BAB 6

Short Story Completed 54003

" ANNA", sapa lelaki itu.

Anna Najla terkaku di situ. Tidak menyangka akan menemui lelaki ini semula. Lama dia cuba melupakan lelaki ini. Lama dia cuba melupakan peristiwa hitam itu. Kenapa? Kenapa sekarang dia mesti berjumpa lagi lelaki ini.

" Maafkan saya Anna. Amjad adik saya. Amjad memang nak sangat jumpa Anna", Amar Faris dapat melihat wajah pucat Anna Najla.

" Kenapa boss bawa saya jumpa dengan lelaki yang dah hancurkan hidup saya", lemah tubuh Anna Najla namun cepat Amar Faris memaut.
Tubuh Anna Najla dibawa ke kerusi. " Saya nak balik boss. Saya nak balik",

Anna Najla sudah bangun. Air matanya sudah mengalir laju. Tidak dipaksa namun tiba-tiba hatinya yang teringatkan peristiwa lalu tidak mampu menahan air matanya dari keluar.

Amar Faris termangu. Apa yang berlaku sebenarnya ni ? Amjad meminta dibawa Anna Najla kerana mereka pernah berkawan dan alasan Amjad jangan dimaklumkan kepada Anna Najla kerana tidak mahu Anna Najla terkejut dengan keadaannya yang sedang sakit begini.

Apa sebenarnya ni?

" Maafkan aku Anna. Maafkan aku", suara Amjad penuh kesalan.

Apa yang dia lakukan kepada Anna Najla tidak mungkin dapat dimaafkan. Memiliki tubuh wanita itu dengan paksaan. Dan dia langsung tidak dijatuhkan hukuman. Kerana punya kuasa dan duit! Sehingga Anna Najla pula dianggap seperti menyerah diri kepada lelaki itu! Di mana undang-undang? Bukan dia tidak dibela tetapi keadilan langsung tidak berpihak kepadanya.

Kesombongan Anna Najla buat Amjad berdendam. Dia nekad memilik tubuh indah wanita itu. Kerana perbuatan itu sehingga hari ini Amjad menyesal! Tidak pernah dia menyesal seperti ini seumur hidupnya.

" Maafkan aku Anna", ucap Amjad dalam tangisan. Tubuh lemahnya langsung tidak dapat dia gerakkan.

" Kau ingat dengan maaf kau kau boleh kembalikan semula maruah aku Amjad? Sampai kau mati pun aku takkan maafkan kau", Anna Najla terburu-buru mahu keluar.

" Anna, tunggu", cepat Amar Faris menahan. " Apa sebenarnya ni?",

" Dia rogol saya! Dia jatuhkan maruah saya. Dia beritahu satu dunia saya yang serah diri pada dia! Kalaulah saya tahu boss dengan dia ada hubungan. Mati hidup semula pun saya takkan kerja dengan boss", suara Anna Najla sudah tersekat sekat kerana menangis.

Kenapa dia langsung tidak tahu hubungan Amjad dengan Amar Faris. Ayah mereka? Nama ayah mereka langsung tak sama!

" Anna, aku tak harap kau akan maafkan aku. Cuma aku nak mohon maaf depan kau sendiri sebelum aku mati. Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat pada kau Anna. Aku menyesal. Aku menyesal Anna", jelas nada kekesalan dalam nada suara Amjad. Amjad juga sudah meraung menangis.

Kalau dia boleh bergerak sekarang Dia sanggup melutut di hadapan wanita ini. Dia sanggup! Asalkan Anna Najla memaafkannya. Jika Anna Najla mahu bunuh dia sekarang pun dia sanggup!

" Menyesal? Tak guna kau menyesal syaitan. Sampai mati pun aku takkan maafkan kau", pekik Anna Najla sekuat hatinya. Lantang. Hingga bergema bilik besar itu. Dia sudah tidak peduli. Dia tidak peduli ini rumah siapa. Siapa yang mendengar. Siapa yang melihat. Dia tidak peduli! Apa yang dia tahu lelaki itu tak patut dimaafkan.

Anna Najla mahu meluru keluar dari bilik namun tiba-tiba dia jadi gelap mata. Pening. Tubuhnya terasa melayang. Anna Najla pengsan!

ANNA Najla membuka mata. Dia bingkas bangun apabila melihat keadaan sekeliling yang sangat janggal.

" Kak Anna dah sedar?", sapa satu suara.

" Hah? Saya dekat mana", Anna Najla bingung. Langsung tidak mengenali gadis di hadapannya kini.

" Kak Anna pengsan tadi. Abang Ris angkat Kak Anna ke bilik ni",

Anna Najla kaget. Aku pengsan! Amar Faris angkat aku! Kenapa? Kepalanya masih belum dapat menangkap apa sebenarnya sudah berlaku. Seketika barulah dia tersedar dan teringat. Amjad!

Dia bingkas bangun.

" Eh. Nanti Kak Anna", Aima cuba menahan.

" Aku nak balik. Mana boss. Aku nak balik", Anna Najla kalut. Dia segera berlalu ke pintu. Ketika pintu dibuka Amar Faris betul-betul ada di hadapan pintu.

" Boss saya nak balik",

" Anna okay dah ke?",

" Saya okay ke tak saya nak balik. Saya nak balik sekarang", pekik Anna Najla. Dia sudah hilang cara untuk bertenang. Ketika itu barulah dia tersedar ada beberapa orang di hadapannya. Seorang lelaki dan wanita seusia Asmah, mamanya dan seorang wanita muda.

" Anna tunggu sekejap",

" Berapa lama nak tunggu! Kalau boss tak nak hantar saya balik. Saya balik sendiri", kasar nada suara Anna Najla tidak peduli langsung dengan dua orang tua di hadapannya. Hilang langsung adab menghormati orang yang dijunjungnya selama ini.

" Okay. Okay. Saya hantar Anna balik sekarang",

Masuk sahaja ke dalam kereta terus dihamburkan tangisannya.

Amar Faris pula terdiam. Salahkah dia menemukan Anna Najla dengan Amjad hari ini. Amar Faris hanya mengikut kemahuan Amjad. Amjad yang sangat mahu bertemu dengan Anna Najla setelah melihat gambar Anna Najla bersama Amar Faris dalam majlis pernikahan Sofea kawan Amjad beberapa minggu lepas.

Akhirnya Amar Faris tahu cerita sebenar yang berlaku. Ketika Anna Najla pengsan tadi dia memaksa Amjad bercerita. Anna Najla menjadi mangsa rogol Amjad! Dan paling Amar Faris tidak boleh terima adalah keluarganya sengaja menutup cerita sebenar! Meletakkan kesalahan di bahu Anna Najla sedangkan Anna Najla lah mangsanya. Mainan dunia! Siapa yang berkuasa dialah yang mencapai kemenangan!

Kalaulah Anna Najla tidak menyebut tadi. Sampai mati pun dia takkan tahun Amjad menodai Anna Najla!

Amar Faris memberhentikan kereta di tempat selamat. Matanya memandang Anna Najla yang teresak-esak. Tidak sanggup melihat tangisan gadis itu, seketika terus ditarik tubuh Anna Najla ke dalam dakapannya. Anna Najla langsung tidak menolak malah makin kuat tangisannya. Bergema kereta itu dengan suara tangisannya.

Berbagai perasaan ada di dalam jiwanya. Sakit, perit, pedih, kecewa, marah, kesal sedih segalanya bercampur baur.

Amar Faris mengusap perlahan tubuh gadis itu. Memujuk perlahan. Ini kalaulah Anna Najla tersedar jangan haraplah dia akan merelakan dirinya dipeluk lelaki itu.

Lama. Sehingga Anna Najla menolak tubuh Amar Faris.

" Maafkan saya Anna. Saya tak tahu. Kalau saya tahu saya takkan bawa Anna jumpa dia. Maafkan saya",

Anna Najla diam.

" Saya tak nak balik pejabat",

" Lagi sepuluh minit je lagi waktu pejabat. Saya hantar Anna balik rumah. Okay?",

" Kereta saya?", dalam serabut masih teringatkan keretanya.

" Anna bagi kunci. Nanti saya tolong hantar ke rumah. Boleh?",

Anna Najla hanya mengangguk. Kepalanya sudah tidak boleh berfikir lagi. Kepalanya kusut!

Amar Faris memulakan pemanduan. Anna Najla di sebelah hanya diam. Amar Faris juga diam. Membiarkan Anna Najla dengan perasaannya.

Kurang ajar Amjad! Bentak Amar Faris dalam. hati.

" KAU ni memang binatang Amjad! Binatang", pekik Amar Faris kuat. Siang tadi dia sudah memaki hamun Amjad ketika Anna Najla pengsan tadi. Tapi selepas melihat kesedihan Anna Najla di dalam mereta tadi dan melihat wajah Asmah mama Anna Najla Amar Faris dirasuk amuk.

" Ya aku tahu. Cakaplah kau cakap apa Faris. Aku terima. Aku tahu aku salah",

" Kau patut meringkuk dalam penjara syaitan!", pekik Amar Faris lagi.

" Ris. Apa ni?", Mariam masuk ke bilik Amjad kerana terdengar amukan Amar Faris. Dia kenal benar dengan Amar Faris. Anaknya ini jarang sangat menunjukkan perasaan marahnya namun jika keluar amukannya Mariam pun takut.

" Apa ni? Mama cakap apa ni? Mama tahu anak mama ni rogol perempuan. Rogol anak orang",

Mariam terdiam. Bukan dia tidak tahu hal sebenar. Segalanya dia tahu. Tapi? Dia hanya bertindak mahu menyelamatkan anaknya!

" Manalah perikemanusiaan mama ye. Boleh mama biar je perogol ni terlepas. Kalau jadi pada anak mama. Jadi pada Aima pada Anis. Apa mama rasa ya?", Amar Faris terduduk. Siang tadi mama dan papanya tiada ketika dia membawa Anna Najla. Yang ada hanya Aima, Anis serta pembantu rumah. Juga dua orang anaknya yang sudah disuruh dibawa ke dalam bilik oleh Anis.

Fikirannya teringatkan Anna Najla. Mengenali gadis itu yang berperwatakan ceria. Penuh semangat. Rajin bekerja. Langsung tidak mengalah dengan apa pun cabaran. Rupanya dia menyimpan sesuatu? Rupanya apalah sangat dengan cabaran kerja jika nak dibandingkan dengan cabaran hidup dia. Anna..

" Selagi kau tak mati kau kena minta maaf dengan Anna. Amjad. Bukan kecil dosa kau pada dia Amjad. Dosa kau dengan Tuhan. Dosa kau dengan Anna", Amar Faris meninggalkan bilik itu.

Mahu memandang Mariam pun dia tiada hati. Mama pun sama! Ayah pun sama! Semua bersubahat. Tanggunglah dosa!

Amar Faris masuk ke bilik tidur Aisha dan Aira yang sudah tidur. Sudah lena sangat kedua anaknya itu. Ya Allah. Menitik Amar Faris. Bagaimana jika apa yang berlaku kepada Anna Najla berlaku kepada anaknya. Ya Allah jauhkan orang yang berniat jahat kepada anak-anakku Ya Allah.

Dahi Aisha dan Aira dikucup perlahan. Tiba-tiba Amar Faris teringatkan soalan Aisha siang tadi. Mama baru Aisha ke papa? Amar Faris ketawa kecil. Haih Aisha. Pandai tolong papa kan. Kalaulah Auntie Anna sudi jadi mama Aisha dan Aira papa takkan tolak sayang. Tapi.. tak mungkin itu akan berlaku sayang. Tentu Anna bencikan dia. Tentu Anna bencikan keluarganya. Kerana Amjad. Ya. Anna berhak merasa begitu.

Telefon dicapai. Mahu menghubungi Anna Najla. Namun hatinya ditahan. Amar Faris mengeluh. Tidak menyangka ini pula yang berlaku. Amar Faris masih berkira-kira mahu menghubungi Anna Najla. Mahu bertanya khabar? Atau apa?

ANNA Najla berdiri di tingkap biliknya yang dibuka. Amgin semilir menampar perlahan wajah Anna Najla. Wajahnya didongak memandang langit gelap. Tiada bulan. Tiada sebutir bintang pun kelihatan. Gelap. Kelam. Sekelam hatinya.

Ya Allah kenapa aku bertemu semula dengan dia Ya Allah.

Bertahun Anna Najlla cuba pulihkan dirinya dari trauma kejadian malam ini. Trauma turun naik mahkamah. Bertahun Nuqman cuba membantu menaikkan semangatnya yang hilang. Sehingga lelaki itu memilih menerima Anna Najla dalam hidupnya.

Tapi sekarang Nuqman dah tiada. Nuqman yang sanggup berjuang bersamanya. Nuqman yang sanggup menerima kekurangan dirinya. Apalah lagi ada pada seorang perempuan sepertinya jika maruah dirinya diragut lelaki berhati iblis!

Anna Najla mengeluh kasar. Amar Faris!
Tidak. Aku mesti berhenti kerja dari situ. Mesti! Aku tak mahu lagi ada kaitan langsung dengan lelaki durjana tu!

Anna Najla tidak mampu menahan air matanya lagi. Kepalanya sudah berserabut. Apa yang berlaku siang tadi. Tiba-tiba. Langsung dia tidak menduga.

Belum lagi dapat melepaskan diri daripada Nazzam. Sudahnya perkara lain pula yang datang. Am!

Ya Allah. Am belum tahu. Am belum tahu. Apa patut aku khabarkan pada Am? Kalaulah Am tahu siapa aku dapat ke dia menerima aku? Tentu tidak. Mana ada lelaki lagi yang akan menerima aku selain Nuqman. Nuqman yang bersama saat aku jatuh. Man! Anna takut Man. Anna takut.

Anna. Tenang Anna. Tenang. Tiada masalah dalam dunia ini yang tak dapat diselesaikan. Tenang. Tenang.

Air matanya mengalir laju. Ya Allah kuatkanlah hatiku Ya Allah. Kuatkanlah iman ku Ya Allah. Jangan kau biarkan aku hanyut dengan dugaan ini Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan Ya Allah.

Telefon di hadapannya berdering.

En. Amar.

Anna Najla hanya memandang. Tiada hati mahu menjawab pnggillan lelaki itu. Dia hanya mahu bersendiri saat ini. Dia mahu menenangkan diri.

Seketika mesej pula yang masuk. Anna Najla tetap membiarkan.

Mahu menelefon Adam Harith tapi jika lelaki itu menjawab panggilannya sekarang tentu Adam Harith dapat mendengar suaranya yang sedang menangis. Namun dengan Adam Harith dia tidak malu.

" Am", sapa Anna Najla usai menjawab salam Adam Harith.

" Kenapa ni? Hmm? Nazzam ada buat apa-apa pada Naj ke?", soal Adam Harith setelah mendengar ton suara Anna Najla seakan menangis.

" Tak", balas Anna Najla dalam tangis.

" Habis tu. Gaduh dengan mama?",

" Tak",

" Tak juga? Kena marah dengan boss?", teka Adam Harith lagi.

" Tak",

" Okay. Nangis dulu puas-puas. Am teman. Hmm",

Tangisan Anna Najla makin kuat. Berkerut dahi Adam Harith mendengar tangisan Anna Najla yang kedengaran sangat sedih sangat terluka. Namun Adam Harith hanya diam.

" Am", panggil Anna Najla beberapa ketika usai tangisnya reda.

" Ya sayang",

" Naj. Naj..", Ya Allah. Tidak. Aku tak boleh beritahu dia sekarang. Tidak. Belum masanya lagi. Belum masanya lagi Anna. Perkara ini kau perlu berhadapan. Ya. Kau perlu bersua muka. Nazzam? Ah lelaki itu juga tak perlu tahu.

" Ya sayang. Kenapa ni. Hmm? Beritahu Am siapa buat Naj sedih macam ni. Hmm?", pujuk Adam Harith.

" Naj tak nak kahwin dengan Nazzam", sengaja Anna Najla mencari alasan lainnya.

Adam Harith tersenyum.

" Naj mengantuk. Naj nak tidur",

" Ya lah. Jangan lupa wuduk sebelum tidur",

" Hmm",

Adam Harith menamatkan panggilan. Telefon semata-mata mahu diteman dia menangis? Haih Naj.

USAI menamatkan panggilan bersama Adam Harith, Anna Najla berlari anak mencari Asmah di bilik. Asmah sedang menyangkut kain telekung kerana baru selesai solat Isyak. Anna Najla masuk dan terus duduk di katil.

" Ma. Anna jumpa dengan lelaki tu tadi",

" Siapa?", Asmah berpaling memandang Anna Najla.

Lelaki mana lagi? Ramai sungguh lelaki dalam hidup anaknya. Adam Harith. Amar Faris yang menghantar balik tadi. Nazzam. Lagi? Siapa lagi yang dia tidak tahu?

" Amjad",

Asmah terkaku. Dia ingat nama lelaki itu! Dia teringatkan sesuatu. Terus teringatkan kejadian beberapa tahun dulu. Dan siang tadi?

" Dia adik boss Anna. Amar Faris yang hantar Anna petang tadi", Anna cuba bertenang.

Asmah terus menarik Anna Najla dalam pelukannya.

" Untuk apa Anna jumpa dia lagi. Hmm?" suara Asmah bergetar. Dia tahu mamanya sudah menangis.

" Amar bawa Anna jumpa dia. Dia nak minta maaf dengan Anna", tenang suara Anna Najla.

" Anak mama okay ke ni?" Asmah melepaskan pelukan bila mendengar Anna Najla tenang sahaja.

" Ma. Nazzam tak tahu Anna dah tak suci ma. Nazzam tak tahu. Tolonglah ma. Tolonglah. Tolonglah batalkan pertunangan Anna dengan dia ma. Tolonglah. Anna tak nak hidup dengan lelaki Ana tak sayang. Anna tak cinta ma. Tolonglah ma. Tolonglah. Anna merayu dengan mama",

Asmah terkaku. Dia mengangguk laju. " Maafkan mama sayang. Maafkan mama",

Dia terlupa. Dia terlupa anaknya pernah derita dulu. Bertahun cuba menaikkan semula semangat Anna Najla. Mujur sempat juga Anna Najla menghabiskan pengajiannya walaupun dalam keadaan hati yang terluka. Ya. Dia berterima kasih kepada Arwah Nuqman. Lelaki yang sanggup berjuang bersama anaknya. Walaupun tidak berada di pihak yang menang namun kesetiaan Nuqman sangat dipuji.

Anna Najla kelegaan saat menerima persetujuan Asmah. Ada hikmahnya apa yang berlaku siang tadi. Ya. Positif Anna. Postiif walaupun payah! Apa yang berlaku satu ujian. Ujian hidup untuknya. Menguji kekuatan imannya. Jika orang alim pun diuji apatahlagi manusia biasa. Terasa seperti satu beban yang dia pikul terlepas sudah.

Asmah melihat sahaja Anna Najla berlalu keluar. Asmah teringatkan kejadian siang tadi. Adam Harith datang ke rumahnya. Oh semuanya berlaku seperti bukan satu kebetulan.

" Saya tahu Naj pernah dinodai mak cik. Saya tahu",

Suara Adam Harith membuatkan Asmah hilang kata. Terdiam. Terkaku.

" Saya tetap nak Naj mak cik. Siapa pun Naj saya tetap nak Naj. Saya tak kisah apa yang pernah berlaku pada Naj dulu. Apa yang saya tahu saya nak bahagiakan Naj. Saya sayangkan Naj mak cik. Saya tahu salah saya datang meminta tunangan orang. Salah. Saya tahu salah. Cuma saya takkan diam diri selagi Naj tak berkahwin. Kalau Naj dah kahwin saya takkan ganggu dia mak cik", Adam Harith berterus terang. Inilah caranya yang terakhir. Jika mama Anna Najla nekad mahu mengahwinkan Anna Najla dengan Nazzam. Adam Harith sudah tidak boleh berbuat apa lagi.

Asmah termangu. Dia sebenarnya memang menolak Adam Harith kerana keupayaan lelaki itu. Sungguh. Dia tidak bohong kerana dia tak mahu anaknya berkahwin dengan lelaki cacat. Asmah merenung syiling.

Ya Allah. Bantulah aku membuat keputusan terbaik untuk anakku Ya Allah.

Anakku derita selepas dinodai. Anakku derita kehilangan Nuqman tunang tersayang. Berikanlah kebahagiaan untuknya. Rezekikan untuknya jalan kebahagiaan Ya Allah.

"

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience