BAB 21

Short Story Completed 54003

MAJLIS kenduri Hakeem dan Nurlaila dibuat satu majlis sahaja. Buat di dewan kos tinggi kata Hakeem jdi jangan membazir lebih baik berjimat kerana yang penting adalah hidup selepas pernikahan itu yang utama. Walaupun begitu sangat meriah majlisnya.

Anna Najla dan Adam Harith yang baru tiba disambut ramah oleh Puan Huda ibu Nurlaila. Anna Najla kenal dengan Puan Huda kerana Nurlaila pernah membawa ibunya ke Family Day di Tioman dulu.

" Tahniah mak cik dapat menantu baru", Anna Najla menghulurkan hadiah kepada Huda.

" Terima kasih Anna. Anna Adam jemputlah makan dulu ye", Huda mempelawa kerana seketika lagi barulah prngantin akan tiba. Anna Najla dan Adam Harith bergerak ke meja makan.

" Abang nak Naj ambil makan or abang nak ambil sendiri?", Anna Najla selalu begitu. Memberi pilihan kepada lelaki itu kerana Adam Harith pernah merajuk dengannya kerana setiap perkara dibuat Anna Najla tanpa diberi pilihan kepadanya.

Abang ni masih boleh bergerak Naj. Bukan lumpuh terbaring. Ah.Ego lelaki! Anna Najla. layankan sahaja. Dah suami! Dia juga yang memilih lelaki itu. Terimalah baik buruk perangainya.

" Naj je la tolong ambilkan", balas Adam Harith.

" Okay", Anna Najla bergerak ke ruang bufet dan terserempak dengan Amar Faris. Usai mengambil makanan Anna Najla mengajak Adam Faris untuk duduk bersama mereka. Selesai makan mereka bergerak ke pelamin. Mahu berjumpa pengantin baru.

" Tak sangka kau segak juga kan", usik Anna Najla memandang Hakeem.

" Kau puji ke kau perli ni?",

" Puji la. Selalunya tengok kau serabut", Anna Najla ketawa kecil. " Selamat pengantin baru Keem Laila. Aku doakan semoga berbahagia hingga syurga. Aaminn",

" Aaminn. Terima kasih",

" Saya juga doakan semoga berbahagia hingga syurga", Amar Faris tiada idea mahu memberi ucapan jadi digunakan sahaja ucapan Anna Najla tadi.

" Terima kasih Anna. Terima kasih boss", Hakeem tersengih malu. Malu dibuat buat. Gerutu Anna Najla tersengih dalam hati.

Ketika sedang berbual Nelly dan Asmidar baru sampai. Jadi mereka bergambar dahulu sebelum makan. Amar Faris terpaksa melayan sahaja setiap posing gambar mengikut arahan Asmidar. Adam Harith pula menunggu sahaja di bawah kerana pelamin yang bertangga agak sukar untuknya bergerak. Lagipun dia tidak kisah pun jika dia tiada dalam gambar tersebut. Lainlah kalau Anna Najla pengantinnya. Usai bergambar mereka terus bergerak untuk balik ke rumah.

" Kenapa tak jalan?", soal Adam Harith apabila Anna Najla tidak memulakan pemanduan sedangkan enjin sudah dihidupkan.

Anna Najla tergelak manja. Kemudian menunjukkan gambar perkahwinan mereka di telefonnya. Bukan gambar majlis tadi tapi gambar perkahwinan mereka pula.

" Handsome betul suami sayang kan", Adam Harith memuji diri sendiri.

" Eee. poyo",

" Habis apa tujuan Naj tunjuk pada abang kalau bukan sebab nak memaklumkan kekacakan abang",

Tanpa jawapan Anna Najla mengucup pipi Adam Harith.

" Abang tahu. Since kejadian tu berlaku pada Naj. Naj rasa tak ada dah lelaki dalam dunia yang akan kahwin dengan Naj. Lama Naj sendiri lepas kejadian tu. Tak nak berkawan tak nak berkenalan dengan lelaki pun. Naj tutup pintu hati Naj pada lelaki walaupun layanan Naj pada lelaki nampak macam biasa. Tapi hati Naj menolak keras. Naj tak nak ada kaitan dengan mana-mana lelaki Sampaikan mama bawa jumpa ustaz mana entah nak suruh Naj buka pintu hati. Punyalah mama bimbangkan Naj sebab Naj tak nak kahwin. Tapi..",Anna Najla berjeda seketika sambil memaut wajah Adam Harith terus memandangnya." Since Naj jumpa abang kali kedua tu Naj rasa aku dan dia ni ada sesuatu ke. Sebab lepas jumpa abang dekat hospital tu Naj ingatkan abang je. Lama tahu Naj tak ada perasaan macam tu pada seorang lelaki. Abang kira bertuah tau", Anna Najla tersenyum.

" Terima kasih kerana sayang cintakan abang.", Adam Harith juga memaut dagu Anna Najla. Kucupan singgah di bibir isterinya.

Mereka sama-sama tersenyum. Renungan mata bersatu sehingga Anna Najla tertawa.

" Ni bukan Hakeem dengan Laila yang jadi pengantin ni", tegur Anna Najla nakal. Kemudian dia terus memulakan pemanduan.

" Kita pun pengantin apa. Ingat tak first night kita?", soal Adam Harith manja.

" Tak", laju sahaja Anna Najla membalas.

" Tak ingat?, suara Adam Harith sedikit tinggi menunjukkan marah manja." Orang sedap tidur berpelukan dia suruh bangun masakkan mee segera untuk dia. Ada ke patut", Adam Harith mengusik.

" Naj lapar. Kalau Naj bangun seseorang mama nampak lagi teruk kena. Baik Naj kejutkan abang", manja suara Anna Najla.

" Sabtu ni Naj kerja sampai petang ke?, soal Adam Harith.

" Tengah hari je. Ahad cuti. Kenapa? "

" Honeymoon jom. Tinggal Umar dengan Uthman dekat Datin Aishah", sengaja menggelar mamanya begitu.

" Orang lain yang kahwin. Dia pula nak honeymoon",

" Meraikan Hakeem kahwin. Kita honeymoon",

" Haa.. minggu depanlah abang. Pulau Tioman nak. Tapi bawa kembar. Naj tak boleh tak ada kembar. Nanti Naj rindu",

" Hmm. Kata honeymoon",

" Ala. Honeymoon la macam tu. Kalau tak bawa kembar kejap-kejap Naj call Kak Mas nak tengok kembar. Lepas tu nanti abang yang stress bila Naj tak layan abang. Nak macam tu?",

" Sayang please. Just two of us",

Berkerut dahi Anna Najla. Mengada betul pak cik ni! Bukan susah pun bawa anak. Budak berdua tu jenis tak meragam pun kalau bawa berjalan. Bukan mereka tidak pernah membawa kembar berjalan jauh menaiki kapal terbang selama ini. Elok sahaja kembar tu dengan jiwa mereka. Yang penting kena bawa Kak Mas. Kalau tak haru hidup Anna Najla.

" Kalau tak bawa kembar Naj tak nak pergi ",

" Kalau bercakap dengan Naj bukan abang boleh menang pun",

" Kembar menyusu badan lagi abang. Abang tak kasihan pada anak kita. Mama dengan papa seronok berjalan berlibur anak dekat rumah..,

" Yalah. Yalah", Adam Harith mengalah sahaja.

" Kalau nak berdua kita pergi dekat dekat je balik hari. Cherating", Anna Najla tergelak kerana rumah mereka dengan Cherating bukan jauh mana pun. Kalau nak diumpamakan sejengkal sahaja.

" Main-main kan", suara Adam Harith berbaur merajuk.

" Olooo.. merajuk ke?" jemari kiri Anna Najla mengusap dagu Adam Harith walaupun sedang memandu.

" Naj ingat Naj je ke pandai merajuk",

Bergema ruang kereta dengan suara tawa Anna Najla. Lucu sungguh. Adam Harith ni makin lama manja dia makin teruk daripada Anna Najla.

" PEREMPUAN tak guna", air dicurah ke kepala Adora.

Menyirap darah Anis apabila melihat kemesraan Nazzam dengan sesorang. Lama diperhatikan pasangan itu. Patutlah Nazzam langsung tidak mencarinya rupanya sudah ada perempuan lain. Jenuh mendail dan menghantar mesej Nazzam langsung tidak membalas.

" Apa you ni Anis?", Nazzam terus membantu mengelapkan air di kepala Adora.

" Apa you tanya. Siapa perempuan ni?", tengking Anis langsung tidak peduli mata yang memandang.

" Bakal isteri I. Dah lah Anis. Balik okay. Balik", pujuk Nazzam.

Adora terus memaku di situ. Bukan kali pertama dia dicurah air selama dia berhubungan dengan lelaki sebelum ini. Ini perkara biasa. Perempuan! Emosi! Cubalah jadi cerdik sikit. Gerutunya dalam hati.

" Anis. Balik", perlahan sahaja nada Nazzam.

Sejak berkawan dengan Adora Nazzam jadi lebih penyabar. Penyabar kerana Adora jenis perempuan yang sangat matang dan sangat bertenang. Kalau tidak sudah lama diheret Anis ke luar restoran. Puas memujuk tanpa berkasar Anis termakan pujuk juga.

" Ex girlfriend you?", soal Adora apabila mereka sudah di dalam kereta.

" Bukan. Kawan je?",

" Berapa ramai kawan perempuan you?", bersahaja Adora menyoal.

" Kawan je Dora. Tak pernah serius pun. Tapi dengan you I memang nak settle down",

Adora tertawa kecil. Sudah disiasat siapa sebenarnya bernama Nazzam. Dan dia juga tahu lelaki itu pernah bertunang dengan Anna Najla. Dia tahu Nazzam serius dengan Anna Najla kerana dua kali lelaki itu bertumbuk dengan Adam Harith. Mengenali Anna Najla barulah Adora faham mengapa saudara sepupu itu sanggup bertumbuk kerana perempuan itu. Anna Najla seorang perempuan yang sangat ringkas dan perilakunya juga sangat menyenangkan.

" You betul dah lupakan Anna?",

" You tahu?,

" Yeah",

" Anna tu sejarah I. Dah ditakdirkan jodoh dia dengan Am. Tak guna I terus tunggu dia. Dia isteri orang. Baik I kejar you. You bujang",

" You nak I sebab I bujang?",

" Kalau you isteri orang I dah tak ada peluang. I nak you sebab you Adora", pemanduan diperlahankan kerana mereka menghampiri lampu isyarat merah.

" I love you Dora. I nak you jadi isteri I",

" You ni katanya playboy sangat. You lamar I macam ni je? Tak romantik langsung. Cincin pun tak ada",

" Siapa kata tak ada cincin", cepat sahaja dia menyauk saku dan mengeluarkan cincin. Terkejut juga Adora. Langsung tak disangka. Betullah gaya playboy!

" Sudi tak you cari suri hati I Adora Sufian?", Nazzam mengunjukkan cincin dan cepat sahaja Adora mengangguk setuju. Cincin disarung dan dikucup jemari Adora sambil matanya merenung wajah Adora. Hampir sahaja lelaki itu mengucup pipi Adora bunyi hon di belakang mengejutkan mereka. Huh. Tak menyempat sungguj budak berdua ni!

Keduanya saling ketawa.

" Siapa ajar you melamar dekat traffic light ni?, soal Adora apabila Nazzam memulakan semula pemanduan.

" You la. Kalau benda pelik pada I semuanya sebab you Adora. I love you", sempat Nazzam mengerling sekilas. Adora mengusap lembut cincin di jarinya dengan senyuman tidak lekang di bibirnya. Matanya memandang Nazzam di sebelah.

Dia akui dia gilakan Nazzam. Nazzam yang lepas laku tetapi lelaki ini tidak pernah cuba mengambil kesempatan kepadanya. Wajah berdarah campuran Inggeris dan Turki dari neneknya Adora tak mungkin tidak bisa memikat hati lelaki yang memandangnya. Jika Nazzam sukakan dia kerana kecantikannya dia tidak peduli. Apa yang dia tahu lelaki itu lelaki yang mahu jadikan dia isteri. Selama ini lelaki lain hanya mahu berseronok sahaja dengannya dan tiada yang berani mahu melamarnya. Nazzam ni memang sejenis jika mahu dia akan dapatkan!

" HAPPY birthday Umar dan Uthman. Anak mama dah setahun. Alhamdulillah", Anna Najla mengucup pipi si kembar.

Majlis meraikan kelahiran Umar dan Uthman diuruskan oleh Aishah. Jika ikutkan Adam Harith dan Anna Najla cukuplah sekadar menjemput tetamu makan. Ini macam-macam yang dibawa Aishah. Siap menggunakan perancang majlis. Adam Harith malas melarang. Begitu juga Anna Najla. Biarlah neneknya itu mahu meraikan hari kelahiran cucunya. Jika dilarang merajuk pula hati tua itu. Mujurlah Anna Najla jenis yang tidak kisah dan jenis mudah dibawa berbincang.

Umar dan Uthman sudah bertepuk tangan teruja. Bagai faham diri mereka dirai. Tetamu yang datang dijemput untuk menjamu selera. Umar dan Uthman dibiarkan lepas. Ada sahaja yang tolong menjaganya Ramai peminat bak kata Datin Aishah.

Majlis yang hampir selesai barulah Isma dan ibunya sampai. Tetamu yang lain semuanya sudah pulang. Yang tinggal keluarganya sahaja. Asmah, Akil dan keluarga tidur di sini dari malam tadi. Keluarga mertuanya juga masih ada. Masing-masing sudah bawa diri ke dalam bilik agaknya. Makan kenyang mata pun mengantuk.

Melihat Umar dan Uthman dilayani nenek dan sepupunya Anna Najla mendekati Isma.

" Isma. Kau saja datang lewat eh?", soal Anna Najla.

" Aku kan jauh. Aku datang ni pun kebetulan hari ni mak aku ada temujanji doktor. Kalau tak mungkin sampai ke sini", Isma menyuapkan kek coklah ke mulutnya.

" Tapi Boss pun datang lambat macam sengaja je nak jumpa kau", usik Anna Najla.

" Pirahhh", balas Isma faham maksud usikan Anna Najla.

" Kau tak nak jumpa boss ke? Boss tak balik lagi tu. Tengah borak dengan Am",

" Menyampahlah aku kau ni Anna. Aku ni kan pemalu. Lama tak jumpa. Tetiba jadi pemalu",

" Malu apa. Boss je pun. Bukan anak raja",

Namun ketika mereka sedang berbual berdua Amar Faris mendekati mereka.

" Isma. Tak sangka awak datang juga. Awak sihat?

" Sihat. Alhamdulillah",

Beberapa ketika berbual Anna Najla meminta izin untuk berlalu apabila Umar dan Uthman sudah mrngamuk kepenatan.

Usai menenangkan Umar dan Uthman Anna Najla datang semula. Beberapa ketika Isma dan Amar Faris pulang barulah Anna Najla mencari makanan. Barulah dia terasa alapar apabila semua tetapi sudah pulang.

" Sayang baru nak makan?", soal Adam Harith apabila melihat isterinya sedang menceduk makanan.

" Hmm. Tadi tak selera nak makan. Baru majlis hari lahir kembar. Kalau majlis kahwin kembar tak tahulah", Anna Najla tergelak.

" Jom abang temankan",

" Jom Naj suap abang makan",

Adam Harith menggeleng. Ada sahaja akalnya!

DEBURAN ombak dan tiupan angin dari balkoni menerjah masuk ruang bilik apabila pintu balkoni di buka. Adam Harith hanya duduk di hadapan pintu. Anna Najla selesai membentangkan toto ke lantai dan membiarkan Umar dan Uthman berbaring sedang menyusu.

" Cakap kalau Cherating berdua", wajah Adam Harith yang sedang duduk mengadap pantai mencuka sahaja.

" Sorry abang sayang. Janganlah marah. Dari dalam kereta tadi abang masam muka dengan Naj tau", Anna Najla mengatur langkah menghampiri Adam Harith yang membelakangkannya memandang ke luar.

" Naj janji dengan abang kalau ke sini berdua. Tak nak bawa anak-anak. Tioman pun bawa anak sekarang abang nak berdua dengan Naj. Tapi Naj bawa juga anak-anak", Adam Harith terus mengungkit. Dalam kereta tadi dia diam sahaja langsung tidak mempersoalkan Umar dan Uthman. Bagai pasrah dan redha
sahaja. Tapi sekarang bila sudah sampai ke bilik panjang pula leterannya.

Anna Najla memeluk leher lelaki itu dari belakang. Dikucup kepala Adam Harith dan nakal menggigit telinga suaminya. Apabila Adam Harith mengaduh cepat sahaja dia menciumi telinga lelaki itu.

Tubuhnya dibawa ke depan mengadap wajah Adam Harith dan terus duduk di ribaan Adam Harith. Bibir Adam Harith dikucup sekilas.

" Tengok. Kita berdua ni. Kembar kacau tak. Tak kan. Elok aje berdua tu main lepas minum susu. Naj akan memanjakan abang sebaiknya sempena honeymoon kita ni. Hmm. Naj abang punya. Kembar tak boleh kacau. Naj dah cakap tadi papa ajak mama honeymoon. Umar dengan Uthman kena behave tau masa mama dengan papa bercinta",

Seketika terdengar tangisan Umar berebut mainan.

" Tengok", Adam Harith menjeling.

Anna Najla ketawa manja. Namun langsung tidak bergerak bangun. Dibiarkan sahaja Umar dan Uthman berebutkan mainan kerana sekejap lagi anaknya itu akan diam. Dia sudah siap membentangkan toto di bawah tadi. Senang anaknya mahu bermain di bawah.

" Ala.. barulah meriah. Kan sayang mama", Anna Najla mula bermain butang baju t shirt CK yang dipakai Adam Harith. Baju ditanggalkan perlahan. Hujung jari telunjuknya mula bermain di dada Adam Harith senyuman nakalnya. Cepat ditangkap Adam Harith dan terus merapatkan tubuh Anna Najla ke tubuhnya. Mata mereka bertentangan.

Seketika Uthman sudah sampai bergantung di kaki Adam Harith.

" Betul ke mama pesan suruh Uthman behave ni. Nampak gaya macam tak bagi chance langsung pun ni", mata Adam Harith melorot ke bawah memandang Uthman yang sudah tersengih sambil menepuk kaki papanya.

Anna Najla terus mencapai Uthman di bawa ke ribaannya.

" Papa seksi kan", Anna Najla sengaja mencapai jemari kecil Uthman diusap perlahan ke dada Adam Harith yang sudah terdedah.

" Naj", tegur Adam Harith. Faham. bila datang perangai gila-gila isterinya.

Uthman yang tidak faham apa-apa hanya terus menepuk dada papanya.

" Aduh. Sakitlah papa sayang", Adam Harith terus menggerakkan kerusi rodanya ke arah Umar. Alamatnya cepatlah rosak kerusi roda itu jika lebih muatan begitu.

Umar yang leka bermain sendirian langsung tidak peduli apa yang berlaku kepada tiga beranak itu. Kerusi roda itu berhenti betul-betul di hadapan Umar. Melihat Uthman di ribaan mamanya barulah dia laju berdiri. Mainan di tangan tetap tidak dilepaskan.

" Kan seronok bawa anak. Papa ni kan. Tunggulah Umar dengan Uthman ni besar sikit lagi kan. Tak menyabar langsung",

" Hmm. Yalah. Jangan nanti Umar dengan Uthman besar keluar yang lain pula. Kan? Anak papa nak baby baru tak? Papa nak?",

" Papa tu tak habis-habis nak anak lagi. Beranaklah sendiri", Anna Najla terus bangun mendukung Umar dan Uthman di kiri kanan dan dibawa ke katil. Terus dia merebahkan tubuh ke katil. Mahu melegakan urat. Biarpun dekat sahaja perjalanan mereka namun mengangkat barang tadi penat juga. Selalunya dia akan membawa Masitah bersama untuk membantu. Namun kali ini dia sengaja mahu menguruskan sendiri. Mahukan cabaran bercuti bersama kembar dan bapa kembar.

" Masalahnya papa tak boleh beranak mama", Adam Harith juga mula berbaring di sebelah Umar dan Uthman yang sengaja mengenjutkan katil. Oh. Seronok sangat gayanya dapat katil spring! Mujur budak kecil!

Anna Najla mengiring mengadap Adam Harith. Kemudian sengaja dia memeluk tubuh itu apabila Umar dan Uthman sibuk mahu turun tadi bagai faham kerana memberi ruang kepada mama dan papanya.

" I love you papa Umar Uthman", Anna Najla mengucup pipi Adam Harith sekilas.

" Nak beli jiwa abang la ni",

" Hmm",Anna Najla mengangguk perlahan membuatkan Adam Harith tertawa.

" Terima kasih sudi bersama abang. Sudi bersusah payah dengan abang",

" Mana ada Naj susah. Abang kaya kot", Anna Najla tergelak.

" Serius boleh tak sayang",

" Okay. Okay",

Mereka bangun dan duduk bersandar.

" Sayang sudi hidup dengan abang yang macam ni. Sudi lahirkan anak anak untuk abang. Sudi susukan anak-anak kita. Beri kasih sayang pada anak - anak-anak kita. Naj selalu buat yang terbaik untuk keluarga kita walaupun Naj penat. Abang tahu Naj penat. Tapi Naj tetap buat segalanya untuk abang dan anak-anak bahagia. Besarnya pengorbanan isteri abang ni untuk abang. Kita tahu kan selepas mati kita akan ada kehidupan dia akhirat sana nanti. Semoga keluarga kita berbahagia hingga syurga sayang", lembut nada suara Adam Harith melihat membuatkan Anna Najla mengalir air mata.

" Lah menangis pula. Isteri abang ni kan. Bilalah dia tak menangis ye. Zaman tak kahwin call abang suruh dengar dia menangis. Teman dia menangis. Bila kahwin makin kuat menangis", Adam Harith menyeka air mata Anna Najla menarik perlahan kepala isterinya ke bahu dan mengucup perlahan dahi wanita itu.

" Abang tu. Buat drama sedih kenapa. Naj kan sensitif", memuncung bibirnya. Adam Harith terus tertawa.

" Nangislah. Nangis. Abang ada teman sayang sampai bila-bila",

Anna Najla tertawa pula kerana sedar dirinya diperli. Namun kepalanya direbahkan di peha Adam Harith. Rambutnya diusap perlahan jemari lelaki itu. Walaupun sedang bermanja matanya tidak lepas memandang kembar yang terus bermain.

" Abang",

" Hmm"

" Lapar",

" Hish. Baru nak romantik. Umar Uthman mama ni kan suka la buat spoil drama cinta lah. Papa nak tukarlah penulis skrip ni. Tak berbaloi langsung bayar mahal-mahal",

" Lapar", rengek Anna Najla. Langsung tidak peduli repekan suaminya.

" Yalah. Jom turun makan. Baju abang sayang campak mana tadi",

Anna Najla sengaja memeluk tubuh itu. Dikucup bertalu dada Adam Harith yang masih terdedah. Sengaja.

" Jangan buat abang pula laparkan Naj",

Anna Najla ketawa dan segera bangun. " Umar Uthman masa untuk makan. Papa nak belanja. Jom kita makan mahal-mahal"

Adam Harith menggeleng. Tadi menangis. Tan sampai lima minit mood isterinya sudah berubah.

Naj. Naj. Love you sayang.

Semoga takdir cinta yang Allah ciptakan untuk kita sampai ke syurga sayang. Adam Harith mengukir senyum teringat awalnya dia ditolak Asmah kerana kekurangan dirinya . Sekarang dialah memantu kesayangan Asmah. Jangan pernah berprasangka dengan ketentuan Ilahi.

" Abang berangan apa. Cepatlah. Naj lapar ni",

" Ya sayang", Adam Harith tersenyum manis.

Happy reading.. Terima kasih semua yang sudi membaca. Tercipta Takdir Cinta melabuhkan tirainya. TAMAT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience