BAB 15

Short Story Completed 54003

LAUK yang terhidang di meja makan semuanya lauk kegemaran Anna Najla dan Adam Harith. Adam Harith tersenyum sahaja melihat ikan patin masak tempoyak kegemarannya terhidang di depan mata.

" Banyaknya lauk mama masak",tegur Anna Najla mula duduk apabila melihat ada juga sambal sotong, pajeri terung, kacang buncis goreng dan
kerabu mangga.

" Makanlah. Nanti pantang kau tengok je la nanti semua ni",

Anna Najla ketawa mendemgar usikan Asmah.

" Anna pantang nanti. Abang Am pun kena pantang sekali ma. Kena makan menu sama yang Anna makan ", Anna Najla tersengih memandang suaminya.

Adam Harith menjeling.

" Nanti pantang mama kan tinggal rumah kita. Abang suruhlah mama masak sedap-sedap", usik Adam Harith sudah menceduk ikan patin ke pinggan lain yang dihulurkan ibu mertuanya. Tulang ikan patin keras nanti letak di oinggan nasi takut ada yang tercekik pula nanti. Itu pesan ibunya.

" Tak apa. Boleh. Tak ada masalah. Makan sedap banyak tenaga kan. Malam-malam abang lah bangun bila anak menangis",

Adam Harith merenung tajam dalam manja wajah isterinya.

Anna Najla tergelak kecil. Tahu lelaki itu cuba menahan rasa kerana berada di hadapan ibu mertuanya. Kalau mereka berdua sahaja te tu akan ada kata balas dari suaminya itu.

" Makanlah.", tegur Asmah.

Sambil makan mereka berbual. Anna Najla melihat suaminya yang berselera. Masakan mama tidak pernah tak sedap katanya. Pandai lelaki itu mengambil hati ibunya.

Usai makan tengah hari dan berehat Adam Harith menerima panggilan daripada Alias memberitahu mama Adam Harith jatuh bilik air. Mereka terus bertolak ke hospital dan Asmah juga turut ikut sama. Sampai di hospital mereka terus menuju ke wad.

" Macam mana boleh jatuh?", soal Adam Harith kepada Alias apabila melihat Aishah yang ketiduran.

" High blood pressure abang", jawab Alias.

Ya Adam Harith tahu mamanya ada masalah tekanan darah tinggi.

" Mama tak makan ubat la tu?", teka Adam Harith tahu mamanya yang culas makan ubat.

Walaupun dinasihati Adam Harith kesan jika tidak mengambil ubat mamanya itu langsung tidak peduli. Jika ada Adam Harith di rumah dulu dialah yang sibuk mengingatkan mamanya.

Beberapa ketika mamanya tersedar. Adam Harith, Anna Najla dan Asmah menghulur salam dan disambut Aishah. " Mama okay tak?", soal Adam Harith.

Aishah hanya mengangguk.

" Rehatlah ma", ujar Adam Harith perlahan. Mahu berbual panjang dia tidak mahu menggangu rehat mamanya.

" Terima kasih Kak As datang melawat saya", tutur Aishah memandang Asmah.

" Tak ada apa Aishah. Aishah tak sihat Kak As datang melawat. Semoga cepat sihat. Cepat keluar hospital", Asmah tersenyum sahaja.

Anna Najla kaku mahu berbual apa. Dia tahu Aishah bencikannya tetapi tidak mahu tunjuk di hadapan mamanya yang dia dan Aishah sedang berselisih. Namun dia berbasa basi juga.

Hampir setengah jam Adam Harith mengajak balik kerana mahu mamanya berehat. Anna Najla mendekat, menyalami dan mengucup wajah Aishah. " Anna balik dulu. Mama ada nak makan apa-apa. Esok Anna masakkan bawa ke sini",

" Mama tak ada selera nak makan", perlahan jawapan Aishah dengan wajah lemahnya.

Anna Najla faham maksud penolakan daripada mertuanya itu.

" Kalau mama ada apa-apa nak makan nanti mama call lah Anna ya", Anna Najla cuba mengawal perasaanya.

Aishah cuma mengangguk.

Adam Harith sedar isterinya sedang mengawal perasaanya. Cepat ditarik jemari Anna Najla dan diramas perlahan bagai mengalirkan kekuatan. Anna Najla tersenyum memandang suaminya. Oh abang.

Adam Harith meminta Malek menghantar ibu mertuanya pulang ke rumah. Tanpa turun dari kereta mereka bergerak pulang ke rumah pula.

" Sayang ada nak singgah mana-mana?", soal Adam Harith berpaling ke tempat duduk belakang apabila isterinya diam sahaja.

" Tak ada bang",

" Kita balik rumah teruslah Abang Malek",

Masuk sahaja ke dalam rumah terus Adam Harith memaut dan mengusap lembut jemari isterinya. " Sayang jangan putus asa. Kita beri mama masa ya", Adam Harith memandang wajah isterinya.

" Naj yang salah abang. Tentulah mama tak boleh terima Naj", Anna Najla mengulum senyum.

" InsyaAllah mama akan terima Naj. Ingat tak awal pernikahan kita mama dah sayang Naj. Siap boleh jadi best friend lagi. Mama tu sayangkan Naj. Abang tahu mama akan terima Naj. Kita sama-sama doa. Okay", Adam Harith terus memberi semangat.

Anna Najla yang duduk tadi bangun dengan senyuman di bibirnya dan terus memaut wajah Adam Harith. " I love you abang", tanpa amaran dikucup bibir Adam Harith.

" Tak takut Kak Mas nampak", soal Adam Harith dengan senyuman nakal kerana selalunya isterinya ini sangat menjaga perlakuan mesra mereka berdua.

" Takut", balas Anna Najla naif.

" Habis tu",

" Tak tahan. Abang nampak seksi sangat bila cakap macam tu tadi", Anna Najla tergelak manja.

" Seksi?", senyuman Adam Harith makin melebar.

" Hmm. Seksi sangat", sekali lagi Anna Najla mengucup bibir lelaki itu.

Adam Harith cepat menarik tubuh kecil isterinya ke ribaannya. Tanpa amaran dikucup bibir isterinya bagai tidak mahu dilepaskan. Membulat mata Anna Najla apabila melihat tubuh Masitah yang sedang melalui ruang tamu.

" Abang",Anna Najla terus menolak kucupan mesra si suami. Makin ditolak makin meliar pula kucupan Adam Harith.

" Kenapa?", soal Adam Harith dengan suara antara jelas dengan tidak apabila Anna Najla menekup mulut lelaki itu dengan telapak tangannya.

" Kak Mas lalu tadi", meleret suara Anna Najla.

Adam Harith ketawa besar melihat air wajah isterinya. Alahai sayang abang. Comel sangat!

" DATIN macam mana Anna?", soal Masitah ketika Anna Najla masuk ke dapur untuk makan malam.

" Alhamdulillah. Doktor pesan kena banyak rehat.Mama tu sibuk sangat dengan persatuan. Abang Am dah pesan jaga kesihatan tapi tulah",

" Yalah orang dah biasa sibuk. Mana reti nak duduk diam. Tapi orang tu bukan main lagi buat drama swasta petang tadi eh. Tak hormat langsung orang bujang macam Kak Mas ni?", usik Masitah.

" Hish Kak Mas ni. Janganlah sebut", Anna Najla menjeling Masitah.

Masitah ketawa. Lucu melihat wajah malu-malu isteri majikannya.

" Kak Mas nak tak kalau Anna kenalkan dengan Boss Amar?, mata Anna Najla membulat sambil tersenyum nakal.

Berkerut dahi Masitah. Lelaki golongan kayangan itu mahu dikenalkan dengannya. Tak beragak langsung Anna Najla ni. Dia siapa? Boss Amarnya itu siapa. Bukan Masitah tidak kenal dengan arwah isteri Amar Faris. Seorang pakar kulit terkenal. Doctor celebs.

" Tak usahlah memandai. Boss Amar tu orang ada-ada sayang oi. Kak Mas ni orang tak ada tak ada",

" Apa pula. Kak Mas pun cantik. Baik. Pandai masak. Pandai urus rumah. Pandai serba serbi lah",

Tergelak Masitah dengan pujian Anna Najla.

" Orang tu berkenan kan dia. Dia pula nak matchkan dengan kita kan",

" Anna dah kahwinlah. Eh. Syhhhh. Dengar dekat Am nanti jenuh Anna nak pujuk pak cik tu Kak Mas", Anna Najla menjengah kepala ke jenang pintu dapur. Mujur tiada lelaki itu di situ. Namun hanya seketika Anna Najla terdengar namanya dia dipanggil lelaki itu.

" Naj?, panggil Adam Harith.

Air wajahnya nampak bersahaja. Bukan dia tidak dengar bualan isteri dan pambantu rumahnya itu namun dia malas mahu mengubah mood kedua wanita itu.

" Jom makan", Anna Najla tersenyum memandang suaminya.

" Sayang masak apa?,

" Kak Mas yang masak malam ni", Anna Najla menjawab sambil berjalan ke meja makan.

" Okay", suara Adam Harith bernada kecewa.

" Am dah tak suka masakan Kak Mas ke?", soal Masitah.

" Bila pula Am tak suka masakan Kak Mas. Cuma dalam rumah ni masakan Kak Mas dah jadi nombor dua la lepas masakan Naj. Kak Mas ni buat tak faham pula", Adam Harith tersengih.

" Alasan yang agak munasabah", balas Masitah.

Anna Najla menjuih bibir seakan meragui kata-kata suaminya.

" Sayang suap", rengek Adam Harith manja.

" Jangan nak mengada", balas Anna Najla dan menyendukkan nasi ke pinggan suaminya.

" Kak Mas kena makan kat belakang ni rasanya", usik Masitah.

" Jangan nak mengada Kak Mas", Anna Najla memintas.

Adam Harith dan Masitah ketawa melihat jelingan Anna Najla.

" Atiya call tadi. Mama nak makan singgang ikan sayang masak",

" Ya ke?", soal Anna Najla tidak percaya.

" Atiya call sayang tadi. Abang angkatkan",

" Okay. Esok pagi Naj pergi pasar",

" Biar Kak Mas je la yang pergi. Naj tu dah tunggu hari je tahu", balas Masitah.

" Okay. Terima kasih Kak Mas",

AISHAH memandang wajah menantunya yang masuk ke dalam bilik wad. Anna Najla menghampiri dan menyalami ibu mertuanya.

" Am tak datang?", soal Aishah apabila melihat Anna Najla bersendirian.

" Abang Am sibuk dekat klinik ma. Abang lewat sikit ", jawab Anna Najla.

" Kenapalah si Am biar Anna yang tengah sarat ni datang seorang diri", bebel Aishah.

" Abang Malek yang hantarkan Anna ma. Anna tak memamdu sendiri pun. Abang Am dah tak bagi Anna memandu sekarang ni", Anna Najla cuba memberi penjelasan.

" Kata sayang bini", Aishah geram pula dengan anaknya.

" Ma. Abang Am tahu Anna datang sini dengan Abang Malek. Mama nak makan sekarang?" soal Anna Najla.

" Mama tu makan sikit je sarapan tadi sebab nak makan lauk singgang ikan Kak Anna masak. Nasiblah Kak Anna tak bersalin lagi. Kalau tak kempunan ", Atiya menjawab melirik pandang wajah mamanya.

" InsyaAllah selagi Anna tak bersalin mama nak makan apa Anna tolong masakkan. Kak Anna bawa lebih ni. Atiya pun boleh makan",

" Wah Kak Anna. Kak Anna ni memang kakak ipar paling terbaik dalam dunia la", Atiya yang duduk di sofa tadi terus bangun. " Sotong goreng kunyit favourite Atiya pun ada", Atiya sudah tersengih memandang Anna Najla.

" Ada. Kak Anna tahu Atiya suka. Marilah makan",

Atiya meninggikan kedudukan katil mamanya supaya lebih selesa untuk makan.

Sedang mereka makan datang doktor yang merawat.

" Wah Ada kenduri ke ni", sapa Dr Izzuddin memandang mereka bertiga..

" Sorry doktor mama baru nak makan", Atiya tersengih memandang doktor lelaki itu dan beberapa orang doktor lain di belakangnya.

" Its okay. Teruskan. Tapi bau singge tu buak sayo pun sero lapar jugok", seloroh Dr Izzuddin dengan longat Kelantan.

" Doktor orang Kelantan?", sapa Anna Najla teruja.

" Ya. Ore Tupak",

" Oh..sayo pun ore kelate jugok", Anna Najla juga turut bertutur dengan longat Kelantan.

" Kelate beloh mano",

" Pasir Mah",

" Sungguh la ore royak ore pasir mah come", puji Dr Izzuddin bersahaja memandang wajah Anna Najla. Mungkin maksud lelaki itu merujuk secara umum.

Anna Najla tersengih sahaja. Tidak menyangka lelaki itu akan memuji begitu. Segan juga dia. Ramah sangat pula doktor ni.

" Eh. Jemput makan doktor", pelawa Aishah.

" Tak apa datin. Teruskan", usai membuat pemeriksaan Dr Izzuddin dan kumpulannya keluar dari bilik wad tersebut.

Anna Najla terdiam apabila terpandang wajah serius ibu mertuanya. Tentu ibu mertuanya itu berasa kurang selesa dengan keramahannya tadi.

" Menantu mama memang comel. Perut tengah memboyot pun doktor tu berani lagi nak puji", Aishah nampak wajah serba salah menantunya.

" Sorry ma", pantas Anna Najla memohon maaf. Ibu mertuanya itu baru sahaja mahu berbaik dengannya. Berlaku pula kejadian begini. Ah. Dr Izzudin ni pun lah. Tak beragak nak berseloroh.

" Atiya yang comey lotey ni dia tak puji pulak. Kak Anna pula yang dipuji", Atiya merungut manja.

" Assalamualaikum", suara Adam Harith mematikan perbualan mereka.

" Waalaikumsalam", balas mereka bertiga.

" Kalau Abang Am ada tadi. Tak berani Dr Izz tu nak puji Kak Anna comel", selamba sahaja Atiya bersuara.

Anna Najla terdiam. Ah! Atiya. Suka hati kau je ya!

" Doktor mana pula berani kacau isteri abang", soal Adam Harith.

" Tak adalah abang. Saja si Atiya ni", cepat Anna Najla membalas.

" Dia tak nampak ke perut Naj yang memboyot tu?", nada suara Adam Harith jelas cemburu.

" Tak adalah abang. Atiya saja je usik abang", Anna Najla tidak mahu jika Adam Harith buat hal di hadapan Aishah.

" Jealous ke Abang Am?" usik Atiya.

Adam Harith hanya menjeling wajah Atiya.

" Kamu dah makan ke? Kalau belum marilah makan sekali", ajak Aishah.

" Dah. Adora kirim salam pada mama",

" Waalaikumussalam",

" Sedap Anna masak. Lama mama tak makan Anna masak", puji Aishah.

Awal pernikahan anaknya dengan Anna Najla memang Anna Najla selalu memasak di rumahnya bila bertandang. Tetapi sejak mengetahui tentang sejarah lama tentang menantunya itu dia jadi marah. Makanan yang disediakan menantunya itu langsung tidak disentuh. Jijik.

Apabila mendapat tahu niat asal Anna Najla mengahwini anaknya buat Aishah rasa anaknya dipermainkan. Makinlah dia marah dan bencikan menantunya itu.

Namun melihat betapa sayangnya Adam Harith kepada isterinya itu Aishah cuba menerima segala kekurangan menantunya. Ya lah. Anaknya juga tidak sempurna. Adam Harith sendiri dapat menerima isterinya mengapa tidak dia sebagai mertua menerima menantunya.

Dia tahu Adam Harith sayangkan Anna Najla. Anna Najla juga sayangkan Adam Harith. Ini perjalanan kehidupan suami isteri itu. Selagi anak menantunya berusaha untuk membina kehidupan rumah tangga yang lebih baik apa salahnya dia menyokong. Setiap orang juga ada salah silapnya.

" Ma. Anna minta maaf atas semua salah silap Anna ma", Anna Najla menghampiri Aishah yang sudah selsesai makan.

" Anna sayangkan Am?" soal Aishah.

Anna Najla mengangguk laju.

" Mama pun ada salah pada Anna. Mama tuduh Anna bukan-bukan. Mama dah tua mama lupa tak lama lagi mama akan mati",

" Mama jangan cakap macam tu ma",

" Mama cuma nak tengok anak menantu mama hidup bahagia sebelum mama tutup mata. Maafkan mama juga",

Anna Najla tidak dapat menahan diri. Dipeluk tubuh ibu mertuanya. Dia sudah menangis. Berbulan-bulan ibu mertuanya itu bencikannya. Berbulan dia cuba berbaik. Namun Aishah tidak pernah mengendahkannya.

" Maafkan Anna ma",

Keduanya terus menangis sehinggalah Adam Harith datang memaut pinggang isterinya.

" Sayang", panggil Adam Harith.

Atiya cuba menahan dari menangis sama. Dia tahu mamanya sukakan Anna Najla namun kerana peristiwa hitam itu mamanya membenci Anna Najla. Walaupun puas dipujuk mamanya itu Aishah langsung tidak peduli. Walaupun tahu cerita sebenar Aishah bagai sengaja membekukan hatinya.

Alhamdulillah. Akhirnya Allah buka pintu hati mamanya. Ya mungkin kerana peristiwa Anna Najla cuba menyelamatkan mamanya daripada kejadian ragut minggu lepas.

Hal itu langsung tidak diketahui Adam Harith. Semuanya atas permintaan Anna Najla. Luka di lengan kakak iparnya yang ditoreh peragut itu juga sebolehnya mahu dirahsiakan wanita itu. Entah bagaimanalah Anna Najla menyembunyikan luka itu dari pandangan Adam Harith?

ADAM HARITH tersenyum sahaja ketika masuk ke dalam rumah. Anna Najla menjeling penuh tanda tanya.

" Abang ni kan. Dari tadi senyum senyum Naj tengok. Ada apa-apa peristiwa menyeneronokkan yang Naj tak tahu ke?",

" Mama dah terima Naj. Mestilah abang happy sayang",

" Oh sebab tu. Ingat sebab apa tadi",

" Tapi magic kan. Mama tiba-tiba boleh berubah",

" Berkat doa. Berbulan dah mama marahkan Naj. Berkat doa kita semua. Allah buka pintu hati mama",

" Ya. Doa itukan senjata orang mukmin.
Malam ni sayang rehat-rehat je okay. Sayang kan tunggu hari je. Hari ni dah berjalan banyak. Abang bimbang baby keluar malam ni je",

" Abang. Janganlah buat Naj takut", rengek Anna Najla.

" Abang kan ada. Abang kan nak sambut baby kita sama-sama. I cant wait sayang", perut Anna Najla dikucup penuh kasih sayang.

" Kasihan Abang Malek. Naj yang nak bersalin Abang Malek pula yang kena stay kat sini",

Adam Harith terdiam dan berlalu tiba-tiba.

" Naj minta maaf. Naj tak maksud kan apa-apa. Abang. Maaf", Anna Najla baru tersedar dia sudah tersalah cakap. Tentulah Adam Harith akan terasa seakan dia suami yang tidak dapat membantu isterinya.

" Abang. Naj minta maaf. Naj tak sengaja", Anna Najla berjalan mengikut pergerakan Adam Harith ke pintu lif.

" Itu je yang mampu abang buat Naj. Abang nak dukung Naj. Abang nak bawa Naj masuk dalam kereta. Abang nak drive bawa Naj ke hospital abang tak mampu", lirih suara Adam Harith apabila mereka di dalam lif. Bohong jika dia tidak terkilan kerana keadaan dirinya.

" Abang. Maaf. Naj hargai apa abang buat untuk Naj. Naj hargai semuanya. Naj tak maksud pun nak buat abang terasa",

" Kalau abang..",

Melihat pintu lif yang terbuka cepat Adam Harith keluar.

" Abang", Anna Najla menghentikan gerakan kerusi roda. Namun Adam Harith terus menggerakkannya sehingga masuk ke dalam bilik.

Anna Najla termangu. Oh. Kenapalah mulut kau Anna Najla! Adam Harith terus membisu.

Malam itu usai makan Anna Najla lambat naik ke bilik. Adam Harith yang menunggu mula hilang sabar dan segera turun ke bawah. Seminggu ini dia perasan yang Anna Najla mesti akan mengambil masa untuk naik ke bilik.

Suara Anna Najla dari bilik Masitah membuatkan gerakan kerusi rodanya terhenti.

" Kak Mas pelik. Takkanlah Am langsung tak perasan yang Anna luka ni?",

" Anna pandai soroklah Kak Mas. Kalau tak jenuh juga. Tangan Anna tercucuk jarum masa menyulam pun dia dah bising macam terputus jari. Tapi berbaloi Anna luka Kak Mas. Mama selamat. Hari ni mama pun dah maafkan Anna. Alhamdulillah Aaminn", Anna Najla meraup wajahnya dengan senyum lebar.

" Kalaulah Am tahu ni. Tak tahulah ya",

" Anna bukan sengaja nak rahsiakan. Anna tak nak Am bimbang",

" Bimbangkan apa Naj?", terjah Adam Harith tidak sabar apabila pintu dikuak kasar.

Anna Najla dan Masitah yang duduk terus berdiri. Sangat terkejut air wajah mereka.

" Apa lagi yang Naj sorokkan dari abang. Tak habis-habis lagi ke sorok sesuatu dari abang Anna Najla? ", serius wajah Adam Harith.

" Anna luka nak selamatkan Datin", Masitah bersuara. Dia tidak sanggup melihat Anna Najla dimarahi lagi.

Berkerut dahi Adam Harith. " Apa yang berlaku sebenarnya Naj?",

" Naj..",

" Cakap Naj. Cakap",

" Naj luka sikit je masa nak selamatkan mama kena ragut. Mama okay. Naj pun okay",

" Kenapa tak ada seorang pun beritahu abang Naj yang selamatkan mama?", Adam Harith tahu kes mamanya hampir diragut. Namun tiada siapa yang memberitahu Anna Najla yang menyelamatkan mamanya. Pandai benar mereka semua sembunyikan dari pengetahuannya.

" Benda penting macam ni pun Naj nak sorokkan dari abang. Abang ni apa Naj. Hmm? Abang ni bukan suami Naj ke? Sebab abang macam ni Naj ingat abang tak guna. Hah?", selar Adam Harith merenung tajam wajah isterinya.

" Abang. Naj okay. Naj tak ada apa pun. Luka sikit je?",

" Luka sikit je? Patutlah seminggu ni bila abang nak.. ", Adam Harith terdiam pula apabila teringat Masitah ada bersama." Naik. Kita bincang dekat bilk",

Adam Harith terus berlalu tanpa menunggu.

" Kak Mas dah cakap jangan berahsia. Anna tahukan Am sayangkan Anna. Naik. Anna cakap elok - elok ya", Masitah mengusap perlahan bahu Anna Najla.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience