BAB 12

Short Story Completed 54003

PINTU lif terbuka. Adam Harith mengerakkan kerusi rodanya menuju ke ruang dapur. Anna Najla sedang leka berbual dengan Masitah sambil menyediakan sarapan ketika Adam Harith masuk ke ruang dapur. Bunyi golekan tayar kerusi roda membuatkan Anna Najla dan Masitah sama-sama berpaling.

" Abang dah siap?",soal Anna Najla hairan.

Kebiasaannya usai Anna Najla menyiapkan sarapan dia akan naik ke bilik dahulu untuk membantu Adam Harith bersiap. Pagi ini mahu pula Adam Harith bersiap sendiri. Selalunya selagi Anna Najla tidak naik selagi itulah dia tidak turun.

" Sayang tolong hantarkan abang ke klinik hari ni ya? Abang Malek ada emergency", soal Adam Harith membuntuti langkah Anna Najla bergerak menghidangkan sarapan ke ruang makan.

" Tak boleh. Naj busy la hari ni", Anna Najla memandang serius.

Berkerut dahi Adam Harith. Apa pula yang disibukkan isterinya? " Busy buat apa?", laju dia menyoal. Isterinya itu sudah berhenti kerja dan hanya bekerja dari rumah membuat lukisan jika ada tempahan.

Anna Najla tergelak. " Naj gurau je la. Tapi lepas hantar abang. Naj nak keluar pergi ECM sekejap boleh?"

" Buat apa?",

" Nak belikan hadiah hari lahir untuk anak Farah. Esok Farah jemput kita minum petang rumah dia. Boleh tak kita pergi. Naj lupa lah nak beritahu abang awal", Anna Najla sudah tunjuk mimik wajah serba salah. Lewat memberitahu pun boleh jadi bunga perselisihan.

" Hmm. Esok abang ada hal lah sayang. Abang nak jumpa dengan papa di pejabat dia", Adam Harith menuang sendiri kopi ke dalam cawan.

" Jadi tak bolehlah kita pergi? Majlis tu petang. Abang jumpa papa petang jugak ke? ", Anna Najla menghampiri dan duduk di sebelah Adam Harith. Suaranya jelas bernada kecewa kerana lama sudah dia tidak berjumpa Farah.

" Hmm. Sayang pergi seorang je lah",Adam Harith memberi kata putus.

" Okay. Terima kasih", Anna Najla sudah tersenyum.

" Happy sangat abang tak ikut", tegur Adam Harith apabila mendengar nada suara Anna Najla yang ceria.

Anna Najla ketawa. " Boleh Naj berbual lama sikit kan?",

" Yalah. Tapi before Maghrib dah ada kat rumah", Adam Harith bersetuju sahaja. Biarlah Anna Najla mahu bersosial bersama kawan-kawannya. Selalunya Masitah sahaja kawan bualnya.

Masitah yang ada di ruang dapur meneruskan kerjanya sehingga dipanggil Anna Najla untuk bersarapan bersama.

Usai bersarapan Anna Najla bersiap mahu menghantar Adam Harith ke klinik. Turun sahaja ke bawah dia terus membantu Adam Harith masuk ke kereta.

Sebelum mula menghidupkan enjin sempat dilayangkan kunci keretanya di hadapan Adam Harith sambil tersenyum." Abang cakap abang nak key chain Abang Im bagi ni",

" Im bagi Naj. Bukan bagi abang", bersahaja nada suara Adam Harith. Tiada riak cemburu. Bukan dia cemburu pun sengaja dia mahu mengusik isterinya sahaja.

Anna Najla tergelak kecil sambil menghidupkan enjin.

" Masa bila abang letak kat kunci kereta Naj. Naj tak perasan pun", dia memulakan pemanduan.

" Berapa hari dah Naj tak drive kereta Naj. Mana nak perasan", tegur Adam Harith.

" Ya kan", Anna Najla bersetuju sahaja.

" Lepas beli hadiah Farah balik terus ke?", soal Adam Harith.

" Naj nak balik terus je. Kenapa? Abang ada nak pergi mana-mana ke? Naj datang ambil. Naj jadi driver abang hari ni",

" Tak ada apa. Abang saja tanya",

Anna Najla mengalih pandang seketika. Pelik. Ada apa-apa ke? Namun melihat Adam Harith hanya diam Anna Najla malas bertanya lebih lanjut.

AZFAR tersenyum melihat Anna Najla yang melangkah menghampirinya. Kali ini Azfar cuma mengajak Anna Najla minum di kedai kopi di Jalan Air Putih.

" Kenapa kau nak jumpa aku?", soal Anna Najla kurang senang setelah melabuhkan punggung ke kerusi.

" Saja. Lama tak jumpa", Azfar tersengih.

" Kau tu aku faham sangat. Kalau tak ada apa tak adanya nak jumpa aku. Kenapa kali ni?", soal Anna Najla tanpa bertangguh kerana dia sudah berjanji mahu terus pulang usai membeli barang tadi. Ini dia sudah melanggar janji pada Adam Harith.

" Kau dengan Am okay", soal Azfar sambil membuat tempahan minuman untuknya dan Anna Najla sekali.

" Okay je. Selalu kau tak kisah langsung fasal aku dengan Am. Lain macam soalan kau ni Far", Anna Najla mula merasa sesuatu.

" Haih takkan aku nak tanya pun tak boleh?", Azfar senyum sahaja.

" Cakaplah. Kau nak apa ni?"

" Aku nak kau? Takkan itu pun kau tak faham", balas Azfar serius.

" Gila! Jangan nak buat hal Azfar",

Azfar ketawa. Sebenarnya dia juga ada menyimpan perasaan kepada Anna Najla. Dia tahu sejarah hidup Anna Najla sejak zaman universiti. Tetapi ketika itu Anna Najla sudah bertunang dengan Nuqman. Akhirnya Anna Najla memilih musuh ketatnya Adam Harith sebagai suami. Makinlah dia panas hati dengan lelaki itu.

" Berjuta lelaki dalam Malaysia ni. Si Adam tu juga yang kau pilih Anna",

" Apa masalah kalau aku pilih Am. Dah hati aku suka Am. Dah setahun dah pun aku kahwin takkanlah siapa yang aku pilih kau nak persoalkan Far. Aku tak suka la bila kau ungkit soal hati. Kau dengan Aliya dah bertunang pun kan. Setia je lah dengan Aliya. Sebenarnya ada hal apa kau ajak aku keluar ni? ",

" Aku nampak kau dah lupa dengan apa yang kita rancang sebelum ni sejak kau kahwin dengan dia",

" Kan aku dah cakap aku tak nak teruskan rancangan tu. Aku sayangkan Am. Aku dah tak nak terlibat dengan dendam tu lagi Far. Aku tahu Am salah memandu secara cuai dan dia tak dihukum pun. Dia lumpuh tu mungkin balasan atas kecuaian dia sendiri. Abang Amir pun dah tak ada. Bila buat macam ni hati aku pun tak tenang Far",

" Aku tahu rahsia hidup kau Anna",

" Pedulilah kau tahu atau tak Far. Apa aku tahu aku dah tak nak terlibat dengan kerja gila kau nak jatuhkan Am. Ya memang dari awal aku nak Am rasa derita sebab kecuaian dia Abang Amir meninggal. Tapi bila aku kenal diri dia siapa dia aku dah lupa fasal dendam tu.",

" Dendam jadi cinta? ", soal Azfar sinis. Sakit juga hatinya dengan Anna Najla. Perempuan ini sudah mula lupa tujuan mereka dekat dengan Adam Harith.

" Ya aku cintakan dia. Aku cuma nak jadi isteri dia sampai mati",

" Kau kalah dengan perasaan kau Anna",

" Aku dah tak peduli. Aku nak kau lepaskan Am. Jangan ganggu Am lagi", seakan merayu suara Anna Najla.

" Boleh. Kau cerai dengan dia. Kahwin dengan aku. Hari kita kahwin tu juga aku akan lepaskan Am", Azfar serius.

Anna Najla merenung tajam wajah Azfar. " Aku takkan buat macam tu. Dendam ini cuma buat kita jadi manusia bodoh Far", Anna Najla menyesal kerana terlalu mengikut perasaan.

" Kalau kau tak sanggup berpisah dengan dia. Aku juga tak sanggup lepaskan Am. Bayangkan kalau Am tahu tujuan kau kahwin dengan dia. Apa kau rasa Am akan buat Anna",

Anna Najla terdiam. Apa akan berlaku jika Adam Harith tahu tujuan awal dia menikahi lelaki itu. Memang niat asalnya biar Adam Harith cintakan dia kemudian tinggalkan lelaki itu. Biar lelaki itu terduduk kerana terlalu mempercayainya. Tapi sekarang dia pula yang tidak sanggup kehilangan lelaki itu.

Ah! Azfar memang sengaja mahu mengucar kacirkan hatinya!

ANNA NAJLA tersenyum ketika Adam Harith masuk ke dalam rumah. Seperti selalu dicapai jemari lelaki itu disalami dan dikucup lembut.

" Kenapa?", soal Adam Harith.

" Kenapa apa?", soal Anna Najla.

" Senyum Naj tu. Naj tak pandai nak berlakon depan abang Ada apa-apa jadi ke masa abang tak ada", soal Adam Harith.

" Tak ada apa", Anna Najla menjawab perlahan.

" Mama datang?", teka Adam Harith kerana dia berselisih dengan kereta Aishah yang melalui jalan bertentangan tadi. Dia tahu tentu Aishah ada datang ke sini.

" Mama singgah sekejap je",

" Mama cakap apa?", desak Adam Harith. Wajahnya serius buat jantung Anna Najla berdebar laju.

" Tak ada apa",

" Cakap dengan abang Naj", serius suara Adam Harith.

" Betul. Tak ada apa. Abang tak percaya Naj?",

" Bukan tak percaya. Abang tahu Naj sorokkkan sesuatu daripada abang",

" Tak ada apalah. Mama saja datang",

" Okay. Kalau tak nak beritahu abang", Adam Harith terus bergerak ke pintu lif. Anna Najla hanya mengikut dari belakang.

Masuk ke dalam perut lif kedua - duanya diam membisu. Keluar sahaja daripada lif Anna Najla menahan pergerakan kerusi roda Adam Harith.

" Abang", panggil Anna Najla.

" Cakap apa yang Naj sorokkan dari abang", ada nada kemarahan dalam suara Adam Harith.

" Naj tak sorok apa pun dari abang", Anna Najla gugup? Adam Harith sudah tahu?

" Jangan nanti kata abang tak bagi peluang pada Naj ", sinis suara Adam Harith menggusarkan Anna Najla.

" Abang", panggil Anna Najla.

" Abang penat nak mandi",

" Naj tolong",

" Tak payah. Pandai je abang buat sendiri",

" Abang. Janganlah macam ni",

" Jangan macam ni apa Naj? Azfar! Urusan apa Naj jumpa Azfar. Cakap dengan abang", Adam Harith sudah hilang sabar.

Anna Najla bagai mahu terduduk. Adam Harith sudah tahu dia berjumpa Azfar!

Katanya lepas ke ECM membeli hadiah anak Farah mahu terus pulang ke rumah. Tetapi dalam diam Anna Najla berjumpa dengan Azfar. Itupun kerana Aishah yang memberitahu.

" Naj..", Anna Najla kelu. Mahu memberitahu hal sebenar dia takut. Sungguh dia terlalu takut.

" Naj buat apa belakang abang Naj", keras suara Adam Harith.

" Naj boleh jelaskan abang. Naj boleh jelaskan",

" Tadi masa abang bagi peluang Naj tak nak beritahu. Sekarang baru nak cakap! " lantang suara Adam Harith.

" Abang. Naj..",

" Naj memang sengaja rancang semuanya dengan Azfar. Naj goda abang. Biar abang jatuh cinta pada Naj. Kahwin dengan abang. Kemudian cuba jatuhkan keluarga abang? Macam tu Anna Najla? ",

" Abang", Anna Najla sudah menangis kuat.

" Bodoh betul abang. Abang sangka Naj memang sayangkan abang",

" Naj sayangkan abang. Naj betul betul sayangkan abang", Anna Najla sudah menggenggam jemari Adam Harith.

" Kalau Naj sayang abang Naj tak buat macam ni Naj",

Luluh hati Adam Harith saat mendapat tahu hal sebenar. Perihal pernikahannya bersama Anna Najla semuanya kerana perancangan Anna Najla dan Azfar. Patutlah beria benar Anna Najla sanggup memutuskan pertunangannya bersama Nazzam semata-mata mahu menikahinya.

" Tak sangka Naj sanggup bersubahat dengan Azfar. Sanggup Naj buat macam ni pada abang",

" Abang. Naj. Naj sayang abang. Naj tak pernah tipu perasaan Naj pada abang", Anna Najla cuba. memeluk Adam Harith namun cepat ditepis lelaki itu.

Beberapa bulan ini Adam Harith sudah perasan adakalanya Anna Najla termenung sendiri. Apabila ditanya perihal isterinya itu tidak pernah mahu bercerita. Dia nampak perubahan diri isterinya sejak pulang dari kampung neneknya beberapa bulan lepas. Dia mengupah Badrul mengikuti setiap langkah isterinya sehinggalah Badrul mendapat tahu sesuatu.

Lama Adam Harith menunggu isterinya berterus terang. Namun Anna Najla berpura-pura seakan tidak memahaminya. Sehinggalah penyiasat persendirian mamanya sendiri mengikut Anna Najla dan mendapat tahu perihalnya hari ini.

Tentulah Aishah sudah mengamuk tadi kerana dia nampak mata Anna Najla yang sedikit sembab dan wajah Anna Najla yang kemerahan kerana menangis.

Tadi mamanya ada menghantar rakaman suara perbualan Anna Najla dan Azfar dan terus memberitahu mahu berjumpa Anna Najla. Dia yakin mamanya sudah menyerang Anna Najla. Dia yakin.

" Naj nak kita berpisah?", soal Adam Harith apabila teringat rakaman suara permintaan Azfar supaya Anna Najla berpisah dengannya.

" Tak nak. Naj nak jadi isteri abang sampai bila bila. Sampai Naj mati",

" Sampai mati? Sampai mati juga Naj nak rahsiakan apa Naj buat?",

" Maafkan Naj abang. Maafkan Naj. Naj sedia terima apa sahaja hukuman abang pada Naj",

" Kemas baju. Keluar dari rumah ni. Hari ni juga. Abang silap menilai Naj rupanya. Abang bodoh selama ni. Betul juga kata Nazzam. Tak rugi pun dia tak kahwin dengan Naj", Adam Harith sudah bercakap mengikut perasaan marahnya.

Hati Anna Najla terusik dengan kata-kata suaminya. " Abang bagi peluang pada Naj abang. Naj janji Naj akan..",

" Keluar! Aku cakap keluar! Aku tak nak tengok muka kau! Keluar!", pekik Adam Harith kuat.

Anna Najla terus menangis kuat. Namun dia takkan berputus asa. Inilah yang dia terpaksa terima kerana dia memilih untuk mendendami lelaki ini. Jika dari awal dia tidak mendekati lelaki ini tentulah lain pula jalan ceritanya.

" Abang. Maafkan Naj abang. Jangan halau Naj bang. Tolonglah", rayu Anna Najla.

Adam Harith menggerakkan kerusi rodanya keluar dari bilik dan berhenti di palang besi depan biliknya.

" Kak Mas! Kak Mas! Naik", pekik Adam Harith kuat dari atas.

Masitah yang mendengar namanya dipanggil terus berlari naik ke atas.

" Ada.. ada apa Am?", ketar juga suara Masitah melihat wajah kemerahan Adam Harith. Tidak pernah dia melihat Adam Harith mengamuk begitu selama bekerja di sini hampir dua tahun ini. Dan dia dapat melihat Anna Najla yang sedang menangis berdiri di jenang pintu.

" Kemas baju perempuan ni. Pastikan dia keluar dari rumah ni hari ini juga", arah Adam Harith.

Masitah terkejut. Apa yang berlaku pada majikannya ini. Setahunya Adam Harith terlalu sayangkan Anna Najla. Salah apa yang Anna Najla buat?

" Tercegat apa lagi tu", tengking Adam Harith.

" Ya. ya. Kak Mas buat sekarang",

Adam Harith segera berlalu ke bilik kerjanya.

" Kenapa ni Anna?", soal Masitah perlahan memeluk isteri majikannya itu.

" Anna kemas semua barang Anna. Kak Mas tolong pindahkan barang Anna ke bilik tengah tu ye",

" Kenapa ni?", gusar suara Masitah.

" Naj buat salah. Am marahkan Naj",

Masitah malas bertanya lagi apabila melihat Anna Najla yang masih menangis.

PINTU bilik kerja diketuk perlahan. Anna Najla masuk dan melihat Adam Harith sedang duduk di kerusi membelakangi meja.

" Abang", panggil Anna Najla perlahan dan menghampiri lelaki itu.

Tangan Adam Harith dicapai namun Adam Harith cepat menarik tangannya.

Anna Najla duduk bersimpuh di hadapan Adam Harith. Matanya memandang wajah kemarahan suaminya. Namun lelaki itu langsung tidak memandang wajahnya.

" Betul abang nak Naj pergi. Hmm? Betul abang nak Naj tinggalkan abang?", soal Anna Najla perlahan.

Adam Harith membisu.

" Naj dah buat keputusan Naj akan terus tinggal dekat sini dengan abang sampai bila-bila. Naj tak nak tinggalkan abang. Naj sanggup terima apa sahaja hukuman abang pada Naj atas apa yang Naj dah buat pada abang. Nak takkan pergi walaupun abang nak Naj pergi. Naj nak tebus salah Naj pada abang. Naj nak jadi isteri abang sampai mati", Anna Najla terus teresak-esak usai menyatakan rasa hatinya. Sungguh dia cintakan lelaki ini. Dan dia juga tahu Adam Harith cintakannya.

Cuma. Cuma dia tahu Adam Harith terluka dengan perbuatannya. Dia menyesal. Menyesal kerana terlalu ikutkan perasaannya. Tidak dapat membalas dendamnya pada Amjad dia menyasarkan Adam Harith kerana lelaki itu Amir mati! Dia mendendami lelaki yang mencintainya. Ah. Anna Najla. Jangan putus asa.

" Kau nak terus tinggal di sini?", soal Adam Harith.

" Ya Naj nak tinggal dengan abang sampai bila-bila", yakin jawapan Anna Najla.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience