BAB 14

Short Story Completed 54003

RENUNGAN tajam Amar Faris membuatkan hati Anis cuak juga. Bagai ingin tercabut jantungnya saat berpaling tadi melihat abang sulungnya itu sedang berdiri tegak di belakangnya. Entah sejak bila lagi abangnya ada di situ. Dia langsung tidak sedar kehadiran lelaki itu.

" Anis nak buat apa pada Anna dan Am?", soal Amar Faris. Mencerlung wajahnya memandang Anis yanh mula nampak takut - takut.

" Mana ada buat apa?", cepat Anis ingin berlalu namun tangan sasa Amar Faris cepat mencengkam lengan adiknya itu.

" Abang Ris dengar semuanya. Kau nak jadi macam Amjad ke Anis? Buat dosa tak ingat nak mati", selar Amar Faris. Kenapalah orangbdalam rumah ni tak takut hidup dengan dosa!

" Dosa apa Abang Ris ni. Jangan nak main tuduh oranglah", Anis tetap mahu membela diri walaupun sedar dia sudah terperangkap. " Jangan samakan Anis dengan Abang Jad",

" Kau ingat abang tak dengar apa plan kau dengan Nazzam. Abang Ris warning kau. Kalau kau dengan Nazzam tu buat hal. Abang Ris sendiri yang akan hantar kau dengan si Nazzam masuk lokap lima bintang tu",

" Apa Abang Ris ni", berkerut kening Anis. Faham perkataan lokap lima bintang yang dimaksudkan abangnya itu.

" Yalah. Kau tengok Amjad tu selamat lepas apa yang dia buat pada Anna. Selamat sebab tak kena penjara. Tapi balasan Allah tak mungkin akan terlepas. Apa jadi pada dia tu balasan dosa dia pada Anna la tu", sengaja Amar Faris mahu menakutkan Anis.

Anis menjeling abangnya itu. Sakit pula hatinya dengan bebelan Amar Faris.

" Kalau kau nak hidup bahagia ingat pesan Abang Ris ni. Apa sahaja tindakan kau kalau kau ikutkan nafsu gila kau tu semata-mata kau takkan bahagia Anis. Jangan nak salahkan Abang Ris pula kalau jadi apa-apa pada kau. Abang Ris dah ingatkan kau", Amar Faris segera berlalu. Harap adiknya itu fahamlah apa yang diutarakannya.

Anis mendengus kasar. " Hish. Sayang sangatlah si Anna tu",

Bukan Anis tidak tahu yang abangnya itu juga ada menaruh hati pada Anna Najla. Jika tidak takkanlah Amar Faris sanggup membela Anna Najla di hadapan mama dan papanya. Apalah yang bagus sangat mak cik tu? Tak tahulah!

Anis terus naik ke bilik untuk bersiap kerana mahu berjumpa dengan Nazzam. Dia rindukan lelaki itu walaupun Nazzam melayannya acuh tak acuh sahaja. Selagi lelaki itu belum berkahwin dia akan terus mencuba.

Ketika dia mahu keluar ke ruang garaj kereta dia ditegur Amar Faris yang duduk di ruang tamu

" Kalau apa-apa jadi pada Anna pada Am sebab kau orang berdua siaplah Abang Ris kerjakan kau orang berdua. Abang Ris simenkan aje dalam lantai bangunan lot kedai dekat bandar tu",

" Gilalah Abang Ris ni", marah Anis. Mencuka wajahnya memandang Amar Faris.

" Biar Abang Ris yang buat kerja gila daripada kau orang berdua yang buat. Dapat juga hasil jadi bangunan", sengaja Amar Faris bergurau kasar.

" Mama", jerit Anis.

" Kenapa pula?",

" Abang Ris ni. Dia kata nak simenkan Anis jadi lantai bangunan", adu Anis. Untuk selamat lebih baik diberitahu pada mamanya. Mana tahu tiba-tiba datang gila abang sulungnya itu. Zaman sekarang orang yang nampak normal pun bukan normal.

" Dah tak cukup pasir simen ke Ris yang kau nak simen anak orang", tegur ibunya.

" Anak orang tu anak mamalah", Amar Faris masih dengan usikannya.

" Simen mama ni sekali",

" Daripada simen mama baik simen gelang rantai emas mama tu. Jadi harta karun", Amar Faris sudah ketawa melihat mimik wajah tegang mamanya.

LANGKAH kaki Anis dilajukan apabila melihat Nazzam sudah ada di meja menunggunya.

" Sorry I lambat. Abang Ris tu buat hal", adu Anis manja.

Nazzam cuma tersenyum tawar. Dia akui Anis juga memiliki rupa paras yang cantik. Tetapi dia tidak tahan dengan perangai Anis yang agak keanak-anakan dan suka memaksa. Dia tidak suka jiwa penakluk gadis ini. Dia sukakan perempuan yang bersahaja. Perempuan yang langsung tidak terpikat dengan rupa dan hartanya. Seperti Anna Najla. Anna Najla yang langsung tidak terpikat dengannya walaupun berkali telah dia mencuba. Hampir sahaja dimiliki kerana perempuan itu pernah menjadi tunangnya tetapi akhirnya bukan miliknya juga

" Kenapa you nak jumpa I", soal Nazzam malas.

" Kan kita dah lama tak jumpa",rengek Anis manja. Sekarang dia sedang cuti semester. Sepanjang sesi pengajian Nazzam langsung tidak pernah melawatnya.

" Tadi you cakap ada benda penting. Kalau setakat nak jumpa lepak-lepak macam ni I tak ada masa", Nazzam terus bangun.

" Naz. Nantilah. I ada story fasal Anna ni",

Mendengar nama Anna Najla disebut terus Nazzam duduk semula. Bagai ada magnet yang menariknya terus duduk.

" You kalau I sebut fasal Anna terus elok mood you kan?" Anis terasa hati. Lelaki ini masih mengharapkan isteri orang. Dia yang terang terangan bujang ini langsung dia tidak berminat.

" Kenapa dengan Anna?", soal Nazzam.

" I dengar dia ada krisis dengan ibu saudara you tu sejak dia mengandung ni makin teruk layanan Datin Aishah tu pada Anna",

" Mana you tahu. Minggu lepas I pergi rumah mak saudara I tu elok je layanan Mak Long I tu pada Anna",

" Depan orang memanglah. I nampak semalam dia tampar Anna masa dekat event butik kawan mama I. Masa tu tak ada orang. I yang tak sengaja ternampak. Terduduk juga Anna. Apa entah yang Datin Aishah tu marah sangat pada Anna",

" Betul ke cerita you ni Anis?", suara Nazzam kedengaran kalut.

" Betullah I nampak sendiri. Takkanlah I nak tipu pula. Padan muka dia. Dah tahu Mak Long you tu tak suka tetap buat muka tak malu",

" I nak jumpa mak saudara I. Bye", Nazzam terus bangun meninggalkan Anis. Anis pula yang terpinga-pinga ditinggalkan sendirian. Dia pula bingung tiba-tiba. Kenapalah dia ceritakan kepada Nazzam. Tentulah Nazzam makin bersimpati pada Anna Najla.

Apalah kau ni Anis? Salah percaturan! Sudaj tentulah Nazzam. tu akan berpihak pada Anna Najla. Bodoh juga kau ni! Anis. Anis.

KETIKA sampai di rumah Aishah Nazzam lihat ada kereta Adam Harith terparkir di garaj kereta. Dengan salam dia masuk setelah salamnya dijawab. Dia datang mahu berjumpa ibu saudaranya. Namun tiada pula ibu saudaranya itu ketika ini.

" Aku tak tahu pula kau pun ada dekat sini?", Nazzam bersuara.

" Balik sekejap je ni. Hantar barang Atiya", Adam Harith meminta Nazzam duduk dahulu sementara dia mahu menunaikan solat Asar. Lama menunggu Atiya keluar menghidangkan minuman kepada abang sepupunya itu.

" Atiya. Kak Anna ada?", soal Nazzam gopoh.

" Ada. Kat dapur. Kenapa?", soal Atiya hairan. Nazzam datang mencari Anna Najla? Nak kena pelangkung dengan Abang Am ke?

Atiya masuk ke dapur mahu memberitahu dia mahu naik solat Asar dahulu. Anna Najla mengangguk sahaja sambil memotong kuih seri muka yang dibuat pembantu rumah ibu mertuanya tadi. Anna Najla jarang sekali memasak di rumah mertuanya kerana Aishah telah memboikot masakannya. Jadi lebih baik dia hanya membantu sahaja.

" Anna", sapaan Nazzam mengejutkannya.

" Naz.Awak buat apa kat dapur ni? Pergilah tunggu dekat luar. Kejap lagi saya hantar kuih ni ke luar", Anna Najla tidak selesa apabila tinggal mereka berdua sahaja di dapur itu.

" Pipi Anna dah okay ke?", soal Nazzam prihatin.

" Okay. Apa yang tak okay?", soal Anna Najla.

" Mak Long tampar Anna semalam kan. Kawan Naz cakap Anna terduduk juga. Baby Okay?", soalan Nazzam membuatkan Anna Najla makin tidak selesa. Terlalu mesra.

" Naz pergilah duduk dekat luar. Sekejap lagi Am siaplah solat tu. Pergilah", suara Anna Najla seakan merayu pula. Dia bimbang jika Adam Harith turun dan nampak Nazzam ada di sini. Sudahlah perihal Amar Faris datang ke rumah pagi tadi belum habis ceritanya. Ini mahu ditambah perihal Nazzam pula.

Hubungannya dengan Adam Harith baru mahu pulih semula. Dia tidak mahu perkara begini akan mengeruhkan semula hubungan mereka.

" Tengok pipi Anna", selamba sahaja Nazzam memaut dagu Anna Najla. Laju tangannya menepis tangan lelaki itu. Matanya terus terpaku melihat Adam Harith di jenang pintu dapur. Tajam renungan mata Adam Harith yang memandangnya menyesakkan dada Anna Najla.

Suka buat hal lah Nazzam ni!

" Kau nak tolong masak ke masuk dapur ni Naz", suara Adam Harith membuatkan Nazzam berpaling. Nazzam ketawa lepas dan mula mengikut Adam Harith bergerak ke ruang tamu.

Usai berbual seketika Adam Harith juga mahu balik setelah beberapa ketika Nazzam pulang. Ketika sampai ke rumah Adam Harith terus masuk ke rumah. Dari tadi dia mahu menyoal Anna Najla tapi segan pula jika bergaduh di hadapan Malek.

" Apa Naj dengan Nazzam buat di dapur tadi?", soalnya ketika nampak Anna Najla sudah masuk ke dalam rumah.

" Tak buat apa",

" Tak buat apa sampai Nazzam boleh sentuh Naj?",

" Abang bukan tak kenal sepupu abang tu. Bukan tahu jaga batasan", Anna Najla juga mahu membela diri. Dia tidak salah. Nazzam yang berkelakuan lepas laku.

" Habis tu tak boleh nak halang ke? Biar je dia buat macam tu",

" Abang sendiri pun nampak kan Naj tepis tangan dia. Naj pun tak suka lelaki lain sentuh Naj abang", lembut suara Anna Najla mahu menyejukkan hati suami.

Anna Najla sedar walaupun Adam Harith sudah memaafkannya dan menerima dirinya semula lelaki itu selalu mengambil langkah berhati-hati. Mungkin kepercayaan lelaki itu krpadanya bukan lagi secara total seperti dulu. Anna Najla akui dia terpaksa menerima perkara tersebut. Salah dia. Terimalah akibatnya.

" Pagi tadi Amar hari ni Nazzam. Naj tak pernah puas kan? Suka lelaki kerumun Naj. Lepas ni siapa pula? ", tuduh Adam Harith. Bukanlah cemburu tetapi dia sakit hati bila isterinya menjadi perhatian lelaki lain.

Anna Najla diam Kalau dia berbalas kata tentulah dia juga yang akan terluka nanti dengan kata-kata lelaki itu. Biarlah. Bukan tidak mahu membela diri sendiri. Tapi diam lebih baik kerana dia tahu hati suaminya itu masih belum pulih.

PANGGILAN Hakeem memberitahu Amar Faris cedera di tempat pembinaan mengejutkan Anna Najla. Dia cuba menghubungi Adam Harith kerana mahu meminta keizinan melawat Amar Faris di hospital tetapi tidak berjawab.

Abang. Amar kemalangan di tempat pembinaan. Boleh Naj pergi melawat di hospital

Mesej dihantar. Lama menunggu tetapi tetap tidak dibalas. Dia tahu tentu suaminya sedang sibuk merawat pesakit. Mahu keluar tanpa izin lelaki itu dia tahu statusnya sebagai isteri dan dia sudah serik mahu buat hal. Sudahnya hampir setengah jam barulah Adam Harith membalas.

Nanti petang kita pergi - Adam Harith

Okay - Anna Najla

Anna Najla tersenyum. Dalam pada lelaki itu marahkan hal Amar dan Nazzam beberapa minggu lepas, Adam Harith masih mahu bertoleransi dengannya.

Anna Najla masuk ke dapur apabila terasa perutnya mula lapar.

" Kak Mas. Nak masak apa kita", soal Anna Najla.

" Kata nak makan kobis masak lemak putih dengan ikan goreng hari ni",

" Ya. Anna dah lapar lah Kak Mas", rengek Anna Najla. mengusap perutnya yang sudah membulat kerana kandungan yanh sudah berusia hampir 32 minggu.

" Mee goreng pagi tadi ada lagi. Nak makan? Kak Mas tolong panaskan",

" Boleh", Anna Najla sudah tersengih. Sambil menunggu Masitah memanaskan mee dia menyiang kobis.

" Petang karang Anna nak pergi melawat Boss Amar Kak Mas",

" Kenapa dengan En Amar?",

" Kemalangan dekat tapak projek. Terpijak batang besi tergolek jatuh. Tapi nasib tak cedera teruk. Jari patah terkepit dengan batu bata ke apa ye Hakeem cakap tadi. Hakeem punya cerita pun tak habis", rungut Anna Najla.

" Am tahu ke?", soal Masitah.

" Tahu Anna dah beritahu tadi. Kak Mas takut Anna gaduh lagi dengan Am fasal Boss Amar ke?", soal Anna Najla.

" Yalah. Am tu dulu tak adalah cemburu sangat Kak Mas tengok. Sejak Anna gaduh besar dulu makin cemburu pulak Kak Mas rasa",

" Bukan cemburu Kak Mas. Am cuma rasa Anna ni.. Eh tak ada apalah", Anna Najla hampir terlepas kata. Masitah belum tahu punca pergaduhan mereka dulu. Usahlah dia bercerita aib sendiri. Cukuplah Adam Harith simpan aibnya takkanlah dia pula mahu membuka aibnya pula.

SENYUMAN Amar Faris terukir saat melihat Adam Harith dan Anna Najla masuk. Walaupun Anna Najla bencikan Amjad namun hubungannya dengan Amar Faris baik sahaja kerana lelaki itu langsung tidak seperti Amjad. Jauh benar bezanya.

" Auntie Anna",terjerit Aisha dan Aira saat melihat Anna Najla masuk.

" Hai", tegur Anna Najla sambil menyambut salam dua anak gadis itu.

" Eh. Auntie ada baby la", tegur Aira manja.

" Ya", balas Anna Najla ramah sambil mengusap kepala Aisha dan Aira.

" Baby boy ke girl auntie?", Aisha pula yang teruja.

" Nanti tunggu baby keluar",

" Bagi kerusi dekat auntie. Biar auntie duduk", tegur Amar Faris dan cepat Aisha mengheret kerusi yang ada di tepi katil.

" Terima kasih", ucap Anna Najla.

Adam Harith hanya memerhati sahaja. Amar Faris pula hanya tersenyum melihat kegembiraan anaknya. Seronok sangat dapat berjumpa Anna Najla.

Aira dan Aisha sudah bergerak ke ruang sofa menonton siaran televisyen apabila diarahkan papanya.

" Macam mana kau. Okay ke?", sapa Adam Harith.

" Sikit je. Ibu jari kanan ni patah sikit. Pingganglah macam sakit sikit. Terhentak. Tapi xray tak ada patah. Esok dah boleh keluar ni",

" Boss berangan ke masa site visit boss", usik Anna Najla.

" Berangan puteri bunian melambai. Nak kejar puteri bunian punya fasal", Amar Faris berlucu sambil memandang wajah Anna Najla. Mendalam maksudnya.

" Habis dapat ke tak?", soal Adam Harith melayan usikan lelaki itu kerana sedar renungan mata Amar Faris kepada isterinya.

" Tak dapatlah. Milik orang sudah. Usahlah diganggu", ada nada hambar pada suara lelaki itu.

Oh. Hanya Amar Faris dan Adam Harith sahaja yang faham bualan ini.

" Tak apalah boss. Alam kita dengan dia tak sama. Boss carilah manusia biasa boss", Anna Najla membalas. Langsung tidak sedar yang bualan dua lelaki itu sebenarnya tentang dirinya.

Sambil berbual Anna Najla tetap melihat reaksi Adam Harith yang mesra sahaja dengan Amar Faris. Hari itu bukan main marahkannya kerana kedatangan lelaki itu ke rumah mereka. Bukan tidak dimaklumkan kedatangan lelaki itu mahu mengambil lukisan yang ditempah klien Amar Faris. Sudah diberitahu tapi entah angin kus kus apa yang ada dalam kepala lelaki itu.

Ketika Anna Najla dan Adam Harith mahu pulang pintu bilik dikuak dari luar. Anna Najla agak kaget apabila yang masuk ke dalam bilik itu adalah mama dan papa Amar Faris. Genggaman tangan Adam Harith yanh tiba-tiba bagai mengalirkan semangat kepadanya.

" Aku balik dulu Amar. Auntie Uncle kami balik dulu", Adam Harith masih menggenggam jemari isterinya.

Masuk dalam kereta Anna Najla diam sahaja. Adam Harith terus memaut bahu Anna Najla rapat ke tubuhnya. Sisi kepala Anna Najla dikucup lembut. Lama.

" Sayang okay", bisik Adam Harith lenbut.

Anna Najla mengangguk perlahan.

Dia tahu isterinya masih belum dapat melupakan kejadian itu. Pernah dia memberi cadangan jika Anna Najla mahu membuka semula kes untuk membersihkan namanya. Tetapi cepat ditolak.

" Kita balik rumah terus Abang Malek",

Malek terus memulakan pemanduan. Malek mengerling cermin pandang belakang. Melihat Adam Harith seakan sedang memujuk isterinya. Malek menyimpan senyum. Bila masa bergaduh dua dua mencuka sahaja masuk kereta. Bila masa berbaik pula bukan main manisnya.

Adam Harith memaut wajah Anna Najla supaya memandangnya. " I love you sayang", bisik Adam Harith romantis. Anna Najla tersenyum. Lama lelaki itu tidak mengungkapkan kata cinta kepadanya. Hari ini mimpi apa?

" I love you too abang", bisik Anna Najla manja dengan senyuman manis terukir di bibirnya.

Ketikan Adam Harith mahu mengucup bibirnya cepat Anna Najla menekup mulut lelaki itu. " Kita dalam kereta abang", perlahan suara Anna Najla. Dia malu menunjukkan kemesraan di hadapan Malek biarpun lelaki tu beriak seperti tidak nampak apa-apa.

" I cant wait. I miss you", manja nada suaranya. Macamlah setahun tak berjunpa. Adam Harith terus merenung wajah isterinya penuh berharap.

Anna Najla ketawa perlahan. Rindu. Dia juga rindukan Adam Harith yang manja. Adam Harith yang suka menagih perhatiannya.

" Sabarlah. Nak sampai dah ni", bisik Anna Najla perlahan melayan manja sang suami.

Oh Adam Harith bila datang manjanya bukan main lagi. Tapi bila datang angin kus kus nya mahu disentuh sedikit pun sukar.

Adam Harith mengusap lembut perut isterinya yang sudah membulat. Kemudian sengaja tangannya merayap ke celah peha Anna Najla. Cepat ditangkap tangan lelaki itu. Membulat mata Anna Najla memandang wajah Adam Harith Usikan nakal Adam Harith membuatkan Anna Najla menahan tawa. Senyum nakal terukir di bibir suaminya itu.

" I love you", bisik Adam Harith. Sempat juga dia mengucup bibir isterinya. Kemudian dia tersenyum kerana kemenangannya.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience