BAB 11

Short Story Completed 54003

ADAM HARITH melihat sahaja Anna Najla bertinggung di tepi tali air dengan batang kail di tangannya. " Tak sangka sayang abang pandai mengail", Adam Harith yang duduk di kerusi roda leka melihat wajah isterinya yang merenung air.

Anna Najla berpaling dan tersenyum manja. " Terima kasih bawa Naj balik sini", Anna Najla masih tersenyum. Memang minatnya mengail ikan kerana zaman kecil dulu selalu mengikut datuknya mengail di tali air.

" Yeay dapat", terus Anna Najla berdiri dari duduknya. Tangan digapai mencapai tali kail. Kemudian dia menayangkan ikan di hadapan Adam Harith dengan senyuman." Nikmat dapat ikan hanya orang pegang tali kail je yang faham perasaan itu abang sayang", Anna Najla menanggalkan ikan puyu dari mata kail dan mencampak ke dalam baldi kosong di tepinya.

" Habis tu pukul berapa kita nak balik ni sayang", Adam Harith langsung tiada minat dengan aktiviti mengail. Membesar di bandar apalah yang dia tahu buat adalah aktiviti orang bandar. Hujung minggu menghabiskan masa di pusat beli belah bermain boling dengan rakan-rakannya. Atau menonton wayang dengan buah hati.

" Kejap lagi la. Kita dah Asar kan. Kejap la abang. Please", rayu Anna Najla sambil meletakkan umpan belalang mata kail.

" Siapa nak makan kail banyak- banyak", Adam Harith terus mencari alasan mahu pulang awal.

Anna Najla ketawa. " Banyak apanya baru dua ekor. Abang ni kan. Kalau tahu tadi Naj ajak Abang Imran. Boring datang dengan abang ni. Sibuk nak ajak balik", rungut Anna Najla. Memuncung mulut dan berkerut dahinya.

" Jangan nak mengada. Abang tak suka sayang keluar berdua dengan dia. Naj lupa semalam abang cakap apa? Dah lupa? Hmm?",

" Tak",

" Habis tu?",

" Dulu abang bukan jenis mudah jealous. Apa dah jadi sekarang Dr Adam Harith?", Hmm? ", Anna Najla berpaling dan mengangkat keningnya beberapa kali dengan senyuman nakal terukir di bibirnya.

Semalam teruk dia dibebeli lelaki itu kerana mengikut Imran mengail di tali air. Berdua duaan di tengah bendang. Bendang yang hanya di hadapan rumah. Dari jauh Adam Harith boleh melihat Anna Najla kelihatan begitu mesra dengan Imran. Memanglah isterinya itu bukan berpelukan tetapi dia tidak suka melihat keadaan begitu.

" Elok sangatlah bergelak ketawa kat tengah bendang tu. Naj tu isteri abang. Kena jaga batas pergaulan",

" Naj bukan peluk dia pun",

" Memanglah tak peluk. Tapi tak elok dilihat orang Naj berdua macam tu dengan Imran. Imran tu imam masjid sayang",

" Naj tahu",

" Habis dah tahu kenapa buat juga?"

Anna Najla kebosanan apabila teringatkan bebelan lelaki itu semalam.

" Abang Imran supportive", puji Anna Najla. Sengaja mengusik.

" Habis abang ni tak supportive la. Yang abang tercongok tunggu sayang ni apa? Hah?",

Anna Najla ketawa. " Nak Naj cium mulut tu ke apa ni? Bagi diam sikit. Bebel bebel mana ikan nak datang. Bising dengar suara abang",

" Hoi ikan pergilah jauh-jauh. Syuhhh syuhhh", Adam Harith tidak mahu kalah.

" Abang. Pergilah balik sendiri kalau tak nak teman Naj. Naj call Abang Im", Anna Najla menyeluk poket mengeluarkan telefonnya.

" Jangan nak mengada. Abang ada nak panggil Imran buat apa?",

Anna Najla tergelak kecil. Haa.. tahu pun cemburu. Gelaknya dalam hati.

" Naj dapat 20 ekor kita balik eh", Anna Najla memujuk sambil duduk di ribaan Adam Harith. Batang kail masih di tangannya tidak dilepaskan.

" Ni nak pancing ikan ke pancing abang ni", tegur Adam Harith.

" Pancing ikanlah. Abang Naj tak payah pancing. Dah dapat pun" selamba dia mengucup sekilas bibir Adam Harith dan bangun menjauh. Adam Harith menggeleng sambil tesenyum. Haih Naj.

" BANYAK ke dapat ikannya tegur Latifah apabila melihat Anna Najla meletakkan baldi ikan di atas simen.

" Ada lah nek dalam 20 ekor. Orang tu sibuk nak balik nek", adu Anna Najla.

" Orang tu mana minat mengail memanglah ajak balik. Esok ajak Imran", Latifah memberi cadangan. Anna Najla memaling wajah melihat reaksi Adam Harith. Masam mencuka wajah Adam Harith apabila Latifah menyebut nama Imran supaya menemani isterinya. Anna Najla ketawa geli hati.

" Esok kan kita nak balik dah", cepat dia menjawab.

" Kan kita nak balik lepas Zohor. Sempatlah pagi esok Anna nak kail udang pula nek", seronok sangat Anna Najla jika ada yang melayannya melakukan aktiviti itu.

" Kalau udang tali air belah sana. Depan rumah Hj Jailani tu. Ha.. esok ajak Imran", Latifah juga seronok melayan cucu menantunya. Anna Najla biasa dengan suasana kampung jadi dia tidak kekok mahu bergelut dengan lumpur.

" Nak ajak Abang Im sauk ikanlah la pulak nek pagi esok. Tadi Anna nampak budak - budak sauk ikan kat tepi tu. Anna dapat cuba sekali je. Abang Am dah ajak balik",

Tak habis-habis mahu mengadu!

" Nak masak apa tu?",tanya Latifah.

" Anna nak goreng rempah. Abang Am tak makan ikan sungai. Banyak ni nek. Nanti kita bagi abang Imran yang dah siap masak. Okay nek",

" Tak payah. Nanti ajak je Imran dengan Mak Cik Saidah tu datang makan kat sini. Nanti nenek telefon Mak Cik Saidah. Seronok makan ramai-ramai",

" Okay juga nek. Nak kena siang dulu ni",

" Pandai ke Anna siang ikan sungai",

" Boleh nek. InsyaAllah",

Adam Harith hanya diam. Mendengar sahaja bualan isteri dan neneknya.

" Abang nak mandi ke? Tunggu sekejap boleh. Naj nak siang ikan dulu",

" Hmm", Adam Harith melihat sahaja Anna Najla masuk ke dapur mungkin mencari alatan menyiang ikan. Seketika isterinya keluar semula dengan pisau dan papan lapik di tangan. Tersenyum sahaja isterinya itu.

" Abang ni tengok Naj macam nak telan. Lapar ke? Nak Naj bakarkan roti?" pelawa Anna Najla.

" Nasib ingat lagi pada abang. Ingat dah carakan ikan tu tak ingat dah pada abang",

Anna Najla ketawa. " Mana boleh Naj lupakan suami kacak Naj ni. Sekejap eh Naj bakarkan roti. Nak kopi o ke teh o",

" Kopi o",

" Okay roti bakar peanut nutella kopi o siap", Anna Najla berjalan semula ke dapur.

" Tadi sebelum keluar bukan dah makan lempeng ke tadi?", soal Latifah apabila Anna Najla sibuk menyiapkan roti bakar untuk Adam Harith.

Anna Najla ketawa. " Orang tu lapar semula nek sebab kebosanan tunggu tepi tali air tu",

Latifah juga ketawa lucu. Bukan dia tidak kenal cucunya itu. Dia langsung tidak minat dengan sawah bendang. Zaman kecil dulu jika sepupu yang lain sibuk melompat ke dalam tali air dia sibuk berbaring di dalam pondok melayan telefon dan duduk makan makanan yang dibawa.

Anna Najla keluar dengan menatang dulang berisi air dan roti yang dipesan Adam Harith. Adam Harith menolak kerusi rodanya mahu mencuci tangan di batang paip yang ada di tepi pokok bunga pagar.

" Sayang suap", rengek Adam Harith manja.

" Abang. Naj nak siang ikan tu la", Anna Najla malas mahu melayan. Namun apabila melihat Adam Harith mahu meninggalkan tempat itu pantas Anna Najla menahan dan duduk di kerusi sebelah lelaki itu.

" Abang tak nak sayang suap guna garfu. Guna tangan je", arah Adam Harith.

" Ya Allah. Mengadanya", rungut Anna Najla. Dia tahu Adam Harith sengaja. Sengaja mahu melambatkan kerja Anna Najla menyiang ikan yang dikail tadi. Mentanglah dia tak makan. Sengaja kan!

" Hmm. Sedapnya roti sayang bakar. Roti sayang suapkan", puji Adam Harith memandang wajah Anna Najla.

" Mengada kan. Abang nak apa puji puji Naj, mengada macam ni. Hmm?", Anna Najla tersenyum dan menyuapkan roti ke dalam mulutnya sendiri.

" Nothing",

" Abang kan tak makan ikan sungai. Abang nak makan apa malam ni Naj masakkan. Ada sotong beli pagi tadi. Masak sotong?",

" Paprik sotong please",

" Okay. Paprik sotong ", sekali lagi disuapkan roti ke dalam mulut Adam Harith. Anna Najla takkan menolak apabila lelaki itu mahu dimanjakan. Dia kenal Adam Harith dalam sifat penakluknya lelaki ini sangat suka dimanjai.

" Nenek ingat tengah siang ikan. Rupanya siang benda lain", tegur Latifah yang datang dari belakang rumah membawa beberapa biji buah limau nipis di tangannya.

" Kejap nek. Ada orang tu tak pandai suap makan sendiri pula", Anna Najla mengusik.

" Marilah nenek siangkan. Tunggu melayan orang tu jam berapa baru kita boleh makan", selamba sahaja Latifah mengutuk Adam Harith depan-depan.

" Am dengar nenek kutuk Am nek", balas Adam. Harith.

Anna Najla hanya tergelak. Lucu.

ANNA NAJLA sedang menyiapkan hidangan makanan apabila terdengar bunyi enjin kereta. Dia menjengah dari tingkap. Kereta Imran. Latifah terus masuk ke dapur.

" Siap dah ke Anna",

" Dah nek. Boleh dah makan ni", Anna Najla. masuk ke bilik memanggil Adam Harith yang leka membaca.

" Naj yang kail ikan ni?" soal Saidah tidak percaya saat duduk di kerusi.

" Ya Mak Idah. Dengan Abang Am tadi",

" Sejak bila Am minat mengail?", soal Saidah.

" Am teman je Mak Idah. Bukan Am mengail pun", jawab Adam Harith dengan senyuman.

Berselera semuanya makan. Anna Najla seronok apabila makanannya yang dimasaknya disukai. Bimbang juga jika tidak kena selera mereka. Lain tempat lain juga selera.

Usai mengemas dapur Anna Najla menyertai perbualan mereka. Apabila Saidah dan Imran balik Latifah terus bergerak ke bilik tidur.

" Abang dah nak tidur ke?", soal Anna Najla apabila Adam Harith juga mengerakkan kerusi rodanya mahu menuju ke bilik.

" Mengantuklah",

" Yalah. Jomlah masuk tidur", Anna Najla mengikut dari belakang.

" Kalau abang tak mampu bagi zuriat Naj akan tinggalkan abang?", soal Adam Harith ketika Anna Najla membantunya naik ke katil.

" Hah?", Anna Najla terpinga.

" Cakap terus terang dengan abang Naj",

" Kenapa abang ni. Kita baru je setahun nikah pbang. Kenapa ke situ pula abang fikir. Mak Idah ada cakap apa-apa ke pada abang. Hmm?",

Latifah tak mungkin kerana nenek Adam Harith tu langsung tidak pernah menyebut soal zuriat di hadapan mereka. Imran juga tak mungkin Lelaki itu mana kisah pun hal rumah tangga Adam Harith dan Anna Najla.

" Mak Idah cerita anak Pak Hassan depan tu sepuluh tahun kahwin bercerai sebab suami dia lumpuh tak mampu bagi zuriat",

" Abang. Anak ni rezeki bang. Sebelum Naj terima abang sebagai suami Naj, Naj dah fikir semua tu. Abang jangan fikir apa orang kata. Kita yang lalui hidup kita ni bang. Kalaulah Naj tahu Mak Idah akan sebut hal ni, Naj halang nenek ajak Mak Idah ke sini",

Adam Harith ketawa pula.

" Ketawa pula dia. Naj serius abang",

" Ya. Ya abang tahu Naj serius. Naj tak habis - habis nak jadi pelindung abang kan",

" Yalah. Naj sayang suami Naj", Anna Najla memeluk tubuh Adam Harith sambil menyondol manja tubuh suaminya.

" Nak jadi penyondol ke apa ni?", Adam Harith ketawa geli hati dengan tingkah si isteri.

" Menyondol suami sendiri tak apa. Jangan menyondol suami orang. Dan jangan biar suami kita disondol orang", Anna Najla menarik tangan Adam Harith supaya memeluknya juga.

" Hmm. Bau ikan la sayang ni", adu Adam Harith.

" Mana ada. Abang jangan bohong ye. Naj mandi ya petang tadi. Pakai sabun wangi lagi. Abang tu yang gedik bau ikan sungai pun alergi", kutuk Anna Najla.

Adam Harith ketawa. Oh. Lurus benar isterinya ini. Langsung tidak faham maksud godaanya.
" Peduli apa bau ikan ke apa ke. Isteri cantik abang ni ada depan mata. Kucing mana yang tolak ikan sayang",

Huh. Peninglah. Tak habis-habis dengan ikan. Jolok ikan puyu hidup-hidup masuk dalam mulut tu baru tahu. Biar ikan puyu tu berenang dalam perut. Beranak dalam perut tu!

PEMANDUAN Anna Najla sederhana laju. Matanya melirik Adam Harith di sebelah. Masih marah ke? Dari tadi diam! Kepalanya terlayar bebelan Adam Harith pagi tadi.

" Abang dah cakap jangan pergi Naj degil nak pergi juga. Tengok sekarang. Tak fasal-fasal kena kaca. Lepas tu pitam!",

" Manalah Naj tahu nak kena kaca. Sikit je abang bukan banyak pun",

" Sikit sampai pitam",

" Naj mabuk darah je. Naj nak tengok luka tu dalam tak. Manalah tahu tiba-tiba Naj pening lepas tu pitam",

Anna Najla tahu bukan Adam Harith marahkan dia luka. Tetapi marahkan Imran yang mencempung tubuhnya balik ke rumah.

" Lagipun Abang Im bukan sengaja nak dukung Naj. Dah Naj pitam Abang Im takkan nak biar je Naj kat situ. Abang ni pun. Tu pun nak cemburu",

" Suka hati Naj la", Adam Harith yang siap membalut luka segera berlalu. Malas mahu bergaduh apabila melihat Latifah hanya memandang sahaja mereka berdua.

" Nek.Tolonglah Anna nek. Cucu nenek tu marahkan Anna", rengek Anna Najla memandang Latifah yang duduk di kusyen beranda rumah.

" Bukan marah. Cemburu isteri dia orang peluk", Latifah ketawa.

" Nenek ni gelak pula. Bukan nak tolong Anna",

" Pandailah kau pujuk suami kau sendiri Anna", Latifah malas mahu ambil pusing gaduh gaduh manja suami isteri itu. Pandailah mereka selesaikan sendiri. Bila dah sayang tentulah ada cemburunya.

" Abang. Abang. Marahkan Naj lagi ke?" soal Anna Najla sambil mencapai jemari Adam Harith di sebelah penumpang.

" Naj tengah driving kan", Adam Harith menepis perlahan pegangan tangan isterinya.

" Okay. Lepas ni kalau abang tak bagi Naj tak pergi. Sebab Naj tak dengar cakap abang lah Naj kena kaca tadi. Abang tak redha kan Naj ikut Abang Im pagi tadi. Naj salah. Naj minta maaf. Maafkan Naj abang",

" Abang tak bagi ada sebablah. Tempat tu ada semak ada binatang berbisa. Bukan abang sengaja tak bagi. Tapi Naj degil tak nak dengar cakap abang. Naj juga pergi. Nak seronok kan. Sakit yang dapat",

Alahai kena kaca je abang oi. Bukan kena patuk ular tedung pun. Kalau kena patuk ular agaknya berapa tahunlah lelaki itu akan mengungkit. Naj ni dah biasa abang. Sebab tu Naj tak kisah masuk semak. Masuk lumpur.

Anna Najla hanya berani menggerutu dalam hati. Takut mahu lepas kata. nanti lagi panjang bebelan lelaki itu.

" Ha mengata apa tu?", tegur Adam Harith apabila isterinya hanya diam tidak berkutik.

" Okay. Naj faham abang sayang Naj. Abang tak nak Naj cedera Naj luka. Naj faham. Tapi masih marahkan Naj lagi ke?"

" Lain kali buatlah lagi. Buatlah lagi degil tu tak nak dengar cakap suami",

Oh. Ada sambungan bebelannya. Anna Najla mengutuk dalam hati.

" Okay. Naj ikut cakap abang. Naj tak lawan dah cakap abang. Okay",

Oh Adam Harith. Langsung tak boleh Anna Najla mahu berseronok dengan minatnya. Bahaya lah. Itulah. Inilah Nampak tak sifat penakluk lelaki ini.

" Im bagi apa tadi?",

" Hah?",

" Jangan nak buat tak tahu. Abang nampak Im bagi sayang sesuatu tadi",

" Key chain. Key chain Abang Im buat sendiri. Tulis nama Naj dalam tulisan jawi. Ada dalam handbag tu kalau abang nak tengok",

" Tak ada pun untuk abang",

" Habis key chain yang abang letak dekat kunci klinik tu bukan key chain yang Abang Im buat?", soal Anna Najla pula.

" Itu yang lama", jawab Adam Harith.

" Nak yang baru abang kena belilah. Abang Im buat guna modal abang. Takkan setiap kali abang balik Abang Im nak bagi percuma",

" Back up nampak",

" Tak. Naj cakap benda betul je",

Adam Harith menunduk mencapai beg tangan Anna Najla yang diletakkan di kakinya. Key chain tadi diambil" Abang nak key chain ni nak letak dekat kunci rumah", selamba Adam Harith memberitahu.

" Ala. Abang Im bagi Naj lah abang", Anna Najla sedikit kecewa kerana dia sukakan key chain tu. Kerana hasil seni ukiran Imran sangat cantik, begitu berseni dan cukup teliti. Dia juga sukakan bidang seni. Tentulah dia sangat menghargai bakat seni seseorang.

Oh. Hal key chain pun jadi bahan gaduh.

Adam Harith terus memasukkan ke dalam kocek seluarnya. " Memanglah Im bagi Naj. Tapi abang tak suka lelaki lain bagi sesuatu pada isteri abang. So logiklah abang rampas. Kan?",

Hish. Bencilah! Bentak Anna Najla dalam hati.

Adam Harith sudah menyimpul senyum dalam hati melihat riak tidak puas hati di wajah isterinya. Seronok dapat mengusik si isteri.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience