BAB 4

Short Story Completed 54003

ADAM Harith tersenyum memandang Anna Najla. Jelas kelihatan wajah keruh wanita itu. Mata mereka saling memandang. Hanya mereka sahaja yang faham apa yang ada di dalam hati mereka.

" Naj", panggil Adam Harith perlahan.

" Hmm",

"Janganlah stress sangat. Senyum sikit", Adam Harith masih tersenyum.

Anna Najla hanya menyimpul senyum paksa.

Adam Harith tertawa kecil. Kenapalah Naj comel sangat!

" Bincang elok-elok dengan mama. Jangan berkasar dengan mama nanti. Okay", sempat Adam Harith memesan ketika sudah masuk ke perut kereta. Menjadi kebiasaan Adam Harith jika mahu ke mana-mana dia akan dihantar dan diambil. Senang cerita ada pemandu sendiri.

Anna Najla hanya mengangguk. Ketika kereta Adam Harith sudah berlalu, barulah Anna Najla masuk ke dalam rumah. Anna Najla duduk di sofa berhadapan dengan Asmah. Dia tahu tentu banyak persoalan yang akan diutarakan kepadanya kerana Asmah langsung tidak beralih duduk dari tempat tadi.

" Ma",

" Kenapa Anna tak beritahu mama keadaan Adam macam tu",

" Anna.. Anna sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana dengan mama",

Hati Anna Najla usah cakaplah. Berdebarnya hanya Allah sahaja yang tahu. Faham akan ketegasan Asmah walaupun dia selalu dimanjai Asmah.

" Anna nak kahwin dengan lelaki macam tu?", serius nada suara Asmah. Wajahnya merenung wajah Anna Najla

Anna Najla mengangguk dalam gemuruh.

" Anna dah fikir masak-masak ke? Adam tu lumpuh Anna. Bukan patah kaki yang boleh pulih dan berjalan semula. Bukan mudah Anna nak hidup dengan dia nanti. Kena fikir panjang. Baik buruknya. Kahwin ni bukan nak hidup sehari dua. Sampai tua Anna. Sampai mati",

" Anna tahu tak mudah ma",

" Habis kalau dah tahu tak mudah kenapa nak cari penyakit?" Asmah hilang rasional. Kata-katanya mula beremosi.

" Anna sayangkan Am ma",

" Sayang? Masa ni memanglah Anna kata sayang. Nanti dah kahwin dah hidup bersama macam-macam hal itu ini. Kita kahwin ni nak hidup selamanya dengan pasangan kita Mama nak tak nak Anna bebankan diri Anna jaga dia",

" Anna tak pernah fikir Am akan jadi beban pada Anna ma", Anna Najla cuba menyakinkan Asmah.

Sebenarnya dia juga bukanlah yakin sepenuhnya. Tidak. Dia boleh memilih lelaki lain. Lelaki yang sempurna fizikalnya . Tetapi ini soal hati. Bila soal hati yang diambil kira. Dia sayangkan Adam Harith.

" Ada jumpa mak ayah dia?",

Anna Najla menggeleng. " Am cakap lepas jumpa mama",

" Apa-apa pun mama tak setuju Anna dengan Adam. Apa pun alasan mama takkan setuju", Asmah bangun dari duduknya dan terus berlalu.

Anna Najla terdiam. Cukuplah untuk hari ini jika Asmah tidak setuju. Esok lusa dan hari- hari seterusnya dia akan memujuk Asmah untuk merestuinya

Malam itu Anna Najla terus menghubungi Adam Harith. Dia tidak mahu memikir sendiri. Biarlah Adam Harith juga sama - sama berfikirkan tentang mereka.

" Am, mama tak setuju hubungan kita. Kita nak buat apa?",

" Tak apa kita pujuk lagi. Okay", pujuk Adam Harith cuba menenangkan perasaan Anna Najla.

" Am tak kenal mama. Kalau mama cakap A A la Am. Macam mana kalau mama tetap tak setuju?",

" InsyaAllah kalau kita ikhlas. Allah akan permudahkan urusan kita. Mama akan setuju" Adam Harith memujuk tetapi lebih memujuk diri sendiri.

Mereka sama-sama diam

" Am",

" Ya sayang",

" Naj sayang Am", ucap Anna Najla. Menzahirkan perasaannya.

" Ya Am tahu. Am sayangkan Naj juga. Dah makan malam belum ni", lembut suara Adam Harith bagai memujuk resah hati Anna Najla.

" Belum",

" Kenapa belum makan lagi. Dah pukul 10 dah ni. Nanti mulalah gastrik,. Jangan risau. InsyaAllah kalau memang ada jodoh antara kita. Allah akan permudahkan urusan kita. Dah pergi makan. Lepas makan jangan tidur terus pula. Rehat sekejap dulu. Okay",

" Hmm. Okay Dr Adam", Anna Najla tersenyum. Inilah yang buat dia sayangkan lelaki ini. Nampak dingin. Tetapi sangat prihatin.

Anna Najla nenamatkan panggilan. Kemudian dia bergerak ke dapur. Perutnya perlu diisi. Ya dia memang lapar. Tadi sengaja dia bertahan kerana takut mahu berhadapan dengan Asmah di meja makan. Sanggup menahan lapar membiarkan perut berkeroncong.

TANGGA tingkat dua didaki. Pintu pejabat ditolak perlahan. Masuk sahaja ke ruang pejabat sudah ada Hakeem menanti di meja kerja.

" Eh perempuan. Kalau kau rasa nak kerja lama kat sini Boleh tak datang awal sikit", Hakeem berlagak seakan boss.

" Kurang ajar kau kan. Kalau kau jadi boss semua pekerja cabut lari", balas Anna Najla. " Baru pukul 8.50 ya. Nah breakfast",Anna Najla meletakkan nasi lemak di atas meja Hakeem.

" Mak cik ni kan. Habis la berminyak meja aku", pekik Hakeem. Anna Najla sudah ketawa besar dan berlalu ke pantry. Dia mahu bersarapan dahulu sebelum mulakan kerja. Seminggu ini perutnya asyik meragam kerana tidak menjaga makan. Buat malu sahaja bila minggu lepas dia dihantar ke klinik oleh Amar Faris gara-gara diserang gastrik.

" Kerja kerja juga Anna. Makan kena jaga. Saya bagi masa rehat kan. Bukan kerja tak ada rehat", Amar Faris membebel di dalam kereta.

" Boss membebel ni lagi buat perut saya stress boss", adu Anna Najla sambil menahan kesakitan.

Amar Faris hanya ketawa. Dia senang bersama Anna Najla yang bersahaja sikapnya. Pekerjanya yang lain semuanya agak formal dengannya. Asal dia masuk pejabat sahaja terus semua diam. Macam nampak cheetah agaknya.

" Kenapa Anna tak sama macam orang lain", soal Amar Faris.

Aku sakit perut ni lah nak ajak borak pak cik ni!

" Memanglah tak sama. Saya dengan boss pun dah berbeza. Bos lelaki saya perempuan. Mana nak sama",

Amar Faris ketawa.

" Ya. Memanglah. Maksud saya Anna macam tak takut dengan saya",

" Boss bukan makan orang saya nak takut. Boss pun manusia juga. Walaupun saya tak takut boss. Tapi saya hormat boss sebagai majikan saya kan", Anna Najla tersenyum manis.

Amar Faris yang memandang sekilas terpana.

" Boss. Pandang depanlah", kuat suara Anna Najla apabila pemanduan Amar Faris agak ke tepi bahu jalan.

" Anna. Berangan!", sergah Nelly yang baru sampai.

Anna Najla tersengih teringatkan perbualannya dengan Amar Faris minggu lepas. Lelaki itu masih mengharapkannya selagi dia belum berkahwin. Aduhai. Kenapalah masa ada orang berkenan dua tiga orang berkenankan aku. Kalau masa tak ada. Langsung tak ada! Dah susah kena reject orang. Tak fasal ada orang kecewa.

Poyo kau Anna!

Nelly mencapai jug air yang dibuat Anna Najla dan dituang ke dalam cawan.
" Anna. Kopi o kau buat sedap. Kak Nelly malas nak bancuh lain. Halal ye", Nelly mengunjukkan cawan kepada Anna Najla.

" Minumlah Kak Nelly. Ikut siapa punya rezeki la. Mana si Hakeem ni. Nasi lemak Anna beli tadi dia tak bawa masuk lagi. Bertuah betul budak tu. saja la tu nak cari gaduh",

" Ingat laki bini ke nak gaduh", tiba-tiba Hakeem menjelma membawa bungkusan nasi lemak. Hari ini dia sudah berjanji mahu belanja nasi lemak sedap. Nasi lemak Mak Cik Laila yang berniaga di dalam taman perumahannya.

" Bagus. Kak Nelly pun dah lapar. Semoga murah rezeki Anna. Semoga dipercepatkan jodoh dengan boss. Aaminn", doa Nelly. Hakeem juga turun meraup wajah juga mengaminkan doa Nelly.

Anna Najla malas melayan kerana sudah acap kali dia diusik bersama Amar Faris. Anna Najla bagai sudah tiada perasan. Jika awalnya dia marah, tidak suka dan tidak selesa sekarang dia sudah tiada hati mahu menahan. Ikut kau oranglah. Asalkan aku kerja boss bayar gaji.

ANNA Najla bersandar di kepala sofa. Penat sungguh hari ini. Site visitnya hari ni sampai ke Kemaman. Projek rekaan dalaman sebuah banglo setingkat. Pemilik rumah kali ini kenalan Amar Faris semasa zaman persekolahan dulu. Awalnya Amar Faris mahu menyerahkan projek ini kepada team Nelly tapi Nelly pula sedang sibuk menyiapkan projek di Gambang. Jadinya team Anna Najla perlu menguruskan projek tersebut.

" Mama ada perkara nak cakap dengan Anna", tegur Asmah yang keluar ke ruang tamu. "Pergilah naik mandi rehat dulu. Malam ni lepas Isyak kita berbual",

" Okay ma", Anna Najla berjalan masuk ke bilik. Dalam kepalanya sudah berlegar macam-macam. Dan tentulah hal ini berkaitan dia dan Adam Harith. Jika tidak Asmah takkan berprotokol begitu. Selalunya langgar sahaja tak kira waktu. Ikutlah hal apa pun tak perlu pun tunggu malam jika ada perkara mahu dibincangkan. Ini tentulah hal penting.

Ketika makan malam Asmah berborak bersahaja. Tiada langsung yang serius.

Usai makan malam dan solat Isyak Anna Najla masuk ke bilik Asmah. Mereka tinggal berdua sahaja di rumah ini. Akil tinggal bersama isteri dan anak-anaknya di Taman TAS. Kakak Anna Najla, Azura Najiha pula tiada di sini. Dia bekerja sebagai guru di Kuala Lumpur.

" Ma",

" Hmm. Duduk",

Haih mama ni serius sangat. Menakutkan sungguh. Macam masuk bilik guru besar menunggu hukuman pula.

Anna Najla duduk di birai katil. Seketika Asmah menghulurkan kotak baldu berwarna maroon. Anna Najla sudah berdebar.

" Ada orang masuk meminang kamu siang tadi", serius nada suara Asmah.

Berkerut kening Anna Najla.

" Siapa?",

" Wakil daripada keluarga Nazzam katanya kamu kenal dengan Nazzam. Keluarga Nazzam pun berkenankan kamu",

Anna Najla terkejut. Tidak sangka gurauan lelaki itu minggu lepas rupanya sungguh-sungguh. Memanglah sejak habis kerjanya di rumah Nazzam dulu lelaki itu selalu menghubunginya. Namun setiap kali dia diajak keluar Anna Najla langsung tidak pernah bersetuju. Anna Najla sentiasa menolak setelah mengetahui lelaki itu sepupu Adam Harith.

" Mama terima ke?", jantung Anna Najla berdegup laju.

" Mama terima", cepat sahaja Asmah menjawab

Anna Najla terkedu. " Anna tak nak ma. Anna dah ada Am", kuat suara Anna Najla membantah keputusan Asmah. Kepalanya pening tiba-tiba. Terasa gelap dan sunyi keadaan sekeliling. Fikirannya kosong.

" Mama, dah terima. Anna suka atau tak. Mama dah terima",

" Ma. Tolonglah. Anna tak nak lelaki lain ma. Anna nak Am je ma. Mama tolonglah restu hubungan Anna dengan Am ma", Anna Najla sudah menangis

" Anna ingat senang ke nak hidup bersama lelaki macam Am Anna. Mama nak anak mama bahagia",

" Kalau Anna kahwin dengan Nazzam pun mama ingat Anna akan bahagia ke ma. Anna cintakan Am. Am cintakan Anna. Kami saling sayang ma. Kalau mama di tempat Anna. Mama nak ke kahwin dengan lelaki mama tak cinta", kasar suara Anna Najla. Tangisnya masih bersisa.

Anna Najla sudah terlupa janjinya dengan Adam Harith dulu supaya tidak berkasar dengan mamanya.

" Tengok. Belum pun lagi nikah dengam Adam. Anna dah tinggi suara macam ni dengan mama" tegur Asmah.

Anna Najla terdiam.

" Anna minta maaf. Anna tak sengaja",

" Dah pergi tidur",

" Ma. Tolonglah batalkan pertunangan tu ma Tolonglah. Anna merayu dengan mama. Tolonglah ma. Tolonglah", dia menangis lagi.

" Mama takkan batalkan", Asmah tetap de gan keputusannya.

" Mama tak kenal pun keluarga Nazzam. Baik ke buruk ke. Kenapa mama terima?",sengaja Anna Najla menyoal.

" Keluarga Adam pun mama tak kenal. Kamu pun tak kenal lagi keluarga Adam", Asmah membalas. "Dah. Pergi tidur",

" Anna takkan kahwin dengan Nazzam", tangisnya masih bersisa.

Dia terus berlalu. Anna Najla kecewa. Kecewa dengan sikap Asmah yang langsung tidak rasional. Asmah langsung todak memikirkan tentang hati dan perasaannya. Asmah melayannya seperti anak kecil. Anna dah 29 tahun ma. Bukan anak kecil lagi!

MASUK ke bilik Anna Najla lihat ada 14 panggilan tidak dijawab daripada Adam Harith. Dia terus menghubungi lelaki itu.

" Hey sayang. Kenapa menangis ni. Hmm", perlahan suara Adam Harith sedangkan dia sudah tahu sebabnya. Berbelas kali dia cuba menghubungi Anna Najla kerana mahukan kebenaran. Akhirnya tangisan Anna Najla sudah membuktikan segalanya.

Anna Najla tidak mampu menjawab. Dia hanya terus menangis.

" Okay. Nangislah. Am teman. Hmm", Adam Harith terus menunggu di talian Hinggalah beberapa minit kemudian.

" Am.", panggil Anna Najla.

" Ya sayang",

" Nazzam. Nazzam hantar rombongan meminang Naj ", suara Anna Najla Bajla masih tersekat sekat kerana esak tangisannya tadi.

" Am pun baru tahu",

" Mama setuju. Naj minta mama batal kan. Mama tak nak", adu Anna Najla.

Adam Harith tersenyum mendengar manja suara Anna Najla.

" Kalau mama setuju Naj terima je la", Adam Harith membalas bersahaja.

" Am! Am tak sayang Naj ke?"

" Sayang",

" Habis. Kalau sayang buatlah sesuatu. Naj tak nak Nazzam. Nak tak nak dia. Naj nak Am",

Adam Harith tersenyum. Bangga pula rasa hatinya apabila Anna Najla nekad mahukannya.

" Naj tunangan orang sekarang kan. Lagipun mama tentu setuju sebab Nazzam tak macam Am", ada sendu dalam suara itu.

" Am. Please. Jangan macam ni. Buatlah sesuatu",

" Apa boleh Am buat sayang. Apa pun Am buat mama tetap takkan terima Am kan. Salah memisahkan tunangan orang. Salah merosakkan hubungan orang",

" Naj tak sudi jadi tunang Nazzam",

Bukan Anna Najla tidak tahu siapa Nazzam sebenarnya. Nazzam bekas teman wanita Nadira rakan sekerjanya. Berpisah kerana tidak tahan dengan gaya hidupnya perempuan keliling pinggang. Buaya darat! Anna Najla langsung tidak berkenan. Terlalu jauh berbeza perangai, Nazzam dengan Adam Harith.

Kalau perempuan lain gilakan lelaki itu dia langsung tiada hati Secubit pun tiada!

Yang hairannya selama dia mendengar kisah cinta Nazzam tiada pula si Nazzam ni sibuk mahu bertunang selama dia berhubungan dengan seseorang. Tetapi kenapa aku yang jadi mangsa. Tak suka! Aku benci Nazzam!

" Naj tak sudi pun. Mama dah terima kan. Rasminya Naj dah jadi tunang Nazzam", suara Adam Harith seakan pasrah.

Sakit pula hati Anna Najla dengan sikap lemah semangat Adam Harith. Langsung tidak mahu cuba mempertahankan hubungan mereka. Kata sayang! Kata cinta! Baru diuji begini sudah mengalah!

" Naj tidur dulu ya. Naj penat tu. Am tahu. Esok kita jumpa ya",

" Malas. Esok Naj tak free. Bye", terus sahaja Anna Najla meletakkan telefonnya.

Adam Harith bersandar di kepala katil. Matanya mencerun memandang kakinya yang berlunjur lemah. Ditumbuk kedua-dua peha sekuat hatinya. Tanpa sedar air matanya mengalir.

Aku tak mampu memperlahankan wanita yang aku cinta! Lemahnya aku! Dia menangis dalam diam. Maafkan Am sayang.

Perit. Pedih. Hanya Allah yang tahu. Dia ditolak kerana kekurangan dirinya. Dia ditolak tanpa diberi peluang. Begini kah hidup dengan status istimewa ini!

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience