BAB 3

Short Story Completed 54003

HIASAN dalaman banglo 2 tingkat anak Datuk Hamdan hampir 80 peratus siap. Anna Najla ada juga menghubungi Adam Harith bagi mendapatkan info tentang keselesaan golongan OKU di dalam rumah. Setiap cadangan Anna Najla dipersetujui dengan mudah oleh klien yanh tidak pernah dia bersua muka. Kalaulah kebanyakan kliennya begitu kan seronok. Senang kerja. Anna Najla tersenyum sendiri

Ketika bercerita kepada Adam Harith tentang kliennya yang sangat bekerjasama lelaki itu turut memuji Anna Najla kerana pandai melayan kehendak klien.

" Tinggalkan lagi kita masukkan perabot aras bawah sahaja", Anna Najla tersenyum memandang Hakeem.

" Anna. Klien kita ni misteri betul kan. Dah la tak pernah jumpa. Lepas tu senang je setuju dengan idea kita. Ke ni rumah kau Anna?",Hakeem mula mengesyaki sesuatu.

" Kau ingat aku anak datuk? Mampu beli rumah besar gedabak macam ni. Baba aku cikgu. Mama aku pun cikgu. Memang tak ada dalam senarailah rumah macam ni",

" Tapi itulah. Bab bilik tidur satu hal. Perabot pun nak kau pilih kan. Nampak tak ada sesuatu si situ", Hakeem tidak habis habis mahu meneka.

" Tak payahlah kau meneka dalam kesamaran Hakeem. Yang penting kerja kita siap. Payment dapat. Selesai", Anna Najla malas mahu pusing kepala memikirkan hal lainnya. Jika klien sukakan cadangannya lagi bagus. Bukan mudah mahu membuat klien berpuas hati. Silap silap penilaian 2 bintang pun klien kasi.

Anna Najla mahu naik ke atas dan menekan butang lif.

" Hoi, naik tangga jelah. Tingkat dua je kot" ,tegur Hakeem.

" Malas. Aku sayang lemak", Anna Najla tersengih memandang Hakeem.

" Teruk betullah perempuan ni",bebel Hakeem yang berdiri di tangga dan berjalan ke lif. Ketika Hakeem mahu masuk ke perut lif pintu lif sudah tertutup. Dia dapat mendengar dengan jelas ketawa Anna Najla sebelum lif benar-benar tertutup rapat.

" En Hakeem cepatlah sikit. Kita ni banyak lagi kerja nak buat ni", sengaja Anna Najla menjerit dari tingkat atas ketika sudah ada di atas. Bahagia sangat macam rumah sendiri dibuat nya. Mentanglah tuan rumah tiada.

" Kurang ajar kau kan", Hakeem yang sedang menaiki tangga mula membebel. Anna Najla ketawa bahagia.

Ada 5 bilik tidur di tingkat atas semuanya. Anna Najla masuk ke setiap bilik sehinggalah dia masuk ke bilik utama. Semua perabot dalam bilik itu lengkap semuanya. Anna Najla tersenyum melihat hasil kerjanya bersama team. Selama sebulan ini mereka bersungguh sungguh menyiapkannya.

" Hoi. Berangan bilik kau?",

" Kau ni Keem suka la sergah orang. Aku smack down baru kau tahu",

" Tak padan dengan kecil kan. Kau tu aku angkat satu jari je Tolak ke bawah tangga tu. Terus patah riuk",kasar gurauan Hakeem. Dengan Anna Najla memang dia tidak pandai berhalus kerana sikap wanita itu yang selamba dan jenis tidak mudah kecil hati.

" Gila!" marah Anna Najla.

PERLAWANAN Bola Sepak di Stadium Darul Makmur menyebabkan jalan raya malam ini sedikit sesak. Anna Najla baru pulang dari kerja terpaksalah menempuh kesesakan itu. Walaupun sabtu dia terpaksa kerja lebih masa hari ini kerana mahu menyiapkan projek rumah semi d di Kota Sas.

Apatahlagi kliennya kali ini terlalu cerewet. Pening Anna Najla mahu melayan. Tapi begitulah cerewet mana pun klien tetap dilayan dengan sebaiknya. Sepatutnya dia sudah boleh pulang petang tadi tetapi disebabkan klien tersebut masih belum berpuas hati dengan rekaanya Anna Najla terus stay back di pejabat.

Kebetulan juga Asmidar dan Nelly juga balik lambat jadi adalah teman. Dan mereka sempat juga makan malam di luar sebelum balik tadi. Asmidar masih bujang dan Nelly pula suaminya bekerja di luar pantai. Jadi jarang ada di rumah. Lagipula pernikahan mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata. Jadi bolehlah pulang lewat ke rumah.

Sampai di rumah usai mandi dan solat Isyak Anna Najla terus berbaring di katil. Sudah dimaklum kepada Asmah dia sudah makan di luar dan mahu terus tidur.

" Lambat balik. Banyak kerja ke?", suara Adam Harith sangat prihatin di pendengaran Anna Najla.

" Hmm", guman Anna Najla yang sebenarnya sudah sangat mengantuk. Matanya sudah dipejam. Hari ini dua kali dia keluar untuk site visit. Kebetulan juga rumah klien yang dia pergi itu jauh sedikit daripada bandar. Jadi penat usah cakaplah.

" Naj",

" Hmm",

" Esok..",

" Hmm", balas Anna Najla.

Adam Harith di talian sudah ketawa kecil. Dia belum menghabiskan kata lagi Anna Najla sudah membalas. Nampak sangat susah mengantuk.

" Naj" panggil Adam Harith

Diam.

" Naj",

Diam lagi.

" Selamat malam sayang", ucap Adam Harith perlahan dan terus menamatkan panggilan.

Tanggannya meleret di skrin telefon. Matanya terpaku pada gambar Anna Najla dan Nazzam di laman sosial sepupunya itu. Dia tahu Anna Najla sedang membuat rekaan dalaman rumah sepupunya. Namun Nazzam tidak tahu Adam Harith mengenali Anna Najla.

Hatinya diterpa cemburu melihat senyuman manis Anna Najla bersama lelaki itu. Walaupun bukanlah bergambar berdua namun dia mula terasa sesuatu apatahlagi apabila berjumpa dengan Nazzam semalam lelaki itu ada menyebutkan perihal Anna Najla. Adam Harith tiba-tiba terasa berada dalam keadaan insecure!

Aku mesti dapatkan dia!!

Tapi?

Tiba-tiba Adam Harith bagai hilang keyakinan pula.

" AM kau apahal." tegur Ibrahim rakan sekerjanya yang masuk ke bilik Adam Harith selepas habis waktu kerja di klinik.

Adam Harith sudah meletakkan jawatan di hospital kerajaan dan membuka klinik sendiri. Klinik sedia ada diambil alih oleh Adam Harith kerana kebetulannya pemilik klinik mahu berhijrah ke luar negara Semua itu cadangan daripada Datin Aishah yang tidak mahu anaknya terus bekerja di hospital kerajaan. Dia tahu beban kerja di hospital kerajaan dan kekangan fizikal anaknya. Pada awalnya memang Adam Harith menolak cadangan Datin Aishah tetapi apabila mengambil kira baik buruknya akhirnya dia bersetuju juga.

" Masa kau kahwin dengan Salwa dulu. Ada tak dapat tentangan dari keluarga?" tiba-tiba Adam Harith menyoal.

Ibrahim terdiam. Berkeriut keningnya pelik dengan soalan Adam Harith.

" Kenapa? Family dia tak suka kau ke?", soal Amar Harith dijawab juga dengan soalan oleh Ibrahim.

Ibrahim tahu Adam Harith dan Adora sudah berpisah sebelum dia kemalangan lagi. Berpisah kerana tidak tahan dengan Adora yang punya ramai teman lelaki. Oh. Bukan lelaki sahaja ada ramai teman wanita. Wanita pun ada begitu. Begitulah. Manusia kan ada berbagai ragam.

" Aku tak jumpa pun lagi family dia",

" Dah tu?"

" Kau tengoklah keadaan aku ni macam mana Ib Ingat senang ke family dia nak terima aku",

Ibrahim terdiam.

" Dia?",

" Aku pernah lamar dia. Tapi dia kata beri masa pada dia" cepat Adam Harith menjawab.

" Hubungan kau dengan dia pula macam mana sekarang ni? Maksud aku sepanjang selepas kau lamar dia tu dia okay ke dengan kau?",

" Okay. Okay sangat",

Ya. Dia dan Anna Najla setiap hari berhubung melalui telefon. Jika ada masa mereka akan keluar bersama. Tiada istilah Anna Najla cuba menjauhkan diri daripadanya.

" Berapa lama masa dia minta dengan kau?", banyak pula soalan Ibrahim.

" Tak cakap"

" Setahu aku kan. Perempuan ni kalau dia nak masa tu juga dia setuju. Tapi kalau dia minta diberikan masa maksudnya dia tak nak lah tu", lurus jawapan Ibrahim.

Adam Harith menarik glove dari kotak dan mencampakkan ke arah Ibrahim.

Ibrahim ketawa besar.

" Kurang ajar kau kan. Bukan nak support aku Nak down kan aku adalah",

" Okay. Okay. Gurau. Macam ni lah berdasarkan pengalaman aku yang pernah ada seorang girlfriend dan girlfriend aku itulah isteri aku sekarang. Haha. Aku rasa perempuan tu sebenarnya nak reject kau tapi tak sampai hati", pandai sahaja Ibrahim membuat telahan.

" Kalau setakat pengalaman kau dengan seorang perempuan tu langsung tak boleh pakai. Pergilah balik. Menyemak otak aku je", Adam Harith mencapai telefon dan mahu berlalu.

" Am. Tengoklah perempuan tu. Cun tak?, tahan Ibrahim.

" Kalau cun pun peluang kau dah tak ada. Berani la nak pasang lebih kalau nak kena cincang dengan Salwa",

" Cuci mata boleh lagi",

" Belakang beranilah", Adan Harith mencebik. Bukan dia tidak kenal Ibrahim yang takut bini! Ayatnya bukan aku takut bini tak takut aku!

USAI makan malam Adam Harith terus masuk ke dalam bilik. Ibu dan bapa saudaranya ibu dan ayah kepada Nazzam datang makan malam di sini. Tiada acara istimewa tetapi sengaja ibunya Aishah menjemput abang dan kakak iparnya itu makan malam di sini.

Hati Adam Harith sudah gundah gulana saat mendengar Marlia ibu Nazzam menyebutkan perihal Anna Najla tadi. Mahu tercabut jantungnya ketika Marlia menyebut nama gadis pujaannya.

Memuji kecantikan Anna Najla. Memuji sikap Anna Najla yang menghormati orang tua. Memuji hasil kerja Anna Najla. Dan paling membuat Adam Harith terkaku dan tersentak tadi.

" Nazzam berkenan budak tu",

Adam Harith terus mencapai telefon. Dia sudah tidak boleh menunggu lagi.

" Ya Am", jawab Anna Najla usai Adam Harith menjawab salam.

" Naj sibuk tak esok?",

" Esok Naj kerja macam biasa. Kenapa Am?", soal Anna Najla kerana dapat menangkap nada suara Adam Harith yang agak gopoh tadi.

" Am nak jumpa Naj. Bila kita boleh jumpa?",

" Esok Naj ada site visit dekat Sg Ular. Ada hal penting ke Am", soal Anna Najla.

" Tak. Am cuma rindu", rengek Adam Harith. Sungguh dia memang rindukan wanita itu.

Anna Najla terdiam.

" Naj",

" Hmm",

" Kita kahwin", lamaran kali kedua!

Anna Najla terus membisu. Dia sayangkan lelaki ini. Dia akui dia sayangkan Adam Harith. Tetapi dia masih belum bersedia memberitahu mama tentang Adam Harith. Dia takut jika mama menolak tentulah habis hubungannya dengan Adam Harith.

" Am. Naj kan minta masa dengan Am", perlahan suara Anna Najla.

" Sampai bila Naj", getar suara Adam Harith menghantar rasa sayu di hati Anna Najla.

" Naj..", Anna Najla hilang jawapan.

" Kalau Naj tak boleh terima Am, Naj cakap terus terang. Jangan buat Am tertunggu macam ni",
sudah 6 bulan selepas lamaran pertamanya. Anna Najla masih belum memberi jawapan.

" Kita jumpa mama dulu. Hmm?", Anna Najla tidak mahu menolak kerana dia juga sayangkan lelaki ini. Tetapi dia juga perlukan restu ibunya. Dia tidak mahu berkahwin tanpa restu mama. Dia memang agak konservatif bab itu.

" Bila?" Adam Harith tidak sabar.

Anna Najla ketawa." Am. Boleh tak sabar. Nanti Naj beritahu mama",

" Am takut Naj diambil orang", tanpa segan Adam Harith memberitahu isi hatinya.

" Tak ada orang nak Naj pun. Am je yang nak Naj", Anna Najla cuba menenangkan hati lelaki itu.

Adam Harith menyimpan tawa. Bohong! Dia tahu Nazzam sukakan Anna Najla. Dan dia tahu Amar Faris sahabatnya itu sukakan Anna Najla!

" Am cintakan Naj. I love you sayang", bisik Adam Harith.

Selama berbulan mereka berhubungan. Hubungan yang tiada pengisyiharaan cinta antara mereka. Hubungan yang terjadi tiba-tiba. Hubungan yang aku tahu kau sayang kan aku. Dan kau tahu aku sayangkan kau.

" Naj cintakan Am", balas Anna Najla. Gugup suaranya.

Bukan tidak pernah dia menyatakan cinta. Dulu dia pernah juga bercinta sehingga membawa kepada pertunangan tetapi penyatuan cintanya tidak kesampaian.

Mengistiharkan cinta kepada Adam Harith setelah berbulan mereka berhubungan. Bukan soal pengisyiharaan tetapi soal keihklasan memberi dan menerima cinta kepada lelaki berstatus istimewa itu.

Adam Harith mula kelegaan. Dia tahu Anna Najla juga cintakan dia. Tapi jika dia tidak mulakan masakan gadis itu akan mulakan.

" Kita jumpa mama. Am sedia nak jumpa mama Naj. InsyaAllah", Adam Harith tekad.

Dia tidak peduli apa sahaja keputusan ibu Anna Najla. Dia perlu mencuba. Dia tidak boleh berdiam diri sahaja. Dia juga mahu bahagia bersama sesorang yang dia cinta.

ASMAH agak terkejut melihat Adam Harith. Anna Najla langsung tidak memberitahunya tentang keadaan sebenar lelaki itu.

" Assalamualaikum mak cik ", sapa Adam Harith dengan senyuman di bibir.

" Waalaikumussalam. Jemput masuk ",balas Asmah ramah.

Anna Najla menolak kerusi roda masuk ke dalam rumah. Dia memandang Adam Harith sambil mengangguk perlahan dan minta berlalu ke dapur.

" Maaf mak cik. Am ambil masa mak cik hari ni", sopan suara Adam Harith.

" Tak apa. Naj dah beritahu Am nak datang hari ni",

" Saya datang ni ada hal penting nak bercakap dengan mak cik", dalam debar Adam Harith bersuara juga. Dia mula bercerita tentang kemalangan yang dialaminya tahun lepas sehingga keadaanya jadi begitu. Lumpuh seumur hidup!

Asmah hanya diam dan mendengar.

" Biarlah Am berterus terang mak cik. Am nak nikah dengan anak mak cik. Anna Najla",

Jelas riak terkejut terpamer di wajah Asmah. Dua hari lepas Anna Najla hanya memberitahu ada kawan lelaki ingin bertemu dengannya. Tetapi tidak sangka pula kawan lelaki itu lelaki yang berkerusi roda dan meminta untuk menikahi anaknya.

" Kami dah berkawan lebih enam bulan dah mak cik. Dah dua kali saya melamar Naj. Tapi Naj masih belum beri jawapan. Naj takkan terima saya selagi tak dapat restu mak cik. Saya datang sebab saya nak mak cik tengok diri saya keadaan saya yang sebenar. Saya tahu salah cara saya mak cik. Datang tanpa ibu bapa. Tapi saya ikhlas mak cik. Saya nak ambil Naj sebagai isteri saya. Saya cintakan Naj",

Asmah diam. Liur ditelan. Kepalanya sudah berfikir macam-macam. Anak muda ini mahu menikahi anaknya. Jika yang datang ini sempurna tidak mungkin Asmah menolak. Tetapi lelaki ini kurang upaya. Bagaimana mahu menjaga anaknya nanti.

Anna Najla yang berada di dapur hanya mendengar di balik dinding. Mahu menghantar air bimbang akan menggangu pula perbincangan Adam Harith dan ibunya.

" Am. Mak cik sebenarnya agak terkejut. Kita terus terang je ye. Anna tak pernah sebut pada mak cik tentang keadaan Am yang sebenar. Anna anak mak cik tentulah mak cik nakkan dia hidup bahagia dengan orang yang dia sayang. Tapi..",

" Am faham mak cik. Dengan keadaan Am tentu jadi beban pada Naj. Am tahu",

Asmah mengeluh perlahan. " Mak cik tak rasa hal ni boleh selesai hari ni. Mak cik kena bercakap berbincang dengan Anna. Mak cik harap Am faham ya", Asmah memandang wajah anak muda di hadapannya.

Adam Harith mengangguk dengan senyuman di bibir. Dia lega. Sekurang-kurangnya ibu ini tidak menolaknya mentah-mentah.

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience