BAB 9

Short Story Completed 54003

Aishah merenung wajah Anna Najla. Tajam renungannya sehingga Anna Najla menunduk sahaja tidak mampu membalas pandangan mata ibu mertuanya. Matanya menekur memandang lantai.

" Am tahu?", soal Aishah serius dengan wajah yang mencuka.

Anna Najla mengangkat wajah dan mengangguk perlahan.

" Betul Am tahu? ", kali ini kedengaran kasar suaranya.

" Ya ma",

Aishah terus bangun dari duduknya meninggalkan Anna Najla termangu di situ.

Anna Najla memandang kosong langkah kaki ibu mertuanya. Tidak tahu mahu bereaksi bagaimana. Mahu bertanya tadi dari mana ibu mertuanya itu tahu perihal tersebut tidak terluah langsung. Anna Najla kaku di tempat duduknya.

" Sayang", sapa Adam Harith yang keluar dari bilik tidur mereka di hadapan ruang menonton televisyen.

Anna Najla hanya memandang.

" Kenapa?", soal Adam Harith apabila melihat wajah muram isterinya.

Anna Najla bangun dan menolak Adam Harith ke bilik mereka. Dia terus duduk di birai katil.

" Mama dah tahu", matanya memandang Adam Harith di hadapannya.

" Tahu apa?, berkerut kening Adam Harith.

" Naj pernah di... ", Anna Najla sudah tidak mampu menahan air matanya. Tangisannya terus berlagu. Adam Harith cepat menarik isterinya ke ribaan dan memeluk erat tubuh kecil isterinya.

Adam Harith faham maksud Anna Najla walaupun isterinya tidak sempat pun menghabiskan ayatnya tadi. Tangannya mengusap belakang Anna Najla. Dia tahu luaran isterinya nampak sahaja kuat namun hati isterinya masih lagi rapuh dan masih lagi mudah tersentuh apabila perkara itu dibicarakan.

" Sayang. Jangan bimbang. Biar abang cakap dengan mama ye", pujuk Adam Harith.

Anna Najla terus teresak dan mengogoi. Makin kuat pula tangisannya. Malu. Ya. Malu apabila perkara aib itu mula diketahui ibu mertuanya.

Adam Harith terus mengusap belakang isterinya. Membiarkan Anna Najla melampiaskan tangisannya. Menbiarkan Anna Najla melepaskan kesedihannya.

Lama. Sehingga tangisannya mula reda. Air mata di wajah Anna Najla diseka perlahan Adam Harith. Adam Harith mengukir senyuman memandang wajah isteri. Dahi Anna Najla dikucup lama.

" Mama cakap apa pada sayang. Hmm?",

Anna Najla mengeleng. Dia tidak mampu untuk berkata-kata lagi kerana sisa tangisnya masih ada.

" Biar abang selesaikan dengan mama ya. Sayang tenang je. Okay", pujuk Adam Harith.

" Macam mana kalau mama..",

" Syhhh.. Jangan fikir bukan-bukan sayang. Abang ada. Abang akan selesaikan",

" Naj takut. Naj takut kalau mama suruh abang tinggalkan Naj",

" Hey. Kenapa cakap macam tu. Jangan fikir bukan-bukan sayang",

Anna Najla memeluk erat tubuh Adam Harith. Seketika pintu bilik mereka diketuk kasar. Mereka tahu itu tentu Aishah. Anna Najla bangun mahu menuju ke arah pintu.

" Sayang pergi cuci muka. Biar abang cakap dengan mama okay",

Anna Najla akur sahaja dan terus menuju ke bilik air.

" Ya ma",sapa Adam Harith saat pintu dikuak.

" Mama nak cakap sikit dengan Am", serius nada suara Aishah.

" Kita cakap dekat luar la ma",

Aishah duduk di kerusi dan memandang wajah Adam Harith.

" Kenapa Am tak beritahu mama. Siapa Anna sebenarnya", soal Aishah.

" Maksud mama?",

" Jangan berdalih dengan mama. Mama dah tahu semuanya. Mama dah tahu kes Anna dengan Amjad adik Amar", Aishah langsung tiada basa basi lagi.

" Bukan salah Naj ma. Dia mangsa",

" Kalau dia mangsa kenapa Amjad tak kena tnagkap pun. Elok je si Amjad tu bertahun duduk luar negara. Anna bukan perempuan yang baik Am. Mama nak Am tinggalkan dia",

" No. No. Naj isteri Am. Am takkan tinggalkan Naj", tegas suara Adam Harith menegakkan pendiriannya.

" Dia perangkap Amjad sebab harta kemudian dia kata dia mangsa. Mama tak nak anak mama jadi mangsa juga",

" Daripada mana mama dengar cerita mengarut ni ma. Itu bukan cerita sebenar ma. Am kenal Naj macam mana ma", Adam Harith tetap berpihak kepada Anna Najla.

" Tak perlu tahu lah dari mana. Yang penting mama dah tahu. Am nak perempuan macam tu Am?",

" Hati Naj suci ma walaupun sebelum Am nikah dengan dia dia bukan lagi wanita suci",

" Suci?", Aishah ketawa sinis. Lucu pada fikiran Aishah apabila Adam Harith menyatakan kesucian hati perempuan itu.

" Tinggalkan Anna. Muktamad",

" No. Am takkan tinggalkan isteri Am",

Aishah mendengus kasar. Dia bangun dan berjalan laju ke arah bilik Adam Harith dan menolak kasar pintu bilik anaknya itu. Anna Najla yang baru keluar dari bilik air agak terkejut dengan terjahan ibu mertuanya.

Pang!

" Mama", jerit Adam Harith.

Anna Najla kaget. Refleks tangannya mengusap pipi kirinya yang terasa pedih.

" Mama", jerit Adam Harith.

"Am mesti tinggalkan perempuan ni!", tempik Aishah.

Anna Najla termangu.

" No. Mama. Apa ni ma. Naj isteri Am. Am takkan tinggalkan Naj,", suara Adam Harith juga tinggi.

" Am tinggikan suara dengan mama sebab perempuan murah ni!,

Anna Najla hanya kaku di situ.

" Tak. Am tak niat pun nak tinggikan suara dengan mama", kendur suara Adam Harith.

" Mama tak nak perempuan ni jadi menantu mama", Aishah segera berlalu.

Malu sungguh apabila hal menantunya menjadi perbualan isteri rakan-rakan perniagaan suaminya. Jatuh maruahnya apabila cerita lama Anna Najla menjadi bualan. Jika cerita yang baik bangga juga rasa hati. Tapi ini cerita mengaibkan! Memalukan! Mana mahu diletak mukanya.

Harith mendekati Anna Najla. Anna Najla hanya tersenyum.

" Naj dah cakap mama akan suruh abang lepaskan Naj", Anna Najla mengukir senyum. Senyum dalam tangisan!

" Sayang", Adam Harith memaut jemari Anna Najla. Dikucup jemari itu penuh kasih. " Sayang dengar sini. Mama tak berhak pun nak abang tinggalkan sayang. Abang takkan buat macam tu sayang. Abang suami sayang. Abang yang berhak pada sayang. Bukan mama. Please jangan putus asa macam ni. Hmm",

" Naj malu bang. Naj malu mama tahu aib Naj",

" Tak sayang. Bukan salah Naj. Mama tak tahu hal sebenar. Kita maafkan mama ya", pujuk Adam Harith.

Anna Najla terdiam. Sekali lagi dia dan Adam Harith diuji. Setiap manusia akan diuji. Jadi apa jalannya bila diuji. Sabar. Sabar. Sabar. Biarpun sukar untuk sabar. Belajarlah untuk terus sabar.

MASITAH membuka pintu utama saat terdengar deruman enjin kereta memasuki ruang parkir.

" Assalamualaikum Kak Mas", sapa Anna Najla saat memasuki rumah.

" Waalaikumussalam. Kata balik petang esok?", tegur Kak Mas.

" Am ajak balik Kak Mas", jawab Anna Najla.

" Kak Mas belum masak tengah hari. Kak Mas masak dulu ya",

" Eh tak apa Kak Mas",

" Nak apa-apa ke. Kak Mas sediakan",

" Tak apa Kak Mas. Terima kasih. Naj nak bawa Am naik",

" Ha.. Ya lah", Masitah cepat sahaja berlalu.

Melihat wajah kelat Adam Harith tahulah Masitah ada lah perkara yang tidak kena tu.

" Mama tentu marah kita balik diam-diam macam ni bang", Anna Najla bersuara usai sampai ke bikik tidur mereka.

" Mama yang paksa kita buat macam ni", Adam Harith mencapai alat kawalan jauh menghidupkan pendingin hawa.

" Nanti mama makin bencikan Naj abang", Anna Najla menanggalkan tudung dan berlalu ke bilik air.

Keluar dari bilik air Anna Najla lihat Adam Harith sudah tiada dia bilik. Ke mana? Anna Najla keluar mencari Adam Harith. Langkah kakinya mati di hadapan bilik bacaan yang terbuka saat terdengar perbualan Adam Harith dengan seseorang.

" Pastikan kau siasat siapa yang beritahu mama aku fasal hal ni. Secepat mungkin Bad", tegas suara Adam Harith.

Ketika Adam Harith meletakkan panggilan barulah Anna Najla masuk ke bilik bacaan.

" Siapa?", soal Anna Najla mahu tahu.

" Kawan abang", laju jawapan Adam Harith.

Matanya memandang wajah Anna Najla. Nampak segar sedikit wajah isterinya tengah hari ini berbanding pagi tadi. Tahu tentu Anna Najla menyimpan rasa kerana onar Aishah malam tadi.

" Kenapa abang pandang Naj macam tu?",

Adam Harith tersenyum.

" Salah ke abang nak pandang wajah ayu isteri abang. Hmm. Sentuh boleh. Cium pun boleh. Takkan pandang tak boleh pula", nakal suara Adam Harith.

Anna Najla mencebik namun cepat merapati tubuh suaminya.

" Kalau sebab Naj abang dengan mama bergaduh. Naj sanggup undur diri",

" Jangan mengarut Anna Najla",

" Tapi Naj..",

" Tak ada tapi tapi. Susah payah abang dapatkan Naj. Susah payah kita dapat bersama Naj nak putus ada macam tu je. Hmm?",

" Naj bukan putus asa. Naj cuma..",

" Sayang. Dengar sini. Apa-apa pun jadi. Abang takkan biar Naj pergi dari abang. Abang pilih Naj jadi isteri abang. Abang terima siapa Naj. Abang tak peduli apa mama fikir",

" Tapi mama kan ibu yang melahirkan abang. Tentu mama nak yang terbaik untuk abang",

" Naj yang terbaik untuk abang. Pandailah abang pujuk mama nanti. Sayang tenang je okay. Cukup sayang ada di sisi abang dalam susah senang kita",

Anna Najla ketawa.

" Apa yang lucu?",

" Naj tak sangka abang akan pertahankan Naj sampai macam ni. Terima kasih abang",

" Naj isteri abang. Kekasih hati abang. Permaisuri di jiwa abang. Hanya Allah yang boleh pisahkan kita sayang", Adam Harith menarik Anna Najla di ribaannya.

" Naj sayang abang", pipi Adam Harith dikucup.

" Cium je?",

" Habis nak apa lagi?",

" Abang lapar lah sayang",

" Nak makan apa. Naj masakkan",

" Makan sayang",

" Adam Harith. Behave yourself",

" Behave dah ni", Adam Harith ketawa besar.

" Jom ikut Naj masuk dapur. Naj lama tak makan tonyam abang masak. Craving lah",

" Kita yang lapar dia pula yang over",

" Jomlah. Chef", Anna Najla bangun dan menolak kerusi roda keluar dari bilik.

Sampai ke dapur Masitah sedang mengeluarkan bahan masakan dari peti.

" Kak Mas",

" Ya",

" Bahan nak buat seafood tomyan ada tak. Anna nak makan masakan Chef Adam hari ni", Anna Najla sudah tersengih.

" Ada. ada. Nanti Kak Mas siapkan bahan ye",

" Kak Mas ni buat tak faham pula. Am nak dating dengan isteri Am la", sampuk Adam Harith.

" Oh ye ke. Baik. Baik. Faham. Faham sangat Kak Mas keluar ye. Bolehlah Kak Mas curi tulang",
Masitah ketawa senang hati.

Ada masanya memang Adam Harith akan memasak untuk Anna Najla jika isterinya itu mahu makan masakannya. Tapi boleh kira dengan jari kadar kekerapannya.

Sambil menyiapkan makanan sambil mereka berbual. Macam-macam yang dibualkan Anna Najla dan Adam Harith sehinggalah mereka siap memasak. Usai siap memasak terus sahaja dihidangkan. Masitah hanya masuk ke dapur setelah namanya dipanggil.

" Am masak style baru ni. Letak full cream. Sedqp tak Kak Mas", soal Adam Harith.

" Sedap. Boleh buka kedai tomyam ni", selera Masitah menjamu selera. Yalah. Selalu makan makanan masakan sendiri tentulah jemu. Sekali sekala dapat makan masakan orang itulah yang nikmat.

Usai makan Anna Najla membantu mengemas dapur. Adam Harith sudah naik ke bilik mahu menunaikan solat Zohor.

" Apa ni ma. Am dah cakap. Am takkan lepaskan Naj. Naj isteri Am. Mama cakaplah apa pun Am tetap takkan lepaskan Naj. Kalau mama sayang Am mama takkan paksa Am buat benda macam ni ma",

Anna Najla mencuri dengar di balik dinding. Pintu yang terbuka luas tentulah Anna Najla dapat mendengar dengan jelas.

" No. Mama cakap dengan Am ma siapa yang mulut longkang bawa cerita ni. Cakap dengan Am ma",

Seketika Adam Harith terdiam mendengar suara ibunya di talian.

" Mama tak cakap pun Am akan cari siapa orangnya ma",

Anna Najla masuk apabila Adam Harith selesai berbual telefon.

" Abang dah siap solat?,

" Dah,

Anna Najla melihat wajah tegang suaminya. Mahu bertanya bimbang dimarahi pula. Adam Harith ni jarang sekali marah. Tapi jika sudah marah boleh tahan juga tahap kemarahannya.

" Lepas sayang solat abang nak keluar", ujar Adam Harith.

" Ke mana?",

" Abang ada hal",

" Hmm. Okay",

Usai solat Anna Najla melihat sahaja Adam Harith menukar pakaian untuk keluar.

" Abang nak jumpa siapa ni?",

" Kawan abang. Sayang nak ikut ke. Jomlah", ajak Adam Harith sedangkan dalam hati janganlah Anna Najla setuju.

" Kawan abang tu lelaki ke perempuan?",

" Lelaki lah sayang. Mana ada abang jumpa perempuan lain lepas nikah dengan sayang. Kecuali hal kerja",

" Yalah tu",

" Tak percaya jomlah",

" Tak nak lah. Naj nak tidur",

Adam Harith ketawa melihat Anna Najla yang sudah berbaring dan menarik selimut.

" Siang hari pun nak selimut?",

" Sejuk. Aircond tu kuat sanvat abang pasang,

" Slowkan lah sayang", Adam Harith mengambil alat kawalan dan menaikkan suhu. " Abang dah naikkan suhu. Jom hantar abang mat kereta dulu sebelum tidur",

Anna Najla bangun semula. Walaupun malas tapi diikutkan juga permintaan Adam Harith.

" KIRANYA aku tak rugi pun tak dapat si Anna tu. Am dapat bekas orang. Am. Am apa ke bodoh si Am tu. Ramai lagi perempuan suci dalam dunia ni", Nazzam menyisip minuman.

" Permpuan tu memang tak semenggah. Dia yang goda Abang Jad dia buat diri dia mangsa. Nasib baiklah peguam yang papa upah untuk Abang Jad tu hebat. Kalau tak tak fasal jadi mangsa je Abang Jad tu",

" Tak sangka perempuan tu bermain api ya",

" Orang miskin Naz. Nak senang dapat duitlah kononnya. Tengok. Apa pun tak dapat.", Anis adik Amjad seronok mengapikan Nazzam. Mana tidaknya. Ketika mendengar berita Nazzan bertunang dengan Anna Najla dia sudah mula panas hati. Nazzam hak dia. Nazzam lelaki yang dia cinta. Anna Najla tak berhak memiliki lelaki itu. Hanya dia yang berhak!

" Yalah tu. Dia pun cakap dengan I dia pilih Am sebab family Am lagi kaya dari family I. Dasar perempuan pisau cukur!, keras suara Nazzam.

Sebenarnya nama Anna Najla masih ada dalam hatinya. Dia masih menyimpan perasaan kepada wanita itu. Cuma kerana ditolak dan sepupu sendiri dipilih wanita itu Nazzam mula berdendam! Ya dia sudah biasa memilik apa yang dimahukannya. Tapi kali ini. Keinginannya mahu memiliki Anna Najla. Tidak dapat dia milliki!

Nazzam menghentak meja. Tersentak Anis yang leka menikmati minuman.

" Apa ni Naz?",

" Perempuan tu memang tak guna", herdik Nazzam.

Anis tersenyum. Yes! Muslihatnya bagai sudah mengena.

" Naz. Dia tolak you sebab Am yang cacat tu. Memanglah nampak sangat dia suka duit Am. You. Apa you ada. tukang habiskan duit papa you adalah", Anis sengaja mahu buat Nazzam makin panas hati dengan Anna Najla.

" Kau tengoklah perempuan apa aku akan buat", Nazzam mengusap pipinya yang ditampar Anna Najla beberpaa bulan lepas.

Kalau I buat apa-apa pun pada you tentu si Am tu tak mampu nak selamatkan you Anna. Nazzam tersengih sinis melayan dendam di hatinya.

" You jangan buat bukan-bukan Naz", ugut Anis sedangkan dalam hatinya sudah berlagu riang dapat membuat Nazzam bencikan Anna Najla.

" You jangan sibuklah Anis. Ni hal I dengan dia. You diam sudah", bentak Nazzam. Menyampah pula dengan si Anis ni.

" Ya lah. I tahulah siapalah I ni kan", kendur suara Anis meminta simpati.

" Yang you nak emo kenapa pulak. Serabutlah", tidak semena-mena Nazzam bangkit dan terus meninggalkan Anis yang termangu di situ.

Kurang ajar! Bentak Anis.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience