BAB 19

Short Story Completed 54003

SEMINGGU selepas Anna Najla melawat Amjad Anna Najla menerima mesej daripada Aima memaklumkan berita Amjad baru sahaja meninggal dunia. Anna Najla terduduk. Lafaz istirja' diucap perlahan.

Anna Najla memandang Masitah yang sedang leka bermain dengan Umar dan Uthman.

" Kak Mas", panggil Anna Najla perlahan.

" Ya", Masitah cepat sahaja berpaling memandang Anna Najla.

" Amjad meninggal Kak Mas", ada sayu dalam nada suara wanita itu.

" Innalillahiwainnailaihirojiun", ucap Masitah perlahan sambil memandang wajah Anna Najla.

Anna Najla membisu. Kepalanya terus teringatkan segalanya. Segala peristiwa yang pernah berlaku antara dia Amjad. Segala kekejaman dan penganiayaan Amjad terhadapnya. Walaupun dia telah memaafkan lelaki itu lelaki itu namun untuk meluoakan peristiwa hitam itu begitu sukar. Walaupun lelaki itu pernah membuatkan dia hidup derita dan sengsara bertahun namun terselit juga rasa kesedihan dalam hatinya. Ya sudah sampai masanya. Aku juga akan bertemu Sang Pencipta juga suatu masa nanti. Yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah.

Lamunan Anna Najla melayang terbang apabila Uthman datang menghampirinya. Anak itu sudah boleh merangkak. Tubuh Uthman dicapai dan dibawa ke dalam dukungannya. Dipeluk dan dicium anak itu semahunya.

" Boyfriend mama ni handsome lah", puji Anna Najla terus menggomol wajah anaknya. Geram dengan pipi gebu anaknya. Mana tidaknya makan dan minumnya cukup berselera. Kata mamanya anak lelaki memang begitu.

" Kalau Uthman boyfriend handsome mama. Papa ni suami handsome mama tahu", sapaan Adam Harith yang baru turun dari bilik mengejutkan Anna Najla.

" Hmm. Naj ingat abang dah tak nak turun", Anna Najla memandang suaminya yang menghampirinya.

" Naj dah tahu ke?", soal Adam Harith lambat lambat.

" Amjad?",

" Hmm", balas Adam Harith dengan anggukan.

" Dah. Aima baru mesej Naj. Abang nak pergi melawat ke?",

" Hmm. Sekejap lagi. Tunggu jenazah dibawa balik dari hospital",

" Naj nak ikut",

" Okay", Adam Harith tidak menghalang.

Jika isterinya itu mahu mengikut tentu isterinya itu sudah cukup bersedia. Selepas pertemuan Anna Najla dengan Amjad beberapa minggu lepas Anna Najla ada memberitahunya. Memaafkan Amjad membuatkan hilang sakit hati dan dendamnya pada Amjad.

Allah yang pegang hati Naj abang. Allah lembutkan hati Naj untuk maafkan dia.

Selepas solat zohor Anna Najla dan Adam Harith bertolak ke rumah keluarga Amar Faris. Suasana pilu menyelubungi seisi rumah. Anna Najla dapat melihat wajah Datin Suhana mama kepada Amjad yang jelas begitu sugul. Ibu manalah yang dapat menahan kesedihan pemergian si anak. Jika ikut resam ibu lah yang pergi dahulu tetapi soal mati bukan kira usia tua atau muda. Itulah takdir yang ditetapkan oleh Allah. Hidup mesti akan mati.

Suhana yang tersedar akan kehadiran Anna Najla berjalan mendekatinya.

" Takziah Datin", sapa Anna Najla sopan. Suhana terus menarik Anna Najla dalam pelukannya. Anna Najla langsung kaget. Dia terkaku saat menerima pelukan wanita separuh abad itu. Tidak menyangka Datin Suhana akan berkelakuan begitu. Jauh. Terlalu jauh dengan sikapnya bertahun dulu. Bongkak dan angkuh sehingga pernah juga Anna Najla menyumpah supaya mereka semua mati cepat! Ya. Itu lama dulu saat dia diuji dengan keluarga itu. Manusia kan boleh berubah Anna Najla. Selagi hidup peluang untuk berubah dan bertaubat masih ada.

Oh. Aku sendiri pun belum lagi menjadi insan yang baik. Anna Najla berbisik dalam hati.

" Terima kasih Anna masih sudi datang. Terima kasih Anna maafkan anak auntie. Maafkan auntie juga. Banyak dosa auntie pada Anna", suara Suhana tenggelam timbul kerana tangisannya.

" Anna dah maafkan semua orang datin. Anna doakan arwah ditempat dalam kalangan orang yang beriman. InsyaAllah", doa Anna Najla sambil mengusap belakang wanita itu. Spontan tindakannya. Sungguh dia ikhlas. Bukan mahu menenangkan hati wanita itu. Tetapi dia betul-betul berniat begitu.

" InsyaAllah. InsyaAllah. Betullah kata arwah Anna ni orang yang sangat baik. Cuma satu impian arwah yang tak tercapai. Dia nak sangat memperisterikan Anna. nak tebus segala kesilapan dia pada Anna. Tetapi bila dia dapat tahu dia sakit dia tak nak bebankan Anna. Lagipun dia tahu Anna tak mungkin akan terima dia kan? ", ujar Datin Suhana usai melepaskan pelukan.

Ujaran Datin Suhana mengejutkan Anna Najla. Oh dia langsung tidak terfikir mahu menjadi isteri lelaki itu. Sungguh. Langsung tiada dalam fikiran atay khayalannya.

" Bukan jodoh kami datin. InsyaAllah kita doakan yang baik baik untuk arwah di sana. Aaminn", Anna Najla menggenggam jemari Datin Suhana sebagai tanda sokongan.

Adam Harith yang sedang berbual bersama Nazzam usai membaca yasin tadi hanya melihat sahaja perlakuan Anna Najla dan Datin Suhana dari kejauhan. Hatinya diterpa sesuatu. Sayu melihat Anna Najla dapat memberi kemaafan kepada keluarga ini. Oh Naj. Abang sayang Naj.

ADAM HARITH diam sahaja sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Anna Najla bertanya juga. Namun jawapan Adam Harith dia penat dan mengantuk.

Masuk sahaja ke dalam rumah Adam Harith terus bergerak naik ke bilik. Anna Najla pula masuk ke bilik air untuk mandi. Kata mamanya dulu selepas menziarah kerana kematian balik mesti mandi dahulu. Jadi dia ikutkan sahaja saranan mamanya itu. Usai mandi dia terus mencari Masitah yang menjaga anaknya hari ini apabila Adam Harith mahu mandi sendiri.

" Kak Mas. Anna naik atas dulu",Anna Najla menolak stroller ke lif. Dia sudah tidak berdaya mahu mendukung keduanya yang sudah semakin berat. Sudahnya stroller yang mudah untuk digunakan. Masuk sahaja ke dalam bilik Anna Najla lihat Adam Harith belum selesai di bilik air.

Umar dan Uthman di letakkan di dalam playpen membiarkan kedua anaknya itu bermain. Dia berjalan ke bilik air. Pintu bilik air diketuk perlahan.

" Abang okay ke tu?", soal Anna Najla kerana jarang sangat Adam Harith mahu menguruskan dirinya sendiri kecuali berlaku perang dingin antara mereka. Selalunya Anna Najla yang akan mambantu.

" Dah siap pun", Adam Harith menguak pintu bilik air. Anna Najla membantu Adam Harith duduk di kerusi roda.

Melihat wajah mencuka Adam Harith membuatkan Anna Najla tertanya-tanya.

" Kenapa ni? Muka tu macam asam keping je Naj tengok. Boleh buat singgang", sengaja Anna Najla mengusik ketika menolak kerusi roda ke ruang bilik utama.

" Naj keluar dengan Nazzam semalam kenapa tak beritahu abang. Tak minta izin abang. Kenapa Naj suka buat abang marah Naj?, terus sahaja Adam Harith menyoal namun nada suaranya masih perlahan.

Anna Najla terdiam.

" Naj bukan sengaja jumpa dia. Kebetulan je jumpa semalam tu. Lagipun Naj tak buat apa pun abang.", Anna Najla cuba membela diri.

Semalam memang dia keluar bersama Nurlaila, Asmidar dan Nelly. Sengaja bekas rakan sekerjanya itu mengajak minum petang bersama. Tetapi tanpa dia duga ketika mahu keluar dari kafe tersebut dia terserempak pula dengan Nazzam yang juga baru masuk. Kata Nazzam dia mahukan pandangan Anna Najla yang pernah membuat kerja ID di rumahnya dahulu. Kerja Anna Najla yang sangat memuaskan hati. Anna Najla yang menolak pada awalnya akur juga dengan permintaan lelaki itu.

" Kebetulan je jumpa sampai boleh pegang tangan?", Adam Harith diamuk cemburu.

Manakan tidak Nazzam sejenis yang suka buat kerja gila. Gambar dia memegang tangan Anna Najla dimuatnaik ke dalam instagram. Tentulah Adam Harith kenal siapa kerana Adam Harith kenal baju yang dipakai isterinya. Langsung tidak sensitif dengan status Anna Najla. Jika diikutkan hatinya mahu sahaja dia tumbuk muka Nazzam biar hilang rupa kacak lelaki itu.

Dengan Amar Faris tidak pula dia cemburu begitu kerana Amar Faris pandai menjaga adabnya. Tahu menjaga maruah perempuan dan tidak membuat sesuka hatinya. Tetapi Nazzam? Memang spesies tak makan saman! Dia memang tidak boleh bila berkaitan Nazzam kerana tahu Nazzam yang jenis lepas laku. Sudah berkali diingatkan kepada isterinya jangan biar Nazzam ambil kesempatan. Jangan biar Nazzam cuba sentuh isterinya itu. Kenapa Anna Najla biarkan sahaja lelaki itu menyentuhnya.

" Atau Naj memang suka si Nazzam tu sentuh Naj. Hmm? Lepas ni kalau Nazzam tu berani sentuh isteri abang lagi pecah muka dia abang kerjakan Naj", kasar dan keras amaran Adam Harith.

Dia menolak huluran baju daripada Anna Najla tetapi bergerak ke almari mengambil baju lain. Seluar disarung tanpa mahukan bantuan Anna Najla.

Nampak sangat marah dan merajuk!

" Mana abang dapat cerita ni hmm? Abang dengar sampai habis tak. Ada tak orang tu cerita pada abang Naj tendang tulang keting si Nazzam tu sebab gatal sangat tangan tu nak pegang-pegang Naj. Ada tak cerita tu sampai pada abang. Nasib baik Naj tak tendang je anu dia tu. Kalau tak merana si Nazzam tu Naj kerjakan" suara Anna Najla juga berbaur kemarahan. Geram juga dia spesies pembawa mulut ni. Tak takut dosa!

Adam Harith langsung terdiam. Tidak sangka sampai ke situ ujaran isterinya. Ada masa penggunaan bahasa isterinya itu kasar juga jika sedang marah.

" Ada tak orang tu cerita fasal tu? Tak ada kan", soal Anna Najla apabila melihat suaminya yang membisu.

" Kenapa, Naj tak cakap dengan abang Nazzam ganggu Naj",

" Tak sempat nak cerita dengan abang. Semalam kan kita join dinner syarikat papa. Balik dah lewat penat nak tidur. Abang balik terus tidur semalam kan. Pagi tadi kan abang ke klinik juga sekejap. Lepas tu kita melawat arwah. Naj nak cari waktu tenang-tenang bercakap dengan abang. Sebab Naj tahu abang sekarang. Kalau fasal Nazzam memang tak boleh bawa bincang kalau tengah marah",perlahan suara Anna Najla cuba memberi penjelasan.

" Kalau Nazzam usik Naj lagi sepak je anu dia tu!", keras suara Adam Harith tetapi menerbitkan tawa besar di bibir Anna Najla.

" Abang ni. Naj ni ada silat tau. Arwah Nuqman yang mula mula ajar Naj dulu ", Anna Najla belajar silat sejak kejadian hitam itu berlaku. Itu kerana permintaan Nuqman. Kata Nuqman perempuan perlu ada seni mempertahankan diri. Nuqman jugalah yang mengajarnya.

" Abang cemburu",

" Cemburu apa lagi",

" Nuqman",

" Nuqman dah tak ada abang",

" Cemburu sebab Nuqman lelaki baik yang bersama dengan sayang hadapi kesusahan bersama",

" Tapi sekarang Naj ada abang. Suami Naj yang terima Naj seadanya". Kenapa ni. Hmm? Sensitif sangat hari ni? Umar Uthman tolong mama pujuk papa ni. Papa ni sentimental sangatlah hari ni", Anna Najla terus duduk di ribaan Adam Harith. Wajah suaminya dipaut lembut. " Kenapa?", matanya merenung mata Adam Harith. Lembut sahaja nada suara Anna Najla hingga buat Adam Harith terasa dirinya seperti sedang digoda si isteri.

Tiada balasan namun terus sahaja bibir isterinya dikucup. Kucupan Adam Harith sudah mula bertukar ghairah namun cepat sahaja Anna Najla menahan.

" Abang. Bukan sekarang. Anak abang tengah mengintai tu. Nampak tak", pujuk Anna Najla dengan senyuman manis di bibirnya sambil matanya melirik kepada Umar dan Uthman yang sedang leka bermain. Tidak sukar mahu buat kedua anak itu diam. Letak sahaja dalam playpen dan berikan mainan. Cuma kalau bawa keliar dari playpen jenuhlah mahu menjaganya. Riuh rendah dengan steriakan anaknya di dalam playpen itu

" Mana ada tengok pun. Budak tu tengah ralit main", rajuk Adam Harith.

" Jom pakai baju", Anna Najla terus bangun dari ribaan suaminya. Melayan dan menjaga Adam Harith ada kalanya mengalahkan menjaga Uthman dan Umar. Ada masanya diibaratkan seperti dia punya 3 anak lelaki yang perlu dimanjakan.

" Sayang", rengek Adam Harith manja.

" Naj cuti la. So. No misi tambah baby", Anna Najla sudah tergelak manja.

" Subuh tadi boleh je solat",

" Ayo. Ini orang kan. Tarak mahu percaya ka cakap ini isteri".

Adam Harith terdiam.

" Masih tak nak pakai baju ke ni", dari tadi lelaki itu hanya berseluar sahaja. Baju yang dihulurkan Anna Najla ditolak tadi. Baju yang diambil sendiri juga masih di atas penyandang kerusi roda.

" Uthman Umar tolong pakaikan baju untuk papa. Mama ni langsung tak nak tolong papa. Papa ni orang istimewa tahu", t shirt sudah di tangan Adam Harith.

Anna Najla hanya menjeling suaminya. " Jangan nak ajar anak bukan bukan ya. Papa tu yang terlebih manja", Anna Najla menarik perlahan baju di tangan suaminya. Kemudian menyarung perlahan t shirt ke tubuh suaminya.

Tanpa amaran ditarik tubuh Anna Najla ke ribaannya. Terjerit Anna Najla dengan tindakan suaminya. " I love you sayang", romantis ucapan cinta Adam Harith benar-benar membuai hati Anna Najla. Renungan penuh cinta dan kucupan bibir suaminya bagai melalaikan Anna Najla.

" I love you too abang", balas Anna Najla dengan senyuman.

Anna Najla terus bingkas bangun apabila tangisan Uthman menyapa pendengarannya. Namun elok sahaja Ana Najla sampai kepada anaknya terus terdengar ketawa Uthman. Anna Najla terus memandang wajah Adam Harith. Lelaki itu terus tertawa melihat reaksi Anna Najla yang menggeleng. Geram dipermainkan anaknya.

TIGA bulan pemergian Amjad Anna Najla menerima panggilan daripada Datin Suhana. Wanita itu mahu berjumpa dengan Anna Najla membuatkan wanita itu termangu seketika. Apalah yang dimahukan oleh wanita itu. Anna Najla menolak namun tetap dipaksa oleh Datin Suhana. Jadi Anna Najla bersetuju dengan syarat Adam Harith ada bersamanya. Datin Suhana bersetuju sahaja kerana bukanlah ada rahsia yang perlu disimpan.

Dua hari selepas itu Anna Najla ditemani Adam Harith berjumpa juga dengan Datin Suhana. Serius perbualan mereka membuatkan Anna Najla jadi canggung.

Amjad mahukan Anna Najla mendekorasi sebuah rumah anak-anak yatim. Perbelanjaan yang diperuntukkan hampir seratus ribu membuatkan Anna Najla termangu untuk menerima permintaan tersebut atau tidak. Dia sudah berhenti kerja di syarikat Amar Faris tetapi arwah Amjad pula mahu dia pula yang membuat dekorasi tersebut. Rupanya Amjad sedang membuat sumbang kepada satu rumah anak yatim.

" Anna terima ya. Ini hajat arwah Anna", Datin Suhana memujuk lagi.

Anna Najla terdiam. Kepalanya menoleh Adam Harith di sebelah cuba mencari jawapan yang terbaik.

" Kalau Naj setuju abang tak ada masalah. Lagipun berbudi kepada anak yatim benda yang baik. Nabi pun suruh kita layan anak yatim dengan baik", Adam Harith menyokong tidak. Melarang pun tidak. Biarlah Anna Najla yang membuat keputusan.

" Datin. Saya balik berbincang dulu datin", ujar Anna Najla.

" Baik. Auntie harap auntie akan dapat berita baik",

Anna Najla tersenyum sahaja.

Dalam perjalanan balik semula ke rumah Anna Najla masih berfikir-fikir tentang permintaan Amjad. Mahu menolak tidak sampai hati. Mahu menerima tentu banyak komitmen yang perlu diberikan. Lagipun dia sudah lama tidak bekerja. Tapi dia masih lagi boleh membuat kerja ID.

" Abang tak kisah ke kalau Naj terima", soal Anna Najla. Yalah tentu masanya bersama lelaki itu dan anak-anaknya akan ada perubahan.

" Tak lama kan. Siap je projek tu Naj stay lah di rumah. Abang memang tak nak Naj kerja. Abang nak Naj kerja dengan abang je", ayat akhir itu sengaja dituturkan dengan perlahan di telinga Anna Najla.

Anna Najla menjeling. Faham maksud Adam Harith yang mahu segala keperluan hariannya diuruskan oleh isterinya.

" Kalau ikutkan Naj tak nak bang. Tapi memandangkan ini permintaan arwah. Lepas tu di rumah anak yatim pula. Naj jadi macam serba salah pula. Tak terima macam Naj kejam sangat pulak",

" Okay. Hati Naj sekarang berat nak terima ke berat tak mahu terima?",

" Tak tahu. 50 50", Anna Najla memandang wajah suaminya.

" Okay. Fikir dulu pro and con. Abang tak kisah. Abang sokong sahaja apa keputusan Naj", kepala Anna Najla ditarik perlahan. Dahi isterinya dikucup sekilas.

Anna Najla diam sahaja. Kepalanya mula berfikir itu ini.

" Abang Malek. Tolong berhenti pasar malam depan tu", Anna Najla bersuara tiba-tiba.

" Okay Anna", balas Malek ringkas.

Adam Harith menggeleng dan tersenyum.
Oh. Anna Najla Dalam pada macam-macam dalam kepala sempat juga dia berfikir tentang pasar malam.

" Nak beli apa?", soal Adam Harith.

" Naj nak beli tau fu fah adik handsome tu", Anna Najla teruja pula.

" Adik handsome?", suara Adam Harith seakan tidak suka Anna Najla menggelar lelaki lain begitu.

Anna Najla ketawa. " Dah dia memang handsome Naj cakaplah handsome. Abang nak turun tak?", soal Anna Najla.

" Intonasi sayang tanya tu macam tak nak bagi abang turun je",

Anna Najla tergelak pula. " Taklah. Naj tanya betul-betul dan elok-elok lah. Abang sayang Naj ni nak turun tak", nada suara Anna Najla direndahkan dan sengaja dileretkan

" Tak nak",

" Betul tak nak?",

" Ya",

" Abang nak apa-apa ke?",

" Satay mak cik cantik tu", sengaja Adam Harith menggelar mak cik cantik. Selalunya pasar malam di sini mereka sudah ada gerai favourite. Jadi selalunya benda yang sama juga yang dibeli.

" Oh. Mak cik cantik ye. Jom Abang Malek", ajak Anna Najla apabila kereta sudah diparkir.

Selalunya jika Adam Harith tidak mahu turun dia hanya menunggu di dalam kereta. Malek pula diminta mengikut isterinya itu supaya membawa barang yang dibeli oleh Anna Najla. Elok sahaja Anna Najla mahu menutup pintu Adam Harith memanggilnya.

" Ya abang",

" Abang nak turun", suara Adam Harith membuatkan Anna Najla menepuk dahi.

" Aya ini orang kan. Sekejap tak mau turun. Sekejap mau turun. Itu fikiran banyak ubah-ubah ma", bebel Anna Najla.

" Abang tak sayang main mata dengan budak tau fu fah tu", lurus sahaja Adam Harith menjawab.

"Ayo manyak jealous la ini orang", Anna Najla terus membebel manja sambil melihat Malek membantu suaminya.

" Elok elok boleh cakap bahasa melayu. Cakap cara apek tu kenapa", tegur Adam Harith serius. Anna Najla hanya ketawa senang hati. Kadang kala tindakan suaminya ininsukar benar mahu diduga. Kalah orang perempuan!

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience