BAB 5

Short Story Completed 54003

Adam Harith sudah berkira-kira mahu meninggalkan klinik. Jadual bekerjanya sehingga jam 6 sahaja. Shif malam nanti akan ada doktor lain yang akan bertugas. Ada doktor ganti dari klinik kerajaan dan hospital kerajaan. Ada juga doktor baru yang meletakkan jawatan di sektor kerajaan dan memilih bekerja di sektor swasta kliniknya. Itulah pilihan masing-masing. Jangan dipersoalkan pilihan orang kerana tentulah ada kepentingannya mereka membuat keputusan begitu.

" Hai Bro. Takkan dah nak balik", Nazzam yang baru sampai sudah tercegat di pintu bilik rawatan. Staf sudah biasa dan kenal dengan Nazzam yang kadang kala singgah ke klinik itu untuk berjumpa Adam Harith. Wajah kacak dan gaya maskulin Nazzam tentu akan menarik perhatian orang sekeliling. Tidak pelik jika sudah hampir waktu balik pun Nazzam datang ke klinik itu.

" Aku dah nak balik ni. Kau nak apa"? serius nada suara Adam Harith.

Nazzam tersengih. " Mama Anna Najla terima pinangan aku. Kau juga cakap. The best man win. Right", Nazzam sengaja singgah kerana mahu Adam Harith panas hati dengannya. Memang dia dan Adam Harith tidak sebulu sejak datuk mereka melebihkan keluarga Adam Harith. Dan dia tahu hubungan Anna Najla dengan Adam Harith. Bukan dia tidak tahu. Tapi pinangannya bukan mahu menghitung siapa lebih hebat. Tetapi memang hatinya sudah terpikat dengan Anna Najla.

" So?, Adam Harith malas mahu melayan budak tak cukup vitamin ni.

" Sekarang Anna tunang aku so aku datang nak ingatkan kau jangan ganggu tunang aku", Nazzam sudah duduk di kerusi tepi meja yang disediakan untuk pesakit. Wajahnya terukir senyum bangga.

" Kau ambil dia dari aku kau cakap jangan ganggu tunang kau?", Adam Harith ketawa sinis.

" Siapa cepat dia dapat Adam Harith. Lagipun mama Anna akan takkan terima lelaki cacat macam kau Am", lagak Nazzam. Sengaja dia menggunakan perkataan dan mengeraskan suara pada perkataan cacat.

" Suka hati kau lah Nazzam. Aku penat. Aku nak balik. Kalau kau tak nak balik. Kau tunggu lah doktor yang kerja malam ni bagi kau vitamin. Bagi cukup vitamin kat otak kau tu. Biar berakal sikit", Adam Harith terus menggerak kerusi roda.

Nazzam cepat menahan pergerakan Adam Harith demi mendengar perlian lelaki itu.

" Well. She is mine", Nazzam juga bangun dan meninggalkan bilik.

Adam Harith mengeluh kasar. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia belasah lelaki itu. Namun jika mahu berhadapan dengan Nazzam bukanlah dengan cara mempertaruhkan fizikal kerana sudah pasti dia akan kalah. Dia perlu mencari cara lain.

Seketika telefonnya berdering. Sayang Naj terpamer di skrin Adam Harith tersenyum lebar.

" Ya Naj",

" Naj dekat depan klinik Am. Jom Naj hantar Am balik",

Adam Harith terkejut. Anna Najla mahu menghantarnya pulang. Ada sesuatu ke?

" Sekejap Am keluar",

Anna Najla segera keluar daripada kereta. Senyum terukir di bibirnya saat ternampak Adam Harith keluar dari klinik. Dia segera berlari ke arah Adam Harith.

" Hai Am", Anna Najla tersenyum.

" Hai sa.. Hai Naj", cepat Adam Harith membetulkan panggilannya. Anna Najla tersedar namun dia diam sahaja.

" Kemapa hari ni nak hantar Am balik?", soal Adam Harith.

" Saja. Rindu", Anna Najla tersenyum.

" Jangan kata rindu. Marah tunang Naj nanti", tegur Adam Harith.

" Tengok jari Naj tak ada pun cincin. Tak ingin Naj nak mengaku tunang", Anna Najla menunjukkan kedua tangannya.

" Tak baik macam tu sayang", terkeluar juga panggilan sayang di bibir lelaki itu.

" Naj rindu nak dengar Am panggil Naj macam tu",

Adam Harith tersenyum. Salah! Ini salah Am! Gadis yang kau puja ini tunangan orang Am. Tunangan orang!

Ketika Anna Najla menolak kerusi roda Adam Harith melintasi jalan tiba-tiba sahaja sebuah kereta meluru laju. Cepat Anna Najla mengundurkan kerusi roda.

" Laju betul!", marah Anna Najla.

Melihat kereta itu berhenti dan seseorang yang keluar Anna Najla sudah mula panas hati.

" Apa Anna buat kat sini?", soal lelaki itu.

" I nak hantar Am balik",

" I tak izinkan ?", soal Nazzam.

" What? Siapa you? Nazzam you bukan suami I pun",

" Tapi I..",

" Okay. Usah bergaduh fasal Am. Am balik dengan Abang Malek je", cepat Adam Harith memintas dan mahu menggerakkan kerusinya.

" Jangan Am. Biar Naj hantar. Please Am", Anna, Najla menahan. Memang hari ini dia mahu berbincang dengan Adam Harith. Mahu mengajak Adam Harith keluar lelaki itu menolak mentah-mentah. Jadi inilah jalannya.

" Abang Malek. Jom hantar saya balik", tutur Adam Harith memanggil Malek yang berdiri di tepi kereta Adam Harith.

Malek yang memang ada di situ hanya mengangguk dan mendekati Adam Harith. Nazzam hanya melihat situasi tika itu.

" Am. Naj hantar balik ya", pujuk Anna Najla lagi.

Adam Harith tersenyum dan menggeleng.

" Nanti sampai Am call Naj ya", pesan Anna Najla.

" Dahlah. Naj balik. Dah pergi masuk kereta", perlahan suara Adam Harith. Baru sahaja Anna Najla mahu melangkah lengannya dipaut kasar.

" Lepaslah",Anna Najla mula berang dengan perangai Nazzam.

" Nazzam! Macam tu ke kau layan tunang kau", Adam Harith juga berang. Selama dia dengan Anna Najla sekalipun dia tidak pernah memegang wanita itu. Anna Najla memang jenis sangat menjaga pergaulannya.

Makin berang pula Adam Harith apabila Nazzam. mula mengheret Anna Najla ke kereta lelaki itu. Anna Najla cuba melawan namun tubuh sasa Nazzam sukar untuk dia lawan.

" Tengok. Kau tak mampu buat apa pun", ejek Nazzam.

Anna Najla yang geram mula menyepak keting kaki Nazzam. Terlepas pegangannya kerana menahan sakit.

Cepat Anna Najla berlari ke belakang Adam Harith.

" Kau nak Abang Malek belasah kau ke Nazzam. Kau bukan tak kenal siapa Abang Malek kan", Adam Harith mengugut Nazzam apabila lelaki itu cuba mendekati Anna Najla. Malek seorang pesara tentera sebelum menjadi pemandu Adam Harith. Adam Harith pernah diugut bunuh oleh musuh perniagaan ayahnya jadi terpaksalah ayahbya nengupah seseorang yang boleh menjaga anaknya.

" Kita tak habis lagi", Nazzam berundur dan berlalu masuk ke dalam kereta. Terus sahaja kereta lelaki itu menyusur laju meninggalkan tiga batang tubuh tadi. Anna Najla berpaling melihat beberapa orang yang mungkin telah menyaksikan kejadian tadi.

Malunya! Nazzam ni memang dah lama hidup! Gerutu Anna Nala dalam hati.

" Dah pergilah balik. Nanti sampai rumah mesej Am", kali ini Adam Harith pula menitip pesan. Melihat kereta Anna Najla bergerak barulah Adam Harith masuk ke kereta.

BILIK tidur Anna Najla bersepah dengan kerjanya. Ketika sedang menyiapkan lakaran kepalanya tiba-tiba teringatkan sesuatu. Telefonnya dicapai. Laman sosial Instagram dibuka. Terus mencari akaun IG Nazzam.

Namun Anna Najla terkejut. Semua gambar Nazzam bersama perempuan telah dipadam!

Haish dia ni kan. Sejak bila pula dia padam! Anna Najla baru berkira-kira mahu menunjukkan kepada mamanya. Dia mengeluh kasar. Kepalanya mula memikirkan cara bagaimana mahu lepas daripada lelaki itu.

Sungguh jika di hadapan orang pun Nazzam berlaku kasar bagaimana jika mereka hidup berdua nanti. Anna Najla tidak sanggup menjadi mangsa kemarahan dan amukan lelaki itu. Tidak! Kau mesti buat sesuatu Anna!

Anna Najla mahu menghubungi Nadira teman sekerjanya di tempat lama. Bekas teman wanita Nazzan. Namun cepat dibatalkan. Nanti apa kata Nadira aku bertanya hal Nazzam!

Haishhh! Mama ni kan. Kenapalah terima, si Nazzam tu. Aku pula yang sakit kepala sekarang. Kalau mama suka mamalah bertunang dengan dia! Mama pun janda! Eh kau nak ke ayah tiri muda! Tak nak! Segala berkaitan dengan Nazzam aku tak nak!

Ketika Anna Najla sedang berfikir - fikir namanya dipanggil dan pintu bilik terus dibuka dari luar.

" Anna ke mana hari ni?", teejah Asmah serius.

" Kerja", balas Anna bersahaja. Ya memang betul lah dia pergi kerja.

" Balik kerja?",

" Balik kerja?" Anna Najla cuba mengingat. Oh! Dia teringat sesuatu." Singgah klinik Am", Anna Najla berterus terang. Bukan caranya menipu demi menyelamatkan diri.

" Anna, sedar tak Anna tu tunang Nazzam",

Oh tidak! Belum apa-apa lelaki itu sudah pandai mengadu domba. Dasar lelaki tak cukup kasih sayang! Bentak Anna Najla dalam hati.

" Apa lagi lelaki tu mengadu dengan mama?", soal Anna Najla.

Asmah diam.

" Dia heret Anna cara kasar dia ada cerita tak dengan mama?",soal Anna Najla. Dia mahu mamanya tahu siapa Nazzam sebenarnya.

" Nazzam buat apa dengan Anna? ", solal Asmah.

" Dia paksa Anna masuk kereta dia. Cara kasar ma. Depan Am. Depan Abang Malek driver Am. Itu depan orang ma. Kalau tak ada orang apa dia akan buat pada Anna?", sengaja Anna Najla bercerita. Dia akan berusaha supaya terlepas daripada Nazzam. Kerana hatinya langsung tiada untuk lelaki itu. Jika, Adam Harith pasrah dia takkan mengalah. Ini soal hidupnya.

Asmah memandang anak di hadapannya.

" Ma. Mama tak kenal siapa Nazzam sebenar ma. Kalau mama tahu siapa Nazzam mama takkan terima pinangan tu ma", sayu wajah Anna Najla.

" Kamu cakap macam tu sebab kamu nak mama terima Am kan",

Anna Najla diam.

" Apa pun alasan mama tak terima Am", Asmah berlalu.

Anna Najla teesandar di kerusi kerjanya. Susahnya nak buat mama faham.

SEJAMBAK bunga mawar di atas meja kerja Anna Najla capai. Dibelek bunga tersebut. Kad dicapai.

Sorry sayang. I love you.
Dari: Tunang tersayang.

Berkerut kening Anna Najla. Terus dicampak bunga itu ke dalam tong sampah.

" Hey! Sayanglah. Kenapa buang", tegur Asmidar.

" Aku tak suka. Aku buanglah", Anna Najla terus duduk di kerusinya. Pagi-pagi dah buat orang panas.

" Hai orang ada tunang. Tunang bagi bunga tak nak pula. Kita ni tak ada siapa nak bagi bunga kan Kak Nelly", sibuk Hakeem mahu bergosip.

Mata tidaknya adik Nazzam kawan Hakeem sibuk bercerita. Mana tidak satu pejabat tahu jika berita itu sampai ke telinga Hakeem. Daddy jarum!

" Eh suami Kak Nelly bagi. Kau tu yang patut bagi perempuan bukan perempuan bagi kau", Nelly menjawab.

" Kak Nelly ni kan tak support langsunglah",

Anna Najla yang mendengar usikan terus mencapai tablet. Lebih baik siapkan kerja, daripada melayan perasaan dan melayan gosip mereka.

Waktu rehat makan tengah hari Anna Najla memesan bungkus sahaja. Dia malas mahu keluar. Dia mahu tidur sekejap kerana malam tadi dia tidur lewat menyiapkan kerjanya. Ketika pejabat sudah sunyi dia ditegur.

" Tak keluar lunch Anna",

Anna Najla berpaling.

" Boss. Saya ingat boss tak ada dah keluar",

" Jom lunch dengan saya",

" Sorry boss. Saya mengantuk. Ingat nak tidur sekejap", cepat sahaja Anna Najla menolak. Memang dia mengantuk. Dia tidak bohong.

" Tak makan? Nanti gastrik lagi", Amar Faris agak prihatin.

" Dah kirim dengan Hakeem tadi",

" Jomlah. Saya ada perkara nak bincang dengan awak Anna",

Aduhai boss ni. Aku mengantuk ni!

" Yalah", Anna Najla bangun juga.

Masuk ke dalam kereta Amar Faris melihat sahaja Anna Najla yang sudah memejamkan mata.

" Mengantuk sangat gayanya",

" Hmm. Malam tadi siapkan lakaran kawan boss tu. Tidur lambat",

" Tidur pukul berapa?", soal Amar Faris sambil memulakan pemanduan.

" Dua ",

" Dua pagi?",

" Hmm",

" Tidurlah. Nanti sampai saya kejut", Amar Faris tersenyum memandang Anna Najla yang sudah tidak pedulikannya.

" Boss" Anna Najla membuka matanya semula. " Boss tak kisah saya tidur kan. Bos yang paksa saya keluar" ayat Anna Najla bagai tidak mahu kalah.

" Tak. Tidurlah" Amar Faris ketawa kecil. Lucu dengan telatah bersahaja Anna Najla.

Anna Najla memejamkan semula matanya. Hmm selesa betul kereta ni Sejuk. Nyaman. Wangi. Kalah kereta perempuan! Untung siapa dapat kahwin dengan boss. Dapat naik kereta wangi.

Amar Faris terus tersenyum. Haih Anna. Kalau kau setuju. Hari ini juga aku bawa jumpa tok kadi.

Amar Faris mengeluh perlahan. Fikirnya tidak mahu menggangu hubungan Anna Najla dan Adam Harith. Sudahnya Nazzam pula yang potong barisan! Melepas!

Sampai sahaja ke reston Anna Najla dikejut bangun.

Anna Najla bangun dan mencapai air mineral yang dibawanya dan meneguk air perlahan" Boss elok tak rupa saya?", soalnya sambil membelek wajah dan membetulkan tudungnya di cermin kereta.

" Elok sangat", puji Amar Faris

Ya Anna Najla sudah cantik. Lesung pipit di pipinya ketika wanita itu bertutur dan tersenyum bisa membuat sesiapa pun akan tertawan.

" Boss jangan puji saya lebih-lebih. Girlfriend boss mengamuk saya tak tahu", sempat lagi Anna Najla merias wajahnya. Bedak disapu dan gincu dicalit nipis.

" Saya tak ada girlfriend. Saya mengorat awak. Awak tak layan",

Anna Najla ketawa. " Saya ni pipit. Boss tu enggang. Pipit sama pipit. Enggang sama enggang boss Barulah duduk sama rendah. Berdiri sama tinggi",

Amar Faris ketawa senang. Ah! Anna Najla. Ada sahaja bebelannya yang menceriakan Beruntunglah Nazzam!

MASUK ke restoran Anna Najla terus duduk. Keluar dengan Amar Faris ke sini dibawanya. Tempat yang tak perlu bersesak ketika makan tengah hari. Kalau demgan rakan sekerjanya dia suka masuk ke restoran biasa sahaja. Seorang perlu menjaga tempat sementara yang lain pergi mengambil makanan. Makan sambil bergosip!

Betullah ayatnya tadi. Pipit sama pipit. Enggang sama enggang.

" Sayang", tegur seseorang.

Anna Najla terus menjeling. Amar Faris silih memandang wajah Nazzam dan Anna Najla.

" Amar. Oh.. Aku lupa tunang aku ni staf kau. Tapi berdua je ke?", soal Nazzam.

" Ya. Berdua. Kau tak kisah kan aku bawa tunang kau keluar makan. Business discussion", Amar Faris tersenyum.

" Oh. Okay. Aku tunang yang memahami. Okay sayang. I gerak dulu. Nanti I call okay", selamba sahaja Nazzam mahu mencuit pipi Anna Najla.
Cepat Anna Najla menepis.

" Nazzam!" , keras suara Amar Faris tidak suka dengan layanan Nazzam kepada Anna Najla.

" Gurau je", Nazzam ketawa.

Sakit pula hati Amar Faris dengan perangai lepas laku lelaki itu. Bukan Amar Faris tidak kenal dengan Nazzam. Dia kenal sangat siapa Nazzam.

" Gila!", kutuk Anna Najla perlahan. Namun dapat didengari oleh Amar Faris.

" Kita order dulu?", tenang suara Amar Faris.

Usai menjamu selera mereka tidak balik pejabat terus sebaliknya ke satu rumah yang terletak di Pantai Berserah.

" Rumah siapa boss? Klien baru ke",

" Jom masuk dulu",

Anna Najla mengikut sahaja langkah lelaki itu. Namun melihat Amar Faris yang bersahaja masuk de dalam rumah Anna Najla tertanya-tanya.

Rumah siapa?

" Papa", panggilan itu mengejutkan Anna Najla. Amar Faris sudah punya anak? Dah kahwin? Oh kenapa tiada sesiapa beritahu pada aku.

" Masuklah",

Anna Najla berjalan masuk. Matanya ditahan agar tidak meliar dari melihat banglo mewah yang cantik ini.

" Kawan papa?",

" Ya. Salam Auntie Anna", arah Amar Faris kepada dua anak kecil itu. Mungkin dalam usia 4 atau 5 tahun teka Anna Najla.

Dua anak itu pantas menyalami Anna Najla.

" Mama baru Aisha ke papa?",

Soalan anak itu membuatkan Anna Najla terkedu. Apa ni? Matanya mencari wajah Amar Faris.

" Tenang Anna. Jom", Adam Faris membawa Anna Najla ke satu bilik.

Membuntang mata Anna Najla saat melihat tubuh yang sedang terbaring di katil. Dia kenal lelaki itu. Dia kenal!

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience