BAB 16

Short Story Completed 54003

SUASANA dalam bilik sunyi sepi. Anna Najla takut mahu meneruskan perbualan yang terhenti di bawah tadi. Tuhan sahaja yang tahu betapa takut rasa hatinya. Melihat wajah tegang Adam Harith di hadapannya makin menggerunkan hati Anna Najla. Dia menunggu sahaja Adam Harith memulakan perbualan. Melihat pergerakan Adam Harith ke balkoni dia berjalan mengekori lelaki itu.

" Abang bagi peluang untuk Naj jelaskan semuanya" Adam Harith yang sedang mengadap suasana malam di balkoni bersuara. Bulan purnama yang sedang mengambang indah langsung tidak menarik perhatiannya. Bunyi burung pungguk yang memecah sepi malam juga bagai dengar tidak dengar sahaja. Selalunya di sinilah dia memadu cinta dengan isterinya. Menikmati keindahan malam.

Anna Najla melabuhkan punggungnya di kerusi besi. Matanya memandang belakang tubuh suami. Mahu mendekat dan menyentuh lelaki itu dia gusar pula ditegah. " Mama kena ragut. Kebetulan Naj ada dekat situ. Naj cuma nak tolong mama je. Tapi peragut tu cederakan lengan Naj. Itu je bang", Anna Najla membalas tenang.

" Tapi masalahnya kenapa Naj tak beritahu abang?", serius suara Adam Harith memusingkan kerusi roda mengadap isterinya.

" Naj tak nak abang bimbang. Lagipun sikit je lukanya",

" Naj isteri abang. Suami mana tak bimbangkan isteri dia Naj. Naj mengandung. Lagilah abang bimbang kalau apa-apa jadi pada Naj. Atau abang ni memang tak penting pada Naj? ",

" Penting", sepatah jawapan Anna Najla.

" Kalau abang ni penting pada Naj. Naj takkan sorokkan dari abang", jelas ada nada kekecewaan pada suara Adam Harith.

" Naj..",

" Abang tak tahulah apa yang Naj fikir sebenarnya", suara Adam Harith berbaur terkilan dengan tindakan isterinya.

" Naj tak apa-apa abang. Naj okay",

" Kalau Naj tak okay macam mana. Kalau Naj cedera teruk. Kalau jadi apa-apa pada Naj pada anak kita macam mana?", Adam Harith terus menyerang.

" Abang. Kalau abang di tempat Naj. Abang akan biar je ke mama Naj dalam kesusahan macam tu?", Anna Najla cuba merasionalkan suaminya.

" Sayang. Abang tahu sayang tak boleh tengok orang dalam kesusahan. Abang faham", Adam Harith menarik tangan isterinya. Kemudian diselak lengan baju Anna Najla di sebelah kiri. Kemudian membelek luka di lengan isterinya. Alhamdulillah. Lukanya mula sembuh. Matanya terus memandang wajah Anna Najla.

" Terima kasih selamatkan mama abang", redup mata Adam Harith memandang wajah isterinya.

" Mama abang mama Naj juga abang",

" Seminggu ni Naj mengelak abang peluk Naj sebab ni? Sebab tak nak abang tahu?", soal Adam Harith kerana seminggu ini Anna Najla memberi alasan panas! Tidur dalam pendingin hawa pun masih panas. Namun Adam Harith percaya sahaja kerana dia tahu perubahan hormon ibu mengandung.

Anna Najla terdiam.

" Naj tahukan abang sayang Naj kan. Tolong. Lepas ni jangan rahsiakan apa-apa lagi pada abang. Tolonglah. Apa-apa yang berlaku pada Naj biar abang orang pertama yang tahu. Boleh sayang? ", Adam Harith memaut wajah Anna Najla supaya terus memandangnya.

Anna Najla diam.

" Abang tanya boleh tak ni", meleret suara lelaki itu.

" Boleh. InsyaAllah", Anna Najla tersenyum.

Adam Harith mengeluh perlahan. " Jangan abaikan abang Naj",

" Tak. Naj tak buat macam tu. Maafkan Naj",

Adam Harith menarik Anna Najla dalam pelukannya. " Babies. Tolong pesankan pada mama ni. Jangan buat papa macam papa ni tak ada dalam hidup mama",

" Abang", Anna Najla terkedu. Terusik dengan kata-kata suaminya.

" Pesan pada mama. Papa sayang mama. Jangan buat papa bimbang lagi",

Anna Najla membalas pelukan suaminya. Maafkan Naj abang. Maafkan Naj.

" Malam ni jangan bagi alasan Naj panas lagi. Abang terseksa tahu bila tidur tak dapat peluk Naj", rengek Adam Harith manja.

" Jangan nak bohong. Abang dah tidur abang peluk Naj. Ingat Naj tak sedar. Naj sejuk sebenarnya. Abang pasang aircond kuat. Naj mana tahan sejuk-sejuk",

" Dah tak tahan sejuk siapa suruh mengadu panas", perli Adam Harith mengusik. Pipi isteri dielus dan dikucup lembut.

Mahu melampiaskan marah pada awalnya tetapi apabila melihat redup wajah isteri dan keadaan isterinya yang sedang mengandung buat Adam Harith hilang marahnya.

Oh sayang. Tollonglah. Jangan buat abang macam ni lagi.

SENYUMAN di bibir pucat Anna Najla dibalas Adam Harith. Dia menghampiri lalu mengucup dahi isterinya. Dia dapat menyambut sama kelahiran isterinya di bilik bersalin tadi. Mengalir air matanya saat melihat kembar selamat dilahirkan. Tidak putus ucapan terima kasih, ucapan kasih ucapan sayang ucapan cinta lelaki itu di bilik bersalin beberapa jam tadi.

" Assalamualaikum sayang", ucap Adam Harith perlahan.

" Waalaikumsalam",senyuman terus terukir di bibir isterinya.

" Naj nak baby abang", perlahan suara Anna Najla.

" Sayang dah kuat ke ni?", soal Adam Harith prihatin.

Anna Najla mengangguk perlahan. Adam Harith mengambil anaknya yang sudah ada di katil bayi dan dibawa ke dukungan isterinya.

" Handsomenya anak mama", Anna Najla tersenyum melihat wajah anaknya yang ketiduran.

" Mestilah handsome macam papa kan",

" Alamak. Papa perasanlah sayang",

" Bukan mama ke yang selalu puji papa handsome",

" Papa salah dengar tu", usik Anna Najla terus merenung wajah anaknya. Dahi anaknya dikucup perlahan.

" Papa jealous. Mama tak nak pandang dah muka papa ni. Asyik pandang muka baby je", rengek Adam Harith memandang anaknya seorang lagi.

Anna Najla tergelak manja. " Baru sehari sayang mama ni keluar papa dah cemburu dengan baby. Apalah papa ni kan. Dengan baby pun nak cemburu. Cakap dengan papa tu. Mama sayang sangat pada papa walaupun ada baby", Anna Najla melirik memandang wajah Adam Harith. Lelaki itu sudah tersenyum.

Lama mereka berbual sehingga Aishah dan Ahmad sampai.

" Mari sini sayang cucu nenek", Aishah sudah senyum lebar. Aishah dan Ahmad masing-masing mendukung cucunya. Tak ada isu berebut cucu.

" Mama bawa balik boleh?, soal Aishah.

" Eh. Ini cucu kita bukan anak kita Aishah oi. Nak bawa balik kena mengandung lagi lah", senda Ahmad memandang isterinya.

" Jangan nak menggatallah abang oi. Cukuplah orang muda je beranak", bilik itu riuh dengan ketawa mendengar jawapan Aishah.

Hampir setengah jam barulah Aishah dan Ahmad pulang.

" Sayang rehatlah",Adam Harith bersuara sambil mengelus jemari Anna Najla usai isterinya itu menyusukan anak mereka.

" Abang baliklah. Mandi berehat. Naj okay",

" Abang tunggu mama sampai semula abang balik", jemari isterinya dikucup perlahan. Matanya merenung wajah isteri.

" Kenapa tengok Naj macam tu", berkerut dahi Anna Najla melihat pandangan wajah Adam Harith yang bagai mahu tembus ke wajahnya.

" Sebelum ni abang pernah sambut kelahiran anak orang lain. Tapi bila nak sambut anak sendiri. Ya Allah bimbangnya abang pada sayang pada anak kita. Sejuta kali abang ucap terima kasih pun takkan terbalas segala kesusahan sayang mengandungkan dan melahirkan anak kita", renungan Adam Harith dibalas dengan senyuman. " I love you sayang", jemari Anna Najla dikucup lagi.

" Love banyak mana tu?", sengaja Anna Najla mengusik.

Adam Harith tertawa. ", Tak terhitung sayang",

" Terima kasih juga pada abang selama ni jaga Naj dengan baik. Selalu sayang Naj. Walau apa pun Naj buat pada abang. Abang selalu sabar selalu maafkan Naj", pipi Adam Harith ditekap perlahan.

Renungan mata mereka bersatu menyampaikan rasa kasih rasa sayang dan rasa cinta mereka.

" Ops. Bahaya ni sayang. Abang takut abang tak dapat kawal diri",

" Kalau macam tu duduk jauh dari Naj",

" Sayang ingat abang boleh jauh dari sayang. Hmm?",

Anna Najla tertawa. Oh Adam Harith.

KUNJUNGAN Nelly, Hakeem dan Asmidar petang itu menceriakan rumah besar itu. Adam Harith membiarkan sahaja kawan-kawan isterinya berbual tanpanya. Tadi dia duduk sekejap di ruang tamu itu pada awal kedatangan mereka.. Kemudian dia minta beredar memberi privasi kepada isterinya untuk berbual bersama bekas rakan sekerjanya. Lama tidak berjumpa tentulah banyak hal yang mahu dibualkan.

" Aduhai. comelnya dia Anna. Pinjam awa balik boleh?", Asmidar bersuara melihat wajah comel Umar dan Uthman.

" Beranaklah sendiri. Nak anak orang pula", Hakeem menjeling Asmidar.

" Eh. Bagi Asmidar seorang aku seorang Anna", Hakeem pula meminta.

" Tadi cakap dekat aku bukan main lagi", marah Asmidar perlahan.

Anna Najla ketawa lucu melayan dua orang itu.
" Hakeem. Kau dengan Nurlaila macam mana?", soal Anna Najla apabila terdengar desas desus dua orang itu sedang bercinta sakan.

" Kami nak bertunang bulan depan", Hakeem tersengih.

" Alhamdulillah. Ada juga orang nak dengan kau Keem kan", Anna Najla mengusik.

" Kau ingat aku tak laku ke mak cik", marah Hakeem menjeling manja.

Anna Najla ketawa. Hakeem cuma seorang lelaki yang berperwatakan lembut sahaja. Dan lembutnya itu bukanlah dibuat-buat. Memang semula jadi. Tetapi daya fikirnya daya fikir seorang lelaki. Tegas bila membuat keputusan dan seorang yang sangat bertanggungjawab.

" Laila kirim salam. Dia nak datang tapi mak saudara dia masuk wad",

" Waalaikumsalam",

" Boss Amar tak datang?" soal Asmidar.

" Ada 3 hari lepas. Dengan anak-anak dia", Anna Najla menjawab bersahaja.

" Kalau aku dapat suami kaya macam Anna aku pun nak duduk rumah layan suami dengan anak-anak je. Penat layan klien ni", adu Asmidar. Kemudian dia menceritakan tentang seorang pelanggannya berkerja sebagai akauntan yang sangat cerewet. Cerewetnya buat Asmidar pening kepala dan panas hati. " Nasib baik kawan boss. Bujang. Handsome pulak tu. Kalau tak memang buat gaduh", Asmidar tersengih.

" Gatai hang no. Hang kalau handsome terus cayak no", marah Nelly.

Meletus ketawa mereka semua mendengar Nelly membebel dengan loghat kedah.

" Yalah mana tahu. Siap landskap dia ajak aku kahwin. Lalalalala", Asmidar menyanyi senang hati.

" Perasan!", Nelly dan Asmidar memang begitulah. Tak habis mahu bergaduh. Gaduh-gaduh manja.

Usai minum petang yang disediakan Masitah mereka mahu pulang. Asmah keluar dari dapur apabila mereka semua mahu balik Awal tadi dia juga turut serta. Tapi segera ke dapur menyiapkan minum petang.

" Sedap mee kari mak cik buat. Mak cik buka tempahan tak?" soal Hakeem.

" Kenapa? Nak order majlis tunang kau ke Keem", soal Anna Najla.

" Ya. Kalau mak cik sanggup", bersungguh Hakeem bersuara.

" Mak cik masak campak campak je Keem. Makan sendiri bolehlah",

" Ala. Baru ingat nak tambah menu",

Asmah ketawa lucu.. Haih mana lah dia larat nak masak makanan untuk ramai orang.

" Lama betul berborak. Macam tak ingat nak balik", Adam Harith mendekati isterinya yang mula duduk di ruang tamu setelah semua tetamu pulang.

" Abang ni kan. Jahat mulut tu tau", rengek Anna Najla manja menepuk bahu suaminya. Tahu suaminya cuma bergurau.

" Ya lah. Lama abang tunggu",

" Tunggu apa? Hmm?", sengaja Anna Najla memandang manja dengan suara menggodanya.

" Anna Najla. Behave yourself. Anna tu belum habis pantang lagi ya . Baru dua minggu. Tolong jaga kelakuan dan tutur kata dengan abang",

Anna Najla sudah ketawa. Lucu melihat wajah serius suaminya.

" Isnin depan abang masuk klinik. Sayang okay?"

" Okay. Mama ada jangan risau. Abang ni risau sangatlah. Naj dah kuat dah",

" Okaylah kalau macam tu. Abang cakap nak cuti tiga minggu hari tu kan. Tapi terlupa Ibrahim nak pergi umrah. Jadi abang kena masuk awal sikit",

" Tak apa abang. Abang pergi kerja. Kerja tenang-tenang okay. Naj dengan anak-anak okay. Mama ada. Kak Mas ada. Kak Aulia dari confinement centre pun ada abang sayang",

" Okay", Adam Harith tersenyum manja.

SAMPAI sahaja ke klinik Adam Harith terus menghubungi isterinya seperti selalu. Panggilan diangkat oleh Anna Najla dengan ucapan salam.

" Abang rindu",

Anna Najla tergelak manja. " Abang sedar tak. Tak sampai satu jam pun lagi abang keluar dah rindu",

" Ya. Abang rasa nak balik rumah dah ni",

" Jangan ikutkan perasaan sangat papa. Papa kerja tenang - tenang okay. Umar dengan Uthman okay je",sengaja Anna Najla menggunakan nama anak-anaknya.

" Anak-anak masih tidur?",

" Ya abang. Apa lagi mereka nak buat. Tidur ajelah", Anna Najla ketawa kecil. " Okay sekejap lagi mama hantar gambar kembar okay",

" Okay. Abang nak mula kerja dah ni",

" Okay abang. Love you. Muah", Anna Najla mengucup skrin telefon. Tersengih Adam Harith puas hati. Seketika selepas menamatkan panggilan mesej whatsapp masuk.

Adam Harith membuka notifikasi. Lebar senyuman Adam Harith melihat wajah anak-anaknya.

Umar Uthman sayang papa. Papa kerja tenang2 okay. Emoji love.

Mana gambar mama. Balas Adam Harith laju.

Anna Najla yang menerima mesej suaminya tergelak besar. Namun cepat ditutup mulutnya.
" Haish. Mengada betullah papa awak berdua ni. Ada awak berdua makin manja pula eh", bebel Anna Najla di hadapan anaknya.

Anna Najla mengambil gambar wefie bersama anak-anak kemudian dihantar kepada suaminya.

Adam Harith yang menerima mesej melebar senyumannya.

Tak ada caption pun - Adam Harith membalas.

Anna Najla menepuk dahi. Oh cik abang. Tadi nak gambar. Lepas tu nak caption pula.

We love you so much papa. Muah. Muah. Muah - Anna Najla membalas.

Adam Harith tersengih dan menciumi wajah kesayangannya.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana kebahagian ini.

Papa pun sayang cinta hati papa - Adam Harith.

Anna Najla pula yang tersenyum. Teringat pula kejadian sebelum suaminya itu keluar pagi tadi. Entah berapa kali dicium wajah si kembar.

" Abang nak pergi kerja tak ni? Lama dah Abang Malek tu tunggu abang",

" Nak. Tapi rasa nak bawa budak berdua ni dengan abang",

" Tolonglah papa", Anna Najla mengerling suaminya.

" Dua minggu abang dengan sayang dengan anak-anak rasa malas nak pergi klinik",

" Kalau macam tu pindahkanlah klinik abang tu tepi rumah ni",

" Perli abang ke?",

Anna Najla tergelak dan datang memeluk suaminya. Rambut yang terjuntai di dahi Adam Harith disebak perlahan. Kemudian dikucup dahi itu. Lama.

" Tak perlilah. Mana ada Naj perli abang", wajah Adam Harith dipaut perlahan. " Naj tahu abang sayang Naj. Sayang anak-anak. Tapi kalau abang tak kerja siapa nak bagi kami makan pakai semualah. Naj dah lah tak kerja juga", perlahan suara Anna Najla mahu memujuk suaminya yang terlalu mengikut perasaan.

" Kena pergi kerja juga la ni?" soal Adam Harith naif.

" Ya abang. Nanti papa balik kami sambut papa. Okay?", bibir suaminya dikucup sekilas.

" Naj layan abang macam ni makin buat abang tak nak pergi kerja",

" Haaa sudah. Naj dah salah teknik dan percaturan ke ni?",

Adam Harith ketawa besar.

" Anna. kau berangan apa. Kak Aulia panggil dah tu",

" Ya ma. Ya. Anna datang sekarang", Anna Najla bangun dari sofa.

" ASSALAMUALAIKUM papa", sapa Adora dengan senyuman manis di bibirnya. Adam Harith lewat masuk hari ini. Tapi klinik mereka masih lagi belum menerima pesakit.

" Siapa papa you. Anak I ada dekat rumah", serius nada suara Adam Harith sengaja mengusik Adora.

Adora ketawa. " How's baby and Anna?",

" Okay. I yang tak okay. Belum apa-apa dah rindu anak",

" Oh. Drama. Papa sedunia sangat kan", senda Adora. sambil menaikkan bola matanya.

" I nak balik lunch nanti",

" Okay. Faham boss. You kan boss nak cuti terus pun boleh",

" Perli I?",

Adora ketawa. " Okaylah I nak sambung kerja", Adora mahu keluar.

" Dora", panggil Adam Harith.

" Yes boss", dia yang sudah memegang tombol pintu berpaling mengadap wajah Adam Harith.

" Amar kirim salam",

Berkerut dahi Adora. Amar? Siapa? Macam pernah dengar.

" Kawan I yang datang lawat Naj hari tu",

" Waalaikumussalam. Ohho. Duda hot tu?", soal Adora menjongketkan keningnya.

" Hot ke?",

" Hot la dari you", Adora segera keluar dalam tawa seronok mengenakan Adam Harith.

Ada aku kisah. Aku hot di mata Naj cukuplah.

Adam Harith sudah berada di dalam kereta ketika menerima panggilan dari Amar Faris.

" Am. Kau tolonglah pujuk Anna",

" Pujuk. Kenapa?",

" Amjad nak jumpa Anna",

" Tapi Anna kan masih dalam pantang lagi Amar", Adam Harith agak keberatan dengan permintaan sahabatnya itu.

" Ya aku tahu. Kau cakaplah dengan Anna. Anna nak datang atau tidak terpulanglah. Aku faham",

Adam Harith mengeluh kasar.

Mahu temukan Anna Najla dan Amjad. Adam Harith bingung seketika. Mahu ke isterinya itu bertemu dengan Amjad sekali lagi. Bukan Adam Harith tidak tahu Anna Najla pernah bertemu lelaki itu dulu. Terkejut sehingga pitam. Amar Faris yang menceritakan padanya baru-baru ini. Ini sudah kali ke berapa Adam Harith dipujuk Amar Faris. Namun kerana isterinya itu baru sahaja lepas bersalin dia langsung tidak menyuarakannya kepada isterinya. Fikirnya biarlah Anna Najla habis pantang dahulu kerana emosi perempuan selepas bersalin agak sensitif dan sangat perlu dijaga.

Sampai sahaja ke rumah terkejut bukan kepalang Anna Najla melihat suaminya di hadapan pintu.

" Abang tak cakap pun nak balik lunch. Rindu anak punya fasal eh?",

" Rindu mama anak", balas Adam Harith bersahaja sambil memaut jemari isterinya.
" Sayang dah makan?",

" Belum. Kak Mas dengan mama tengah masak lagi tu. Kalau abang cakap abang nak balik Naj boleh minta Kak Mas masak awal sikit tadi",

" Tak apa. Abang boleh tunggu",

Langkah mereka menghala ke bilik. " Sayang papa tidur lagi?", ujar Adam Harith apabila melihat kedua dua anaknya yanh masih lena di dalam katil bayi.

" Baru lepas menyusu tadi", jawab Anna Najla.

Adam Harith mahu menciumi anaknya namun teringat dia baru balik dari klinik.

" Abang nak mandi la dulu. Kalau tak mandi tak boleh kiss baby",

Anna Najla tergelak. Haish Adam Harith. Selalunya mana pernah suaminya itu balik makan tengah hari. Dia selesa lunch bersama kawan-kawannya kerana kesuntukan masa. Atau Anna Najla yang akan keluar untuk makan tengah hari bersama lelaki itu di kedai berdekatan dengan klinik. Hari ini hari pertama bekerja selepas bercuti kerana Anna Najla bersalin tup tup sudah ada di hadapan pintu. Nampak sangat jiwa ayah ayah.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience