BAB 17

Short Story Completed 54003

" KENAPA abang ajak Naj tidur dekat sini malam ni?", soal Anna Najla memandang wajah suaminya.

" Dating. Kita kan dah lama tak dating. Lagipun Umar dan Uthman kan dah 6 bulan. Dah besar boleh bawa berjalan dah", Adam Harith tersenyum sambil menepuk lembut peha Umar yang baru terlena.

" Bukan hari hari ke kita dating bersama. Ada apa-apa yang istimewa ke yang Naj tak tahu", soal Anna Najla penuh tanda tanya.

Tiada angin tiada ribut lelaki itu bangun pagi tadi terus mengajaknya bermalam di Kuala Terengganu. Selalunya jika mahu ke mana-mana seminggu awal lelaki itu sudah memaklumkan kepadanya kerana Anna Najla perlu membuat survey tempat yang mesra oku. Tetapi kali ini seperti terdesak sahaja. Pagi itu Adam Harith ke klinik juga sekejap. Usai makan tengah hari mereka terus bergerak ke sini.

" Asalkan Naj ada dengan abang hari-hari pun istimewa pada abang. Anak-anak dah tidur jom kita lepak kat balkoni", Adam Harith menoleh meliha Anna Najla yang sedang berdiri di hadapan cermin sambil mengikat rambutnya.

Anna Najla melangkah mengikut pergerakan Adam Harith. Ketika Anna Najla di hadapannya ditarik perlahan tubuh Anna Najla untuk duduk di ribaannya. Tubuh isteri dipeluk erat dari belakang sambil mengucup leher isterinya. Dagunya singgah di bahu kanan isteri. Pipi Anna Najla pula menjadi sasarannya.

" Wanginya sayang. I miss you", bisik Adam Harith romantis. Anna Najla tertawa manja. Sungguh dia kalah dengan jiwa romantis lelaki ini.

" Cakaplah. Abang nak cakap apa dengan Naj sebenarnya ni", lembut suara Anna Najla membuatkan Adam Harith terkejut dengan ayat isterinya.

" Cakap apa?", sengaja Adam Harith berdalih.

" Naj tahu abang nak cakap sesuatu dengan Naj", Anna Najla tahu Adam Harith sedang memendam sesuatu. Ada sesuatu yang menggangu fikiran suaminya. Allah kurniakan satu perasaan istimewa kepada seorang perempuan yang bergelar isteri. Masakan lelaki itu boleh menyembunyikannya.

Adam Harith mengeluh perlahan bagai mencari kekuatan. Apakah isterinya akan mengamuk nanti?

" Betul abang boleh cakap sekarang?, soalnya menyimpan resah.

" Ya", Anna Najla mencari wajah suami sambil mengusap pipi Adam Harith perlahan.

" Amjad nak jumpa Naj", perlahan suara Adam Harith.

Mendengar nama itu terus membuatkan Anna Najla terbangun dari duduknya.

" Abang tahu kan Naj tak nak dengar nama tu", suara Anna Najla perlahan namun keras.

" Abang tahu",

" Jadi sebab abang nak cakap fasal lelaki tu lah abang bawa Naj sampai ke sini?", tajam renungan mata Anna Najla memandang wajah suaminya.

" Sayang. Dengar dulu", Adam Harith cuba memaut jemari isterinya. Namun cepat ditepis Anna Najla.

" Abang lebih pentingkan lelaki tak guna tu daripada hati isteri abang sendiri. Abang langsung tak fikir perasaan Naj kan. Lelaki tu dah musnahkan hidup Naj bang. Apa dia nak lagi dari Naj? Hmm? Sebab dia bertahun Naj hidup derita bang. Orang mana tahu apa yang Naj lalui. Sebab dia ada nama ada kuasa maruah Naj ni dipijak macam tu je. Kalaulah Naj tahu abang bawa Naj ke sini semata-mata fasal lelaki jahanam tu tak ingin Naj ikut abang", Anna Najla terus masuk ke ruang bilik.

" Sayang", panggil Adam Harith.

Anna Najla terus merebahkan tubuhnya ke katil memeluk Uthman yang lena. Adam Harith juga masuk ke dalam bilik. Mengunci pintu balkoni dan menarik langsir. Dia bergerak menghampiri katil.

" Sayang", Adam Harith cuba menyentuh bahu Anna Najla namun cepat ditepis kasar isterinya.

" Naj tidur dengan anak-anak. Abang tidur katil sebelah", Anna Najla terus menarik selimut menutupi tubuhnya.

Adam Harith bergerak ke katil single di tepi dinding. Dia bergerak perlahan naik ke katil. Tubuhnya disandarkan ke kepala katil. Tetapi matanya terus memandang belakang tubuh isterinya.

" Sayang", panggil Adam Harith lagi.

Melihat Anna Najla yang hanya diam dan langsung tak menghiraukannya Adam Harith menarik kerusi roda. Entah di mana silapnya ketika dia mahu duduk di kerusi itu dia terjelepuk jatuh ke lantai.

" Arghh",

" Abang", Anna Najla yang terkejut pantas bangun dan membantu Adam Harith bangkit semula dan duduk di birai katil.

" Ingatkan marah tak nak dah tolong abang", usik Adam Harith tersenyum memandang wajah mencuka isterinya. Sempat juga menciumi pipi Anna Najla. Makin mencuka wajah isterinya.

Anna Najla tidak suka dengan gurauan lelaki itu pantas berbaring semula.

" Sayang. Abang mana boleh tidur tak peluk Naj. Naj tak kasihankan abang ke. Hmm?", sengaja Adam Harith mahu memujuk.

Anna Najla diam sahaja. Malas mahu melayan. Sakit hati dengan ujaran Adam Harith berkenaan Amjad tadi. Lelaki itu langsung tidak sensitif dengan perasaanya! Tidakkah lelaki itu rasa sesuatu? Adam Harith sepatutnya menjauhkan dirinya dari Amjad bukan memintanya berjumpa dengan lelaki tak guna tu! Sakitnya hati!

" Okay. Kalau Naj tak nak jumpa dia abang takkan paksa sayang", Adam Harith sudah berbaring di sebelah Anna Najla.

Entah masa bila lelaki itu bergerak ke situ. Mungkin ketika dia yang khayal dengan dunianya tadi.

" Lepaslah. Naj tak suka abang peluk Naj", tepisnya perlahan apabila pinggangnya dirangkul Adam Harith.

" Naj tak suka tapi abang suka", pelukannya makin erat. Langsung tidak peduli akan penolakan isterinya.

BUNYI deringan telefon dijawab Amar Faris tanpa melihat skrin. Apabila terdengar suara Adam Harith di talian terus sahaja lelaki itu meletakkan pelan lukisan yang dipegangnya tadi.

" Am",

" Amar. Aku dah cakap dengan Naj. Naj tak nak jumpa Amjad",

" Okay aku faham", suara Amar Faris kedengaran sedikit kecewa. Namun dia faham jika Anna Najla tidak mahu berjumpa adiknya itu. Kesalahan adiknya itu bukan kecil. Jika Anna Najla itu bukanlah seorang wanita yang kuat mungkin wanita itu sudah bertindak bukan-bukan. Syukur wanita itu masih berpegang kepada agama.

" Bukan kecil salah Amjad pada Naj Amar. Kau pun tahu kan. Aku kena jaga emosi isteri aku Aku takkan paksa kalau dia tak mahu. Cuma aku boleh cakap sahaja dengan dia", Adam Harith tentu akan berpihak kepada Anna Najla. Ya. Isterinya itu tidak salah. Isterinya dianiaya. Dia juga sangat marahkan Amjad. Anna Najla apatahlagi.

" Ya aku faham",

Beberapa ketika berbual Amar Faris menamatkan panggilan. Dia mengeluh kasar. Marahnya pada Amjad menjelma semula. Namun dalam masa yang sama dia juga kasihankan adiknya. Dia nampak Amjad semakin berubah ke arah kebaikan. Mungkin jika Anna Najla dapat berjumpa Amjad dapat melihat perubahan diri Amjad wanita itu akan berubah fikiran.

Mahu membawa Anna Najla begitu sahaja seperti dulu dia tidak punya hak kerana Anna Najla isteri orang. Dia tahu Amjad mahukan kemaafan daripada Anna Najla sebelum lelaki itu menutup mata. Penyakit kanser usus yang dihidapi oleh Amjad sudah di tahap akhir. Jika ikutkan kata doktor adiknya itu hanya mampu bertahan enam bulan sahaja lagi.

Amar Faris mencapai telefonnya semula apabila bunyi telefon berdering sekali lagi.

Aima.

" Abang Ris. Abang Jad ni. Pengsan. Kami on the way ke hospital", suara Aima kedengaran begitu cemas.

" Okay", tanpa banyak soal Amar Faris terus mencapai beg dan keluar dari biliknya.

" Nelly. I nak balik. Ada emergency", Amar Faris menyebut nama Nelly kerana hanya Nelly yang dia nampak di pejabat sekarang. Yang lain sudah keluar untuk site visit.

" Okay. Boss",

Sampai sahaja ke hospital Amar Faris bergegas mencari Aima dan mamanya.

" Kenapa dengan Amjad?", soalnya tidak sabar.

" Tadi dia cirit birit. Muntah-muntah. Teruk. Mama masuk bilik tadi tengok dia dah pengsan kat lantai. Doktor tengah rawat",

" Kenapa tak bawa ke hospital awal lagi?",Amar Faris memandang Aima.

" Abang Ris ni bukan tak kenal Abang Jad tu. Okay. Okay. Tup tup pengsan", Aima menjawab dengan wajah mencuka kerana intonasi Amar Faris tadi seolah-olah sedang menyalahkannya.

" Pujuklah. Tak pun. Suruh je Abang Khairul tu angkat dia masuk kereta. Dah sakit nak buat degil lagi", bebel Amar Faris.

Lama menunggu akhirnya Amjad dimasukkan ke wad juga. Amar Faris meminta mamanya dan Aima balik dahulu. Aima setuju sahaja tetapi mamanya berdegil mahu terus menunggu.

" Mama balik rehat. Biar Ris jaga. Malam nanti Aima kau datang jaga Abang Jad",

" Aima juga yang kena", rungut Aima tidak puas hati.

" Habis kalau bukan kau siapa lagi? Wad Abang Jad kau tu siap ada sofa kau boleh tidur dengan selesa. Ada tv boleh tengok tv. Bukan kena tidur berdiri", bebel Amar Faris lagi.

" Ya lah. Ya lah",walaupun tidak bersetuju dia mengiakan sahaja malas mahu mendengar bebelan Amar Faris. Abangnya itu bukan boleh diberi peluang membebel. Kalah mak nenek.

SUASANA wad sunyi sepi. Amjad baru sahaja menerima lawatan doktor. Aima yang ada di sebelahnya hanya terdiam sahaja. Mungkin masih cuba menghadam setiap perkataan yang dituturkan doktor tadi.

Aima tahu Amjad tiada peluang untuk sembuh semula. Walaupun rawata kimoterapi yang diterimanya masih belum dapat melawan sel kanser yang merebak dengan sangat cepat. J
Amjad sudah tidak punya banyak masa. Itulah apa yang dia faham walaupun doktor tadi memberi semamgat seolah Amjad akan hidup lama lagi.

" Abang Jad nak jumpa Kak Anna", Amjad memandang Aima.

Aima terkedu.

" Aima tolong jumpa Kak Anna. Pujuk Kak Anna. Tolong pujuk Kak Anna jumpa Abang Jad Aima", lirih suara Amjad.

" Aima.. Aima takut", Aima tidak bohong.

Dia takut mahu berjumpa wanita itu. Dia takut jika Anna Najla menghalaunya. Masih dia ingat bagaimana Anna Najla menengking Amar Faris dulu. Lama dulu. Semasa Amar Faris membawa Anna Najla berjumpa Amjad suatu ketika dulu. Sebelum wanita itu berkahwin lagi. Sekarang wanita itu sudah pun mempunyai anak.

" Kalau macam tu keluar hospital ni kita pergi rumah Anna", Amjad sangat bersungguh mahu berjumpa wanita itu. Jika Anna Najla tidak mahu berjumpa dengannya biarlah dia yang mencari wanita itu.

" Abang Jad bukan larat pun kan",

Ya. Dia terlalu lemah. Tetapi untuk kali ini dia akan berlagak kuat. Dia tidak peduli bagaimana penerimaan Anna Najla. Apa yang dia mahu adalah dia mesti berjumpa dengan wanita itu. Dia sudah kesuntukan masa. Masa untuknya sudah tidak lama!

" Kita pergi lepas Abang Jad discharge",

" Yalah",

" Jangan beritahu Abang Ris", pesan Amjad kepada Aima.

" Yalah. Yalah", Aima melayan sahaja permintaan abangnya itu. Dia tahu Amjad dihantui perasaan bersalahnya. Selagi Anna Najla tidak memaafkannya jiwanya takkan tenang.

Ya Allah. Tolonglah lembutkanlah hati Kak Anna. Lembutkan hatinya supaya Kak Anna bisa memaafkan Abang Jad. Aaminn. Doa Aima dalam hati.

" Abang tahu apa abang buat pada Kak Anna tu kejam. Abang tak layak dimaafkan. Tapi abang nak juga jumpa Anna sebelum abang tutup mata Aima. Abang tak tenang selagi Anna tak maafkan abang", senyum tawar terukir di bibir Amjad yang pucat.

" InsyaAllah. Kita doa banyak-banyak. Semoga Allah bukakan pintu hati Kak Anna untuk maafkan Abang Jad. Mana tahu bila tengok kesungguhan Abnag Jad Kak Anna jadi lembut hati. Kan?," ujar Aima memberi semangat sambil tersenyum.

Senyum terus terukir di bibir Amjad." Aima dengan Dr. Irwan macam mana? ",

" Macam mana apa? ",

" Eleh. Buat tak tahu pula. Jangan nak sorok dengan Abang Jadlah. Nampak sangat Aima suka dia",

" Aima je suka dia. Dia tak suka pun pada Aima", Aima bersuara sayu.

" Dia suka Aima. Abang Jad tahu", Amjad ketawa kecil melihat cebikan bibir adiknya.

LOCENG rumah yang berbunyi menyebabkan Anna Najla yang berada di bilik utama menyelak langsir mengintai melalui tingkap. Namun gadis yang sedang berdiri di hadapan pagar rumahnya itu langsung tidak dikenali.

Seketika dia nampak Masitah berjalan ke pintu pagar. Beberapa ketika berbual Masitah terkocoh berjalan masuk. Anna Najla yang baru menidurkan kembar berjalan keluar dari bilik menuruni tangga.

" Siapa Kak Mas", soal Anna Najla.

" Katanya. Aima adik Amar Faris. Dia datang cari Anna",

" Oh. Kenapa?", soal Anna Najla penuh tanda tanya.

" Katanya ada hal nak bercakap dengan Anna. Nampak macam penting Anna",

" Ajaklah dia masuk",

Masitah bergerak semula ke pintu pagar dan mengajak tetamu tak diundang itu masuk. Alangkah terkejutnya Anna Najla apabila yang masuk bersama adalah Amjad yang sedang duduk di kerusi roda.

" Kau buat apa datang sini", soal Anna Najla. Kenapalah sekarang ini Amjad mencarinya lagi!

" Kak Anna. Bagi peluang Abang Jad bercakap dengan Kak Anna", pujuk Aima.

" Nak cakap lagi Aima. Dah tak ada apa nak cakap pun",

" Anna. Please. Sekejap je",

" Kak Mas", panggil Anna Najla.

" Ya", Masitah yang mahu bergerak ke dapur terus terhenti langkahnya.

" Tolong tengokkan Umar dengan Uthman kat atas sekejap",

Masitah hanya mengangguk. Gusar juga hatinya melihat wajah serius Anna Najla. Sudahlah Adam Harith tak ada ketika ini.

" Nak cakap apa?",

" Hidup aku dah tak lama Anna. Aku datang sekali lagi aku nak minta ampun dengan kau. Aku berdosa dengan kau. Aku tahu jika kita salah dengan orang kita kena minta maaf dengan orang tu. Aku tak sanggup menanggung azabnya mencari kau di padang Mahsyar nanti Anna. Maafkan aku Anna",

" Tahu pula kau azab di padang mahsyar ye. Masa kau buat aku kau tak ingat dosa. Dahlah Amjad. Baliklah. Aku tak nak tengok muka kau lagi",

" Anna. Aku merayu. Maafkan aku", wajah Amjad merenung wajah Anna Najla. Penuh mengharap.

" Aima bawa balik abang Aima ni. Kak Anna tak nak tengok dia", Anna Najla terus bangun dari duduknya dan berlalu naik.

" Anna. Tolonglah. Kalau kau nak aku sujud pada kau aku sanggup", Amjad sudah hilang arah apabila dia cuba bingkas bangun dari kerusi rodanya dan terjelepuk jatuh ke lantai.

" Anna. Maafkan aku Anna", teriak Amjad. Hilang sudah malunya. Dia tidak peduli. Apa yang dia mahu Anna Najla boleh memaafkannya.

Anna Najla langsung tidak peduli. Langkahnya terus laju meniti anak tangga naik ke atas.

" Jad ", suara Adam Harith mematikan langkah Anna Najla.

Pandangan mata Anna Najla dan Adam Harith bersatu. Anna Najla langsung tidak dapat menahan air mata. Jika tadi dia mampu bertahan. Namun apabila ternampak kelibat suaminya terus dia jadi lemah. Dia terus terpaku di anak tangga.

" Aima bawa balik Abang Jad. Biar Abang Am bercakap dengan Kak Anna okay", Adam Harith berkata perlahan.

Aima dan Amjad akur. Hilang sahaja Aima dan Amjad Anna Najla berlari turun memeluk suaminya. Tangisannya dihamburkan semahunya.

Adam Harith mengusap perlahan belakang tubuh isterinya Dia tahu hati Anna Najla terseksa. Dia tahu bukan mudah memaafkan lelaki yang telah meragut maruah dirinya. Lama Anna Najla dalam pelukan Adam Harith.

" Naj tak boleh nak maafkan dia abang. Hati Naj sakit. Sakit sangat", suaranya tenggelam timbul.

" Syhhh. Sayang abang tahu. Abang tahu",

" Naj.. Naj.. Naj tak boleh lupa apa dia buat pada Naj abang. Naj tak boleh lupa. Nak macam nak gila abang. Tapi dia.. ", dalam teresak Anna Najla masih mahu berbicara.

Adam Harith memaut wajah isterinya. Diseka air mata yang mengalir laju. Terhingguk- hingguk bahu Anna Najla kerana tangisannya. Belakang kepala isterinya ditarik perlahan. Dahi Anna Najla dikucup lembut.

" Maafkan abang. Abang pentingkan diri. Tak faham perasaan isteri abang. Isteri abang terluka",

Masitah yang melihat tidak dapat menahan air matanya. Dia kenal seorang yang bernama Anna Najla sangat kental jiwanya. Namun hari ini apabila melihat Anna Najla yang lemah begitu buat jiwa Masitah diserbu sejuta rasa sedih dan pilu.

Kuat Anna. Kuat. Bisiknya perlahan.

" Naj jahat ke abang kalau Naj tak maafkan dia", soal Anna Najla ketika tangisannya mula reda.

Adam Harith tersenyum. Bibir isterinya dikucup sekilas.

" Manusia mana tak buat salah sayang. Sekurang-kurangnya Amjad sudah insaf sudah mengakui silapnya pada Naj. Dia berusaha minta maaf pada Naj. Minta ampun pada Allah atas segala dosa dia pada Naj. Ya. Betul. Tidak kecil salah dia pada Naj. Abang langsung tak sokong Amjad. Langsung tidak. Apa dia buat pada Naj salah. Tetap salah. Tapi kalau kita nak jiwa kita tenang. Salah satu jalannya. Maafkan orang yang dah lukakan kita",

" Macam abang maafkan Naj atas apa yang Naj buat pada abang?",

" Ya. Naj bersungguh minta maaf pada abang. Abang tahu Naj keikhlasan Naj pada abang. Jadi abang maafkan Naj. Abang tenang. Kita pun bahagia kan?", Adam Harith cuba untuk memujuk isterinya.

" Hati Naj tak baik macam hati abang",perlahan suara Anna Najla.

Adam Harith tersenyum seakan pujukan mula menunjukkan hasil.

" Sampai bila sayang nak berdendam dengan Amjad. Cuba sayang maafkan dia. Abang yakin bila Naj maafkan dia segala sakit hati segala dendam Naj pada dia akan buat Naj tenang. InsyaAllah. Kita pun pendosa juga kan. Mana tahu sebab keikhlasan Naj maafkan Amjad jalan itu yang bawa Naj ke syurga",

Anna Najla diam.

Tudung yang masih di kepala isterinya ditaril perlahan. Rambut yang kusut disebak supaya kemas. Wajah Anna Najla dipaut memandang wajahnya. Dahi Anna Najla dikucup lembut.

" Naj tak nak masuk syurga? ",

Ah! Pujukan Adam Harith bagai memujuk anak pula.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience