BAB 20

Short Story Completed 54003

" WELCOME to pejabat lama Puan Anna Najla", Hakeem berteriak bersama rakan sekerja yang lain saat Anna Najla masuk ke dalam pejabat. Anna Najla hanya tersenyum manis. Melihat riak gembira pada wajah-wajah yang dirindu makin lebar senyuman Anna Najla.

Oh sungguh dia rindukan suasana ini. Dia rindukan tempat ini.

" Terima kasih semua", Anna Najla mula bersalaman dengan semua rakan sekerjanya. Diperhatikan setiap wajah di hadapannya. Ada muka baru. Muka lama tentulah Hakeem, Asmidar, Nelly dan Nurlaila. Kak Milah pun masih ada. Cuma Isma yang sudah berhenti kerja. Katanya sebab frust kerana Amar Faris tolak cintanya kerana berkenankan Dr Adora. Huh! Anna Najla langsung tak percaya omongan gadis itu. Dia tahu bukanlah Isma berkenan sangat pun dengan Amar Faris. Sengaja dia buat gurauan. Sedangkan tujuan asal dia berhenti kerja adalah kerana mahu menjaga ibunya yang sakit. Semoga dipermudahkan urusan kau Isma.

" Anna bawa nasi lemak yang Anna masak sendiri. Jom makan", pelawa Anna Najla.

" Yahoo", Hakeem sudah bersorak gembira. Soal makan free tentulah dia tidak menolak.

Ketika mereka sedang leka menjamu selera mereka disapa.

" Ada kenduri ke ni?, Amar Faris menjengah ruang pantry.

" Oh. Hai boss", sapa Anna Najla dengan senyuman. " Jemput sarapan boss", Anna Najla mempelawa.

" Rugi kalau boss tak makan. Anna masak sendiri ni", Nelly bersuara.

" Mak mak kan boss. Memang kena masak pagi-pagi", Hakeem turut menyampuk.

" Hmm. Mak mak ya. Makanlah. Anna tolong hantar ke ke bilik saya lah. Terima kasih", Amar Faris terus sahaja berlalu.

" Apasal awal sangat boss datang hari ni?", tegur Asmidar yang tadi hanya diam.

" Entah. Sebab ada Anna kot. Semangat pergi kerja", selamba sahaja mulut Hakeem merapu.

Bukan mereka semua tidak tahu yang majikan mereka itu pernah menaruh perasaan kepada Anna Najla.

" Nasiblah. Boss lambat. Melepaslah", Hakeem terus mahu bergosip.

" Hakeem. Sila jaga mukut kau ye. Dulu aku bujang. Sangat sopan. Sekarang aku ni mood mak-mak. Kang ada yang kena bebel", ujar Anna Najla.

" Ah. Bila masa pulak kau sopan masa bujang dulu. Tak pernah aku nampak kau sopan. Barang kat lantai pun kau main sepak je", Hakeem seronok dapat mencari gaduh dengan Anna Najla.

" Aku nak pergi layan boss kejap", Anna Najla bangun menatang sepinggan nasi lemak dan secawan kopi.

" Jangan layan lebih-lebih", usik Hakeem lagi.

" Ada yang mandi kopi ni",

Hakeem hanya ketawa lepas. Yang lain sibuk menjamu selera malas mahu melayan pergaduhan Hakeem dan Anna Najla.

Anna Najla mengetuk pintu perlahan. Ketika suara Amar Faris memanggil masuk barulah dia masuk. Masuk sahaja terus diletakkan nasi lemak tadi di atas meja kopi. Amar Faris yang duduk di kerusi mengadap meja kerja terus bangun bergerak ke sofa. Dia terus duduk di sofa. Matanya tidak lepas memandang Anna Najla di hadapannya.

" Duduk Anna", arah Amar Faris. Anna Najla terus melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan lelaki itu.

" Terima kasih terima permintaan arwah Amjad. Walaupun Amjad pernah berlaku kejam pada Anna",

" Usahlah diungkitkan hal lama boss. Saya pun dah maafkan arwah dan saya pun tak mahu dah simpan dendam pada dia. Mungkin sahaja ada hikmah atas apa yang berlaku selama ni boss. Saya datang semula ke sini untuk siapkan projek atas permintaan arwah. InsyaAllah saya akan laksanakan dengan sebaiknya boss", Anna Najla mengukir senyum.

Amar Faris mengangguk.

" Saya tahu Am sebenarnya tak bagi Anna kerja. Sebab projek ni dia izinkan. Dia sendiri cakap dengan saya. Alhamdulillah",

" Ya. Rezeki saya rezeki arwah rezeki anak - anak yatim di sana juga. Eh. Jemput makan boss",

" Hmm. Bau pun dah sedap. Untung Am ada isteri pandai masak",

" Eh. Dr Adora pun pandai masak apa. Boss mintalah dia masakkan untuk boss", usik Anna Najla.

" Minta masakkan ya. Saya ajak lunch pun dia tolak",

" Seriuslah boss", soal Anna Najla seperti tidaj percaya.

" Ya. Hari kerja dia kata sibuk. Hari cuti dia kata nak rehat. Nampak sangat dia nak reject saya",

Anna Najla tidak sengaja tergelak mendengar rungutan Amar Faris.

" Haish Adora ni kan. Buta agaknya. Boss punyalah kacak bergaya. Ada bisnes sendiri pulak tu. Boss la ni yang tak pandai mengayat", selamba Anna Najla berlucu.

" Agaknyalah. Yalah. Dulu mengayat awak pun tak jalan juga",

Terhambur ketawa besar Anna Najla teringatkan hal dulu.

" Hish boss ni tu hal lama. Tak apa nanti saya tolong boss. Okay",

JAM 10 pagi Amar Faris, Anna Najla dan Hakeem pergi ke rumah Anak Yatim Nurul Iman. Melawat tapak projek untuk memulakan projek merenovasi rumah anak yatim tersebut. Anna Najla tersenyum saat melihat anak-anak yang sedang menunggu kehadiran mereka. Oh. Terus dia teringatkan Umar dan Uthman di rumah.

Wajah anak-anak ini ceria sahaja menerima kedatangan mereka. Hakeem meminta bantuan beberapa orang kanak-kanak lelaki mengangkat barang makanan yang dibawa oleh mereka.

Panjang perbincangan mereka bersama Siti Hajar yang dipanggil Umi. Rupa-rupanya sudah bertahun Amjad menjadi penyumbang kepada Rumah Anak Yatim Nurul Iman ini. Namun rancangan mahu membuat renovasi bilik anak-anak itu supaya lebih selesa baru sahaja Amjad utarakan tahun lepas. Menurut kata umi sebenarnya setiap bulan Amjad akan datang ke sini menyantuni anak-anak yatim di sini. Cuma selepas lelaki itu sakit jarang sekali dia dapat datang. Selalunya dia akan berhubung melalui telefon sahaja.

Anna Najla termangu juga saat mendengar setiap ulas bicara daripada umi bercerita tentang Amjad. Kebaikan demi kebaikan yang dilakukan oleh lelaki itu. Pertama sekali Amjad datang ke sini kerana dia pernah menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang hampir dinoda bapa sendiri. Bapanya sanggup menjual anak itu kepada seorang lelaki di kelab malam kerana hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Malah lelaki itu dibunuh dengan kejam mengikut Siti Hajar dan Amjad yang membawa kanak-kanak itu ke sini. Di situlah bermula detik dia kerap datang ke rumah itu.

Oh ada juga ayah yang sanggup menzalimi anak sendiri. Anna Najla terdiam kerana dia tidak dapat menerima kekejaman seorang lelaki bernama ayah yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga keselamatan anaknya tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Perit perjalanan hidup anak gadis itu mengingatkan kepada diri sendiri yang lebih bernasib baik kerana masih punya keluarga yang sentiasa memberi sokongan.

" Kanak-kanak perempuan tu masih di sini umi?", soal Anna Najla.

" Tak ada. Dapat masuk MRSM", tersenyum Siti Hajar memandang Anna Najla.

" Alhamdulillah", Anna Najla bagai senang hati. InsyaAllah akan ada masa hadapan yang lebih baik untuk anak itu.

Lama berbual Siti Hajar membawa Amar Faris, Anna Najla dan Hakeem ke bilik anak-anak di situ. Semuanya berdiri di katil masing-masing. Anna Najla tersenyum sahaja melihat anak-anak ini. Sesekali tangannya mengusap kepala anak-anak itu.

Hampir dua jam juga mereka di situ kerana selepas lawatan tapak mereka dijamu makan pula.

ANNA NAJLA terus sahaja berbaring setelah menidurkan Umar dan Uthman. Adam Harith yang sedang bersandar di kepala katil dengan buku di tangannya di sebelah Anna Najla dipandang sekilas. Kemudian dia terus menarik selimut dan memejamkan matanya.

" Penat?", tegur Adam Harith memandang Anna Najla yang bagai malas menghiraukannya.

Anna Najla mengangguk perlahan dengan mata yang sudah terpejam. " Naj dah lama tak kerja luar. Penatnya lain macam",

" Tidurlah", Adam Harith mengucup dahi isterinya dan terus sahaja menyambung membaca buku di tangannya.

Keesokan harinya Anna Najla tersengih-sengih melihat Adam Harith.

" Kenapa Anna Najla",

" Sorry. Semalam Naj penat mengantuk sangat. Naj tak larat nak layan abang sembang", selalunya setiap malam mereka ada perbualan sebelum tidur. Tetapi malam tadi dia benar-benar mengantuk. Memang langsung tak boleh ditahan rasa mengantuknya.

" Its okay sayang. Abang faham. Maklumlah orang kerja hari pertama",

Anna Najla tergelak mendengar usikan suaminya. Kemudian dia melangkah mendekati Adam Harith. " Sabtu depan majlis Hakeem dengan Laila. Kita pergi ya. Baju dondon green emerald", Anna Najla mengingatkan suaminya sekali lagi.

" Kena pakai baju dondon ke? ",

" Yalah. Nanti Naj belek almari abang. Abang ada baju warna tu tapi dah lama. Tak pun kita pergi beli baru eh",

" Hmm", acuh tak acih sahaja Adam Harith melayan.

Abang", manja suara Anna Najla. Meleret sahaja nadanya.

" Ya", Adam Harith menyapu pelembap di bibirnya.

" Adora tu tak layan pun boss Naj",

" Pulak Hari tu elok je abang tengok", Adam Harith melayan sahaja bualan isterinya. Sempat lagi isterinya mahu bercerita itu ini di pagi hari.
" Yang Naj sibukkan Amar ni kenapa? Pandailah dia mengorat si Adora tu. Amar tu bukan budak lagi. Duda sayang Pernah kahwin pun. Adora tu spesies susah nak dapat", Adam Harith tanpa sengaja membongkar rahsia.

" Oh. Dulu masa abang nak mengorat Adora tu susah nak dapat eh?", mahu pula Anna Najla menyelidik.

" Nak dapat sayang lagi susah. Dua kali abang kena tumbuk dengan si Nazzam tu. Boleh buat drama sayang", Adam Harith sudah mengangkat Umar yang sudah tersengih sengih memandangnya dari katil bayi. Uthman pula didukung oleh Anna Najla.

" Dua kali? Masa bila lagi sekali?" Anna Najla tahu Adam Harith ditumbuk selepas dia putus tunang dengan Nazzam. Tapi lagi sekali dia tak tahu.

" Tak payah tahulah Jom turun. Nanti lewat sampai pejabat",

" Ala. Bila? Abang. Cakaplah", Anna Najla yang juga sudah bersiap menggerakkan kerusi roda Adam Harith ke pintu lif.

" Pagi nak akad nikah tu. Tapi dia tak tumbuk muka. Tumbuk perut. So tak nampaklah kecederaannya",

" Hish. Nazzam ni kan. Suka buat hal.Kasihan suami Naj. Kasihan papa kan", manja suara Anna Najla yang menyokongnya membuai hati lelaki itu.

" Naj sayang abang?",

" Mestilah sayang. Suami Naj ni handsome kot. Kaya pulak tu. Takkan tak sayang", mereka bergerak ke ruang makan setelah keluar dari perut lif.

" Oh sayang sebab abang handsome sebab kaya. Macam tu?,

" Hmm. Macam tu", Anna Najla tergelak manja.

" Kalau tak handsome tak kaya tak sayanglah?",

" Tak", cepat sahaja Anna Najla meletakkan Uthman dan Umar di kerusi. Anaknya memang bangun awal. Tetapi sekejap lagi jam 9 mereka sudah mula bagi petunjuk mahu tidur.

" Kak Mas. Anna balik petang sikit hari ni tau. May be jam 6 lebih baru sampai rumah. Kak Mas tolong tengokkan kembar eh",

" Okay",

Adam Harith diam sahaja kerana dia sudah dimaklumi Anna Najla tadi.

" DORA, you keluar nanti belikan I lunch", tegur Adam Harith apabila masuk ke ruang klinik Adora ada sedang bersembang dengan Marlia di kaunter hadapan.

" Alahai sorry boss. I bawa bekal la hari ni", Adora tersengih.

" Rajin pula you masak",

" You ingat I malas sangat ke?",

" Saya keluar lunch nanti Dr. Kalau Dr nak saya tapaukan", Marlia menawarkan pertolongan.

" No thanks. Marlia. Wife saya baru text ajak lunch sama", Adam Harith menayangkan telefonnya dengan senyuman di bibirnya.

" Untunglah ada orang ajak teman lunch",

" Eh. Bukan you pun ada teman ke?, sengaja Adam Harith mengusik.

" Mana ada. Tak ada lelaki nakkan I boss. I ni taraf tak laku dah boss",

Adam Harith ketawa besar mendengar rungutan Adora.

" You yang jual mahal. Lepas tu nak salahkan lelaki. Pirahhh", Adam Harith terus masuk ke dalam bilik rawatan.

Adam Harith terdengar suara Adora yang sedang membebel kepadanya namun langsung tidak dengar dengan jelas ulas butir bicara wanita itu. Selebihnya dia malas mahu melayan. Kalau Adora membebel fasal lelaki boleh panas telinga. Siapa suruh dulu suka pasang ramai buat lelaki kecewa. Rasakan!

Tengah hari itu Anna Najla ke klinik Adam Harith mengambil lelaki itu untuk makan tengah hari bersama. Senyuman Adam Harith melebar sahaja apabila melihat Anna Najla muncul di muka pintu.

" Kenapa beria sangat senyum tu Hmm?, tegur Anna Najla usai Adam Harith menjawab salamnya tadi.

" Lama kita tak lunch sama kat luar. Kira dating la ni kan? ", Adam Harith bersuara ceria dan teruja.

" Abang nak makan kat mana? Hari ni abang pilih tempat.", soal Anna Najla.

" Black Canyon tempat dating pertama kita dulu jom?, Adam Harith memberi cadangan.

" Ala kat bandar time ni busy la abang", Anna Najla seperti tidak setuju.

" Busy eh. So?",

" Okay. Black Canyon", Anna Najla sengaja mengusik. " Asal dapat date dengan abang. Setakat kena lalu jalan sibuk tu apalah sangat", sempat juga Anna Najla mengucup bibir suaminya sekilas. Fikirnya mahu mengusik sahaja sudahnya Adam Harith pula sengaja buat hal menarik tubuhnya ke ribaan lelaki itu.

" Atau kita makan kat hotel depan tu?", nakal suara Adam Harith.

" Oh No. Naj ada site visit petang ni abang sayang",

" Cepatlah habis projek Naj ni. Abang rasa abang dah jadi nombor dua dah tahu sejak sayang kerja ni. Nak ajak dating pun tak dapat lama-lama. Nak..",

Bibir Adam Harith dikucup lagi. " Jangan banyak bebel. Naj dah lapar ni tahu. Jom", terus sahaja dia bangun dari ribaan lelaki itu. Oh. Kalau di rumah ni selamba sahaja dia terus duduk di ribaan lelaki itu sambil lelaki itu menggerakkan kerusi rodanya. Ada suiz tekan sahaja tak perlu tenaga untuk menolak pun. Mujurlah dekat klinik. Kalau di rumah tentu sahaja dia akan buat Adam Harith sasaukan dirinya! Menggoda sikit pun lelaki itu dah tak tentu arah!

USAI menempah minuman mereka berbual santai. Anna Najla melongo apabila ternampak Nazzam bersama Adora masuk ke kafe tersebut. Adam Harith berpaling melihat arah pandangam isterinya. Mereka saling memandang. Pasangan itu berjalan mendekati Anna Najla dan Adam Harith.

" Hai. tak sangka jumpa kau berdua kat sini", sapa Nazzam.

Adora di sebelah hanya mengukir senyum memandang Adam Harith. Dia teringatkan kejadian pagi tadi. Katanya bawa bekal tak keluar makan di luar. Sudahnya terserempak di sini pula. Patutlah. Patutlah tak dilayan si Amar rupanya mereka berdua ni sedang memadu kasih agaknya?

" Come lets join us. Abang okay kan?", soal Anna Najla memandang suaminya.

" Oh. No thanks. Aku nak dating dengan Adora. Lagipun aku tak nak kacau kau berdua", cepat Nazzam menolak. ", Jom sayang", Nazzam menarik jemari Adora. Adora pula melambai manja.

" Patutlah Boss cakap Adora tak layan dia. Rupanya ada Nazzam", cepat sahaja Anna Najla bersuara.

" Eloklah berdua tu. Sama-sama palayboy dan playgirl. Sesuai sangat", Adam Harith ketawa perlahan.

" Ala.. Kasihan Boss. Boss tu punya la baik", Anna Najla memuncung pula.

" Orang tu nakkan sayang. Sayang tolak",

" Yalah. Sebab Naj nak abang", lurus sahaja jawapan Anna Najla mengundang tawa di bibir Adam Harith.

Makanan yang baru sampai ditarik perlahan.

" Dahlah. Jom makan. Nanti sayangkan nak kena hantar abang. Lepas tu nak drive balik pejabat pula",

" Patut ke Naj beritahu boss. Adora dengan Nazzam?,

" Tak payah. Pandailah mereka berbincang sayang. Nah rasa sedap tak? ", Adam Harith menyuakan sesudu nasi goreng cendawan kepada Anna Najla. Suapan pertama diberikan kepada Anna Najla.

" Sedap", ucap Anna Najla usai habis mengunyah.

" Sedap nasi goreng ke sedap sebab abang suap?", sengaja Adam Harith menguji.

" Tentulah sebab sedap abang suap. Yang tak sedap pun jadi sedap bila abang suapkan",

Adam Harith tertawa. Anna Najla memang pandai mengambil hati dan membeli jiwa. Namun ada masanya isterinya itu pandai juga mengusik supaya dia terpinga.

" Manis mulut kan. Nasib dekat luar. Kalau kat rumah ni abang hisap madu dekat bibir sayang tu",

" Hish.. Tak senonoh. Orang dengarlah", marah Anna Najla dengan bicara nakal Adam Harith. Adam Harith tertawa. Wajah isterinya ditatap manja.

" Kalau kita dapat balik sekejap tengok anak kan best abang kan. Naj rindu kembar",

" Sayang nak balik ke? Abang call Abang Malek ambil kita dekat sini",

" Tak sempat. Naj ada meeting dengan boss before site visit",

" Suruh Kak Mas hantar gambar kejap lagi",

" Hmm", Anna Najla mengangguk dan menyambung makan. Sesekali matanya melirik pada Nazzam dan Adora yang sedang berbual di hujung meja.

" Cemburu ke tengok bekas tunang ada gf baru?", tegur Adam Harith apabila sedar pandangan mata isterinya tertumpu ke arah pasangan tadi.

" Tak ada maknanyalah Naj nak cemburu. Naj dapat abang yang hot dari Nazzam tu tahu. Abanglah lelaki paling mengetar jiwa Naj",

" Tahu pun ", jawapan Adam Harith mengundang tawa Anna Najla.

" Aduhai terlebih perasan la pula pak cik ni",

" Tadi sayang juga yang puji abang kan", Adam Harith mengenyit matanya. Suapan masih diteruskan.

" Betullah tu. I love you abang", ucap Anna Najla membalas kenyitan mata suaminya.

" Abang rasa abang nak booking bilik dekat Zenith depan ni lah sayang", usik Adam Harith.

" Ah. Abang ni tak habis habis ke situ. Lelaki ni memang dalam kepala dia itu je kan dia fikir", Anna Najla menjeling. Mujur juga mereka duduk di meja paling hujung dan tiada orang di meja depan dan belakang mereka tika ini.

" Banyak yang difikir. Tapi salah satunya itulah", lurus jawapan Adam Harith masih tersenyum. Dia suka bila keluar begini. Mood isterinya boleh jadi macam-macam bila berdua begini.

" Sebab tu tak puas satu. Kahwin lain?"

" Apa pula ni tiba-tiba sebut kahwin lain ni sayang. Abang tak ada kaitanlah dengan kahwin lain. Suami orang lain buat hal abang pun kena juga",

" Yalah. Sebagai amaran dan ingatan. Kadang lelaki ni kata je mampu. Tapi sebenarnya langsung tak mampu.",

" Sayang tak payah risau. Abang ni sayang je nak abang ni. Tak ada perempuan lain nak abang. Sayang je nak abang. Jomlah. Naik Zenith sekejap. Sayang abang ni dahagakan kasih sayang abang ni", usik Adam Harith.

" Huh! Gatal! Cepatlah makan", Anna Najla merenung tajam suami di hadapan.

" I love you too sayang manja abang", ucap Adam Harith romantis sehingga terukir senyum manis di wajah isterinya.

Selepas mengenali Anna Najla tiada yang lain dalam hatinya. Hanya Anna Najla yang sudi bersama dia insan istimewa ini. Hanya Anna Najla. Sebab itulah bila isterinya dicuri pandang lelaki lain. Isterinya menjadi perhatian lelaki lain dia jadi insecure. Mengalahkan perasaan seorang perempuan.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience