BAB 10

Short Story Completed 54003

ADAM Harith bergerak masuk mencari Badrul yang sudah berada di dalam kafe. Tidak ramai pengunjung petang ini. Badrul bangun dari duduknya melambai tangan saat ternampak Adam Harith.

Jika sebelum ini Badrul akan menunggu lelaki itu di luar kafe jika mahu bertemu Adam Harith kerana mahu membantu lelaki itu . Namun sejak lelaki itu memberinya amaran supaya melayannya seperti biasa sahaja. Dia tak perlukan layanan istimewa. Walaupun dia sudah bergelar orang istimewa. Badrul mengikut sahaja. Dia kenal ego Adam Harith. Bukan sehari dua dia mengenali Adam Harith. Sejak zaman persekolahan lagi.

"Siapa punya kerja Bad?", soal Adam Harith tidak sabar ketika dia sudah berada di hadapan Badrul.

" Azfar",

" Azfar Ismail?", lantang suara Adam Harith.

Badrul mengangguk. " Tapi dia guna budak dia buat kacau dalam geng mama kau. Tu fasal mama kau boleh tahu tu. Kes isteri kau dulu kan tertutup. Media pun tak dapat buat liputan gara-gara bapak Amjad punya kerja", Badrul membuat laporan.

Adam Harith mengetap gigi menahan marah. " Memang dia tu sengaja cari fasal", rungut Adam Harith. " Bawa dia jumpa aku Bad",

" Bahaya Am", Badrul cepat menjawab.

Sebenarnya sudah tiga kali Adam Harith menjadi sasaran musuh perniagaan bapanya. Jadi Badrul tidak mahu merisikokan Adam Harith. Apa-apa jadi kepada Adam Harith mahunya dia juga akan mendapat hukuman daripada ayah Adam Harith nanti.

" Apa pula bahayanya", Adam Harith mula bengang.

" Dia tengah krisis dengan bapak kau fasal projek kat Bintulu tu. Kau jumpa dia lagi lah dia buat hal. Bukan kau tak kenal Azfar tu macam mana. Lagi kau layan lagi dia buat hal",

" Azfar ni memang spesies akan buat apa sahaja asal dapat apa dia nak. Hal isteri aku pun dia nak kacau. Memang dia tahu aku takkan diam diri bila hal isteri aku jadi mainan. Bijaklah konon. Gila betul", Adam Harith memang sangat panas hati.
"Thanks Bad. Apa-apa news beritahu aku segera", Adam Harith meninggalkan Badrul.

Badrul hanya mengangguk laju. Dia hanya memandang kelibat Adam Harith meninggalkan kafe. Susah juga jadi orang kaya ni. Banyak musuh. Musuh ada di mana-mana. Badrul mengeluh kasar. Kasihan juga pada sahabatnya itu tapi dia hanya menilong setakat yang mampu.

Adam Harith terus masuk ke kereta di ngan bantuan Malek. Dia merenung ke luar tingkap saat kenderaan itu mula bergerak. Sangkanya kerja Nazzam. Rupanya kerja Azfar. Mujur juga dia tidak menyerang Nazzam. Kalau tidak mahu dibebeli Aishah lagi.

Azfar! Tentulah sengaja lelaki itu mahu menjatuhkan perniagaan ayahnya. Bukan dia tidak kenal cara kotor Datuk Ismail selama ini. Bakat cara kotor itu diwarisi Azfar pula. Manusia. Manusia.

Adam Harith mengeluh kasar. Malek hanya diam memandu tidak berniat mahu menyoal apa-apa. Tugasnya membawa Adam Harith ke mana-mana dengan selamat. Itu sahaja.

" Abang Malek tolong bawa saya balik rumah mama",

" Baik",

Sampai sahaja ke rumah Adam Harith disapa Aishah.

" Kenapa balik seorang je? Gaduh?", sinis suara Aishah. Awalnya Aishah sangat menyenangi Anna Najla. Tetapi setelah mendapat perkhabaran yang tidak enak didengar dia jadi bencikan menantunya itu. Malu bermenantukan Anna Najla.

" Apa mama ni. Am dengan Naj okay je", balas Adam Harith tidak senang.

" Tak kerja hari ni?", Aishah menukar topik pula.

" Tak. Ibrahim dengan Suraya ada. Am ada perkara nak cakap dengan mama ni",

" Apa? ", Aishah sudah duduk di sofa. Matanya merenung wajah serius anaknya.

" Am nak mama tahu Naj tak buat benda yang mama dengar tu. Cerita sebenar ma Naj yang jadi mangsa. Am dah siasat benda ni sebelum Am nikah dengan Naj lagi. Ada orang sengaja nak jatuhkan bisnes papa buat cerita bukan-bukan dalam persatuan mama tu",

" Kalau tak betul orang tak cerita Am",

" Mama. Mama dah lupa kes papa kena fitnah dengan perempuan muda tu. Papa buat ke? Tak kan. Orang zaman sekarang mama dah tak kira dah. Sanggup buat apa sahaja asalkan dapat yang dia nak. Naj isteri Am. Nak tak nak orang jaja cerita fasal isteri Am. Kalau Am dapat tahu ada cerita ni tersebar lagi. Am akan lawan. Am akan saman. Am tak peduli", tegas suara Adam Harith.

Aishah diam. Matanya memandang wajah Adam Harith. Dia nampak riak ketegasan pada wajah anak lelakinya. Dia kenal Adam Harith. Anaknya ini bila bercakap dia akan buat. Dia bukan bercakap kosong.

" Lepas ni mama tak payah lah percaya apa orang cakap pelik pelik fasal menantu mama. Fasal isteri Am. Mama nak tahu apa-apa mama tanya Naj mama tanya Am sendiri. Am lebih kenal isteri Am dari orang lain. Am yang hidup dengan Naj", Adam Harith memandang wajah Aishah.

" Am marah mama ke ni?, soal Aishah mengesan nada suara anaknya yang agak serius.

" Tak. Kenapa pula Am nak marah mama. Am marah orang yang buat cerita tu. Am tak nak maruah isteri Am dipermainkan",

Aishah mengeluh perlahan. Adam Harith begitu sayangkan Anna Najla. Mana mungkin anak lelakinya itu akan meninggalkan isterinya. Tetapi Aishah bagai sudah hilang sayangnya pada Anna Najla apabila mengetahui anaknya mengahwini perempuan yang sudah ternoda! Dia tidak dapat menerimanya.

" Am takkan tinggalkan Naj. Mama cakaplah macam mana pun. Am akan tetap dengan Naj", Adam Harith tetap dengan pendiriannya.

" Mama malu dengan kawan-kawan mama. Menantu mama bukan orang semenggah",

" Anak mama yang cacat ni semenggah sangat ke ma? Mujur juga ada Naj nak jadikan Am suami dia", Adam Harith sengaja mahu melawan kata. Ibunya bagai sudah hilang pertimbangan menuduh Anna Najla bukan-bukan.

" Mama tak nak cucu dari isteri kamu tu?", Aishah juga tidak mahu kalah.

Adam Harith tergelak. Jauh benar daya fikiran ibunya.

" Kalau anak mama ni mampu beri cucu. Kalau anak mama yang cacat ni tak boleh bagi zuriat macam mana?", usik Adam Harith.

Mencerlung wajah Aishah memandang anaknya ini. Ada sahaja jawapannya.

" Am balik ni nak sakitkan hati mama ke?", Aishah bagai mahu merajuk.

" Tak. Nak pujuk mama lah. Nak pujuk mama. Jangan fikir bukan - bukan lagi fasal isteri Am", Adam Harith mendekati ibunya dan mengelus lembut jemari Aishah.

" Ma. Am sayangkan Naj. Naj sayangkan Am. Kami saling sayang. Saling cinta. Mama berilah peluang untuk kami bahagia. Ya?", lembut suara Adam Harith memujuk.

Aishah menarik jemarinya. " Tak tahulah apa Am pandang pada Anna tu",

" Hati Naj ma. Hati dia perfect 10. Tapi Am pandang isteri Am tu cantik. Tu Am tak boleh menafikan", usik Adam Harith mula menukar rentak perbualan yabg serius tadi.

" Cantik pun bekas orang Am", perli Aishah. Selamba sahaja langsung tidak memikirkan hati dan perasaan anaknya.

" Mama. Please la. Naj bukan perempuan yang macam mama fikir. Jangan hina isteri Am. Am dah letak Naj tempat terbaik sebagai isteri Am. Jangan hina isteri Am lagi. Mama hina Naj ibarat seperti mama hina Am juga ma", nada Adam Harith kendur pula.

Aishah terus terdiam. Hilang kata - kata. Dia tahu anaknya terasa hati dengannya.

PETANG itu Anna Najla menerima kunjungan Amar Faris. Mimpi apa entah Amar Faris datang mencarinya. Mahu mengajak masuk dia teragak-agak kerana Adam Harith suaminya tiada. Jadi dia mengajak duduk di laman rumah sahaja. Mujur juga Masitah memang sentiasa ada di rumah itu.

" Anna sihat?", sapa Amar Faris memandang wajah Anna Najla.

" Alhamdulillah. Kawan-kawan pejabat okay boss?", Anna Najla bersahaja. Sedangkan hatinya terus teringatkan peristiwa di kediaman keluarga lelaki itu beberapa bulan lepas.

" Okay",

" Kenapa boss datang sini?", dia tetap berlagak bersahaja.

" Tak boleh ke saya datang?",

" Bukanlah macam tu maksud saya boss",

Amar Faris ketawa melihat reaksi Anna Najla.

" Saya nak lamar Anna kerja semula dengan saya?,

Anna Najla. tersenyum. " Maaf boss. Am tak izinkan saya kerja semula", Ya. Dia tidak berbohong. Memang Adam Harith tidak mahu dia bekerja semula. Adam Harith mahu isterinya itu duduk di rumah dan menemani dirinya sahaja. Biarlah dia sahaja yang bekerja. Biarlah dia sahaja mencari nafkah walaupun dengan keterbatasannya dia mahu menjadi suami terbaik untuk isterinya.

" Sayang kemahiran dan kepakaran Anna tak dimanfaatkan. Tapi itu dah keputusan Anna saya tak boleh memaksa", Amar Faris agak kecewa sebenarnya. Namun cepat disorokkan rasa hatinya.

Bukan apa. Kliennya sibuk mencari Anna Najla. Mereka sukakan hasil kerja Anna Najla. Anna Najla itu. Anna Najla ini. Macamlah Anna Najla seorang staf di syarikatnya. Sedangkan bukan dia tidak tahu. Mata nakal klien lelakinya mahu cuci mata melihat gadis itu. Amar Faris hanya mahu mencuba nasib. Jika Anna Najla menolak dia tidak akan memaksa.

" Boss. Pekerja boss yang ada tu semuanya ada kemahiran dan kepakaran terbaik. Semuanya bagus-bagus. Saya doakan bisnes boss berjalan dengan baik. InsyaAllah",

" InsyaAllah. Aaminn", Amar Faris tersenyum. " Terkejut bila tahu ni rumah Am?", soal Amar Faris.

" Ya", Anna Najla ketawa kecil. " Patutlah klien ni rilek je bila saya beri cadangan. Tak banyak komen langsung. Pandai boss berpakat ye",

" Terpaksa berpakat", balas Amar Faris ketawa.

Sedang mereka ketawa. Kereta BMW X6 milik Adam Harith menjalar masuk ke porch. Anna Najla terus bangun ketika kereta sudah berhenti dan menghampiri pintu kereta. Pintu dibuka dan dia dapat melihat wajah kelat dan serius Adam Harith. Dia membantu Adam Harith keluar dan menolak kerusi ke arah Amar Faris.

" Jom. Masuk dalam. Borak kat dalam Amar", pelawa Adam Harith usai bersalaman.

" Aku nak balik dah ni", Amar Faris bangun.
" Okay. Anna saya balik dulu", Amar Faris tersenyum.

Anna Najla membalas dengan senyuman juga.

Ketika Amar Faris sudah berlalu Adam Harith terus menggerakkan kerusi rodanya ke dalam rumah. Anna Najla hanya diam apabila melihat mood suaminya yang agak tidak baik.

Masuk ke dalam rumah Anna Najla terus menuju ke dapur mengambil minuman. Adam Harith pula memasang televisyen dan sengaja dikuatkan suara televisyen.

Anna Najla yang keluar ke ruang tamu memandang sahaja. Marahkan aku ke ni?

" Abang. Kenapa kuat sangat pasang tv ni. Meh Naj tolong slowkan sikit", perlahan suara Anna Najla mengambil alat kawalan jauh dari tangan Adam Harith. Wajah Adam Harith masih mencuka.

Tenang sikit suasana berbanding tadi. Bergema satu rumah. Aduhai. Adam Harith. Apa hal entah mahu protes.

" Nah. Minum dulu ", Anna Najla menghulurkan minuman dan disambut Adam Harith.

" Kenapa ni. Hmm? , soal Anna Najla membawa kerusi roda Adam Harith mengadapnya yang duduk di sofa.

" Kenapa Amar datang? ",

" Boss ajak Naj kerja semula",

" Naj setuju?", soal Adam Harith laju.

" Tak setuju. Abang kan tak nak Naj kerja. Abang kan nak Naj ada dengan abang teman abang", Anna Najla tersenyum.

" Oh jadi bukan sebab Naj yang nak teman abang?", Adam Harith mahu mengerakkan kerusi rodanya.

Haih. Lain macam dia ni! Cemburu ke? Takkanlah. Adam Harith bukan jenis mudah cemburu.

" Abang. Apa ni. Mestilah sebab Naj pun nak teman abang. Kenapa ni? Abang marah siapa ni. Hmm?", Anna Najla bangun dan duduk di ribaan Adam Harith. Jemarinya mengusap pipi kiri Adam Harith.

" Kenapa ni. Hmm? Siapa buat suami kacak kesayangan Naj marah ni Hmm?", wajah Adam Harith dipaut lembut. Dia tahu tentu ada sesuatu yang sedang bermain di fikran suaminya.

Adam Harith tidak menjawab malah terus memeluk tubuh isterinya kejap.

" Sayang jangan tinggalkan abang", pelukannya makin erat.

Anna Najla bingung. Apa halnya ni? Namun Anna Najla tetap membalas pelukan lelaki itu.
" Naj takkan tinggalkan abang. Naj akan tetap ada dengan abang sampai bila bila. InsyaAllah sampai syurga",

Lama mereka berpelukan.

" Sayang okay?", renungan mata Adam Harith Anna Najla balas dengan senyuman manis.

Anna Najla faham maksud soalan Adam Harith. Merujuk kepada Amar Faris. Dulu Anna Najla meletakkan jawatan kerana tidak mahu terus berjumpa Amar Faris. Alasannya adalah lelaki itu hanya akan mengingatkan dia kepada lelaki durjana itu. Hanya akan mengingatkan dia krpada hal yang berlaku dulu.

MATA Adam Harith merenung sahaja kelakuan Anna Najla yang sedang mengemas pakaian ke dalam almari. Anna Najla sedar dirinya diperhatikan namun dia malas mahu menyoal. Biarlah. Biarlah suaminya dengan jiwanya. Nanti ketika mahu tidur nanti dia akan cuba menyelami hati lelaki itu.

" Mama ajak lunch lusa. Abang free kan", soal Anna Najla kerana tahu jadual kerja suaminya apabila hari sabtu dan ahad Adam Harith akan bercuti.

Adam Harith diam.

" Abang", panggil Anna Najla apabila Adam Harith langsung tidak menjawab.

" Ya?",

" Abang dengar tak Naj cakap apa tadi?",

" Dengar. Okay. Kita lunch rumah mama. Ada sesiapa balik ke?", soal Adam Harith kerana selalunya jika adik beradik Anna Najla ada balik ibu mertuanya itu memang suka mrmbuat majlis makan-makan anak beranak.

" Abang Akil anak beranak", jawab Anna Najla menghampiri Adam Harith yang sedang duduk di sofa.

Anna Najla melabuhkan punggungnya di sebelah Adam Harith. Tangan Adan Harith dicapai dan digenggam tangan itu.

" Abang ada masalah ke. Hmm?", soal Anna Najla.

Cepat sahaja Adam Harith menarik Anna Najla ke dalam dakapannya. Hatinya terluka dengan kata-kata ibunya tadi. Aishah menghina Anna Najla. Aishah menghina isterinya. Tentulah dia terasa hati.Mujur juga Anna Najla tiada tadi. Kalaulah isterinya ada tentu sahaja isterinya itu akan terluka lagi.

" Abang ada masalah dekat klinik? Gaduh dengan staf?",

Adam Harith terus tergelak. Lucu benar tekaan isterinya.

" Sayang ingat abang nk budak-budak ke sayang nak gaduh dengan staf",

" Tengok. Kan abang dah gelak", Anna Najla tersengih.

Adam Harith menjeling. Geram dimainkan isteri.

" Okay. Serius talk. Abang ada masalah boleh share dengan Naj",

" Abang okay sayang", Adam Harith tersenyum manis.

Anna Najla memandang sahaja wajah suaminya. Dia tahu. Dia tahu suaminya menyembunyikan sesuatu namun biarlah. Jika Adam Harith belum bersedia untuk berkongsi dia tidak mahu memaksa. Lagi pula Adam Harith selalunya akan berkongsi apa sahaja. Mungkin hal sulit atau hal keluarganya yang agak rahsia.

" Naj tak suka abang berahsia dengan Naj. Tapi kali ni..

" Abang jumpa mama", cepat sahaja Adam Harith bersuara.

" Kenapa dengan mama?,

" Mama nak cucu",

" Hah?",

" Itulah yang memeningkan abang. Kita kena usaha lebih lagi lepas ni sayang",

Oh. Pandai benar Adam Harith memutar cerita. Perancangannya adalah. Beri mama cucu. Biar mama diam sedikit. Adam Harith gelak dalam hati.

Berkerut dahi Ana Najla memandang wajah nakal suaminya.

" Mama kan tak suka Naj. Takkanlah mama sibuk nak kerahkan kita beri cucu pula",

" Ya sayang", ujar Adam Harith bersungguh-sungguh.

" Berapa orang mama nak cucu?", sengaja Anna Najla melayan suaminya.

" Abang nak anak 6. 3 lelaki 3 perempuan",

" Okay faham. Sebenarnya abang ke mama sekarang ni. Hmm?", Anna Najla menarik hidung suaminya.

" Abang dan mama la sayang", Adam Harith terus menarik Anna Najla ke ribaannya.

" Enam ramai sangat. Sempat ke abang nak jaga. Hmm?, Anna Najla menciumi leher suaminya.

" Sempat sayang", yakin sahaja jawapan Adam Harith.

Fikirannya yang tadi asyik terfikirkan perihal Aishah dan Azfar mula hilang. Memeluk Anna Najla bagai satu ubat penenang buatnya.

Abang sayang Naj.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience