BAB 2

Short Story Completed 54003

ANNA Najla memandu ke Black Canyon ECM. Sampai sahaja Anna Najla nampak Adam Harith sudah ada di dalam. Awal juga lelaki ini sampai kerana jika diikutkan masih berbaki 7 minit masa yang dijanjikan mereka. Dia terus berjalan menghampiri lelaki itu yang dari jauh sudah tersenyum. Terasa gugup pula bila langkahnya diperhati lelaki itu. Rasa canggung pula langkahnya.

Ada juga yang tersadung ni! Langkahnya diatur penuh hati-hati. Malu juga kalau tersadung. Nampak sangat tengah gugup. Jiwa tak tenang! Haih Anna Najla. Tenang!

" Assalamualaikum", sapa Anna Najla dengan senyuman apabila sudah menghampiri meja.

" Waalaikumussalam. Jemput duduk", jemput Adam Harith dengan sopan.

" Dah lama doktor sampai? Maaf. Parking penuh jadi kena dua kali pusing", ujar Anna Najla usai melabuhkan punggung.

" Tak apa. Saya faham. Saya pun baru juga sampai. Kita order makan minum dulu?", saran Adam Harith.

Anna Najla mengangguk. Menu diambil dan memilih makanan yang ringan sahaja kerana dia. masih lagi kenyang. Usai menempah makanan mereka masing-masing terdiam.

" Anna Najla", mata Adam Harith memandang wajah di hadapannya.

" Ya saya",

" Awak prefer saya panggil Anna or Najla?",

" Dua-dua boleh doktor",

" Family? Friends? Panggil apa?"

" Anna", laju Anna Najla menjawab.

" Jadi kalau saya panggil Naj. Okay?", kedua kening Adam Harith terangkat.

Anna Najla mengangguk sahaja sambil tersenyum.

" Sebenarnya kenapa doktor ajak jumpa? ", soal Anna Najla. Terus terang. Dia tidak suka pusing - pusing.

" Naj. Usahlah berdoktor. Boleh panggil saya Harith",

" Baik",cepat sahaja dia bersetuju.

Adam Harith tersenyum senang. Sesekali dia mencuri pandang dan meneroka wajah di hadapannya. Mata yang agak bundar. Hidung yang kecil dan bibir nipis yang kemerahan. Cantik. Sempat Adam Harith membuat penilaian. Dan senyuman manis Anna Najla tadi buat Adam Harith terpana.

Adam. Kawal diri kau Adam!

Mata lelaki. Kalau tidak meliar itu bukan lelaki!

" Saya tak sangka Naj akan tegur saya hari tu", Adam Harith mula berbicara.

" Saya cuma nak pastikan tu memang doktor", balas Anna Najla.

" Harith", tegur Adam Harith perlahan.

" Saya tak biasalah doktor. Boleh je kan kalau saya terus panggil doktor dengan doktor", lurus jawapan Anna Najla. Sungguh. Lidahnya bagai digulung sahaja saat mahu memanggil nama lelaki itu. Janggal juga.

" Terpulang", Adam Harith mengikut sahaja. Biarlah jika gelaran itu buat perempuan ini selesa. Tapi.. Adam Harith terfikir sesuatu. Jika dia terus memanggil doktor tentulah seakan ada jurang antara mereka. Biarlah. Ini baru perjumpaan keempat mereka tentulah masih ada rasa kekoknya.

ANNA Najla merenung awan kumulunimbus yang tebal dan gelap. Bagai menunggu masa sahaja mahu menurunkan hujan. Burung layang - layang terbang bebas ke sana sini seakan gembira menanti turunnya hujan. Seketika terdengar rintik kasar hujan menimpa bumbung rumah. Lebat. Sangat lebat dengan tiba-tiba.

Alhamdullilah. Ya Allah turunkanlah kepada kami hujan yang bermanfaat. Anna Najla berdoa dalam hati.

Seketika terus dia teringatkan perbualannya bersama Adam Harith tadi. Lelaki itu kemalangan semasa hujan lebat setahun lepas. Keretanya dihentam pacuan empat roda yang hilang kawalan dan kesan kemalangan tersebut dia lumpuh. Lumpuh daripada pinggang ke bawah untuk seumur hidup! Seumur hidup! Ya Allah. Tentulah sukar lelaki itu mahu menerimanya.

Tetapi tadi Anna Najla lihat tenang sahaja lelaki itu bercerita. Langsung tiada riak sedih, kecewa, kesal. Ya mungkin lelaki itu sudah benar-benar redha dengan ketentuan takdir hidupnya.

" Kenapa diam?" soal Adam Harith sambil menyisip minuman apabila Anna Najla hanya membisu dan terhenti menyuap makanan.

" Saya kelu. Saya tak tahu macam mana kalau saya di tempat doktor. Saya tak rasa saya akan kuat macam doktor", Anna Najla teringat pula kemalangan menimpanya dulu juga mengerikan. Dia juga berjuang untuk meneruskan hidupnya. Sebulan koma. Alhamdulillah. Umurnya masih panjang.

" Mula-mula memang sangat sukar nak terima. Yalah. Daripada saya boleh berjalan tiba-tiba tak boleh berjalan. Tapi sampai bila saya nak menolak takdir Allah. Tentulah ada hikmahnya. Lagipun alhamdulillah saya masih hidup. Masih dapat bekerja. Kalau saya kemalangan hilang ingatan. Tak ingat siapa saya dan tak ingat segalanya tentu saya tak boleh terus jadi doktor right? ",

Anna Najla mengangguk dan riak wajahnya terpamer garis kesayuan.

" Menyesal pula saya cerita pada Naj",Adam Harith mengukir senyum.

" Kenapa doktor?",

" Muka Naj tu. Sedih sangat gayanya", Adam Harith ketawa kecil.

Anna Najla terus mengukir senyum tawar. Nampak sangat ke? Tak patut ke aku tunjukkan kesedihan aku? Dah cerita sedih takkan nak ketawa pula. Aku cuma menyelami perasaan dia! Aku cuma meletakkan diriku di tempatnya. Ah. Drama sangat kau ni Anna Najla.

" Hmm. Tapi sekarang kira doktor dah okay la ya. Tak ada sakit ke apa ke?" entah kenapa dia bimbangkan lelaki ini.

" Alhamdulillah semuanya okay. Cuma kena berkerusi roda macam ni. Lain-lain okay.",

Anna Najla mengangguk.

" Saya doakan doktor baik-baik sahaja doktor", ikhlas. Sungguh dia ikhlas mendoakan lelaki ini. Walaupun baru berkenalan tetapi seakan ada sesuatu perasaan yang lain bila bersama lelaki ini.

" Terima kasih. Mana tahu dalam ramai-ramai yang mendoakan saya doa Naj makbul kan", ucap Adam Harith senang hati dengan wanita di hadapannya ini.

Bunyi guruh yang kuat mengejutkan Anna Najla yang sedang berdiri di tepi tingkap. Hilang terus lamunannya. Anna Najla berjalan turun ke bawah mencari Asmah.

" Ma", panggil Anna Najla menerjah bilik ibunya

" Hmm",

" Ma, kalau Anna berkawan dengan lelaki. Lelaki tu lumpuh mama setuju tak",

" Apa maksud Anna lumpuh",

" Lelaki tu kemalangan dan lumpuh. Lumpuh separuh badan dan tak boleh berjalan. Bergantung sepenuhnya dengan kerusi roda",

" Apa masalahnya kalau berkawan. Kawan je lah",

" Kalau kahwin?", tiba-tiba Anna Najla terfikirkan sampai ke situ pula.

" Kenapa? Anna ke yang buat dia lumpuh sampai nak kena kahwin dengan dia pula?", soal Asmah memaksudkan yang dia tidak setuju

" Tak",

" Habis tu? Ramai lagi yang sihat tubuh badan Anna", Asmah seakan tidak senang pula.

Anaknya ini sedang berkawan dengan siapa pula. Setahunya selepas tunangnya meninggal dalam kemalangan bersama Anna Najla dulu dia sudah tidak berkenalan dengan sesiapa. Katanya tak dapat lupakan Nuqman.

" Tanya je ma", Anna Najla terus berlalu.. Baru beberapa kali bertemu kau sudah memikirkan soal pernikahan Anna Najla! Tak patut ni. Ini sudah mengikut hawa nafsu ni!

Takkan kau nak kahwin dengan Adam Harith? Ah Anna Najla sejauh itu kau sudah terfikir. Baru sahaja berjumpa. Baru sahaja berkenalan. Belum kenal hati budi lagi. Tapi..

" Naj nak kahwin dengan saya?",

Anna Najla teringatkan lamaran lelaki itu siang tadi? Itu boleh dikira lamaran ke? Ah. Kusut! Kenapa saat aku berjumpa lelaki yang mampu buat jantung aku berdebar semula lelaki itu kurang upaya pula!

" Saya akan bagi masa Naj fikir dulu. Kita berkawan dulu?",

Anna Najla tersenyum dan mengangguk.

Tak mungkin semudah itu aku mahu menerima lelaki ini dalam hidup aku. Lumpuh dan tentulah akan menjadi satu tanggungjawab di bahuku sepanjang aku menjadi isterinya.

Kenapalah lelaki itu melamar sekarang. Cepat benar tindakannya. Macam sudah terdesak sangat mahu berkahwin. Ini bukan drama. Ini bukan buku cerita yang jalan ceritanya kahwin kemudian hidup bahagia.

Ini soal perjalanan hidup. Perjalanan yang akan dibawa di akhirat nanti. Sabar kah kau mahu terus melayani lelaki itu itu sepanjang hidup kau Anna Najla. Sabarkah? Anna Najla tersandar di sofa ruang tamu. Kepalanya teringatkan Adam Harith!

ANNA Najla berjalan laju menaiki tangga menuju ke pejabat firma. Bekalan yang dibawa hari ini dipeluk erat. Masuk sahaja ke dalam pejabat masih lagi sunyi. Tentulah masih ramai belum tiba kerana baru jam 8.23 pagi. Tentulah mereka masih di kedai untuk bersarapan mungkin. Yang tiba awal tentulah pekerja pembersihan dan Nurlaila setiausaha Amar Faris.

" Kak Milah, Laila jom break fast dulu. Anna ada bawa nasi dagang. Mama buat", sengih Anna Najla.

" Ingat Kak Anna buat", sapa Nurlaila sopan.

" Tak pandai. Pandai makan je. Jomlah. Anna memang bawa lebih ni. Ikut rezeki. Kira ni rezeki Kak Mila dengan Laila la. Orang lain tak sampai lagi",

Usai bersarapan. Anna Najla terus memulakan kerja. Kalau dikira waktu pejabat jam 9 tapi jika sudah siap makan awal mahu buat apa lagi. Kerja je la. Anna Najla mengintai jam di tangan. 11.15 pagi. Dia bangun meluruskan pinggangnya. Mengadap skrin dalam jangka masa yang lama membuatkan bahunya lenguh dan matanya letih.

" Isma, kau tak pergi site ke hari ni", tegur Anna Najla.

" Sekejap. lagi. Boss ada meeting dengan client dekat TC. Anak Datuk Hamdan tu nak reno rumah dia",

" Apasal kau tak ikut boss. Selalu kau tu kacip sangat dengan boss. Ke sana sini dengan boss", usik Anna Najla.

" Kacip dengan aku. Tapi sibuk tenung kau", Isma mahu berlalu ke pantry.

Anna Najla ketawa besar. Tangannya mula menyambung kerja membuat lakaran ID rumah seorang klien di Pantai Sepat.

" Kenapa? Boss syok kat aku ke?", sengaja Anna Najla menyoal sedangkan sudah lama dia tahu lelaki itu menyimpan perasaan padanya. Bukan tidak pernah Amar Faris mengakui perasaan kepadanya tetapi Anna Najla menolak dengan baik. Mujur juga dia tidak dibuang kerja kerana menolak cinta lelaki itu.

Tiada kurangnya lelaki bernama Amar Faris ini. Rupa juga elok, ada kerjaya yang baik, soft spoken orangnya. Paling Anna Najla tabik adalah lelaki Ini lah yang akan mengimamkan solat jemaah lelaki di surau mereka. Pernah juga Anna Najla mengikut bersama. Merdu bacaanya.

Lelaki seperti itu pun kau tolak Anna Najla. Lelaki macam mana lagi yang kau nak? Terus kepalanya teringatkan Amar Harith.

Haish. Sibuklah dia ni! Sekarang juga nak masuk kepala aku! Anna Najla terus berdebar saat telefonnya berdering dan melihat skrin yang tertera.

Dr Adam H.

Anna Najla meneguk liur. Panjang umur! Teringat terus dapat call. Telepati tahap dewa!

" Ya Am", sapa Anna Najla usai Adam Harith menjawab salam.

" Busy?,

" Bolehlah", sebenarnya bukan bolehlah. Tetapi memang dia sedang sibuk.

" Hujung minggu ni sabtu Naj free?",

" Sabtu ni sekejap Naj tengok schedule", gelaran saya sudah bertukar kepada namanya setelah hampir dua bulan perkenalan mereka. Begitu juga Harith menggelarkan dirinya Am.

Amar Hartith terus menanti di talian.

" Ala sorry Am. Naj ada site visit la sabtu ni dekat Sg Ular", manja nada suara Anna Najla membuatkan Adam Harith tersenyum.

" Ahad?",

" Ahad mama ajak kenduri rumah sepupu dekat Maran",

" Hmm. Penuh jadual eh. Macam PM", senda Adam Harith mengawal rasa kecewa.

" Sorry Am", Anna Najla juga kecewa. Sudah seminggu mereka tidak berjumpa walaupun bekerja dalam satu daerah. Sama-sama sibuk. Adam Harith dengan jadual kerjanya. Anna Najla juga kadang kala ada masanya malam baru sampai ke rumah.

" Its okay sayang", lembut nada suara Adam Harith.

Anna Najla terkaku. Sayang? Biar betul Adam Harith ni!

" Naj sibuk tu Am tak nak kacau lama-lama. Okay sayang. Bye",

" Okay. Bye",

Anna Najla sudah tersengih usai menamatkan panggilan.

" Siapa Am. Boyfriend ke?", sapa Asmidar arkitek landskap yang duduk di sebelah meja Anna Najla.

" Hah? Anna kau ada boyfrend ke sekarang. Tak story dengan aku pun", Isma sudah mendekat.

" Kau curi dengar perbualan aku. As. Kurang kasih sayang kau kan",

Asmidar ketawa besar. " Patutlah tak layan boss. Rupanya dah ada boyfriend",

Semua terdiam saat Asmidar bersuara. Wajah Isma menyuruh Asmidar diam langsung tidak dipeduli.

" Anna. Masuk bilik saya sekarang", sapa Amar Faris yang baru masuk ke pejabat.

Selalunya ada loceng menandakan ada orang masuk. Kenapa tak berbunyi pula. Rosak ke? Bukan tak berbunyi semua leka bergosip langsung tak peka dengan persekitaran

" Okay. Boss", Anna Najla segera bangun. " Tengok As kau buat hal. Aku pula kena mengadap. Jom ikut aku sekali. Menjawab dengan boss",

" Tak nak aku", Asmidar sudah pura-pura sibuk dengan tabletnya.

Anna Najla mengetuk pintu. Dengar sahaja arahan masuk terus Anna Najla masuk.

" Ya boss",

" Duduk", arah Amar Faris perlahan. " Betul awak dah ada boyfriend?", soal Amar Faris tiada basa basi lagi.

Anna Najla tersenyum dan mengangguk perlahan. Ya ke? Dia dan Amar Harith bukan ada declaration pun. Aku dan dia hanya kawan. Mana datangnya boyfriend. Tipu sunatlah Jadi tidaklah Amar Faris ni berharapkan aku lagi. Kan!

"Bila nak kahwin?, soal Amar Faris.

" Belum bincang lagi. Boss kita kat office ni boss. Saya ingat boss nak jumpa saya hal kerja",Anna Najla memintas kerana tidak mahu hal peribadinya dipersoalkan lagi.

" Ada. Saya baru lepas jumpa Datuk Hamdan. Anak dia nak buat renovasi rumah di TC. Banglo 2 tingkat. Saya nak team awak pergi site. Nanti deal dengan anak Datuk Hamdan tu. Call number saya dah bagi pada Hakeem. Tapi bukan reno sangat pun sebab rumah tu dah cantik. Dia prefer ID je ",

" Itu je boss?",

" Itu je lah. Nak ajak kahwin awak dah ada boyfriend", senda Amar Faris.

Anna Najla senyum tawar. Mujur juga Amar Faris ni bukan spesies gatal kalau tak mahu kena smack down!

SATU minggu kemudian barulah Najla bersama Hakeem ke rumah anak Datuk Hamdan. Ketika masuk ke laman rumah Anna Najla sudah teruja. Cantik sangat reka bentuk rumah ini. Ketika masuk ke dalam rumah lagilah Anna Najla teruja. Cantik.

" Pemilik rumah ni berkerusi roda Cik Anna jadi dia tak nak rumah terlalu banyak perabot. Susah nanti dia nak bergerak", ujar Haiza.

" Oh! Okay. Kalau macam tu boleh tak kalau saya berjumpa sendiri dengan tuan rumah. Saya rasa lebih baik saya berbincang sendiri dengan tuan rumah supaya jika ada perkara-perkara yang perlu saya utamakan", ujar Anna Najla.

" Dia tak ada kat sini. Dia ada di luar negara untuk rawatan. Sebab itu dia minta saya gantikan dia hari ni",

" Oh. Okay. Baik",

Sebenarnya Anna Najla mati kutu juga kerana rumah ini sudah cantik. Mana lagi mahu didekorasi tak tahulah Syiling, dinding, lantai perabot dengan konsep minimalis semua sudah cantik. Ini tak patut panggil ID tapi panggil bibik je tolong lap habuk.

Lama juga mereka berbincang hampir satu jam barulah mereka pulang.

" Keem. Aku tak biasa la buat ID rumah klien OKU. Kalau mesra OKU tu pernahlah. Tapi kalau memang tuan rumah OKU memang kena bincang dengan dia personal kan. Lagi baik", Anna Najla mula runsing.

" Aku pun. Kak Nelly pernah. Kita bincang dengan dia la. Patut boss bagi Kak Nelly kan",

" Bagus juga kita dapat projek ni. Sekurangnya dapat pengalaman baru. Bayangkan badget 300k utk reno ID je. Kaya betul eh. Datuk Hamdan tu bisnes apa?",

" OnG", jawab Hakeem.

" Patutlah. Kaya", Anna Najla terangguk angguk. Ada duit semua jalan. " Tapi kau perasan tak?",

" Apa?",

" Rumah anak Datuk Hamdan tu dah lawa sangat dah. Tang mana kita nak deko lagi tu yang aku pening. Konsep pun dah konsep terkini dah tu Minimalis dah. Ke dia nak kita susun aturkan perabot supaya mesra OKU?",

" Tahu tak apa. Ingat aku je yang rasa macam tu",

Mereka sama-sama ketawa.

" Tapi badget 300K Keem. Banyak tu? Perabot semua tu kalau anak Datuk Hamdan tu nak let go free kita minta nak", Anna Najla sudah merapu..

" Aku setuju", Hakeem melayan sahaja gurauan Anna Najla.

Seketika Anna Najla teringatkan Adam Harith. Mungkin Adam Harith boleh memberikan pandangan. Pandangan dari perspektif OKU sendiri. Anna Najla tersenyum. Tapi Adam Harith pun tiada juga sekarang! Adam Harith juga ke luar negara! Kebetulan pula ye.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience