am dah tak marahkan Anna", Masitah bersuara ceria ketika melabuhkan punggung di katil bilik Anna Najla.

Dia juga tidak sanggup melihat layanan dingin Adam Harith kepada Anna Najla. Wanita itu terlalu bersabar dengan karenah Adam Harith. Masitah dapat melihat renungan mata Adam Harith penuh dengan cinta kepada isterinya namun tindakannya selalu membuat Anna Najla dalam kesedihan.

" Kak Mas jangan beritahu Am ya. Jom tolong Anna kemas baju"

" Hah? Kemas baju. Anna nak pergi mana?, Masitah sudah gusar. Anna Najla mahu meninggalkan rumah ini ke?

" Anna nak pindah masuk bilik Am semula", Anna Najla tersenyum ceria.

" Wow", Masitah teruja.

Seronok jika majikannya ini sudah berbaik. Dia sudah sayangkan Adam Harith dan Anna Najla seperti adiknya sendiri kerana layanan mereka berdua tidak seperti layanan kepada pekerja tetapi lebih kepada keluarga.

" Jangan nak wow sangat. Naj takut belum apa-apa Am halau Naj sekali lagi ", wajah Anna Najla disapa sayu.

" Taklah. Kalau dia nak halau Naj dari dulu lagi dia buat", Masitah memberi semangat mengusap bahu Anna Najla.

" Kak Mas lupa peristiwa petang tu dia mengamuk halau Naj. Siap suruh Kak Mas kemaskan baju Naj. Suruh Naj keluar rumah hari tu juga. Naj je yang buat muka tak malu buat tak faham bila kena halau macam tu",

" Dia tengah marah masa tu. Tengok sampai sekarang tak ada pun Am buat macam tu kan. Sebab dia sayangkan Anna. Ego lelaki Anna. Kalau dia nak Anna betul-betul pergi tak adalah Anna boleh tinggal di sini lagi. Am tu sebenarnya sayangkan Anna. Cintakan Anna",

Masitah tidak tahu apa sebenarnya masalah majikannya ini. Sampai hari ini dia tertanya-tanya. Tetapi tak mungkin dia bertanya pada Anna Najla. Kerjanya cuma pembantu rumah sahaja. Tentulah ada batasannya. Cuma dia berharap Adam Harith dan Anna Najla akan berbaik semula. Dia bangun mengangkat pakaian Anna Najla ke bilik utama.

Anna Najla berbaring di katil setelah penat ke hulu ke hilir mengangkat barangnya. Barang yang ringan sahaja diangkatnya. Barang berat semua diuruskan oleh Masitah.

Tanpa sedar Anna Najla terlena di katil. Langsung tidak sedar akan kepulangan suaminya.

Adam Harith sedikit terkejut apabila melihat Anna Najla terbaring lena di katil biliknya. Tanpa sedar dia tersenyum melihat wajah tenang isterinya. Dia mendekat dan menyebak rambut yang menutupi wajah Anna Najla. Pipi isterinya dielus perlahan. Tangannya dilarikan saat Anna Najla cepat sahaja terjaga apabila terasa ada sentuhan pada wajahnya.

" Kenapa tidur dekat sini?", serius wajah Adam Harith mengawal perasaan kerana hampir tertangkap dengan tindakannya tadi.

" Naj nak tidur dengan abang mulai hari ni", manja suara Anna Najla.

Berkerut kening Adam Harith. Tindakan isterinya ini memang suka ikut kepala sendiri. Dihalau keluar rumah tidak juga keluar dan sanggup berpindah bilik. Hari ini isterinya ini berpindah masuk ke sini pula.

" Siapa yang suruh?", soal Adam Harith.

" Naj sendiri suruh", Anna Najla tersenyum dan mendekati Adam Harith. Tangan lelaki itu disalam dan dielus lembut apabila tiada penarikan dari suaminya. Kemudian Anna Najla membawa tangan suaminya itu ke perutnya.

" Naj mengandung", Anna Najla tersenyum manis memandang wajah suaminya. Jelas terentang riak terkejut pada wajah Adam Harith.

" Dah lapan minggu", Anna Najla memberitahu lagi. Bermaksud semasa krisis petang itu usia kandungannya sudah seminggu! Kemudian dia. langsung tidak peduli tentang rutin waktu dia datang bulan. Dia fikir mungkin lambat kerana perasaanya yang tidak stabil disebabkan krisisnya bersama Adam Harith. Betullah tekaan mama semasa dia ke rumah mama minggu lepas! Ketika itu dia memang langsung tidak ambil. pusing kata mamanya.

Adam Harith teruja mendengarnya. Namun dia tetap berlagak seperti tiada perasaan. Anna Najla sedikit kecewa dengan respon suaminya. Berita ini yang mereka tunggu selama ini. Tetapi ia datang dalam keadaan mereka sedang berkrisis pula. Jika tidak tentu Adam Harith sudah menariknya dalam pelukan lelaki itu.

" Abang tak happy Naj mengandung?", soal Anna Najla sengaja mahu menyelami perasaan sebenar suaminya. " Naj tahu abang benci Naj. Mungkin juga abang benci anak ni. Tapi boleh tak selama Naj mengandung abang layan Naj dengan baik", Anna Najla masih memujuk.

Ah! Hati Adam Harith terusik apabila Anna Najla mengaitkan perasaannya terhadap kandungannya. Jika diikutkan hatinya mahu sahaja dia memeluk tubuh isterinya itu. Meleraikan rasa rindu yang hampir dua bulan tertunda walaupun isterinya itu ada di depan mata. Adam Harith teringatkan pesan Adora beberapa hari lepas.

Jangan menyesal kalau dia lari dari you nanti.

Adam Harith sudah terasa resah dan gelisah. Bagaimana jika Anna Najla sudah bosan melayan karenahnya dan pergi jauh darinya. Tak mustahil akan berlaku kerana isterinya itu sudah lama bersabar. Dan dia juga kenal Anna Najla yang sejenis tekad dengan keputusannya.

BINTANG menghiasi suasana malam. Malam ini tiada bulan. Namun langit yang tidak berawan menampakkan jutaan bintang di langit. Adam Harith mahu masuk ke dalam rumah namun telinganya menangkap suara Aishah dan Anna Najla yang sedang berbual di ruang menonton televisyen. Mungkin mereka berdua tidak perasankan Adam Harith yang berada di luar.

" Kau memang tak tahu malu kan. Sudahlah kena rogol lepas tu perangkap Am kahwin dengan kau pula. Sekarang kau mengandung anak Am pula. Perempuan jenis apa lah. Dulu lagi aku cakap dengan Am kau bukan perempuan baik. Tapi Am tak percaya. Buta sangat dengan cinta",

" Ma. Anna minta maaf. Memang apa yang Anna buat pada Am tu salah. Tapi perasaan Anna pada Am tak pernah salah ma. Anna sayangkan anak mama. Cuma. Kalau mama nak Anna tinggalkan Am. Anna takkan buat. Kecuali Am yang nak lepaskan Anna",

" Aku akan pastikan aku akan lepaskan kau lepas kau bersalin nanti",

" Mama pujuklah Am lepaskan Anna. Anna akan terima kalau Am sendiri yang lepaskan Anna. Lagipun tak guna Anna teruskan hidup dengan lelaki yang dah tak sayangkan Anna", Anna Najla tersenyum manis.

" Baguslah kalau kau faham. Am boleh dapat perempuan lebih baik daripada kau Anna. Perempuan lebih cantik lebih bijak lebih jujur daripada kau", Aishah berkata sinis sengaja mahu menyakitkan hati menantunya. Hubungan baiknya dengan Anna Najla dulu sudah luput. Luput setelah dia tahu Anna Najla bukan lagi perempuan suci. Lagi dia bencikan menantunya itu yang ada hubungan dengan Azfar! Patutlah Azfar sengaja menyebar cerita siapa wanita bernama Anna Najla itu sebelum ini kerana mereka ada hubungan!

" Jangan beritahu Am apa yang aku cakap ni",

" Ma. Anna dah takkan buat macam tu ma",

Aishah bingkas bangun. Melihat Aishah berlalu Anna Najla mengusap perutnya perlahan. " Mama minta maaf kalau papa, nenek tak sayangkan sayang. Semuanya sebab salah mama", Anna Najla mengeluh kasar.

Adam Harith yang mendengar terkedu. Terusik juga hatinya mendengar suara isterinya itu. Anna Najla sudah tidak berkongsi lagi perasaan sedih dengannya. Selalunya berita gembira sahaja yang dikongsi. Mungkin tidak mahu Adam Harith bersimpati.

Anna Najla juga bingkas bangun menuju ke bilik. Anna Najla hairan. Adam Harith tiada. Dia mencari di bilik air juga tiada. Dia mahu keluar. Ketika pintu dikuak Adam Harith sudah ada di muka pintu.

" Abang ke mana?",

" Dapur. Minum air", balas Adam Harith dan terus masuk ke dalam ruang bilik.

" Kenapa tak cakap dengan Naj. Naj boleh ambil kan", bukan apa rumah mertuanya ini luas. Jarak bilik mereka dengan dapur jauh juga.

Anna Najla menunggu Adam Harith keluar dari bilik air barulah dia masuk. Ketika keluar dia lihat Adam Harith sudah berbaring di katil.

Anna Najla turut berbaring. Seperti selalu sengaja dia menarik tangan Adam Harith supaya memeluknya. Adam Harith yang tidak pernah menolak membuatkan Anna Najla tersenyum senang.

" Minggu depan Naj ada check up. Abang tak pernah pun teman Naj. Doktor selalu tanya mana abang sebab Dr Qaisara tu kan kenal abang. Kalau abang tak busy jom teman Naj. May be dah boleh scan jantina baby", Anna Najla bersuara manja dan ceria.

" Abang busy", cepat Adam Harith membalas. Sejak Anna Najla berpindah bilik Adam Harith sudah mula menggelarkan dirinya abang semula. Tentulah Anna Najla gembira.

" Sekejap je. Lepas check up abang baliklah klinik semula. Sekejap je. Please", rayu Anna Najla. Kali ini dia mesti memujuk Adam Harith menemaninya.

" Tengoklah macam mana", Adam Harith malas mahu memberikan harapan.

" Okay", Anna Najla membalas perlahan.

ADORA berjalan ke bilik rawatan. Dia tahu Adam Harith tiada pesakit. Cepat ditolak pintu bilik itu. " Am. Kata nak teman Anna ke hospital. Pergilah. I cover you", Adora sudah duduk di hadapan Adam. Harith.

" Malaslah",

" Malas apanya. Pergilah", nada suara Adora seakan mahu marah pula.

" Penting ke?",

" Soalan bodoh apa you tanya ni. Anna tu isteri you. Anak yang Anna kandung tu anak you. Cubalah ambil tahu sikit", marah Adora. Geram betul dengan lelaki bernama Adam Harith ni.

" Pergilah Am", pujuk Adora perlahan.

Akhirnya Adam Harith termakan pujukan juga. Malek menghantar Adam Harith ke hospital. Anna Najla yang menunggu di luar bilik rawatan tersenyum saat terpandang Adam Harith yang dibawa oleh Malek. Dia segera menghampiri suaminya.

" Abang Malek tunggu dekat- dekat aini. Nanti siap saya call ambil saya tempat tadi",

" Baik. Am", Malek segera berlalu.

" Dah jumpa doktor belum?" soal Adam Harith.

" Belum. Kejap lagi agaknya",

" Datang dengan apa?", soal Adam Harith.

" Naj drive sendiri", Anna Najla duduk di kerusi yang kosong. Adam Harith pula di sebelahnya.

Adam Harith terasa bersalah pula membiarkan isterinya yang mengandung memandu sendiri sedangkan ada sahaja pemandu yang boleh mengambil isterinya.

" Kenapa tak call Abang Malek datang ambil",

" Oh. Tak apa. Naj masih boleh drive",

" Lain kali nak pergi mana-mana call Abang Malek. Jangan memandu sendiri", Adam Harith menunjukkan keprihatinannya. Anna Najla sudah mengangguk sambil tersenyum.

Masuk sahaja ke dalam bilik rawatan Qaisara menegur Adam Harith. " Busy betul kau kat klinik baru sekarang nampak muka",

Adam Harith ketawa bersahaja. Anna Najla diminta berbaring di katil.

" Mak sihat mak?", soal Qiasara membahasakan mak kepada setiap ibu yang datang untuk pemeriksaan.

" Alhamdulillah", Anna Najla tersenyum.

" Twins ada buat hal?", soal Qaisara sambil menyapu gel ke perut Anna Najla.

" Okay je doktor", Anna Najla melirik memandang wajah Adam Harith yang agak terkejut.

Bukan twins buat hal. Papa twins yang buat hal doktor. Bisik Anna Najla dalam hati.

Usai menerima pemeriksaan dan konsultasi Anna Najla dan Adam Harith keluar dari bilik rawatan.

" Kunci kereta mana?", soal Adam Harith.

" Ada. Kenapa?", soal Anna Najla hairan.

" Sini", Adam Harith menghulurkan tapak tangan. Anna Najla yang masih bingung mengikut sahaja permintaan lelaki itu.

" Kita balik dengan Abang Malek",

" Kereta Naj?",

" Nanti minta tolong Abang Malek ambilkan hantar ke rumah", tegas suara Adam Harith.

Sampai sahaja ke rumah Adam Harith juga mahu turun dari kereta.

" Abang tak nak balik klinik semula ke?", soal Anna Najla.

" Adora ganti abang", semasa dalam kereta tadi dia sudah menghantar mesej kepada teman sekerjanya itu dan Adora bersetuju sahaja untuk menggantikannya sampai waktu balik.

" Oh. Okay", Anna Najla terus masuk ke rumah apabila Adam Harith berbual sesuatu dengan Malek.

Masuk ke dalam rumah Anna Najla terus masuk ke bilik air untuk mandi. Ketika keluar dia lihat Adam Harith sudah ada di dalam bilik.

" Kenapa Naj tak beritahu abang. Naj pregnant twins?",

" Abang tak pernah tanya pun fasal kandungan Naj", balas Anna Najla sambil mengenakan pakaian.

Adam Harith mendekat dan menarik Anna Najla ke ribaannya.

" Benda penting macam tu pun Naj tak nak beritahu abang",

" Abang kan doktor takkanlah abang tak perasan size perut Naj",

" Bukan abang tak perasan. Abang cuma nak Naj beritahu abang",

" Naj tak rasa abang nak tahu. Lagipun abang macam langsung dah tak pedulikan Naj. Naj rasa abang dah tak nak Naj. Tak perlulah Naj kongsi dengan abang lagi",

" Siapa kata abang tak pedulikan Naj. Siapa kata abang dah tak nak Naj. Itu semua perasaan Naj je",

" Abang masih nakkan Naj", soal Anna Najla memandang wajah suaminya.

" Naj isteri abang",

" Tapi Naj dah buat jahat pada abang",

Bibir Anna Najla dikucup. Lama. Adam Harith tersenyum apabila tiada penolakan daripada Anna Najla.

" Jangan pernah fikir abang tak nak Naj. Abang tak nak orang lain. Abang nak Naj je sebagai isteri abang. Abang nak Naj je jadi ibu pada anak-anak abang. Maafkan abang kerana layanan abang pada Naj. Hati jiwa abang terseksa bila abang layan Naj macam tu. Abang yang terluka sebenarnya bila abang layan Naj macam tu. Maafkan abang sayang", tubuh Anna Najla dipeluk erat. Anna Najla tidak mamou menahan perasaanya sehingga terhambur tangisannya.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience