BAB 1

Short Story Completed 54003

Ana Najla masuk ke kafe Starbucks dan melihat ramai juga orang di dalam. Dia menelek telefonnya sementara menunggu giliran untuk membuat tempahan minuman. Tiba-tiba bahunya di dicuit. Saat berpaling dia terdengar suara seorang lelaki.

" Kenalkan bakal isteri saya. Hawa. Hawa kenalkan kawan sekerja abang. Dr. Adora", lelaki itu mengerutkan kening memandangnya dan menghantar riak wajah. Tolong! Tolonglah!

Anna Najla tersenyum memandang wajah perempuan berkulit cerah di hadapan lelaki itu. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dan disambut perempuan itu dengan senyum juga.

" Hawa. I nak pinjam Adam Harith sekejap boleh?", ada getar dalam nada suara perempuan itu.

Anna Najla mengangguk laju. Biarkan lelaki ini. Pandai-pandai menjebak aku dalam masalah dia!Pergilah selesaikan sendiri! Pulak tu pandai-pandai pula bagi nama kat aku.

Adam Harith segera keluar dari ruang kafe dan cepat dituruti Adora dari belakang. Anna Najla nampak dari dinding bercermin wajah sugul wanita itu saat lelaki itu sedang bercakap. Timbul pula rasa kasihan di hatinya. Haish. Masalah orang bercinta! Anna Najla malas mahu ambil kisah lagi dan terus fokus memandang ke ruang tempahan kerana hampir sampai gilirannya membuat tempahan.

" Saya bayar", lelaki tadi menghulurkan kad kepada cashier. Anna Najla terkedu pula dan cepat dia menolak. " Awak dah tolong saya. Saya bayar", tegas nada lelaki itu sehingga cepat juga cashier mengambil kad di tangan Adam Harith.

Anna Najla cepat bergerak ke kerusi ruang kosong usai membuat tempahan. Fikirnya lelaki tadi akan duduk juga. Rupanya cepat sahaja lelaki itu keluar.

Cis. Kurang asam punya orang! Terima kasih pun tak. Eh. Dia tolong bayar kan. Tanda terima kasih lah tu.

Hampir setengah jam duduk di situ barulah Anna Najla keluar. Biasa sahaja jika dia keluar sendirian tanpa teman. Kalau tidak pun dengan Asmah ibunya. Itupun jika ibunya mahu. Jika tidak ibunya lebih suka duduk berehat sahaja di rumah. Keluar dengan kawan? Semua kawan rapatnya sudah berkahwin dan sibuk dengan suami serta anak-anak jika hujung minggu begini.

Anna Najla berjalan sendirian keluar masuk lot kedai. Bukan ada barang yang dibeli pun. Cuma mahu cuci mata sahaja. Dapat cuci mata pun dah bahagia. Puas meneroka setiap lot kedai dia masuk ke ruang menjual ais krim pula.

Berapa banyak gula dan kalori kau hari ni Anna Najla? Baik. Esok Ahad! Aku ajak mama bersenam kat taman.

" CEPATLAH Anna. Nanti lambat orang ramai di hospital tu. Nanti kau nak cari parking pun susah" bebel Asmah apabila melihat Anna Najla masih lagi sedang membelit tudung.

" Ala mama ni. Mana tahu ada doktor kacak bergaya bujang berkenankan Anna tengok kecomelan Anna ni. Boleh buat menantu. Mama dapat menantu doktor", selamba Anna Najla menjawab.

" Kau ingat kau lawa macam Fazura sampai doktor berkenan kat kau", sengaja Asmah bergurau kasar.

Anna Najla ketawa besar. ", Jahat mulut mama kan. Ingat Anna ni hodoh sangat ke ma. Kawan Abang Akil tu berkenan dekat Anna. Anna je yang tak nak. Kalau tak mama dapat menantu fighter jet pilot ma", bangga nasa suaranya.

" Tak payahlah nak berangan. Cepatlah. Ini kalau Abang Akil kau yang hantar mama dah nak sampai hospital dah masa ni", bebel Asmah lagi.

" Abang Akil tu tentera ma. Tentera dia on time",

" Ada je jawapan kau kan. On time ni bukan kira kerjaya apa. Seeloknya siapa pun kita kena on time. Menepati masa. Masa itu emas. Ni tak pakai sangat terma janji melayu tu", bebel Asmah.

Ha. Bila cikgu Bahasa Melayu berbicara.

" Okay Jom. Jom. Mama ku sayang. Jodoh Anna dah tunggu tu", Anna Najla memimpin ibunya keluar menuju ke kereta.

Sampai di hospital Anna Najla menurunkan dulu ibunya ke klinik pakar. Kemudian dia mencari parking pula. Rezekinya murah hari ini kerana kebetulan ada kereta yang mahu keluar dari petak parkir. Dia berjalan ke klinik pakar dan membawa ibunya naik ke Klinik Oftalmologi

Jika diikutkan temujanji Asmah jam 9. Dia sudah sampai di sini jam 8.04 pagi lagi. Lama juga menunggu sehingga nama ibunya dipanggl ke bilik untuk prosedur tertentu sehinggalah dia dapat berjumpa doktor.

Anna Najla terkaku saat ternampak lelaki berkemeja hitam yang sedang duduk di meja kerja itu.

Adam Harith!

Oh tentulah dia tahu nama lelaki itu kerana dia dengar dengan jelas nama lelaki itu disebut Dr Adora. Namun lelaki itu hanya beriak bersahaja seakan mereka tidak pernah berjumpa. Langsung tiada wajah terkejut. Langsung tiada! Baru dua hari kot? Cepat betul lupa!

Usai melakukan prosedur dan menerima perundingan daripada Dr Adam Harith, Asmah dipimpin keluar.

" Cik", panggil lelaki itu ketika Anna Najla di pintu bilik rawatan.

Anna Najla berpaling.

" Buku temujanji ni. Lupa ke?"

" Ambikkan buku tu. Mama tunggu kat luar", Asmah cepat berjalan keluar.

Dia berjalan menghampiri meja kerja dan mahu mengambil buku di tangan lelaki itu. Namun sengaja Adam Harith melarikan tangannya. Anna Najla mencapai lagi namun tetap tidak berjaya. Setelah dua kali dimainkan Anna Najla bersuara.

" Doktor ni memang spesies tak matang ye. Dua hari lepas buat hal. Hari ni pun buat hal. Selalunya orang suka buat hal ni tak cukup kasih sayang", selamba Anna Najla mengutuk.

Adam Harith ketawa. " Haih. Garang betul. Gurau pun tak boleh", Adam Harith meletakkan buku temujanji Asmah di atas meja.

" Gurau tak kena tempat. Ramai lagi pesakit menunggu lama untuk dirawat dekat luar tu Dr Adam Harith", Anna Najla mengambil buku tadi dan terus berlalu.

Adam Harith ketawa kecil. Haish. Boleh pula terjumpa hari ni ye. Sebenarnya tadi dia terkejut juga namun cepat dia cuba mengawal riak wajahnya dan berlagak bersahaja. Dia perasan riak terkejut di wajah wanita itu. Namun sengaja dia berpura-pura tidak pernah bertemu.

ANNA Najla memandu dengan kelajuan sederhana kerana keadaan jalan raya yang agak banyak kenderaan.

" Lepas ni tenujanji mama setahun sekali je ma. Sebab salur darah pada mata mama tu dan mula mengecil dan normal. Mama pun dah macam okay sekarang kan. Nampak jelas dah kan",

" Tak", cepat Asmah membalas.

" Tak? Tadi mama cakap dengan doktor okay. Doktor pun cakap dah okay. Kenapa tak okay pulak sekarang",

" Tadi kan letak ubat kat mata tu. Lepas tu kena tengok benda alah tu tadi berpinar dah mata mama ni",

" Oh. Faham. Sekejap je tu. Nanti beberapa jam okay la. Macam tak biasa pula mama ni. Kan selalu memang macam tu mama cakap dengan Anna",

" Yalah. Mama nak pejam mata lah. Pinar dah mata mama ni",

" Hmm. Tidurlah terus ma. Nanti sampai Anna kejut",

Anna Najla memperlahankan volume radio dan menguatkan sedikit volume pendingin hawa.

" Anna kenal ke doktor tadi?", tiba-tiba Asmah yang memejam mata bersuara.

" Tak. Kenapa ma?", sengaja Anna Najla berbohong. Jika dijawab kenal jenuh pula mahu bercerita dia dipaksa berlakon di Starbucks beberapa hari lalu. Tapi betullah memang dia tidak kenal! Apa pula bohong!

" Taklah. Mama hairan kau macam terkejut tengok dia. Ingat kenal. Kotlah pakwe lama",

Anna Najla gelak besar. ", Bukan mama juga cakap tadi. Kau ingat kau lawa macam Fazura doktor nak berkenan dengan kau", sengaja Anna Najla mengulang ayat Asmah pagi tadi.

" Manalah tahu. Mama tengok dia pun macam terkejut juga tengok kau tadi",

Anna Najla berdebar. Hah Ye ke? Kenapa aku tak perasan ye? Mana kau nak perasan kau dah kena paku tadi!

" Ye ke ma?"

" Apa?",

" Doktor tu macam terkejut tengok Anna",

" Hmm", Asmah menggumam seakan malas pula mahu melayan soalan anaknya.

Anna Najla mengulum senyum. Haish. Dia terkejut ke? Tapi kenapa aku tak sedar eh. Aduhai kau ni Anna. Tadi kau dah cakap kasar-kasar dengan dia. Huh. Mestilah kena reject. Tentulah tak ada peluang lagi. Cis!

Anna Najla mengomong sendirian.

PAGI ini Anna Najla agak lewat ke tempat kerja gara-gara bateri keretanya yang sudah lemah. Keretanya langsung tidak boleh dihidupkan. Kereta Asmah pula tiada kerana dihantar ke bengkel masalah penghawa dingin.

Anna Najla menghubungi ketua jabatannya untuk memaklumkan tentang kelewatannya. Mahu terus cuti minggu lepas dia baru bercuti kerana meneman Asmah ke hospital. Sudahnya terpaksalah menggunakan servis grab car. Hampir setengah jam menunggu barulah grab car sampai. Anna Najla mengintai melihat jalan raya yang agak sesak di hadapan. Sudahlah lambat jalan raya pula sesak.

" Ada kemalangan kat depan tu cik. Itu yang sesak ni", ujar pemandu grab apabila melihat Anna Najla yang sudah tidak tentu arah.

" Oh. Makin lambatlah saya sampai kak", ujar Anna Najla dan terus bersandar.

" Yalah. Macam tu nampaknya",

Anna Najla menutup matanya saat melalui kawasan kemalangan. Saat dibuka matanya terus terlihat banyaknya darah yang mengalir di atas jalan raya. Sebuah kereta sedan dan sebuah pacuan empat roda. Kereta sedan itu remuk juga. Anna Najla terus kepeningan. Melihat seketika pun sudah buat dia mahu pitam.

" Semoga baik-baik je mangsa tu kan kak", Anna Najla bersuara. Timbul simpati dalam hatinya. Apalah perasaan keluarga mangsa menerima berita kemalangan itu. Ah. Anna Najla pula yang kesedihan.

" Area tu memang kerap jadi kemalangan. Selalunya bila u turn tu tak sempat itu yang kemalangan",

" Yalah. Kereta banyak. Lepas tu laju laju pula. Dahlah kak cerita fasal kemalangan. Saya fobia pula ", cepat Anna Najla mematikan bualan kerana dia pernah ditimpa kemalangan ketika di universiti dulu. Agak parah sehingga hampir mengorbankan nyawanya.

Ajda mengeluh perlahan.. Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih Ya Allah kau masih panjangkan umurku dan memberi peluang untuk aku menjadi hambaMu yang lebih baik.

SETAHUN kemudian.

Kali ini sepatutnya giliran Akil meneman Asmah untuk temujanji lanjutan di hospital. Tetapi terpaksa Anna Najla gantikan kerana lelaki itu terlibat dengan persediaan pameran di LIMA Langkawi.

Anna Najla sampai agak awal hari ini kerana dia tidak mahu terus bersesak jika lewat. Lebih kurang jam 9 barulah Anna Najla nampak beberapa orang doktor masuk. Mungkin selepas habis meronda wad barulah mereka turun ke klinik. Ketika dia sedang duduk menunggu di ruang menunggu matanya terpaku pada susuk tubuh yang dikenali.

Adam Harith!

Tetapi Anna Najla agak terkejut apabila melihat lelaki itu berkerusi roda. Mahu sahaja Anna Najla bangun mendekati lelaki itu namun apa pula haknya. Hatinya langsung tidak tenteram.

" Ma, Anna nak ke tandas sekejap", sengaja dia mencari alasan. Asmah diam sahaja dan Anna Najla terus bangun dan mempercepatkan langkah mengejar lelaki itu dan sempat dia memegang pemegang kerusi roda. Terhenti pergerakan Adam Harith. Anna Najla tidak peduli akan beberapa mata yang memandang.

" Doktor", selamba Anna Najla berdiri di hadapan lelaki itu. Jelas riak terkejut pada wajah Adam Harith.

" Oh. Awak",

" Maaf. Saya tahu mungkin giliran mama saya nanti bukan dengan doktor sebab tu saya kejar doktor", Anna Najla tahu jika berjumpa doktor di hospital kerajaan jarang sekali dapat berjumpa dengan doktor yang sama seperti temujanji sebelumnya.

" Kenapa?", soal Adam. Harith agak pelik. Kenapa dengan perempuan ni?

" Saya cuma nak pastikan doktor orangnya", entah kenapa Anna Najla tiba-tiba diserbu rasa sayu melihat keadaan lelaki ini.

" Bagi telefon awak", Adam Harith menghulurkan tangannya.

" Kenapa?",

" Bagi je lah",

Anna Najla terus menghulurkan telefonnya kepada lelaki itu. Seketika terdengar deringan nada dering telefon lelaki itu.

" Saya ada nombor awak. Awak ada nombor saya. Nanti saya cerita apa berlaku. Sekarang ni saya tengah kerja tak boleh ponteng", serius tiada senyum pada wajah Adam Harith.

Anna Najla mengangguk. Kemudian segera berlalu. Dia berjalan menghampiri Asmah. Wajahnya berlagak bersahaja sedangkan hatinya Tuhan sahaja yang tahu. Entah kenapa simpatinya menggunung kepada lelaki itu. Tangannya meleret skrin telefon. Nombor Adam Harith disimpan.

ANNA Najla sedang menyusun baju yang baru dilipat ke dalam almari. Notifikasi telefon berbunyi. Namun Anna Najla tidak endahkan kerana jika dia mula memegang telefon maka akan tergendala dan lambatlah siap kerjanya.

Hampir setengah jam barulah telefon pintarnya dicapai..Dia mula menyemak pesanan ringkas WhatsApp. 128 mesej.

Jantung Anna Najla bagai mahu gugur saat melihat nama Dr Adam H di ruang notifikasi. Cepat dibaca mesej lelaki itu.

Assalamualaikum. Hawa.

Anna Najla ketawa. Tak habis-habis panggil aku Hawa. Anna Najla berkira-kira mahu terus menjawab atau biarkan dahulu kerana jam sudah pukul 11.30 malam. Ah. Jawab je lah. Bagi doktor mungkin 11.30 masih awal. Mungkin.

Anna Najla
Waalaikumussalam. Saya Anna Najla doktor. Bukan Hawa.

Adam Harith
Oh. Anna Najla nama diberi. Lewat tidur?

Mesra sahaja bunyi mesej tersebut.

Anna Najla
Oh. Siapkan kerja.

Adam Harith
Nanti free kita keluar?

Langsunhg tiada basa basi dan bunga-bunga. Straight to the point.!

Anna Najla bagai hilang nafas. Jantungnya berdegup lagu. Gila lah kau ni Anna Najla.

Anna Najla
Untuk apa doktor

Adam Harith
Saya ada sesuatu nak kongsikan dengan awak.

Anna Najla
Oh. InsyaAllah

Adam Harith
Okay dah lewat ni. Rehatlah

Anna Najla
Baik

Anna Najla termangu seketika. Adam Harith menghubungi dan mengajak keluar? Setelah setahun berlalu. Setahun tidak berjumpa. Setahun tidak bersua muka. Setahun tiada khabar berita. Setahun yang keduanya hilang tanpa cerita.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience