BAB 8

Short Story Completed 54003

Kereta BMW milik Adam Harith berhenti di hadapan sebuah rumah. Malek membantu mengeluarkan kerusi roda di bonet belakang semetara Adam Harith dan Anna Najla masih di dalam kereta.

" Eh. Rumah ni rumah Naj deko dulu. Abang kawan dengan anak Datuk Hamdan ke?",

" Hmm",

" Oh ya? Tak sangka pula ya Naj berjodoh dengan kawan anak Datuk Hamdan ni ", naif jawapan Anna Najla.

" Ya", balas Adam Harith menyembunyi senyum.

Anna Najla menyorong kerusi roda memasuki ruang depan rumah. Salam Adam Harith disambut dari dalam. Seketika pintu itu dibuka dari dalam.

" Jemput masuk", sapa seorang wanita dengan senyuman dalam lingkungan usia hujung 40an.

Anna Najla mrmbalas senyuman dan menolak kerusi roda Adam Harith masuk ke dalam rumah. Ketika wanita tadi berlalu Adam Harith terus menarik Anna Najla ke ribaannya. Anna Najla yang langsung tidak bersedia terus terduduk di ribaan sang suami.

" Eh. Abang. Apa ni!", kalut Anna Najla mahu bangun. Makin Anna Najla cuba mepaskan diri makin kuat pegangan dan pelukan tangan Adam Harith.

" Abang. Rumah orang ni", perlahan suara Anna Najla memujuk.

Sebulan menjadi isteri Adam Harith Anna Najla mula faham perangai Adam Harith yang agak dominan dan bersifat penakluk. Jika makin dilawan makin lelaki itu mahu menakluki. Jauh beza semasa mereka bercinta dulu sehingga Nazzam meminang Anna Najla pun Adam Harith bagai pasrah sahaja.

Kata Anna Najla Adam Harith pasrah. Sedangkan dia tidak tahu apa yang dilakukan Adam Harith sebelum mereka nikah kerana sanggup bertemu muka sekali lagi dengan Asmah yang sudah jelas menolak lelaki itu.

" Rumah kita sayang", bibir Anna Najla dicium sekilas. Senyum manis terukir indah di bibir Adam Harith.

" Hah? Biar betul abang. Seriuslah", Anna Najla terus berdiri.

" Ya, rumah kita", Adam Harith ketawa kecil melihat reaksi Anna Najla yang sangat terkejut.

" Tapi ini rumah anak Datuk Hamdan. Nama papa bukan Hamdan",

" Saja je abang guna nama tu",

" Means Naj ID rumah abang selama ni?" Anna Najla melopong tidak percaya. Mencerun matanya memandang tepat wajah Adam Harith. Sungguh dia langsung tidak percaya. " Patutlah" meleret suara Adam Harith.

" Apa yang patutlah. Hmm?",

"Klien Naj tu setuju je apa Naj cadangkan apa yang Naj pilih. Katil pun nak Naj pilih. Sampaikan Hakeem cakap Naj ada skandal dengan tuan rumah ni tau", Anna, Najla menjeling manja dan duduk semula di ribaan suaminya.

" Abang saja nak Naj yang buatkan pilihan untuk rumah kita berdua",

" Naj tak sangka abang ni berada di sebalik tabir ye",

" Yalah kita ni siapa la kan. Mampu hidup belakang tabir je", kendur suara Adam Harith.

" Abang jangan nak mengada cakap macam tu ya. Naj tak suka. Jom",

" Ke mana?"

" Bilik tidur kita la abang sayang", bisik Anna Najla nakal dan menggoda.

Adam Harith sudah ketawa. Adam Harith meggerakkan kerusi rodanya yang menggunakan teknologi. Tekan suiz sahaja dia, sudah boleh bergerak. Anna Najla masih di ribaan memeluk manja tubuh Adam Harith.

Masuk ke dalam lif dia tertawa. Teringat kenakalan dia yang sengaja mempermainkan Hakeem. Sedangkan dia menggunakan lif untuk naik sedangkan mampu sahaja menaiki tangga.

" Apa yang lucu tu. Tak nak share dengan abang",

" Ala.. tak sempat nak borak dah sampai lah", Anna Najla berwatak keanak-anakan.

" Kejap lagi Naj mainlah turun naik lif tu"

" Daripada turun naik lif. Baik turun naik abang. Dapat pahala", spontan jawapan Anna Najla. Meletus ketawa besar Adam Harith.

" Astaghfirullahaladzim isteri abang",Adam Harith beristighfar panjang. Boleh tahan nakal si Naj ni!

Masuk sahaja ke dalam bilik Anna Najla terus membantu Adam Harith berbaring di katil dan dia juga turut berbaring si sebelah Adam Harith. Kepalanya diletakkan di dada lelaki itu. Tangannya sengaja mengusap bahu Adam Harith.

" Abang"

" Hmm", tangan Adam Harith mengusap lembut kepala Anna Najla.

" Terima kasih",

" Terima kasih untuk apa?",

" Semuanya. Terima Naj dalam hidup abang. Sediakan semua ni untuk kita. Naj. Naj nak hidup dengan abang sampai syurga",

" InsyaAllah. sayang", Adam Harith terus memeluk tubuh Anna Najla. Dikucup kepala isteri. Penuh kasih sayang.

MALAM ini diadakan majlis aqiqah anak saudara Adam Harith. Anak kepada kakak keduanya Adila. Namun kebanyakan tetamu sudah pulang kerana jam sudah menjengah pukul 11 malam. Keluarga Nazzam masih lagi belum pulang dan ada di gazebo taman masih rancak berborak anak beranak.

Nazzam yang bersendirian di kerusi merengus kasar melihat kemesraan Anna Najla dan Adam Harith. Melihat gelak ketawa Adam Harith, Nazzam bukan lagi dilanda cemburu tetapi hatinya mula berdendam. Dia mula menghampiri pasangan yang sudah 6 bulan menikah itu.

" Anna, I tak sangka you tolak I kerana lelaki cacat ni? Yalah sebab dia dan kelaurga dia lebih kaya dari I kan" sengaja Nazzam mahu mencari gaduh.

" Ya. You kaya sebab keluarga you. Am kaya sebab dia ada klinik sendiri. You adal apa? Kereta sport pun bapak yang bayarkan", sengaja Anna Najla membalas. Geram kerana memang dari dulu Nazzam ini suka mencari fasal.

" Sayang", Adam Harith menggeleng laju cuba menahan daripada Anna Najla terus berbidas kata.

" Oh sayang", Nazzam mengejek dan tanpa amaran disondol kepalanya ke perut Adam Harith dan meolak kerusi roda yang diduduki Adam Harith sehingga lelaki itu terdampar di tanah.

" You ni dah gila lah Nazzam", pekik Anna Najla sambil cepat membantu Adam Harith bangun.

" Tengok apa lelaki cacat ni mampu buat untuk you Anna. I tolak dia pun dia tak mampu nak buat apa-apa. Diri sendiri pun tak boleh nak jaga apalagi nak jaga bini", Nazzam sudah ketawa besar.

Alias adik Adam Harith yang ada berhampiran pantas menolong Adam Harith duduk semula ke kerusi roda.

Apabila duduk sahaja Adam Harith Anna Najla terus menampar wajah Nazzam. Nazzam agak terkejut namun dia hanya tersengih sinis dan mahu berlalu.

" Nazzam" panggil Anna Najla.

Langkah Nazzam terus terhenti.

" Kalau you berani buat suami I macam tu lagi atau you cuba sakitkan dia. I takkan diam diri", keras suara Anna Najla.

" Patut dia lindung you tapi you pula kena lindung dia. Am. Am. Memang kau ni memang tak guna", perli Nazzam keras suaranya.

" Abang Naz. Pergi baliklah", Alias juga panas hati. Rasanya tamparan Anna Najla tadi tidak cukup. Mahu saja dia tumbuk wajah sepupunya itu. Namun cepat disabarkan hati memikirkan ibu dan bapa saudaranya.

" Tak payah suruh aku memang nak balik dah ni",

Adam Harith terus menekan punat menggerakkan kerusi rodanya. Masuk ke dalam rumah Adam Harith ditegur Aishah yang kebetulan mahu keluar ke gazebo menyertai adiknya di situ.

" Mengantuk ma", balas Adam Harith dan berlalu.

" Kenapa muncung tu?", soal Aishah kepada Anna Najla yang baru muncul.

" Tak ada apa ma. Naj masuk dulu ya",

Aishah merenung keduanya yang sedang masuk ke bilik. Bergaduh ke? Ah! Biasalah tu laki ni gaduh!

Masuk sahaja ke dalam bilik Adam Harith terus menuju ke bilik air. Mahu membersihkan diri sebelum tidur. Anna Naja mahu membantu tapi cepat ditepis Adam Harith.

" Abang",

Adam Harith berpura pura tidak mendengar. Anna Najla hanya berdiri di jenang pintu bilik air. Adam Harith mula keluar dan Anna Najla hanya mengikut sahaja pergerakan lelaki itu. Ketika Adam Harith mahu naik ke katil Anna Najla mahu membantu sekali lagi namun cepat ditegah Adam Harith.

" Abang. Kenapa ni? Hmm? Naj ada buat abang terasa hati ke? Naj minta maaf", selama enam bulan berkahwin tidak pernah Adam Harith melayannya begini. Selalunya lelaki itu memang suka dimanjai Anna Najla dan suka setiap kali Anna Najla menguruskannya. Malah sengaja dia memanggil Anna Najla meminta perhatian. Tapi ini?

" Abang. Kenapa ni bang", soal Anna Najla apabila Adam Harith sudah berbaring dan memejamkan matanya.

" Tidurlah",balas Adam Harith demgan mata yang terpejam.

Anna Najla berlalu ke bilik air. Kemudian dia juga berbaring di sebelah suaminya. Sengaja dia menarik lengan Adam Harith membiarkan lelaki itu memeluk tubuhnya. Namun pelukan itu cepat dilepaskan.

" Abang",

Adam Harith diam.

" Abang tak suka apa Naj buat tadi. Naj buat abang nampak lemah depan Nazzam. Naj buat abang tak mampu nak lindung isteri yang abang cinta", sayu suara Adam Harith.

Anna Najla terkedu. Cepat dia bangun dan bersandar di kepala kati.

Tangan Adam Harith dicapai dan digenggam tangan lelaki itu" Naj minta maaf. Naj tak niat pun nak buat abang macam tu. Naj minta maaf. Sungguh. Naj tak niat pun abang. Naj minta maaf", matanya memandang wajah Adam Harith sambil mengucup jemari lelaki itu.

" Betul kata Nazzam abang tak mampu jaga diri sendiri. Apalagi nak jaga Naj", pegangan tangan ditarik dari genggaman Anna Najla.

" Abang. Jangan fikir macam tu abang. Elok je abang jaga Naj sepanjang 6 bulan kita nikah ni kan. Abang. Naj minta maaf sebab buat abang rasa macam ni. Maafkan Naj",

" Tidurlah",

" Abang",

" Tidurlah Anna Najla",

Anna Najla tidak mampu menahan rasa pilu mendengar nada serius lelaki itu. Adam Harith terasa hati dengan tindakannya. Melihat Adam Harith yang memejamkan mata Anna Najla bangun dari katil.

" Nak ke mana lagi tu?" celik terus mata Adam Harith apabila terasa tubuh isterinya bangun dari katil.

" Naj nak jumpa Nazzam dekat bawah", dia tahu Nazzam masih belum pulang kerana tidak mendengar deruan enjin kereta lelaki itu meninggalkan rumah mertuanya. Dia mahu buat perhitungan dengan lelaki itu!

" Nak balik semula dengan bekas tunang?",

Anna Najla termangu. Sensitif sangat Adam Harith malam ini. Dia naik semula ke katil. Berbaring di sebelah Adam Harith dan memeluk tubuh lelaki itu. Adam Harith tidak menolak malah membiarkan sahaja.

" Maafkan Naj buat abang terasa hati. Apa yang Naj buat dah mengguris hati abang. Naj tak niat pun nak buat hati suami Naj ni terasa. Abang maafkan Naj",

" Naj tak salah pun. Tidurlah", Adam Harith mula tenang. Ditarik tubuh Anna Najla rapat dengan tubuhnya.

Anna Najla mengucup sekilas bibir Adam Harith.
" Naj sayang abang. Naj sayang abang", pelukannya, dieratkan.

Adam Harith yang mendengar cuma tersenyum. Sedangkan walang hatinya hanya Tuhan yang tahu apabila Anna Najla yang mempertahankannya tadi Dia malu. Malu kerana sepatutnya dialah yang mempertahankan dan melindungi isterinya tapi? Adam Harith mengeluh kasar.

Anna Najla merapatkan pelukannya. Dia tahu apa yang dirasai Adam Harith. Dia tahu walang hati suaminya. Ya Allah. Aku tak sengaja. Sungguh aku tak sengaja. Aku cuma...

" Terima kasih sayang pertahankan abang tadi", ucapan Adam Harith terus menyentuh hati Anna Najla. Terus sahaja wanita itu menangis.

" Hey. Sayang tak salah. Abang yang terlalu emosi. Abang tahu. Abang tahu apa yang sayang buat tu sebab sayang sayangkan abang. Abang tahu", Adam Harith mengusap dan mengucup kepala Anna Najla.

" Naj takut kalau abang marahkan Naj",

Adam Harith ketawa kecil. " Abang tak marah sayang. Abang marah Nazzam. Dia yang mulakan semuanya. Dia pula yang panas hati",

Anna Najla mendongak wajah mencari wajah suaminya.

" Naj minta maaf ya",

" Sayang tak salah",

" Naj minta maaf",

" Yalah. Abang terima maaf sayang",

Anna Najla tersenyum. " Naj cintakan abang", ucap Anna Najla. Dia tidak jemu mengucap kata cinta kepada lelaki ini. Lelaki yang sudi menetima seorang perempuan yang hilang daranya sebelum nikah.

" Abang cintakan Naj", dahi Anna Najla dikucup lama.

DEBURAN ombak kecil yang menghempas landai Pantai Sepat. Amar Faris melayan Aisha dan Aira makan sebelum turun ke laut. Ketika dia sedang leka makan pizza yang dibeli tadi matanya tertumpu pada pasangan yang sangat dikenalinya. Amar Faris terkaku saat melihat kelibat Anna Najla dan Adam Harith yang berada di bawah pokok rhu sedang bergelak ketawa.

Ah. Anna. Aku tak berjaya mendapatkan kau!

Usai makan Amar Faris mahu membawa anak-anaknya ke pantai. Namun langkah Aisha terhenti

" Papa itu kan auntie yang datang rumah kita tu kan", belum lagi Amar Faris menjawab anaknya sudah berlari laju ke arah pasangan tadi. Amar Faris dan Aira mengejar dari belakang.

Eh laju betul si Aisha ni!

" Assalamualaikum auntie. Uncle Am", sapa Aisha dengan senyuman manis.

" Waalaikumussalam. Aisha", balas Adam Harith agak terkejut.

" Sorry Am", termengah-mengah juga Amar Faris berlari laju di atas pasir.

Adam Harith menghulurkan salam kepada Amar Faris. Cepat disambut Amar Faris.

" Salam auntie", arah Amar Faris kepada Aisha dan Aira.

Hati Adam Harith sedikit tersentak kerana dia perasan yang mata Amar Faris mencuri pandang wajah isterinya. Ada apa-apa ke mereka berdua ni?

" Auntie dah sihat ke?", soal Aisha. Anna Najla, Adam Harith dan Amar Faris termangu dengan soalan Aisha.

Anna Najla dan Amar Faris sudah saling memandang manakala Adam Harith pula memandang reaksi keduanya

" Alhamdulillah sihat", Anna Najla menjawab

" Jomlah. Jangan kacau Auntie Anna dan Uncle Am. Jom kita mandi pantai. Okeh Anna. Am kami gerak dulu", cepat-cepat Amar Faris mahu berlalu. Dia tidak mahu Aisha menyebut kedatangan Anna Najla ke rumahnya dulu. Biarlah cerita itu sampai dari bibir Anna Najla sendiri kepada Adam Harith.

" Bye Auntie Anna Uncle Am", keduanya melambai tangan. Ucapan selamat tinggal dibalas Adam Harith dan Anna Najla.

Amar Faris sudah kacau bilau. Aisha ni kan. Memang suka buat hal!

" Bila Naj tak sihat?" soal Adam Harith kerana selama beberapa bulan pernikahan mereka tiada pula Anna Najla demam.

" Hal lama bang", Anna Najla cuba mengelak bercerita hal Amjad.

" Sebelum kita nikah? ",

" Hmm", Anna Najla mengangguk.

" Tapi macam ada sesuatu",

" Sesuatu apa?",

" Yalah. Abang nampak cara Faris pandang Naj tadi. Sekarang cuba tengok. Dia main pantai dengan anak-anak dia. Tapi nampak dia curi-curi pandang ke sini. Tak mungkin dia curi-curi pandang abang. Mesti pandang Naj",

" Tak ada apalah abang. Jangan overthinkng boleh?",

" Abang bukan overthinkng tapi abang nampak cara pandangan Faris pada Naj",

" Boss pernah lamar Naj untuk jadi isteri dia",

" Bila?"

" Since sebelum kita kenal",

" Kenapa tak terima?"

" Dah tak nak. Tak terimalah",

" Tak nak sebab apa? Faris tu boleh tahan ada rupa. Ada syarikat sendiri. Family pun buka orang biasa-biasa",

" Abang fikir Naj nak cari suami fikir macam tu ke?,

" Perempuan kan? "

" Abang nak cari gaduh dengan Naj ke ni? Kita datang nak tenangkan diri Kalau datang nak gaduh macam ni baik tak payah datang", Anna Najla bangun dari atas kerusi lipat yang didudukinya.

Cepat Adam Harith memaut pergelangan tangan isterinya.

" Sayang", panggil Adam Harith perlahan. Serba salah wajahnya.

" Naj tahu apa abang fikir. Abang fikir Amar Faris sempurna. Tapi abang tak sempurna. Abang bandingkan diri abang dengan Amar Faris kan? Naj tahu apa dalam fikiran abang. Abang tak boleh nak bandingkan diri abang dengan orang lain abang. Takdir ini takdir abang. Abang sendiri pun dah terima. Kenapa sekarang abang cuba nak patah balik. Nak fikir balik apa yang dah berlaku. Abang tahukan Naj sayangkan abang. Naj takkan tinggalkan abang. Jangan rasa rendah diri abang. Abang sempurna. Abang sempurna pada mata Naj. Pedulilah apa orang kata. Mereka bukan hidup dengan abang. Naj yang hidup dengan abang setiap hari. Naj bahagia bersama abang", panjang lebar ujaran Anna Najla.

Anna Najla sedar sejak peristiwa malam itu Peristiwa bersama Nazzam! Adam Harith seakan hilang keyakinan diri. Oh abang! Tolonglah. Naj sayang abang. Naj sayang abang je. Nak tak peduli lelaki lain. Naj nak abang je!

" Ya. Abang terima takdir abang. Tapi kadang kala bisikan syaitan buat abang rasa terdetik juga dalam hati abang. Abang tak sempurna untuk Naj bila ada mata lelaki lain yang cuba menarik perhatian Naj",

" Boss tu bekas boss Naj je",

" Abang tahu", balas Adam Harith.

Anna Najla duduk di ribaan Adam Harith.

" Abang nak Naj tunjuk pada semua orang ke yang Naj ni gilakan abang seorang. Hmm?",Anna Najla sengaja mengusap bibir Adam Harith dengan matanya melirik nakal.

" Jangan mengarut sayang. Cepat bangun",

" Haa.. tahu pun takut", Anna Najla berdiri dan ketawa kecil seronok mengusik lelaki ini. Dalam pada sifat penakluk Adam Harith lelaki ini kadang kala sangat pemalu.

" Balik rumah tengoklah siapa takut siapa tak",

Anna Najla mencebik membuat muka.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience