BAB 18

Short Story Completed 54003

TANGISAN Umar mengejutkan lena Anna Najla. Dia bangkit dari baringnya. Berjalan menuju ke katil bayi. Tidak jauh kedudukan katilnya dengan katil bayi. Hanya beberapa langkah sahaja. Adam Harith terjaga saat terasa henyakan pada katil.

" Baby bangun?",

" Hmm",

Adam Harith bangun dan bersandar ke kepala katil. Setiap kali Anna Najla menyusukan anaknya tentu sahaja dia akan bangun menemani isterinya.

" Abang kan baru sampai tadi kan. Tidurlah Naj okay. Nak dah celik biji mata ni", Anna Najla memandang suaminya di sebelah.

Pernah sekali semasa menyusukan Umar Anna Najla terlepas tubuh anaknya kerana menahan kantuk. Mujur juga terlepas ke katil. Sejak peristiwa itu setiap kali Anna Najla menyusukan anak mereka waktu tengah malam dia akan menemani isterinya. Usai Anna Najla siap menyusukan barulah dia tidur semula. Dia hanya mengambil langkah berjaga - jaga kerana bimbang jika berlaku lagi kejadian itu. Apalah sangat sama-sama berjaga. Pengorbanan isterinya itu melahirkan anaknya melebihi segalanya.

Dia tahu isterinya itu kepenatan. Sejak isterinya menerima lebih banyak tempahan lukisan untuk dijadikan hiasan dalam rumah isterinya seperti makin sibuk. Sudah dipesan jika tidak sempat usahlah diterima tempahan pelanggan. Tetapi ayat balas Anna Najla. Tak sampai hati nak tolak.

" Tidurlah. Umar dah lena semula ni", Anna Najla menciumi pipi anaknya sebelum meletakkan Umar ke dalam katil bayi.

" Hmm.. Kejap lagi Uthman pun terjaga juga tu",

Belum apa-apa Uthman pula merengek. Kembar itu ada masa kedua-duanya sekali merengek minta disusukan. Ada masa seperti kedua-duanya punya rasa. Jika Umar usai menyusu Uthman pula merengek. Begitulah sebaliknya.

" Papa tahu je Uthman lapar kan", Anna Najla mengangkat anaknya yang masih pejam namun merengek manja. Terus dibawa Uthman ke katil.

Sambil itu mereka sempat juga berbual tentang perjalanan Adam Harith ke Langkawi. Mahu bertanya Anna Najla tentang seseorang yang dijumpai semasa seminar. Namun ditahan rasa hati walaupun hatinya sedang bergejolak memendam rasa. Biarlah. Esok sahajalah. Lagipun dia juga masih mengantuk.

Usai menyusukan Uthman Anna Najla terlena semula. Dia tersedar apabila jam di telefon bimbitnya berbunyi. Jam 5 pagi. Dengan malas dia bangun juga dan terus bergerak ke katil si kembar. Selalunya begitulah. Perkara pertama usai bangun kembar yang dicari. Kemudian dia terus berjalan ke bilik air. Membersihkan diri. Matanya melirik jam di dinding. 5:20 pagi. Masih sempat untuk solat sunat. Waktu subuh sekarang lewat kerana 6: 15 pagi baru masuk waktu.

Usai solat dia ditegur. " Kenapa, tak kejut abang sekali?", soal Adam Harith apabila melihat isterinya selesai solat sendirian.

" Naj tengok abang lena sangat", dia tidak sampai hati mahu mengejut kerana suaminya itu baru sampai ke rumah awal pagi. Kemudian berjaga pula ketika dia memyusukan si kembar tadi.

" Kita dah janji kan. Abang terjaga abang kejut sayang. Sayang terjaga sayang kejut abang", suara Adam Harith seakan merajuk pula. Sungguh di hatinya terasa rugi kerana tidak dapat solat sunat pagi ini.

" Maaf. Naj tak sampai hati nak kejut abang", Anna Najla sudah serba salah.

" Tak apalah. Abang mandi nak sekejap. Tunggu abang. Kita solat subuh sama kejap lagi",

Anna Najla membuka telekung dan bergerak ke katil membantu suaminya. Walaupun Adam Harith sudah boleh melakukannya tanpa bantuannya Anna Najla masih tetap mahu melakukannya.

WAJAH isterinya dipandang. Anna Najla yang sedar dirinya diperhati terus menoleh memandang wajah suami. Keningnya diangkat memberi maksud kenapa? Adam Harith membalas dengan kenyitan mata sahaja. Berkerut keningnya dengan tindakan tanpa suara suaminya. Suapan diteruskan sehinggalah Masitah yang sudah siap makan bangun dan berlalu ke dapur. Selalunya memang begitu. Masitah memang akan siap dahulu kerana Masitah seorang yang menjaga makan. Walaupun sudah mencapai usia 40an tapi wajah dan tenaga wanita itu seperti 20an.

" Kenapa?", soal Anna Najla.

" Kenapa apa?"

" Abang tu. Pandang Naj macam bukan nak makan nasi lemak tu. Tapi macam nak makan Naj", kopi o disisip perlahan.

" Farizuan kirim salam pada Naj",

" Farizuan?", Anna Najla cuba mengingat siapa lelaki itu.

" Tak ingat?" soal Adam Harith laju. Gembira kerana maksudnya lelaki itu bukanlah lelaki penting yang pernah hadir dalam hidup isterinya.

Lama dia terdiam cuba mengingat kembali siapa lelaki yang disebut itu. " Oh Naj ingat. Naj dah ingat. Waalaikumussalam. Farizuan abang Kayla kawan Naj masa sekolah dulu. Abang jumpa dia di Langkawi?", ceria suara Anna Najla.

Dia ingat. Kayla pernah memperkenalkan Farizuan kepadanya selepas Nuqman meninggal. Namun ketika itu Anna Najla sudah tiada hati mahu berkenalan dengan mana-mana lelaki. Jadinya mereka hanya sempat berhubung melalui telefon sahaja dan hanya pernah bertemu muka 3 kali sahaja. Itupun kerana dipaksa oleh Kayla. Kemudian dia sudah terputus hubungan dengan Kayla sejak rakannya itu berkahwin dengan lelaki Sweden dan menetap di sana.

" Bukan main suka lagi", tegur Adam Harith.

" Lama dah Naj tak dengar khabar dia. Dah dekat sepuluh tahun kot. Abang Kayla tu doktor juga. Tapi Naj tak tahulah doktor apa. Doktor cinta kot?", sengaja mahu mengusik suaminya. " Handsome ke lagi dia bang. Dulu handsome. Masa Kayla kenalkan dia pada Naj dulu lah tapi pelik Naj tak berkenan. Rugi pulak rasanya. Kalau tak dapat suami handsome", usik Anna Najla lagi.

" Habis abang ni tak handsome lah",

" Tak. Tak handsome langsung. Tapi pelik Naj berkenan sampai gila bayang dekat lelaki depan Naj ni. Naj kena jampi rasanya. Kena asap-asap dengan lelaki tu kot",

" Tak payah asap pun Naj dah sasau pada abang", balas Adam Harith memandang penuh kasih wajah isterinya.

Anna Najla tergelak manja. Ya, dia sudah tidak mahu lelaki lain setelah berjumpa Adam Harith. Ketika pertemuan pertama mereka di kafe itu bukanlah satu memori indah kerana dia dipaksa berpura-pura. Tetapi pertemuan kedua mereka di hospital ketika membawa Asmah sudah buat Anna Najla teringatkan lelaki itu. Sehinggalah Adam Harith langsung tidak menunggu lama untuk mereka berdua bertemu.

Namun ketika mengetahui lelaki itu yang menyebabkan Amir, abang keduanya meninggal dalam kemalangan kerana kecuaian lelaki itu buat cinta jadi dendam. Dalam pada mahu mendendami lelaki itu dia tidak dapat menafikan perasaan yang wujud dalam hatinya. Akhirnya dia mencari jalan untuk disatukan dengan lelaki ini sehinggalah hubungan itu kekal kini walaupun mendapat tentangan dari mamanya dan mama Adam Harith. Itulah. Kalau sudah jodoh. Datanglah apa jua dugaan jika Allah sudah tetapkan dia yang dapat menghalang.

" Bila dah sayang dah cinta seseorang sukar nak nafikan abang. I love you Adam Harith", ucap Anna Najla dengan tangan yang masih bersisa kesan makanan.

" Romantik lah sangat kan. Ucap cinta dengan tangan tak basuh tu", ayat yang dituturkan Adam Harith mengundang tawa isteri.

" Bagi Naj macam ni romantiklah", manja suara Anna Najla.

" Dah jom. Abang nak pergi klinik dah ni", Adam Harith menyapu mulutnya dengan tisu.

Anna Najla bangun membersihkan tangan dan terus bergerak mengekori suaminya yang sudah berada di ruang tamu.

HAKEEM masuk ke ruang pejabat. Matanya mencari Nurlaila. Sarapan yang dibeli hari ini mahu dikongsi bersama tunangnya.

" Untunglah orang ada tunang. Setiap hari ada orang belikan breakfast", tegur Asmidar mengusik Nurlaila.

" Kami tong tong lah ", balas Hakeem. Dia tidak mahu tunangnya digelar tukang habiskan duitnya

" Wow. Bagus. Dah praktiskan cara mengurus kewangan sebelum kahwin", puji Asmidar. Kagum juga dengan pasangan ini.

" Mestilah. Jom sayang", sengaja Hakeem memanggil Nurlaila dengan panggilan manja.

Tersipu-sipu gadis itu. Malu juga dia dilayan begitu.

Asmidar menjuihkan bibirnya. Menyampah dengan Hakeem yang sengaja mengusiknya.

" Jom As. Sarapan sekali", ajak Nurlaila.

" Aku dah makanlah. Kenyang dah", Asmidar menunjukkan bekalnya yang sudah kosong.

" Okay", Nurlaila terus menuju ke pantry. Sudah ada Hakeem dan Nelly.

" Boss cuti hari ni. Ada hal dia kata", suara Nelly hinggap di telinga Nurlaila." Boss uruskan adik dia yang sakit kanser tu kot. Katanya dah teruk sakitnya", tutur Nelly lagi.

Nurlaila terdiam. Sebemarnya dia tahu sesuatu. Siapa adik Amar Faris yang sakit itu dia tahu kerana dia pernah mengenali lelaki itu dulu. Berkenalan melalui Aima. Aima itu rakan satu sekolahnya dulu. Tetapi cerita itu disimpan rapi. Dia tidak mahu menjadi manusia yang membuka aib orang. Dan dia tahu kisah Anna Najla dan Amjad. Semuanya, disimpan rapi. Hatta kepada Hakeem tunangnya pun tidak pernah dia buka mulut. Kalaulah rakan sekerjanya tahu kejadian itu. Tentulah kecoh.

" Kita tak pernah pun melawat adik boss kan. Okay ke kalau kita pergi melawat. Jom nak. Tapi kena tanya boss dulu lah", Nelly memberi cadangan.

" Aku pernah pergi. Kak Nelly yang tak pernah pergi. Kata orang kuat boss", jawab Hakeem.

" Aku nak ajak Anna la",

" Jangan.", cepat Nurlaila memintas.

Nelyy dan Hakeem sama-sama memandang Nurlaila. Suasanan sepi seketika. Masing-masing bagai terkedu.

" Kenapa?, tanya Hakeem.

" Kak Anna kan sibuk jaga anak dia. Lagipun suami Kak Anna kan baik dengan boss. Mestilah Kak Anna dah pergi melawat", cepat Nurlaila mencari alasan.

Hakeem dan Nelly hanya mengangguk bersetuju dengan ujaran gadis itu.

" Kalau nak pergi. Kita pergi kita kita je", Nurlaila memberi cadangan.

" Ya. Nanti I call boss dulu. Tengoklah lepas kita habis kerja ke. Tapi bukan hari ni lah. Nanti kita setup masa",

" Okay", Nurlaila sudah kelegaan. Bayangkan jika Nelly menghubungi Anna Najla mengajak wanita itu melawat Amjad. Mahu mengamuk Anna Najla nanti.

Aima sudah bercerita padanya kejadian yang berlaku ketika dia membawa Amjad berjumpa Anna Najla. Kalau aku jadi Kak Anna pun tak mungkin aku akan sekuat Kak Anna. Agaknya dah lama Amjad tu kena tikam dengan aku. Nurlaila mengeluh perlahan tanpa sedar.

" Kenapa?", soal Hakeem apabila mendengar keluhan Nurlaila.

Nelly juga memandang wajah Nurlaila.

" Kenapa apa? Tak ada apalah", balas Nurlaila cepat bangun dan mengelak. Mujur juga dia sudah siap makan.

" Tunang kau tu macam sesuatu je Keem", Nelly memandang wajah Hakeem. Hakeem hanya menjongketkan bahu. Nantilah aku korek apa ceritanya.

ABANG JAD dah makin teruk Kak Anna.

Mesej yang diterima Anna Najla membuatkan wanita itu terduduk. Matanya terus menandang Adam Harith yang sedang bersiap. Sedar dirinya diperhati Adam Harith pantas menoleh.

" Kenapa sayang?, soal Adam Harith apabila melihat air wajah isterinya yang agak berbeza dari tadi.

" Amjad makin teruk", dada Anna Najla terasa sesak. Sungguh dia sangat bencikan lelaki itu. Tetapi apabila mendengar keadaan lelaki itu hatinya bagai tersentuh.

Adam Harith terdiam. Dia bergerak mendekati Anna Najla yang duduk di birai katil.

" Kita pergi melawat dia abang", Anna Najla bersuara memandang wajah suaminya yang jelas terkejut " Naj tak bohong Naj benci dia abang Tapi.. Naj..", suaranya terhenti mencari mata Adam Harith.

" Abang faham sayang. Kita nak pergi sekarang?", soal Adam Harith penuh hati-hati.

Anna Najla pantas mengangguk.

Sampai sahaja ke rumah keluarga Amjad, Amar Faris membawa Anna Najla dan Adam Harith masuk ke bilik Amjad. Langkah kakinya perlahan sahaja mendekati tubuh yang terlantar di katil.

" Jad. Anna datang", suara Amar Faris membuatkan Amjad membuka matanya perlahan.

Pandangan matanya dan Anna Najla bersatu. Tiada kata dari lelaki itu. Mungkin kerana terlalu keletihan. Hanya bibirnya bergerak tanpa suara.

" Aku tahu kau dah berubah Amjad. Aku maafkan kau", suara Anna Najla tenggelam timbul. Hatinya dipagut sayu apabila melihat keadaan lelaki itu. Tubuhnya yang sudah semakin kurus. Wajahnya yang mencengkung benar - benar membuatkan Anna Najla hilang marahnya. Walau besar mana pun dosa lelaki ini kepadanya Amjad sudah berusaha meminta maaf kepadanya.

Tidak lama mereka di situ Anna Najla mengajak pulang. Dia tidak mampu untuk berlama-lama. Dia perlukan ruang untuk bersendiri. Itu yang dirasakannya ketika ini. Masuk sahaja ke dalam kereta jemari Anna Najla digenggam perlahan oleh Adam Harith. Kucupan singgah di dahi isteri. Diam. Mereka sama - sama membisu cuma mata mereka sahaja saling berbicara. Lama. Sehinggalah Anna Najla bersuara.

" Naj nak pergi pantai", suara Anna Najla memecah hening.

" Abang Malek kita ke Pantai Sepat", Adam Harith memberitahu perlahan. Suasana dalam perjalanan masih sepi. Adam Harith membiarkan sahaja isterinya diam dalam pelukannya.

Sampai sahaja ke kawasan pantai Malek memberhentikan kereta di celahan pokok rhu.

" Abang tunggu dalam kereta. Naj nak turun seorang je", Anna Najla memberitahu.

" Sayang tak nak abang teman?", Adam Harith bagai terasa hati. Namun dia cuba untuk memahami hati isterinya. Ya ada masanya kita perlukan masa untuk sendirian.

Anna Najla pantas menggeleng. Dia mula berjalan perlahan.

" Sayang", jerit Adam Harith.

Anna Najla cepat berpaling.

" Jangan buat perkara bukan-bukan sayang", pandangan sayu Adam Harith membuatkan Anna Najla tersentuh.

" Tak. Naj nak ambil angin je. Jangan risau abang", wajahnya terpamer bersahaja. Tiada langsung riak senyum di bibir.

Adam Harith melihat sahaja langkah perlahan isterinya bergerak mendekati pinggir pantai.

" Abang Malek. Jaga - jaga. Kalau Naj cuba buat perkara bukan-bukan saya izinkan Abang Malek pegang dia", Adam Harith berkata perlahan.

" InsyaAllah. Abang Malek yakin. Anna takkan buat perkara yang bukan bukan Am", Malek cuba menenangkan hati majikannya. Dia tahu lelaki itu sangat bimbangkannya isterinya. Namun dia keluar juga daripada kereta. Berjaga-jaga mengikut permintaan Adam Harith.

Walaupun Adam Harith tahu Anna Najla bukanlah seorang yang mudah membuat keputusan yang melulu dia harus mengambil langkah berhati-hati.

Anna Najla memandang laut lepas yang luas. Deruan ombak dan angin yang bertiup perlahan bagai menghantar rasa ketenangan dalam hatinya.

Aku maafkan kau Amjad. Ya. Aku maafkan kau. Aku juga seorang pendosa. Mungkin dengan memaafkan kau aku akan jadi manusia lebih baik selepas ini. Andai ujian ini untuk Allah hapuskan dosa aku. Aku redha dengan ujian ini. Aku redha. Anna Najla mahu menangis sepuasnya hari ini. Supaya memori hitam itu cepat berlalu dari ingatannya. Hampir setengah jam juga Anna Najla duduk sendirian di tepi pantai sehinggalah dia berjalan mendekati kereta Adam Harith.

Melihat mata Anna Najla yang kemerehan Adam Harith tahu isterinya menangis. Dia nampak dari kejauhan tadi. Kalaulah dia boleh berjalan tentu sahaja dia sudah berlari memeluk wanita itu. Masuk sahaja ke dalam kereta Anna Najla terus memeluk tubuh suaminya. Kali ini dihamburkan sekali lagi tangisannya tadi. Dia fikir dia sudah kuat. Namun sebenarnya dia masih tidak kuat. Ya Allah sukarnya mahu melepaskan ingatan kejadian itu Ya Allah.

Malek yang pada awalnya mahu masuk ke dalam kereta terus menutup semula pintu kereta apabila terdengar tangisan isteri majikannya. Dia membiarkan sahaja pasangan itu bersama. Lama juga sehinggalah Adam Harith memanggilnya masuk untuk pulang ke rumah. Ketika masuk Malek perasan tangisan Anna Najla sudah reda dan wanita itu sudah ketiduran.

KERETA BMW milik Adam Harith menyusuri masuk ke garaj kereta. Anna Najla mrmbantu Adam Harith untuk turun semula kerana lelaki itu membatalkan niatnya mahu ke klinik. Katanya mahu menemani si isteri.

" Umar Uthman okay ke Kak Mas", soal Anna Najla ketika sudah masuk ke dalam bilik Masitah. Tangannya terus mencapai Umar di dukungan Masitah.

" Okay",

" Terima kasih Kak Mas jagakan kembar", Anna Najla menghulurkan Umar kepada Adam Harith yang menunggu di jenang pintu. Kemudian dia berjalan mengambil Uthman yang sudah tersengih dengan kakinya bergerak laju bagai sedang mengayuh basikal.

" Tak ada apa Anna", balas Masitah segan bila majikan mrngucapkan terima kasih.

" Anna naik atas dulu ye", Anna Najla berjalan keluar dari bilik Masitah dan menuju ke pintu lif.

" Abang ingat nak berdua dengan sayang. Tup tup sayang dah cari anak",

" Anna mana biasa anak tak ada depan mata",

Adam Harith mengucup pipi Umar yang berada di dukungannya. Tubuh montel anaknya buat dia begitu geram. Tersengih sengih Umar kerana dihagah oleh papanya.

" Untungla jadi anak mama", sengaja Adam Harith mahu mengusik kerana isterinya dari tadi serius sahaja.

Masuk ke dalam bilik Anna Najla terus meletakkan Umar di atas katil. Uthman di dukungan Adam Harith juga diambil dan diletakkan di sebelah Umar. Anna Najla terus membuka tudungnya. Suiz pendingin hawa ditekan. Dia terus berbaring di sebelah anak-anaknya. Adam Harith hanya memerhati sahaja kelakuan isterinya.

" Sayang ada nak cakap apa-apa dengan abang", soal Adam Harith apabila Anna Najla memeluk anaknya dan terus memejamkan mata.

" Tak ada",

" Mulai hari ini abang tak nak Naj tanggung apa-apa sendiri. Abang sedih bila abang tak dapat dekat dengan sayang dekat pantai tadi",

Anna Najla terus bangun dan bersandar di kepala katil. Tangannya mencapai jemari Adam Harith yang sudah ada di sebelah katil.

" Sebab Naj ada abang ada anak- anak Naj kuat abang. Terima kasih selama ni abang terima Naj sekuntum mawar yang dah pudar warnanya yang dah hilang serinya..",

Tidak sempat Anna Najla menghabiskan ayatnya bibirnya dipagut pantas oleh Adam Harith.

" Jangan ungkit lagi perkara tu. Hmm. Abang sayang Naj. Ketabahan Naj buat abang kagum dengan perempuan bernama Anna Najla. Abang cintakan Naj. Abang cintakan Naj", ucap Adam Harith memandang penuh kasih wajah isteri di hadapannya.

Suara riuh Umar dan Uthman membuatkan perbualan Anna Najla dan Adam Harith terhenti. Mereka saling memandang.

" Hmm. Tak boleh langsung kalau papa nak bercinta dengan mama kan", Adam Harith juga mahu naik ke katil. Tubuh Anna Najla ditarik dalam pelukannya.

" Jom tambah baby lagi?, senda Adam Harith. Anna Najla terus mengerutkan keningnya. Adam Harith tertawa sahaja melihat kerutan wajah isterinya.

" Please. Abang nak anak ramai",

" Abang beranak sendirilah nak anak ramai", Anna Najla sudah mengambil Uthman di letakkan di atas perutnya. Melihat kelakuan isterinya Adam Harith juga mengambil Uthman dan
diletakkan di atas perutnya.

" Pandai je papa nak baby lagi kan. Mama belum puas lagi gomol anak- anak mama ni", wajah Uthman diigomol manja. Suara tawa Uthman yang nyaring bagai satu terapi buat Anna Najla.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience