BAB 7

Short Story Completed 54003

Deruman enjin GTR millik Nazzam kedengaran kasar. Dia memarkir kereta ke dalam kawasan parkir rumah bapa saudaranya. Keluar dari kereta dia terus meluru ke arah Adam Harith yang keberulan ada di laman rumah. Dia merenung tajam wajah Adam Harith. Berita Anna Najla memutuskan pertunangan sudah sampai ke telinga. Mamanya menghubunginya tadi. Tiada lain lagi tentulah puncanya daripada Adam Harith.

" Kau main kotor Am", Nazzam terus menumbuk pipi kiri Adam Harith. Adam Harith langsung tidak sempat mengelak apatahlagi untuk menghalang dengan keupayaannya.

" Apa?", melengking juga suara Adam Harith kerana dituduh tiba-tiba.

" Ambil Anna dari aku",

" Benda kau mengarut ni? Aku tak ambil pun Anna dari kau!", bentak Adam Harith sambil mengusap pipinya. Berdara bibirnya. Sakit juga pipinya penangan tumbukan Nazzam kerana Nazzam ada seni mempertahankan diri taekwando.

" Kalau tak kenapa Anna minta putus tunang!,", bentak Nazzam juga.

Adam Harith jelas terkejut. Dia langsung tidak tahu dan Anna Najla juga tidak memberitahunya " Kau tanya aku kenapa. Kau tanyalah Anna sendiri",

" Kalau tak kerana kau Anna takkan putuskan hubungan ni. Aku tahu. Jangan ingat kita habis di sini je Am. Kau tahu kan aku sanggup buat apa sahaja asalkan aku dapat Anna",

Nazzam segera berlalu dari laman rumah Adam Harith. Kali ini dia benar-benar serius dengan Anna Najla walapun dia tahu Anna Najla tak cintakan dia. Perancangannya yang penting dapatkan dahulu Anna Najla. Soal cinta dia akan
usahakan selepas nikah nanti.

Adam Harith melihat kereta Nazzam yang meninggalkan rumahnya. Dia langsung tidak tahu Anna Najla sudah putus tunang kerana gadis itu langsung tidak memakluminya. Adam Harith bergerak masuk ke dalam rumah Tujuan ke bilik mencari telefon dan menghubungi Anna Najla. Namun belum pun sempat dia sampai ke bilik namanya dipanggil.

" Am. Mama nak cakap sikit", panggil Aishah.

Adam Harith tidak jadi ke bilik dan terus berpatah balik ke ruang menonton televisyen di tengah rumah.

" Kenapa ma?", soal Adam Harith melihat wajah serius mamanya. Ada apa?

" Kenapa muka tu?", tegur Aishah agak terkejut melihat pipi kiri Adam Harith yang nampak lebam dan bibirnya yang berdarah.

" Nazzamlah. Siapa lagi suka cari gaduh dengan Am",

" Parah dah kau orang berdua ni. Berebutkan perempuan sampai bertumbuk bagai", Aishah memaut wajah Adam Harith melihat kecederaan di wajah anaknya.

" Nazzam tu yang sasau ma. Dia tumbuk Am. Bukan Am tumbuk dia",

Aidhah merenang wajah anaknya. "Betul ke Nazzam putus tunang sebab Am? Mama dia call mengadu pada mama ni tadi",

Adam Harith terkedu. Oh. Manja betul Nazzam ni. Guna mak pulak!

" Kenapa Am pula ma. Am tak pernah pun suruh Naj putus tunang dengan Nazzam. Since Naj bertunang kami dah tak keluar ma", Adam Harith membela diri. Betul! Dia tidak menipu! Mama dan papanya sudah tahu Adam Harith bercinta dengan Anna Najla dan hubungan mereka tidak direstui mama Anna Najla. Semua kerana mulut Nazzam. Kepoh!

Setiap kali Anna Najla mengajaknya keluar setiap kali itulah dia menolak. Cuma hari itu Anna Najla ada datang ke kliniknya kerana mahu menghantarnya pulang. Selepas itu langsung tiada. Panggilan telefon pun bukan dia yang menelefon. Tetapi Anna Najla yang menelefonnya . Cuma panggilan Anna Najla tidak pula dia tolak.

" Habis Mak Ngah bising pada mama kamu punca mama Anna pulangkan cincin tu apa", Aishah masih bersoal jawab.

" Manalah Am tahu ma", Adam masih berdalih sedangkan dia juga yang bertemu dengan mama Anna Najla.

" Mana tahu. Mana tahu. Kalau mama dapat tahu memang kerja kamu Am. Siap kamu Am", ugut Aishah. Dia tidak suka jika anaknya melampaui batas. " Bukan lebam kat pipi je. Satu badan tu mama sebat", garang nada suara Aishah melayan Adam Harith seperti anak sepuluh tahun.

Adam Harith terdiam. Sebenarnya dia rasa bersalah juga. Mungkin juga sebab pertemuannya dengan mama Anna Najla punca gadis itu putus tunang!

" Mama Naj dah tolak Am lama dah ma. Am dah jumpa mama Naj minta restu. Tapi dia tak restu. Ibu mana lah yang nak anak perempuan dia kahwin dengan lelaki cacat macam Am", kendur suara Adam Harith.

Aishah pula yang terdiam mendengar jawapan anaknya.

" Kalau Mak Ngah bising lagi. Mama jawab je dah tak ada jodoh", selamba sahaja ujaran Adam Harith sambil memandang wajah ibunya dan segera berlalu. Dia mesti menyelamatkan diri sebelum macam-macam lagi persoalan ibunya.

" Sini mama bersihkan luka tu",

" Am buat sendiri je", Adam Harith tidak menunggu lagi. Dia mesti masuk bilik sekarang!

" PESAN pada Am suruh mak ayah dia masuk meminang", ujar Asmah ketika Anna Najla bangun dari kerusi meja makan menatang pinggan kotor.

" Betul ke ma?", soal Anna Najla tidak mampu menyimpan senyum.

" Yalah. Kalau kamu nak kahwin dengan Am. Kalau Am nak kahwin dengan kamu. Kalau tak nak tak payah", Asmah bersahaja sambil mengemas meja makan.

Anna Najla sudah tersenyum. Namun senyumnya mati tiba-tiba. Am tak tahu. Am tak tahu aku bukan lagi perempuan suci.

" Dah kenapa pula diam?", tegur Asmah melihat Anna Najla berdiri kaku.

Anna Najla pantas menggeleng laju. Senyum diukir. Dia tidak mahu ibunya bimbang. Biarlah dia selesaikan sendiri nanti dengan Adam Harith.

" Kenapa mama tiba-tiba ubah fikiran?", soal Anna Najla. Dia mahu tahu juga sebab dan punca ibunya berubah fikiran. Dulu bukan main menghalang hubungannya dengan Adam Harith. Kali ini mudah pula ibunya menerima lelaki itu.

" Dah kamu bersungguh tak nak Nazzam dan nakkan Adam", balas Asmah.

Sedangkan dia sudah membuat timbang kira. Dia sudah berfikir panjang tentang Anna Najla. Dan paling penting Adam Harith mahu menerima kekurangan anaknya. Itu paling penting. Harap tidaklah Adam Harith mempermainkan anaknya.

Bila ditanya dari mana dia tahu perihal Anna Najla, jejaka itu hanya berdiam diri. Bermaksud lelaki itu menyiasat siapa Anna Najla. Untuk apa? Untuk mendapatkan Anna Najla atau apa?

" Mama nak Anna bahagia. Kalau Anna kahwin dengan Nazzam dalam keadaan Anna tak redha tentu Anna pun takkan bahagia",

" Terima kasih ma",

" Hmm", Asmah menggumam.

" Bila boleh pihak Am datang ma?",

" Tak sabar sangat gayanya", balas Asmah.

Anna Najla ketawa diusik Asmah. " Bukanlah. Anna cuma nak jelaskan elok-elok dengan Am",

" Bila Am sedia. Datanglah", Asmah memberi lampu hijau.

Anna Najla mengangguk dan melangkah ke sinki. Dia baru sebulan putus tunang. Adakah ini masa yang sesuai? Tapi tunang bukan nikah yang ada iddah. Tapi? Am. Am belum tahu Kalau Am tahu Am nak ke dengan aku? Macam-macam pula yang ada dalam kepala Anna Najla.

Ya tak mudah. Mana ada lelaki yang mahu menerima wnaita yang telah hilang maruahnya. Anna. Kau kena kuat. Kau kena kuat. Apa yang berlaku bukan kehendak kau dan bukan salah kau. Itu takdir Allah untuk kau. Semua yang berlaku atas kehendak Allah. Kau orang yang percaya pada Qada dan Qadar Allah kan. Kuat Anna. Kuat. Jangan biar diri kau yang lemah dulu datang semula! Hidup kau takkan musnah hanya kerana lelaki jahanam tu. Takkan! Kau berhak bahagia! Kau berhak bahagia Anna.

Usai mencuci pinggan dan mengemas dapur Anna Najla terus masuk ke bilik. Awalnya dia mahu menghubungi Adam Harith namun cepat dia menamatkan panggilan sebelum talian masuk

Tenang Anna. Tenang. Jangan gopoh! Dia menarik nafas perlahan.

Mesej ditaip.

Am. Boleh kita jumpa. Naj ada hal bak bincang.

Beberapa ketika mesejnya dibalas.

Minggu ni Am sibuk. Sabtu Am free- Adam Harith

Okay. Kita Sabtu ni. Bye- Anna Najla.

Bye - Adam Harith.

Anna Najla melihat wajah Adam Harith di profile picture WhatsApp.

Kacak! Itu Anna Najla tak nafikan. Tapi. Am lelaki hilang upaya kekal. Betul ke keputusan aku menikahi dia. Anna Najla jadi takut pula. Cinta. Ya. Dia memang cintakan lelaki itu. Tapi aku pun ada kurangnya. Dia begitu. Aku begini. Tapi yang penting aku takkan menipu Am. Aku mesti berterus terang biarpun akan membuka aib diriku. Aku mahu dia menerima aku seikhlas hatinya.

MAJLIS pernikahan Anna Najla dan Adam Harith dibuat sekali sahaja. Itu permintaan mereka berdua. Tiada majlis menyambut menantu di sebelah Anna Najla kerana kedua pihak memang telah bersetuju mengadakan satu majlis sahaja.

" Kita tak balik rumah ke Am?", soal Anna Najla apabila dia dibawa ke bilik hotel usai majlis tadi.

" Tak. Kita bermalam dekat sini malam ni. Esok abang bawa Naj balik rumah", Adam Harith mahu turun dari kerusi roda. Namun cepat dibantu Anna Najla.

Adam Harith hanya tersenyum sahaja apabila tubuhnya sudah berada di atas katil.

" Kenapa Am senyum?", Anna Najla kehairanan.

" Selalunya abang buat sendiri. Hari ni Naj ada tolong abang",

Anna Najla terus duduk di birai katil. Hampir dengan tubuh Adam Harith.

" Mulai hari ni Naj akan jadi segalanya untuk abang ", Anna Najla tersenyum mencapai tangan Adam Harith dan mengucup lembut jemari lelaki itu.

" Abang suka Naj panggil abang macam tu",

" Suka?", soal Anna Najla.

" Hmm. Suka. Meh dekat lagi dengan abang", Adam Harith menepuk katil supaya Anna Najla lebih rapat dengannya.

Anna Najla merapat.

Adam Harith menekap lembut kedua pipi Anna Najla. Ditarik perlahan kepala Anna Najla. Dikucup dahi Anna Najla. Lama. Sehingga Anna Najla terdengar esakan kecil. Anna Najla melepaskan pautan tangan Adam Harith di wajahnya.

" Abang ", panggil Anna Najla perlahan.

Adam Harith tersenyum.

" Terima kasih terima abang dalam hidup Naj", ucap Adam Harith perlahan.

" Naj yang patut berterima kasih pada abang. Terima Naj seadanya siapa Naj",

Adam Harith menarik Anna Najla dalam dakapannya. Lama mereka berpelukan tanpa suara sehingga telefon Anna Najla berdering.

Anna Najla bangun mendapatkan telefonnya. Mama.

Usai berbual dengan Asmah Anna Najla mendekati Adam Harith pula.

" Tak nak mandi?", soal Anna Najla.

" Sayang mandikan abang", manja suara Adam Harith.

Anna Najla ketawa kecil. " Selalu siapa mandikan",

" Sendiri la. Takkanlah dah tua bangka mama nak mandikan",

Meletus ketawa di bibir Anna Najla.

" Tipu. Mama cakap Abang Malek yang tolong abang",

" Habis takkan sayang nak Abang Malek masuk bilik ni pula",

" Tak nak", cepat Anna Najla menjawab dan mendekati Adam Harith.

Ketika Anna Najla mahu membantu Adam Harith melepaskan pakaian dari tubuh lelaki itu Adam Harith memegang tangan Anna Najla.

" Kenapa?", soal Anna Najla.

" Naj sanggup hidup bersama abang sampai bila-bila?" soal Adam Harith tiba-tiba.

" Kenapa ni. Hmm? Kita dah bincang hal ni sebelum kita nikah kan. Abang tak percayakan Naj?",

" Bukan", cepat Adam Harith menafikan.

" Habis tu?",

" Seumur hidup abang macam ni Naj. Seumur hidup abang hidup dengan bantuan orang. Tengok nak mandi pun kena ada orang bantu?,

" Siapa orang tu. Hmm? Naj. Naj kan isteri abang. Abang. Kita sama-sama ada kekurangan masing-masing. Naj ada kekurangan Naj. Abang ada kekurangan abang. Kita akan sentiasa sama saling melengkapi setiap kekurangan tu. InsyaAllah",

" Abang cintakan Naj", ucqp Adam Harith penuh rasa.

" Naj pun cintakan abang. Suami Naj yang handsone lagi mengetar tulang rusuk ni", sengaja Anna Najla berlucu. Cuba mengatasi situasi serius tadi.

Usai membersihkan diri dan solat Isyak Anna Najla menolak Adam Harith ke balkoni bilik hotel. Mereka makan malam di bilik sahaja tadi. Usai majlis petang tadi mereka berehat seketika di dewan majlis sebelum semua tetamu balik. Selepas semua balik barulah mereka naik ke atas. Itu pun sudah hampir Maghrib.

" Kita dating kat luar ni nak. Angin malam sejuk", Anna Najla duduk di kerusi yang ada di situ.

" Dating?",

" Hmm datinglah. Abang dan Naj. Dating dalam gelap ni tak ada yang nak marah", nakal suara Anna Najla.

Adam Harith ketawa dan menarik Anna Najla duduk di ribaannya.

" Dating buat apa-apa pun tak ada orang marah kan?",

" Tak ada. Syaitan je marah",

" Nakal isteri abang eh", Adam Harith mengucup pipi Anna Najla.

" Abang",

" Hmm",

" Apa abang cakap dengan mama sampai mama setuju kita bersama?",

" Cakap apa?",

" Hmm. Manalah Naj tahu. Sebab tu lah Naj tanya abang. Naj nak tahulah apa yang abang cakap. Yalah. Pandai abang pujuk mama",

" Abang cakap abang cintakan Naj",

" Itu je?",

" Ya. Itu je lah",

" Macam pelik. Mama tu tiba-tiba ubah fikiran", Anna Najla masih dalam tanda tanya.

" Tak ada yang pelik dalam dunia ni sayang. Semuanya jadi kerana kehendak Allah",

" Ya Naj tahu tu. Tapi..",

"Tapi. Tapi. Ada tapi lagi?",

Anna Najla ketawa. " Naj pun cintakan abang. Tak dapar Naj bayangkan kalau Naj kena paksa dengan mama. Kahwin dengan Nazzam",

" Allah dah tulis jodoh Anna Najla dengan Adam Harith. Apa pun rintangan, halangan, cubaan dan dugaan yang datang sekalipun. Jika Allah berkehendak pasti akan terjadi",

" Ya. Naj setuju. Abang",

" Hmm",

" Abang ni boleh jadi motivator la",

" Sebab",

" Berfikiran positif",

" Sebab fikir positif boleh jadi motivator?",

" Hmm? Macam tu",

" Seb bukan senang nak positif bila kita diuji",

" Setiap manusia ini akan diuji. Ada yabg diuji dengan kesakitan, kemiskinan, hatta kesihatan dan kekayaan pun satu ujian. Cantik. Handsome pun ujian",

" Semoga kita sabar dn tabah dengan ujian rumah tangga kita akan datang abang",

" InsyaAllah",

" Pipi kiri kan kena tumbuk dengan Nazzam dulu?",

" Hmm",

Pantas Anna Najla mengucup pipi kira Adam Harith.

" Berani dia tumbuk pipi kacak suami Naj kan. Naj nak saman dia",

"Jangan nak drama sangat sayang. Hmm. Sayang nak kerja dengan abang tak?",

" Kerja apa. Naj bukan doktor nak Pereka ID abang",

" Kerja jaga abang lah. Sayang kan menganggur sekarang",

" Dapat gaji ke?"

" Tentulah. Berapa sayang nak?"

" Semua keuntungan klinik abang. Nampak tak Naj materialistik",

" Ya. Berpinar mata tu warna emas. Dalam gelap ni pun nampak",

Anna Najla ketawa.

" Naj jaga abang tanpa gaji. Naj jaga abang sebab abang suami Naj. Jangan ingat Naj jaga abang sebab Naj nak gaji. nak duit abang", ada nada rajuk dalam suara isterinya.

" Alahai. Ingat suka merajuk masa bercinta je. Dah jadi isteri lagi kuat merajuk ya",

" Hmm", Anna Najla bersetuju sahaja.

" Alhamdulillah. Allah pilih sayang jadi isteri abang. I love you sayang", bibir Adam Harith mula mencari sasaran. Anna Najla merengek manja diusik nakal sang suami.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience